• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Tanggungjawab Sosial Korporat Global dan Tempatan di Perbadanan Multinasional

Keuntungan Kerugian Tanggungjawab Sosial Korporat Global 1. Meningkatkan keharmonian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat

2. Standard tingkat antarabangsa 3. Bersepadu secara global dan

strategi yang standard

4. Polisi, proses dan struktur yang konsisten merentasi perbezaan budaya

1. Pemerhatian kepada keperluan tempatan

2. Mengurangkan kepemilikan dan legitimasi

3. Strategi berasaskan aturan yang sama

4. Pendekatan yang cenderung meminimumkan persyaratan daripada negara yang disasarkan Tanggungjawab

Sosial Korporat Tempatan

1. Bersifat responsif dan penyesuaian dengan konteks tempatan

2. Dibuat untuk menyelesaikan persoalan

perbezaan-perbezaantempatan

1. Kurangnya tanggungjawab dan ketegangan antarabangsa 2. Pendekatan yang

meminimumkan persyaratan global

3. Koordinasi yang tinggi dan kepentingan kawalan Sumber: Jamali (2006)

Adapun Dobers dan Halme (2009) menambah bahawa kapasiti daripada syarikat perniagaan dan pengurus diperlukan untuk memahami dan mengetahui isu-isu yang relevan dalam konteks budaya yang berbeza. Strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan global atau tempatan bergantung pada penyertaan pemegang taruh.

Roman dan Mendes (2013) pula mendapati strategi global akan menyebabkan penurunan legitimasi syarikat perniagaan kerana isu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tidak sesuai dengan pemegang taruh. Idealnya, syarikat perniagaan perlu menggabungkan kekuatan dan tekanan global dan tempatan secara selaras.

Cruz dan Boehe (2010) mencadangkan bahawa perancangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) amatlah diperlukan dalam strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) begitu juga pemahaman terhadap perbezaan-perbezaan nasional dan

84

sosial seperti budaya, norma, konsep tentang masyarakat dan perundangan mesti diutamakan untuk mendapatkan pengaruh terhadap negara yang disasarkan.

Selain itu terdapat juga tekanan terhadap syarikat antarabangsa tentang pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap operasinya dan kepada pemegang taruh. Cheng dan Jamilah (2010) menyatakan bahawa pelaburan dalam strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negara-negara Asia semakin meningkat. Perbadanan multinasional mesti menghadapi perbezaan budaya di negara yang disasarkan.

Menurut Godiwalla (2012), didapati keadaan perbezaan mewujudkan cabaran yang lebih sukar dalam melaksanakan etika perniagaan, matlamat dan strategi dalam syarikat perniagaan. Perbadanan multinasional harus melaksanakan beberapa pendekatan, termasuk pendekatan yang tegar dan global yang mempunyai standard untuk disesuaikan dengan Tanggungjawab Sosial. Seterusnya ialah pendekatan ganda dan pendekatan tersuai untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna dan yang terakhir ialah kombinasi daripada dua pendekatan.

Perbadanan multinasional harus menentukan sejauh mana pengaruh kombinasi ini. Pendekatan yang dipilih akan menyebabkan pengembangan nilai-nilai dan falsafah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan menyediakan fleksibiliti untuk disesuaikan dengan aktiviti yang dilakukan di setiap negara yang memerlukan keperluan yang berbeza.

Di Malaysia, sebagai salah satu negara yang membangun dan pusat perniagaan di Asia, negara ini mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai sistem budaya. Kajian yang dilakukan oleh Muwazir (2011) mendapati bahawa terdapat perbezaan

85

antara bumiputera dan bukan bumiputera terhadap persepsi, sikap dan perilaku mereka terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Di Malaysia, faktor-faktor yang lain seperti semakin tinggi harapan masyarakat terhadap amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan perkembangan daripada sistem pemerintahan juga memberikan pengaruh terhadap amalanTanggungjawab Sosial Korporat (Fathilatul & Ruhaya, 2011)

Menurut Zhao, Park dan Zhou (2014) di China, syarikat perniagaan multinasional perlu untuk mengikuti pendekatan yang simbang, memperhatikan komponen ekonomik dan sosial untuk menghindari krisis awam dan mempertahankan pertumbuhan. Strategi adaptasi sosial akan membantu perbadanan multinasional untuk lebih memahami keperluan pemegang taruh, mengatasi masalah dan kelompongan dengan pengurusan terhadap pemegang taruh

Di Afrika, Amponsah-Tawiah dan Dartey-Baah (2011) menyatakan bahawa perbezaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Afrika dan negara-negara di Barat dipengaruhi faktor kunci yang mempengaruhinya. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negara yang membangun sangat dipengaruhi oleh budaya atau tradisi, seperti tindakan beramal, etika perniagaan dan penglibatan komuniti.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Nigeria dipengaruhi kepercayaan dan agama suku dan budaya beramal (Amaeshi dan rakan-rakan, 2006). Manakala Godiwalla (2012) membahaskan bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negara yang membangun dipengaruhi dan sensitif disebabkan faktor budaya (cultural

bond), agama dan konteks sejarah negara masing-masing, keutamaan dalam isu

86

mencerminkan nilai-nilai dan kebiasaan hidup masyarakat. Setiap negara memiliki budaya yang unik

Di Amerika Latin, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) memiliki sejarah yang cukup panjang. Sejarah yang utama berasaskan nilai-nilai sosial yang berhubungan dengan doktrin Katolik dan ajaran kedermawanan. Sejak tahun 1980an, banyak negara di wilayah ini membuka pasarannya dan menerima pelabur asingyang mengamalkan strategi liberal. Ini memberikan kesan kepada perubahan ekonomi, sosial dan politik. Namun, keadaan ini tidak berlangsung lama.

Pada tahun 1990an, Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Persekitaran dan Pembangunan (UNCED), pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat awam menuntut pihak syarikat perniagaan untuk melakukan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (Amezaga, Yan He & Cuervo, 2013). Isu-isu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti isu-isu sosial, ketelusan dan isu lingkungan serta ketidakadilan, pembasmian kemiskinan, anti-rasuah, kesihatan dan keamanan kerja dan khidmat awam yang tidak mencukupi merupakan isu-isu yang dikenal pasti

Di Thailand, menurut Nattavud Pimpa dan rakan-rakan (2014), pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan dalam industri perlombongan meliputi pembangunan,kesepaduan dan penglibatan. Kajian ini mendapati bahawa komuniti tempatan memainkan peranan yang penting dalam sikap sosial dan politik. Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) meliputi kepelbagaian program dan aspek pembangunan baik ekonomi, pendidikan, kesihatan masyarakat, persekitaran, kepandaian mahupun pengembangan latihan, persamaan gender, Hak Asasi Manusia (HAM) dan tadbir urus.

87

Dalam melaksanakan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), syarikat perlu menyertakan idea-idea daripada masyarakat atau kumpulan masyarakat bermula daripada proses perancangan hingga tamatnya program. Amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam perlombongan juga membentuk kesahan sosial bagi syarikat perniagaan, iaitu legitimasi sosial berasaskan norma, perundangan, budaya baik formal mahupun tidak formal.

Kajian ini menemukan motivasi syarikat perniagaan dalam melaksanakan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu pengurusan perhubungan dengan pemegang taruh, komitmen syarikat dan legitimasi sosial untuk beroperasi dalam masyarakat. Perhubungan dengan setiap pemegang taruh adalah berbeza dengan pelbagai pemegang taruh seperti pemerintah dan komuniti. Perkongsian dengan komuniti tempatan juga merupakan dapatan penting dalam kajian ini.

Didapati bahawa amalan Tanggungjawab Sosial Korporat dalam perbadanan multinasional dipengaruhi aspek global dan nasional sebagaimana kebanyakan strategi daripada syarikat perniagaan dipengaruhi konteks global dengan panduan antarabangsa, standard prestasi yang universal, perkongsian niaga, pengguna perbadanan multinasional dan aturan yang muncul dalam pelbagai operasi yang mempengaruhi pengurusan global dan persekitaran daripada negara asal (Aoun, 2007)

Ketika memasuki wilayah yang memiliki nilai-nilai yang berbeza, syarikat multinasional mesti menghargai kepelbagaian budaya yang ada. Agama Islam menjadi salah satu faktor pendukung amalan Tanggungjawab Sosial Korporat kerana Islam mengajar pengikutnya untuk menerapkan perpaduan, etika dan perilaku, memerangi rasuah dan melindungi persekitaran. Aoun (2007) menambah lagi

88

bahawa amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada syarikat perniagaan amatlah dipengaruhi faktor-faktor global (yang meliputi pelaporan, transparensi, verifikasi dan persijilan) dan dipengaruhi oleh budaya, sosial dan politik.

Di negara-negara tertentu seperti Libya, faktor agama sangat berpengaruh terhadap pelaksanaan CSR. Bayoud (2013) menyatakan bahawa dalam konteks di negara Libya, didapati hubungan antara konteks sosial, budaya, politik, ekonomi dan hukum dengan ketelusan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Bayoud menemukan bahawa faktor-faktor budaya yang berpengaruh meliputi sosial, politik dan faktor-faktor lain seperti agama. Bahasa dan agama merupakan antara faktor budaya yang sangat penting di Libya. Dari segi ini, faktor ini mempengaruhi perilaku dan sikap masyarakat Libya.

Agama merupakan aspek yang sangat penting di Libya kerana agama mempengaruhi budaya. Sungguhpun para penduduk asli Libya banyak yang beragama Islam, namun lebih daripada sejuta penduduk yang bermukim di Libya adalah para pendatang dan beragama Kristian atau agama Indo-Cina. Islam membawa pengaruh besar dan menjadi faktor pendorong penting terhadap berlakunya amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Libya. Agama ini merupakan faktor terpenting yang memimpin, mempengaruhi dan mengatur semua sikap, perilaku, perubahan, perundangan dan aturan dalam kehidupan sosial, keluarga atau syarikat di Libya.

Alam, Hoque & Hosen (2010) mendapati bahawa perbadanan multinasional berhadapan dengan pemegang taruh yang memiliki kepelbagaian yang melewati sempadan antarabangsa. Ini memberikan kesan kepada pengurusan perbadanan multinasional terhadap pemegang taruh. Di Bangladesh, pengurusanTanggungjawab

89

Sosial Korporat (CSR) juga melibatkan pengurusan serta pertukaran amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bersifat lintas sempadan antara bangsa yang disesuaikan dengan konteks tempatan.

Beberapa pihak bimbang bahawa perbadanan multinasional bertindak hanya untuk kepentingan diri mereka. Tindakan beretika hanya dilakukan di negara lain yang aturannyasangat ketat,namun ia bertindak secara berlawanan di tempat lain seperti bayaran upah pekerja yang murah atau menggunakan buruh kanak-kanak.

Menurut Uriarte (2008), Teori Tanggungjawab Sosial Korporat dinegara maju cenderung untuk menekankan kepentingan CSR dan memperkukuhkan amalan untuk memelihara persekitaran, penguatan dan keterlibatan masyarakat. Faktor-faktor yang mendorong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ialah pengurusan rantai peredaran produk, termasuk rantai produksi pada ekonomi yang berkembang, seringkali untuk merespon kepentingan pengguna. Syarikat perniagaan terlibat dalam perkongsian strategik dengan pemegang taruh di kawasan operasi.

Sementara itu, amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negara yang membangunpula terdapat kecenderungan untuk menekankan bahawa perbadanan multinasional memainkan peranan penting dalam melaksanakan amalan Tanggungjawab Sosial Korporat, diikuti syarikat perniagaan tempatan. Faktor-faktor yang mendorong perlunya Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai syarat dalam pasaran global dan rantai peredaran serta tekanan untuk melaksanakan amalan-amalan yang layak ialah Hak Asasi Manusia (HAM), amalan bagi pekerja, amalan bagi persekitaran dan keamanan produk.

90

Daripada kajian-kajian para sarjana mengenai strategi CSR syarikat multinasional utamanya di negara membangun diperlukan pemahaman terhadap pemegang kepentingan, keselarasan terhadap budaya-budaya tempatan, pengetahuan keadaan sosial politik adalah faktor-faktor penting untuk dipahami oleh pengamal CSR selain panduan-panduan CSR global yang sedia ada

Di negara-negara Asia mahupun Afrika, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berakar umbi daripada budaya setempat dan mendorong amalan Tanggungjawab Sosial Korporat turut sama dengan budaya yang ada. Kayuni dan Tambulasi (2012) menjelaskan bahawa amalan konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di pelbagai syarikat perniagaan di Malawi dilakukan berdasarkan konsep kearifan tempatan Afrika iaitu Ubuntu. Konsep Ubuntu mengandungi makna bahawa konsep pengurusan komuniti adalah sebahagian daripada sifat kemanusiaan yang universal dan oleh sebab itu hal ini perlu dilihat sebagai sebuah kepentingan universal.

Dalam konsep kearifan tempatan Ubuntu, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dilaksanakan dengan pemahaman bahawa “syarikat dan masyarakat terkait satu dengan yang lain, bukan entiti yang terpisah satu dengan yang lainnya”,oleh sebab itu masyarakat memiliki harapan bagi wujudnya perilaku perniagaan yang beretika. Konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dipersepsikan sebagai “mengambil peduli kepada komuniti” bukan hanya “memberikan kembali kepada komuniti”. Ia merupakan intipati konsep kearifan tempatan Ubuntu yang maknanya menyandarkan diri pada kepentingan sosial dan bersepadu

Tambah Muthuri (2011) lagi, di Afrika, nilai-nilai budaya serta sosial ekonomi serta persekitaran turut sama berperanan dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial

91

Korporat, seperti program-program pemberantasan kemiskinan, kesihatan, kemudahan dan pembangunan. Nilai-nilai spiritual Afrika sangat mempengaruhi bentuk perilaku syarikat perniagaan untuk membolehkan mereka diterima oleh masyarakat.

Selain itu, syarikat perniagaan perlu merespon perbezaan keperluan dan harapan pemegang taruh. Di Sri Lanka, Khan dan Beddewella (2008) menegaskan keunikan budaya Sri Lanka dipengaruhi agama Buddha, prinsip “melakukan hal yang baik kepada orang lain” turut mempengaruhi cara berikir para pengerusi syarikat perniagaan, seterusnya mempengaruhi amalanTanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan di Sri Lanka.

Sarjana Fukukawa dan Teramoto (2009) mendapati bahawa konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dikenal pasti dalam tradisi masyarakat Jepun lama sebelum lahirnya konsep Tanggungjawab Sosial Korporat di Negara Barat. Masyarakat Jepun terkenal dengan prinsip syarikat dan polisi (keiei rinen atau

hoshin)danmereka mengamalkan konsep atau memberikan sokongan melalui aktiviti

perniagaan atau mono zukuri (berbuat sesuatu). Di China, konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkait rapat dengan tradisi budaya Confucian. Pengaruh dominan daripada negara dan budaya yang kuat telah mendorong syarikat perniagaan di China melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang sesuai dengan tradisi dan aturan yang ada (Yin dan Zhang, 2012).

Manakala Bilowol dan Doan Mai (2015) mendapati bahawa di Vietnam, budaya tempatan Confucian banyak membentuk nilai moral, hubungan sosial, penghormatan dan keadilan yang mempengaruhi amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ajaran Confucian yang bermakna “perdamaian, belajar dan

92

perkembangan bersama baik syarikat dan kesejahteraan komuniti” diaplikasi dan digunakan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Manakala di Malaysia menurut Jamilah (2010), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat perniagaan tidak hanya sekadar prihatin kepada kesejahteraan ekonomi namun turut sama memberikan keutamaan kepada masyarakat dan persekitaran dimana syarikat berada dan beroperasi. Amalan daripada aktiviti CSR diharap membantu dan bertindak sebagai sokongan masyarakat.

Kepentingan CSR di Malaysia ditekankan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang menyatakan dalam pidato yang bertajuk “The Role of CSR

Achieving Vision 2020”. Beliau menekankan bahawa “Vision 2010”menekankan

pada nilai-nilai moral dan etika, demokratis, bertolak ansur, mengambil peduli, prihatin kepada orang lain, berfikiran maju dan bermatlamat kepada kesejahteraan. Di Indonesia, Bambang Hudayana (2011) mencadangkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berasaskan kearifan tempatan diperlukan untuk bertindak balas dengan persoalan persekitaran, ekonomi dan sosial yang sesuai dengan budaya masyarakatnya.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dapat berperanan sebagai fasilitator, penyelia atau perangsang terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh komuniti tempatan. Sebagai contoh, sokongan terhadap upaya komuniti untuk menyelamatkan ekosistem terumbu karang dan penangkapan ikan di Bali. Syarikat perniagaan perlu memberikan faedah positif bagi pembangunan sosial dalam masyarakat dan mengatasi kerugian sosial yang dialami oleh masyarakat disebabkan pengoperasian suatu perniagaan dalam masyarakat.

93

Manakala menurut Dody Prayogo (2013), konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Indonesia berkait rapat dengan aspek-aspek sosiologi, iaitu hubungan yang terjadi antara syarikat perniagaan dan komuniti tempatan. Ketika syarikat perniagaan mengeksploitasi sumber daya alam dan mineral, komuniti tempatan diposisikan sebagai pemegang taruh utama. Bahkan ia dilihat sebagai ”pemilik” kepada sumber-sumber yang dieksploitasi.Penentangan antara syarikat perniagaan dan masyarakat adalah disebabkan pengabaian terhadap keadilan sosial, kurangnya keadilan sosial bagi masyarakat. Konsep keadilan adalah intipati daripada hubungan sosial. Ini bermakna bahawa pemegang taruh perlu diberikan perhatian yang secukupnya. Dody Prayogo (2013) menggambarkan kecenderungan hubungan antara syarikat perniagaan dan pemegang taruh pada Jadual 3.3

94

Jadual 3.3 Kecenderungan Hubungan antara Syarikat Perniagaan dan Pemegang taruh di Indonesia

Sumber: Dody Prayogo (2013)

Dalam kes penentangan perlombongan, petroleum dan gas di Indonesia, masyarakat tempatan memandang bahawa mereka adalah ”pemilik” kepada permukaan muka bumi di tempat sumber-sumber tersebut diterokai.

Industri Masyarakat Tempatan Pekerja Pengguna Ekstraktif Hasil Eksplotasi Terhadap Sumber Asli / Masyarakat Tempatan. Kategori 1: Sangat menentangcenderung kepada konflik keganasan. Punca konflik secara umum berpunca daripada sumber ekonomi setempat Kategori 2: Sederhana menentang tidak begitu cenderung menjadi konflik, secara umum kebajikan pekerja; buruh dijaga dengan sangat baik.

Kategori 3 : Kurang tentangan, jarang muncul konflik kecuali dalam bentuk memulakan produk yang mengancam hak-hak kemanusiaan Kilang Pembuatan Mengeksploitasi Pekerja / Buruh Kategori 2: Sederhana menentang; tidak begitu cenderung menjadi konflik kecuali yang berkaitan dengan isu alam sekitar Kategori 1 : Sangat menentang, cenderung menjadi konflik apabila berlaku perbezaan yang ketara dengan meminimumkan upah. Kategori 2 : Sederhana menentang, jarang menjadi konflik kecuali aduan terhadap kualiti produk. Perkhidmatan Eksploitasi Perkhidmatan Terhadap Pengguna Kategori 3: Kurang tentangan, jarang konflik, kurang berinteraksi dan juga percanggahan

Kategori 2 :

Sederhana menentang, tidak begitu

cenderung menjadi konflik kecuali ada isu antara pekerja, buruh terhadap pihak majikan, pengurusan tertinggi syarikat. Kategori 1 : Sangat menentang, sangat cenderung menjadi konflik apabila berlaku perbezaan antara kualiti perkhidmatan dan harga. Peladangan Eksploitasi Peladangan terhadap Tanah dan Pekerja Tempatan Kategori 1 : Sangat menentang dan konflik ekoran daripada kekerapan pertikaian tanah. Kategori 2 : Relatif tentangan yang sederhana, tetapi eksploitasi pekerja; buruh tempatan meningkat ekoran upah rendah. Kategori 3 : Kurang tentangan kerana tiada kaitan secara langsung dengan pengguna.

95

Syarikat perniagaan di Indonesia perlu prihatin bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bukan sekadar kewajipan sosial. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perlu memuatkan prinsip-prinsip konsep keadilan sosial, sehingga Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bukan hanya sebagai pelindung dan sekadar memberikan sokongan terhadap isu sosial melainkan untuk meningkatkan dan membangunkan kesejahteraan terhadap komuniti di lokasi tempatan yang pada akhirnya akan meningkatkan imej dan sokongan sosial untuk syarikat perniagaan.

Kajian-kajian lepas di Indonesia lebih banyak menumpukan pada kajian-kajian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan keterbukaan seperti yang dilakukan oleh Juniati Gunawan (2007) dan Edwin Mirfazli (2008) serta kajian-kajian lepas mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan prestasi kewangan seperti yang dilakukan oleh Nur Cahyonowati dan Darsono (2013) serta Pek Karin Purnomo dan Luki Patricia Widianingsih (2012)

Penyelidikan tentang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam konteks tempatan di Indonesia tidak banyak dilakukan oleh para sarjana. Kajian yang berikut boleh menjadi contoh. Kajian Suhadi, Febrian dan Sri Turatmiyah (2014) mendapati bahawa dari segi kearifan tempatan dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), syarikat perniagaan tetap melakukan aktiviti melalui pengembangan budaya, adat istiadat serta kebiasaan masyarakat setempat.

Model Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berasaskan kearifan tempatan merupakan model yang tepat, iaitu pedoman Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) disesuaikan dengan keperluan masyarakat, dan pihak berkuasa serta masyarakat ikut mengawal dan melakukan usaha kerjasama. Kajian Tantri Widiyanarti (2005) mendedahkan bahawa perhubungan antara syarikat perniagaan dan komuniti perlu

96

dibangunkan atas asas menghormati dan keprihatinan terhadap komuniti tempatan. Kelompongan pola hidup antara komuniti tempatan dengan pendatang serta pekerja syarikat perniagaan semakin jauh manakala komuniti masing-masing menerapkan model eksklusif, iaitu berlaku pemetakkan atau wujud pengelasan antara komuniti masing-masing.

Kajian Bambang Hudayana (2011) mencadangkan perlunya pembabitan kearifan tempatan di syarikat perniagaan. Pengembangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berasaskan kearifan tempatan diperlukan untuk merespon masalah persekitaran, ekonomi dan sosial yang sesuai dengan budaya masyarakat. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bekerjasama dengan pihak tempatan akan mempunyai sumbangan yang positif bagi pembangunan sosial dalam komuniti serta meningkatkan kredibiliti syarikat perniagaan.

Kebanyakan kajian-kajian tempatan yang telah dilakukan hanya mengkaji dari sudut pemaparan dan tidak berdasarkan kepada teori serta tidak menerangkan dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor tempatan dalam penyelidikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kajian yang dilakukan mereka juga tidak menyeluruh dimana perbincangan dalam kajian mereka hanya berpandukan pada data dan sampel yang terbatas.

Kajian ini cuba mengenalpasti cara syarikat perniagaan memberikan keutamaan terhadap kearifan tempatan serta menyertakan kearifan tempatan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kajian ini berupaya memperolehi maklumat dan situasi semasa Tanggungjawab Sosial Korporat di Indonesia (CSR) dan gambaran amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dipengaruhi pelbagai faktor, antara lainnya, faktor tempatan.

97

Kajian-kajian yang bersifat kontekstual adalah perlu, iaitu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diamalkan, seperti di negara yang membangun mahupun negara-negara yang sedang mengalami peralihan ekonomi. Konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berasal dari negara Barat seringkali tidak dapat diterapkan kerana adanya pelbagai perbezaan.

Muthuri (2011) menambahkan bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bergantung pada faktor perundangan, sosial dan budaya masyarakat. Meskipun telah ada kajian-kajian sebelum ini, kajian tersebut hanya berfokus kepada industri-industri tertentu seperti perlombongan, sedangkan kajian di wilayah industri-industri yang lain masih kurang dibincangkan.

Sesuai dengan pengalaman di beberapa negara, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dilaksanakan melalui penyesuaian dengan budaya tempatan. Di negara maju, penekanan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah pada isu-isu persekitaran, isu pengguna dan etika perniagaan. Sedangkan pada negara yang membangun, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dilaksanakan untuk menyokong pembangunan dan kemudahan awam.

Alfitri (2011) menyatakan ciri-ciri tempatan mahupun kearifan tempatan merupakan modal sosial yang dapat dibangunkan dan menyokong kelestarian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Penyertaan masyarakat dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sangat diperlukan. Dengan pendekatan melalui penyertaan, potensi dan kreativiti masyarakat dapat dikenalpasti serta diharap dapat mengembangkan aktiviti yang berorientasikan kemampuan ahli komuniti.

98

Pemahaman karakter pemegang taruh menjadi modal utama dalam mengembangkan komunikasi syarikat perniagaan kepada masyarakat. Perhubungan antara syarikat dan masyarakat ini menjadi sebuah interaksi sosial yang membawa pada perhubungan saling memerlukan. Bagi syarikat perniagaan sendiri, keuntungan bukan perkara yang mudah didapati. Syarikat perniagaan sedar bahawa bahawa untuk kekal mampan syarikat perniagaan bergantung pada sokongan masyarakat. Oleh kerana itu,perhubungan yang terjalin baik antara syarikat perniagaan dan masyarakat menjadi modal dasar kelangsungan syarikat perniagaan.

3.12.Teori Kajian

Kajian ini menggunakan Teori Pemegang Taruh (Stakeholder’s Theory) dan Teori Legitimasi. Teori Pemegang Taruh menjelaskan proses kemampuan syarikat untuk memperoleh sokongan daripada masyarakat dan pemegang taruh. Manakala Teori Legitimasi boleh menjelaskan iaitu kemampuan syarikat untuk terus kekal mampan