• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 3.1Sumber-sumber Kearifan Tempatan

3.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Konsep dan Jenis-jenis

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan konsep yang yang membangundari masa ke masa serta dipengaruhi perkembangan masyarakat. Banyak definisi yang telah diberikan oleh para sarjana daripada pelbagai bidang. Menurut Ullman (1985), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan kepentingan syarikat perniagaan untuk mengambil peranan bertanggung jawab terhadap masyarakat telah menjadi topik utama dalam kajian-kajian ilmiah dalam beberapa dekad. Terdapat banyak definisi CSR, bervariasi dari definisi yang sederhana kepada yang kompleks dan pelbagai istilah dan idea. Pelbagai definisi ialah definisi yang boleh dipertukarkan seperti corporate sustainability, corporate citizenship, corporate

social investment.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah menjadi wacana awam dipertengahan abad ke-20 ketika dunia digoncangkan dengan beberapa bencana yang diakibatkan oleh industri seperti kebocoran gas Union Carbide di Bhopal pada tahun 1984, tumpahan minyak oleh syarikat perniagaan British Petroleum di Teluk Mexico tahun 2010, skandal korporat Enron tahun 2001 dan WorldCom tahun 2002, kebangkrapan dan kegagalan korporat (Lehman Brother, Merrill Lynch) dan beberapa perilaku tidak beretika atau pencerobohan serta manipulasi pasaran (Sun, Stewart & Pollard, 2010).

50

Shafiqur Rahman (2011) meringkaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada sepuluh dimensi iaitu “perlindungan alam sekitar, pembangunan ekonomi, amalan etika perniagaan, pemenuhan perundangan, kesukarelaan, Hak Asasi Manusia (HAM), transparensi dan akauntabiliti serta penglibatan pemegang taruh”. Mostardeiro dan Duarte (2007) menyatakan bahawa konsep seperti etika perniagaan dan CSR tidak terdapat dalam kosa kata 30 tahun yang lalu, tetapi saat ini telah menjadi topik dalam dokumen syarikat perniagaan, seminar berkenaan rancangan strategik dan laporan tahunan.

Sungguhpun menjadi trend yang dibincangkan ramai, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) belum memiliki batasan yang sepadan. Banyak ahli, pengamal dan penyelidik tidak memiliki kesepakatan dalam memberikan definisi, meskipun dalam banyak hal memiliki kesamaan intipati. Berbagai definisi mengenai CSR dikemukakan oleh para sarjana. Antaranya ialah Carroll yang menyatakan bahawa CSR merupakan usaha syarikat perniagaan dalam mematuhi pemenuhan kewajiban ekonomi, hukum, etika dan sosial. Carroll’s Pyramid yang telah dikembangkan sejak tahun 1979 menyoroti empat jenis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Terdapat empat tahap dalam Carroll’s Pyramid ini, yang pertama ialah tahap tanggungjawab ekonomi. Pihak syarikat perniagaan bertanggungjawab kepada para pelabur. Dengan menghasilkan keuntungan, syarikat perniagaan memberikan kembali kepada pelabur dan pemegang taruh juga membentuk peluang pekerjaan dan perkhidmatan,mempromosikan perkembangan teknologi,inovasi,membina produk baharu serta perkhidmatan yang baharu (Carroll, 1991)

Pada tingkat kedua terdapat tanggungjawab perundangan.Syarikat perniagaan mesti mematuhi sistem perundangan seperti standard persekitaran, standard kesihatan

51

dan keamanan, perundangan pekerja dan perundangan cukai. Dalam erti kata lain, syarikat perniagaan mesti mematuhi perundangan dan aturan yang ditetapkan oleh pemerintah tempatan atau pemerintah negara (Carroll, 1991). Tahap ketiga ialah tanggungjawab etika iaitu syarikat perniagaan memenuhi kepatuhan yang ada dalam masyarakat sekalipun tidak tertulis dalam undang-undang. Tanggungjawab etika yang terdiri daripada perilaku adalah perkara yang tidak dapat ditempatkan dalam domain perundangan dan mungkin tidak berkenaan dengan kepentingan ekonomi perniagaan secara langsung. Untuk menyerlahkan etika, pengambil keputusan harus bertindak dengan cermat dan adil.Yang terakhir ialah, tanggungjawab budi bicara

Tanggungjawab budi bicara memperhitungkan persekitaran sebagai aspek keseluruhan yang menjadi elemen penting dalam membangunkan identiti syarikat. Perbezaan etika dan budi bicara (pilantropi) adalah tindakan budi bicara tidak berasaskan perspektif etika atau perundangan, tetapi didorong oleh keperluan pemegang taruh.

Tanggungjawab ekonomi, legal dan etika merupakan kewajipan sedangkan tanggungjawab budi bicara (pilantropi) adalah sesuatu yang diinginkan oleh masyarakat. Saat ini syarikat perniagaan diharapkan untuk melaksanakan kedermawanan kerana perubahan-perubahan yang berlaku dalam institusi sosial,oleh itu, diharapkan syarikat perniagaan dapat membantu menyelesaikan persoalan-persoalan yang dihadapi oleh masyarakat.

Argenti (2009) mengatakan bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mendorong syarikat perniagaan untuk melihat lebih jauh melangkaui dasar yang biasa kepada wilayah yang lebih luas, iaitu sosial dan masyarakat. Menurut Robbins dan Coulter (2010), syarikat perniagaan bukan sahaja mempunyai tanggungjawab

52

kepada pelabur tetapi juga bertanggungjawab kepada masyarakat secara meluas. Menurut Daft (2012), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan kewajipan pengerusi untuk membuat pilihan dan mengambil tindakan yang dapat memberikan sumbangan kepada kebajikan dan kepentingan masyarakat. Ini merupakan kewajipan syarikat perniagaan yang melangkaui kewajipan hukum dan ekonomi, untuk memperoleh matlamat jangka panjang yang berfaedah kepada masyarakat.

Menurut Luu Trong Tuan (2012), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai syarikat perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab terhadap pemegang taruh selari dengan perkara yang boleh diterima dalam masyarakat peradaban. Makna sosial bererti tanggungjawab terhadap ekonomi dan persekitaran. Tujuannya adalah mencipta standard kehidupan yang lebih baik, dengan tetap menjaga kelangsungan pertumbuhan syarikat perniagaan melalui peningkatan keuntungan dan nilai untuk kehidupan orang ramai baik yang ada di dalam mahupun di luar syarikat. Frederick (1986) mengatakan bahawa CSR ialah asas etika pengurus dalam pembentukan polisi syarikat perniagaan. CSR merangkumi panduan etika yang bersandarkan pada kesedaran manusia, masyarakat dan pembangunan secara mampan.

Mostardeiro dan Duarte (2007) pula mengatakan bahawa strategi perniagaan sekarang ini bukan sekedar bermatlamat untuk mencapai keuntungan kompetitif dan memaksimumkan keuntungan malah, tertumpu pada harapan umum yang lebih besar dalam aspek etika dan sosial. Bagi syarikat perniagaan yang lebih kecil, mereka menyahut cabaran yang diberi untuk menerapkan prinsip etika perniagaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam pengambilan polisi syarikat perniagaan.

53

Dari definisi sarjana di atas, dapat diambil kesimpulan bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan penerjemahan dari etika perniagaan, yang mana CSR menuntut agar syarikat perniagaan melaksanakan tindakan yang beretika kepada pemegang taruh dan persekitaran, guna mencapai kemampanan.

Menurut Welford dan Zieger (2013), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perlu disepadukan dengan strategi perniagaan. Sektor perniagaan mesti mendapatkan keuntungan namun dalam masa yang sama, mereka mesti prihatin terhadap persekitaran dan masalah sosial. Tindakan yang kukuh mesti dilakukan untuk mencipta nilai dan pembangunan yang inklusif

Tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berubah daripada bersifat aktiviti amal kepada aktiviti yang berorientasikan strategi perniagaan. Tanggungjawab Sosial Korporat sebenarnya menggambarkan imej perniagaan itu sendiri. Syarikat perniagaan perlu juga memerhatikan isu-isu sosial di samping isu kewangan. Dalam tadbir urus perniagaan yang sebenar, penekanan terhadap aspek ekonomi sahaja dapat memberikan kesan negatif kepada persekitaran dan masyarakat (Nor Hadi, 2014).

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menuntut sikap hormat syarikat perniagaan terhadap masalah-masalah masyarakat. Ia boleh ditunjukkan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan bertanggungjawab ke atas impak aktiviti syarikat terhadap pemegang taruh. Aktiviti ini akan menjejaskan pengaruh kepadapengguna, pekerja, pelabur, komuniti dan persekitaran dan semua pihak yang terbabit dalam operasi syarikat perniagaan.

54

1. Akauntabiliti:syarikat bertanggungjawab terhadap keputusan dan aktiviti yang mempunyai impak kepada masyarakat, ekonomi dan persekitaran.

2. Ketelusan: syarikat perlu telus terhadap keputusan dan aktiviti yang mempunyai impak terhadap masyarakat dan persekitaran.

3. Sikap etika:syarikat perlu selari dengan prinsip-prinsipetika dan aturan-aturan. 4. Menghormati kepentingan pemegang taruh: menghormati, mempertimbangkan

dan memberikan respon terhadap para pemegang taruh. 5. Menghormati perundangan.

6. Menghormati tingkah laku sejagat.