• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber: Data Kajian

Daripada Jadual 5.3dapat dilihat kerjasama yang dilakukan oleh Aqua Danone Mambal Plant dengan pelbagai pihak yang meliputi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Tri Hita Karana, Yayasan Bali Organik Assosiation, Universiti Udayana, Universiti Warmadewa, Pemerintah setempat dan sekolah-sekolah serta forum-forum yang ada dalam masyarakat.

Selain itu, wujud kerjasama yang dijalankan oleh Aqua Mambal Plant dengan pihak kerajaan dan swasta iaitu Dinas Pertanian, Perkebunan dan Kehutanan (Distanbuthut), Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) Badung, Balai Lingkungan No Nama Program Pemegang Taruh yang terlibat

1 Biopori dan Perigi Susupan BLH Badung,Yayasan Janma,SMKN 1 Petang

2 Pembuatan Teres Undak Janma, Distanbunhut, Pakar Ahli Pertanian Universiti Udayana,Pasukan Ayung Lestari 3 Penanaman pokok Komuniti tempatan, Sekaa Teruna Teruni,Dinas

Pertanian, Perkebunan dan Kehutanan (Distanbunhut Badung), Yayasan Janma,Pasukan Ayung Lestari 4 Pendataan haiwan dan tumbuhan PT Sekala, Yayasan Janma, PasukanAyung Lestari

5 Biogas Yayasan Janma

6 Teknologi pam hidraulik Yayasan Janma, Pasukan Ayung Lestari, Pengajian Kejuruteraan Universiti Udayana Bali

7 STBM Masyarakat, Janma, Politeknik Kesehatan (Poltekkes), Sanitarian Puskesmas Petang, Siswa-siswa sekolah

8 Pertanian Sihat & Pengembangan Makmal

Yayasan Bali Organik Assosiation, Yayasan Janma, Petani Subak Mambal, Distanbunhut, BPTPH)

171

Hidup (BLH) Badung dan Gianyar, Bappeda Badung dan Dinas Perindustian dan Koperasi (Desperindagkop) untuk menubuhkan Pasukan Ayung Lestari (Pokja Ayung Lestari).

Pokja Ayung Lestari boleh diharapkan untuk menjadi forum yang menyokong koordinasi dan bersepadu dengan pemegang taruh yang menggunakan air dari sungai Ayung dalam pengurusan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung pada masa hadapan. Daripada hasil mesyuarat yang dilakukan dalam Pokja Ayung, terhasil pemahaman yang sama tentang pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung secara bersepadu dan bermanfaat bagi kehidupan, baik di hulu, tengah dan hilir. Secara tidak langsung, ia menjadi rancangan tindakan bersama dalam pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung secara bersepadu dan menjadi model dalam pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung.

Senarai nama ahli Pasukan Ayung Lestari ialah Made Sudarma dari PPLH Universiti Udayana Bali, pihak Aqua Danone Mambal Plant ialah Forcy Tjandra dan Ida Ayu Eka Pertiwi Sari, IG Bagus dari PT Bagus Agro Pelaga, AA Ambara Dewi dari Distanbunhut Kabupaten Badung, IB Gde Wirawan dari Distanbunhut Kab Badung, Made Budiarsa dari BKSDA Sangeh, I Made Suarjana dari Bongkasa Pertiwi,Wayan Gde Subawa, Tokoh Masyarakat Banjar Kiadan serta I Gde Suarja dari Yayasan Janma dan Made Adi Putra dari Forum DAS Badung

Pemegang taruh yang terlibat dalam Pasukan Ayung Lestari ini meliputi pemegang taruh di hulu sungai antaranya iaitu Yayasan Wisnu, PT Bagus Agro Pelaga,United Beverage Bali (UBB Wine), Surya Dewata Rafting, BPP Petang, pemegang taruh di wilayah tengah iaitu Ayung River Rafting dan Elephant Camp, Puri Rafting, Bahama Rafting, Yayasan Kembali ke Desa

172

Manakala pemegang taruh hilir sungai meliputi Dinas Pertanian, Perkebunan dan Kehutanan Badung, Forum DAS Badung, Yayasan Korpri, Yayasan Tri Hita Karana (THK), PPLH Bali, BP DAS Propinsi Bali.

Untuk memulakan kegiatan, bengkel Daerah Aliran sungai (DAS) Ayung dijalankan pada 8 Julai 2013 dan dihadiri oleh 60 peserta dari pelbagai pemegang taruh. Bengkel ini dilaksanakan di Dewan Pejabat Distanbunhut Badung. Kegiatan dibuka oleh Kades Distanbunhut Badung yang menampilkan tiga pihak yang ditemu bual iaitu Aqua Danone, Pengurus DAS Bali dan PPLH-Universiti Udayana, Bali.

Sebagai kesimpulan dari Bengkel Pokja Ayung Lestari, didapati bahawa pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung adalah secara bersepadu dengan membabitkan pelbagai pihak. Dalam pengurusan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung, perlu dibuat kegiatan yang merangkumi tiga aspek penting iaitu peningkatan ekonomi masyarakat, persekitaran serta perlindungan dan pelestarian hutan melalui penanaman pelbagai pokok yang berfungsi untuk pemuliharaan. Kedua, komitmen dan tindakan bersama diperlukan untuk pemuliharaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung, kesedaran pihak yang mengakses DAS Ayung dan mengukuhkan kehidupan masyarakat di daerah hulu.

Melalui kerjasama pelbagai pihak melalui Pasukan Ayung Lestari, diharapkan matlamatnya dicapai iaitu kesamaan persepsi oleh semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung secara terpadu bagi kehidupan masyarakat dan diikuti tindakan kolektif pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung yang bersepadu.

173

Selain itu terdapat masalah lain yang timbul iaitu semakin kurangnya penutupan vegetasi tetap di wilayah tengah dan Hulu Daerah Aliran Sungai (DAS) akibat penggunaan lahan, kerosakan hutan di daerah hulu Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung, penanaman tanaman yang kurang sesuai dengan kelas dan kemiringan lahan, peningkatan hakisan dan mendapan dibahagian hulu serta masih rendahnya kesedaran dan penglibatan masyarakat untuk melakukan usaha-usaha pemuliharaan di hulu dan tengah dan ketiadaan perpaduan dalam pengelolaan Daerah Aliran Sungai (DAS). Selain itu, menurut R1 (pengurus CSR) kerjasama yang dilakukan yang dilakukan bukan hanya dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Hubungan antara syarikat perniagaan dengan komuniti tempatan terjalin seperti keluarga. Seperti yang dikatakannya dalam temubual:

“Kami melakukan program di Aqua Mambal seperti bersenam dan warga

masyarakat ikut terlibat. Kami juga mengikut upacara dan sembahyang yang dilakukan oleh masyarakat. Apabila ada masalah, kami berbincang dengan adat, kami juga mengutamakan masyarakat tempatan supaya dapat bekerja di Aqua Danone”

Manakala sokongan komuniti tempatan ke atas program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) cukup tinggi. Seperti Lubang biopori dan Perigi Susupan dibuat di halaman rumah komuniti dengan bergotong-royong, komuniti tempatan bergotong royong membina tandas serta komuniti menjadi ejen sanitasi. Bentuk sokongan daripada komuniti tempatan dapat dirujuk dalam Jadual 5.4

174

Jadual 5.4 Bentuk Sokongan Komuniti dalam Program Tanggungjawab Sosial