• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 5.1 Senarai Responden Temu Bual

5.3 TU-1: Kearifan TempatanTHK dalam Masyarakat Hindu Bali

5.3.2 TA-2: Elemen-elemen Tri Hita Karana (THK)

Kewujudan daripada nilai-nilai THK ialah persembahyangan sebagai wujud daripada hubungan dengan Tuhan. Bergotong royong ialah wujud hubungan sesama manusia dan menjaga kelestarian alam ialah wujud hubungan dengan alam.Antara amalan

154

nilai-nilai Tri Hita Karana (THK) yang diterapkan dalam kehidupan seharian ialah amalan upacara sembahyang yang membuktikan hubungan yang wujud antara manusia dengan Tuhan, amalan bergotong royong yang membuktikankewujudan hubungan sesama manusia dan amalan menjaga kelestarian alam yang membuktikan hubungan yang dijalin oleh manusia dengan alam sekitar. Dari hasil dapatan temu bual dengan responden, kewujudan ajaran Tri Hita Kirana (THK) dizahirkan melalui amalan sembahyang dan pemberian persembahan kepada Tuhan, menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia dan usaha memelihara alam sekitar. Responden R1 (pengurus CSR) mengatakan dalam temu bual:

“Tri Hita Karana (THK) sebagai panduan dan falsafah kehidupan diwujudkan

melalui memberikan persembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, bergotong royong dan membantu kesulitan orang lain dan menjaga alam”

Sedangkan responden R3 (kepala desa) menekankan kepada perwujudan ketiga-tiga elemen. Seperti yang diperkatakannya dalam temu bual:

“Tri Hita Karana (THK) dilaksanakan dengan melakukan peribadatan kepada

Tuhan, melakukan gotong royong dan memberi doa-doa kepada haiwan dan tumbuhan serta melaksanakan hari Raya”

Manakala responden R4 (Ketua Banjar) menyebutkan dalam THK diwujudkan melalui antaranya ngayah banjar atau bergotong royong di dalam banjar dan nguopin (membantu sesama manusia) seperti sebagai perwujudan membina hubungan antara manusia.

155 Seperti yang dikatakannya dalam temu bual:

“Tri Hita Karana diwujudkan melalui bersembahyang, bergotong royong di dalam

(ngayah banjar) dan nguopin (membantu orang lain) baik keluarga dan teman dan tidak merosakkan alam sekitar”

Daripada dapatan temubual terbabit, dapat dikatakan bahawa konsep Tri Hita Karana (THK) diwujudkan melalui bersembahyang kepada Tuhan, menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia, bergotong-royong dan memelihara alam dengan baik. Manakala kewujudan Tri Hita Karana (THK) ialah melalui peribadatan kepada Tuhan (Parahyangan), membangunkan hubungan baik antara manusia (Pawongan) dan tidak merosakkan dan mengganggu alam (Palemahan)

Perwujudan kearifan tempatan Tri Hita Kirana (THK) yang diguna pakai oleh masyarakat Bali ialah ngayah banjar. Makna daripada ngayah banjar ialah bergotong-royong membantu banjar. Ngayah banjar menjadi sebahagian kehidupan sehari-hari masyarakat Bali. Sebagai contoh, membuat persembahan-persembahan pada upacara agama dan terlibat dalam upacara-upacara agama yang dilakukan. Setiap orang terlibat dalam kegiatan banjarnya masing-masing. Meskipun sibuk dengan pekerjaan, jika tiba ngayah banjar, maka semua orang akan terbabit dalam kegiatan banjar.

Dalam kehidupan seharian mesti ada rasa kebersamaan iaitu bersama-sama dalam suka mahupun duka serta membantu orang lain. Ketika orang lain mendapatkan ganjaran, kita juga ikut senang dan kalau orang lain menghadapi kesulitan maka kita wajib membantu. Para responden menambah lagi bahawa budaya dalam kehidupan masyarakat sangat kental, terutama di desa-desa.

156

Budaya Ngayah Banjar merupakan kewujudan daripada salah sebuah elemen

Tri Hita Karana (THK), iaitu hubungan antara manusia. Semasa Ngayah Banjar,

setiap orang memiliki kewajipan untuk membantu banjar masing-masing. Meski sesibuk manapun seseorang, jika tiba waktu Ngayah Banjar, maka mereka akan terlibat dan meluangkan waktu. Seperti yang dirangkum dalam temu bual dengan R3 (kepala desa) yang berikut:

“Di Bali, sungguhpun kita sibuk, kita tetap berusaha untuk meluangkan masa untuk

ngayah banjar. Dan apabila kita tidak melakukannya, sekatan sosial akan lebih berat”

Menurut responden R3 (kepala desa) denda berupa wang akan dikenakan untuk mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ngayah banjar. Meski demikian, rasa malu akan menjadi beban bagi mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ngayah banjar. Adapun menurut R4 (ketua banjar) ngayah banjar telah menjadi sebahagian kehidupan sehari-hari masyarakat Bali. Seperti yang dikatakan oleh R4 (ketua banjar) dalam temubual:

“Ngayah banjar menjadi sebahagian kehidupan sehari-hari masyarakat Bali.

Sebagai contoh, membuat persembahan-persembahan pada upacara agama dan terlibat dalam upacara-upacara agama yang dilakukan”

Setiap orang terlibat dalam kegiatan banjarnya masing-masing. Meskipun sibuk dengan pekerjaan, jika tiba ngayah banjar, maka semua orang akan terbabit dalam kegiatan banjar. Merujuk hasil temu bual terbabit dan daripada hasil pemerhatian, penyelidik mengamati penerapan salah satu elemen Tri Hita Karana

157

(THK), iaitu perwujudan hubungan sesama manusia dilaksanakan di Desa Plaga, salah satu kawasan penyelidikan.

Dalam meneroka maklumat daripada komuniti tempatan, pihak syarikat Aqua Danone Mambal Plant memanfaatkan forum-forum adat yang terdapat di Bali untuk mengenal pasti permasalahan, baik forum sangkepan mahupun organisasi masyarakat yang terdapat di Bali, seperti sekaa dan subak. Hubungan manusia dengan Tuhan diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat Bali. Persembahan, yang dipersembahkan kepada Hyang Widi Wasa (Tuhan Yang Maha Esa) diberikan pada pagi hari semasa waktu sembahyang pagi dan juga petang.

Manakala hubungan manusia dengan alam sekitar diwujudkan dengan memelihara keserasian alam tanpa merosakkannya. Sumber-sumber alam seperti sungai, dijaga dan dirawat dengan baik, pokok-pokok ditanam dengan serasi bersama-sama tumbuh-tumbuhan yang lain. Mereka percaya jika kita merosakkan alam, maka alam pun akan merosakkan kita. Manakala hasil pemerhatian dapat dilihat melalui fieldnotesdi bawah ini:

Objek pemerhatian: Kewujudan amalan THK dalam kehidupan sehari-hari masyarakat Bali. Pada pemerhatian ini, penyelidik melakukan pemerhatian pada kewujudan amalan THK dalam kehidupan seharian masyarakat Bali yang dilaksanakan di Kampung Pelaga lokasi dimana penyelidikan dilaksanakan. Pemerhatian ini diambil pada 11hb Mei 2015 di Kampung Pelaga

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, hampir di setiap rumah penduduk yang menganut Agama Hindu, termasuklah di pejabat, didapati disediakan dengan tempat

158

beribadah yang dipanggil sebagai “pelinggih”. Selain itu, terdapat juga pura atau tempat beribadah utama bagi penganut Hindu di setiap daerah dan kampung.

Di pelinggih inilah masyarakat Hindu di Bali melaksanakan upacara beribadah yang disebut dengan Tri Sandya. Tri Sandya ini ialah upacara sembahyang wajib untuk penganut Hindu lakukan pada setiap harinya. Upacara sembahyang ini dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada jam 6 pagi, 12 tengah hari dan jam 6 petang. Dengan melakukan upacara Tri Sandya, mereka dapat menghafal dan menyebut setiap bait doa upacara dengan penuh kekhusyukan dan lahir daripada keikhlasan. Menurut pemerhatian penyelidik lagi, penganut agama Hindu melaksanakan upacara

Tri Sandya ini dengan teratur dan penuh khusyuk.

Selain itu, disetiap tempat baik itu di tepi jalan, di kawasan perumahan, di bawah jembatan, mahupun di bawah pokok, canang sari seringkali ditemui. Canang

Sari merupakan kelengkapan keagamaan umat Hindu di Bali untuk upacara

sembahyang harian. Persembahan dapat ditemui di mana-mana sahaja baik di kuil kecil di rumah, dan di tepi jalan sebagai sebahagian daripada bentuk persembahan. Upacara beribadat ini adalah kewujudan Parahyangan yang bertujuan untuk memelihara hubungan penganut dengan Tuhan.

Manakala kewujudan Pawongan atau hubungan baik yang terjalin sesama manusia yang wujud semasa penyelidik mengunjungi rumah-rumah penduduk di Desa Plaga. Dengan kemesraan yang ikhlas, mereka menyambut tetamu dengan penuh ramah, mempersilahkan mereka duduk dan menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Walaupun dalam kalangan mereka tidak dapat bertutur dalam Bahasa Indonesia dan hanya dapat bertutur dalam dialek Bahasa Bali, tetapi mereka tetap berusaha untuk menyambut tamu dengan baik dan terbuka terhadap

159

orang luar. Hal ini menunjukkan sikap menghormati orang lain sebagai sebahagain daripada aturan hidup masyarakat Bali. Penyelidik berkesempatan untuk menghadiri kenduri perkahwinan salah seorang penduduk kampung yang dilaksanakan di Kampung Plaga. Di upacara tersebut, semua penduduk, saudara-mara dan sahabat handai serta rakan-taulan berkumpul dan bergotong royong. Mereka datang berbondong-bondong untuk datang membantu keluarga pengantin dan meraikan kedatangan pengantin. Mereka melaksanakan upacara sembahyang di kampung dan memberikan persembahan sebelum menikmati makanan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

Kewujudan Palemahan atau kewajiban masyarakat dapat dilihat daripada cara menghormati alam sekitar, mereka memperlakukan alam sepertimana mereka harap diri mereka diperlakukan. Kewujudan Palemahan ini dapat dilihat dalam rekabentuk dan hiasan bangunan, kawasan perumahan, persekitaran kawasan perkampungan tradisional Bali yang memiliki seni bina dan penataan ruang yang selaras serta harmonis dengan alam sekitar. Sebagai contoh, mereka menanam tanam-tanaman yang dijaga dengan penuh sungguh-sungguh, menanam pokok-pokok dan memelihara haiwan dengan kasih sayang. Kesemua tindakan ini wujud daripada konsep Palemahan yang melibatkan usaha pemeliharaan hubungan dengan alam sekitar.

Daripada data pemerhatian yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa amalan konsep Tri Hita Karana (THK) dalam kalangan masyarakat Bali adalah satu wacana yang diterjemahkan dan dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari mereka dan menjadi sebuah idelogi ataupun cara berpikir masyarakat setempat. Dalam erti

160

kata lain, konsep ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat dan menjadi panduan masyarakat dalam melaksanakan kehidupan.