• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 3.1Sumber-sumber Kearifan Tempatan

7. Menghormati Hak Asasi Manusia

3.8. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kepentingan Pemegang Taruh

Pada tahun 1980an, terdapat usaha syarikat perniagaan untuk mendekatkan diri dengan pemegang taruh. Tokoh-tokohnya antara lain ialah Thomas M. Jones yang menyatakan pentingnya keterbukaan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat. Kemudian, L.E Preston dan J.E Post menyatakan konsep “public liability”.Mereka memilih kata public liability berbanding sosial. Hal ini bermakna bahawa syarikat perniagaan perlu mempertimbangkan kesan yang timbul akibat tindakan mereka namun hal ini tidak bererti syarikat perniagaan perlu menyelesaikan semua persoalan sosial (Rosamaria & Padgett, 2011).

Istilah pemegang taruh semakin mendapat populariti dalam perbincangan tentang perniagaan moden. Seperti yang dikatakan oleh Sam Palmisano, Ketua Pegawai Eksekutif IBM (Blowfield dan Murray, 2011), beliau mengatakan bahawa dalam perhubungan antara perniagaan dan masyarakat peranan pemegang taruh menjadi amat penting. Beliau mengatakan lagi bahawa perniagaan telah mengalami perubahan daripada perniagaan berorientasikan pelabur menjadi perniagaan yang berorientasikan pemegang taruh.

Menurut Cheng dan Jamilah (2010), pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berasaskan perspektif pemegang taruh dan perbincangan tentang perhubungan antara perniagaan dan masyarakat. Dalam melaksanakan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), syarikat perniagaan perlu melibatkan pelbagai pemegang taruh melalui pelbagai inisiasi dan kegiatan.

Argenti (2009) mendefinisikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai keprihatinan syarikat perniagaan terhadap persoalan masyarakat. Tanggungjawab

67

Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan dengan bertanggungjawab akan memberikan kesan kepada aktiviti pengguna, pekerja, pelabur, komuniti dan persekitaran dan semua pihak yang terbabit dalam operasi syarikat.

Pemegang taruh ini, menurut Abdifatah Ahmad (2013), akan mempengaruhi syarikat perniagaan, iaitu mereka menuntut syarikat perniagaan agar menjalankan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan prihatin terhadap persekitaran. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menuntut rasa hormat syarikat terhadap persoalan masyarakat, ditunjukkan melalui keprihatinan ke atas impak aktiviti terhadap pemegang taruh. Ini termasuk pengguna, pekerja, pelabur,komuniti dan persekitaran serta semua pihak yang terlibat dalam operasi syarikat (Argenti, 2009).

Michael Skapinker, salah seorang editor Financial Times mengungkapkan pentingnya sokongan pemegang taruh terhadap syarikat perniagaan (Argenti, 2009):

“Syarikat perniagaan tidak dapat tumbuh dalam masyarakat yang roboh.Tanpa adanya kestabilan politik, maka masa hadapan syarikat perniagaan akan muram. Bahkan di negara yang paling stabil pun, syarikat perniagaan memerlukan sokongan pemegang taruh untuk dapat terus hidup” (m.s. 108)

Hujah ini menyatakan bahawa syarikat perniagaan yang membangundalam persekitaran dan masyarakat yang terus bergerak dan berubah. Tekanan persekitaran serta isu-isu sosial semestinya memberikan pengaruh kepada syarikat perniagaan dan menjadi suatu realiti baharu. Syarikat perniagaan seolah-olah berada di dalam persekitaran baharu yang masyarakat akan sangat memberikan tekanan.

Syarikat perniagaan ialah ejen moral. Secara dasarnya, untuk berbuat baik kepada masyarakat, syarikat mesti mampu membezakan antara benar dan salah.

68

Komitmen syarikat untuk bertindak secara perundangan dan memberikan sumbangan dalam peningkatan ekonomi adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan pekerja dan keluarga pekerja, komuniti tempatan dan masyarakat awam.

Para sarjana di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pada masa sekarang,Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan amalan yang penting berbanding keseluruhan jenama syarikat perniagaan dan prestasi-prestasi kewangan. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dapat mewujudkan kepercayaan dalam syarikat perniagaan dan mendorong kualiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan (Argenti, 2009).

Pihak pemegang taruh merupakan bahagian strategik dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Porter dan Kramer (2011) menegaskan kepentingan untuk bekerjasama dan membangun hubungan bagi mencapai tujuan syarikat perniagaan melalui pemegang taruh. Syarikat perniagaan yang mampu berkongsi dan memuaskan kehendak pemegang taruh dengan kemampuan yang telah ditentukan akan membentuk sistem kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang sebenar serta akan menguntungkan setiap pihak (Dwi Kartini, 2013).

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dapat membentuk program yang bersepadu dan seimbang. Syarikat perniagaan memerlukan peranan negara dan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan. Program ini dikenali sebagai“Tri

Sector Partnership”atau perkongsian tiga sektor.

Ketiga-tiga aspek yang saling berkaitan ini, iaitu negara, syarikat perniagaan dan masyarakat, mesti membentuk perkongsian yang terbuka dan memberikan nilai

69

tambah sehingga strategi usaha sama perkongsian ini dibawa ke tahap yang mampu menghasilkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang komprehensif serta berfaedah kepada semua pihak. Dalam “Tri Sector Partnership”,peranan negara adalah (Dwi Kartini, 2013):

1. Berunding dan mewujudkan komitmen atau kerjasama antarabangsa.

2. Menyediakan rangka kerja yang selari dengan perundangan untuk menyelaraskan semua sektor agar melaksanakan polisi nasional.

3. Memantau tindakan dan mengambil langkah-langkah mencapai pengurusan yang teratur.

Manakala syarikat perniagaan memiliki peranan: 1. Mewakili kepentingan pelabur.

2. Mencari keuntungan ekonomi dalam pasaran.

3. Bertindak mandiri dalam membangunkan syarikat dengan menerapkan kod etika Seterusnya, peranan masyarakat awam, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan ialah:

1. Mewakili kepentingan pemegang taruh kepentingan iaitu masyarakat dapat mempengaruhi atau dipengaruhi tujuan kumpulan atau organisasi.

2. Mengutamakan nilai-nilai, keyakinan dan prinsip-prinsip yang berhubungan dengan persekitaran, sosial, Hak Asasi Manusia (HAM) dan pembangunan.

3. Melakukan pemantauan dan penilaian terhadap pemerintah dan syarikat perniagaan agar mereka bertindak bertanggungjawab sesuai dengan aspek perundangan yang ditetapkan oleh negara.

Lantos (2001) mendapati syarikat perniagaan merupakan pemegang amanah

(trustee) daripada pelabur dan berhutang secara moral terhadap pemegang taruh. Para

70

syarikat perniagaan. Pekerja melabur modal masa dan modal intelektual, pelanggan melabur kepercayaan, manakala komuniti memberikan kemudahan dan pendidikan kepada calon pekerja. Ini bermakna bahawa peniagaan perlu memberikan lebih daripada keuntungan namun pada masa yang sama bertanggungjawab terhadap keseimbangan semua kepentingan pemegang taruh.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merangkumi pengurusan akibat daripada keputusan mahupun aktiviti dalam masyarakat dan persekitaran. Konsep ini boleh dijalankan melalui ketelusan dan perilaku beretika yangmemberikansokongan kepada pembangunan lestari, termasuk kesihatan dan kebajikan, mempertimbangkan matlamat kepada pemegang taruh dan mematuhi undang-undang dan aturan-aturan yang ditetapkan dengan norma-norma antarabangsa.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mesti bermula dan selari dengan hubungan antara perniagaaan dan masyarakat, yang sangat ditentukan oleh perkembangan dan peradaban masyarakat. Perubahan nilai, norma, peradaban masyarakat menuntut tanggungjawab sosial secara meluas, sehingga dapat dikatakan Tanggungjawab Sosial bersifat dinamik sesuai dengan perkembangan masyarakat. Manakala pemegang taruh merupakan bahagian strategik dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat CSR). Syarikat perniagaan yang mampu berkongsi dan memuaskan kehendak pemegang taruh dengan kemampuan yang telah ditentukan akan membentuk sistem kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang sebenar serta akan menguntungkan setiap pihak (Dwi Kartini, 2013).

Kesimpulannya, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan kepada pemegang taruh. Syarikat perniagaan perlu mengenal pasti identiti pemegang taruh di dalam syarikat tersebut dan isu-isu yang

71

timbul dalam kalangan pemegang taruh. Pihak pemegang taruh merupakan bahagian strategik dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan akan memberikan kesan kepada aktiviti pengguna, pekerja, pelabur, komuniti dan persekitaran dan semua pihak yang terbabit dalam operasi syarikat. Reputasi syarikat perniagaan bergantung pada perhatian pemegang taruh seperti yang dikatakan oleh Esen (2013).

Penglibatan pemegang taruh dalam amalan CSR menjadi penting dan merupakan masalah strategik dalam pengurusan CSR. Strategi CSR dalam konteks global dapat dibangunkan dengan sokongan pemegang taruh. Strategi CSR tidak sekedar dibataskan pada pelaksanaan sederhana semata-mata namun berdasarkan pemegang taruh (Kartika Titisari, 2017)