• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sesetengah orang berfikir bahawa Internet membuka era baru dalam ekonomi. Dalam era ekonomi baru ini, syarikat tidak lagi memerlukan bangunan atau tapak fizikal. Sebaliknya, ia hanya memerlukan laman web untuk berurusan dengan pelanggan. Semua urus niaga boleh dilakukan melalui Internet. Banyak syarikat berasaskan Internet, juga dikenali sebagai syarikat dotcom, ditubuhkan di seluruh dunia. Banyak syarikat ini disenaraikan di bursa saham dan mendapat sambutan luar biasa daripada para pelabur. Ada syarikat yang disenaraikan pada harga RM2 tetapi pada keesokan harinya, mereka diurusniagakan pada harga RM200 sesaham. Internet akan terus berkembang. Jadual 7.1 menunjukkan sejarah Internet (lima fasa) dan bagaimana ia telah mengalami perubahan sehingga masa kini.

Jadual 7.1: Lima Fasa Perubahan Internet

Evolusi Tahun Penerangan

Fasa pertama

Sebelum 1969

Kelahiran ARPANET bagi tujuan penyelidikan dan perkongsian sumber komputer di Amerika sahaja. Kebanyakan pengguna adalah saintis, pelajar dan ahli akademik. Internet telah digunakan sebagai alat untuk perkongsian sumber komputer

Fasa kedua

1970ă1990 Komunikasi seperti e-mel, FTP dan Usenet telah digunakan secara meluas. Penggunaan masih terhad kepada universiti dan agensi kerajaan. Penggunaan Internet tertumpu di Amerika, Eropah dan Jepun. Internet telah digunakan sebagai alat komunikasi

7.3

AKTIVITI 7.2

1. Layari web untuk mendapatkan artikel berkaitan Internet antara tahun 1997 dan 1999. Dalam keghairahan mereka untuk mempopularkan Internet, beberapa kenyataan telah diperbesarkan. Berdasarkan fakta semasa yang manakah kenyataan yang benar dan kenyataan yang palsu?

2. Pada pendapat anda, apakah perubahan kepada Internet dalam tempoh tujuh tahun akan datang?

3. Dapatkan senarai syarikat dotcom di Malaysia. Apakah masalah yang dihadapi untuk memulakan syarikat dotcom di Malaysia?

Fasa ketiga

1990ă1997 Teknik hiperteks telah digunakan secara meluas dalam rangkaian maklumat. Internet mula menarik perhatian orang ramai kerana pelayar Internet mempunyai antara muka yang menarik dan mesra pengguna

Fasa keempat

1997ă2000 Ledakan Internet. Bilangan pengguna telah berkembang pesat. Internet telah digunakan untuk transaksi perniagaan. Ia menjadi topik perbualan dan banyak artikel mengenai Internet telah ditulis dalam pelbagai majalah

Fasa kelima

2001 ă seterusnya

Realiti Internet. Banyak syarikat dotcom ditutup. Realiti kelebihan dan kekurangan Internet telah dirasai. Beberapa inisiatif untuk memperbaiki Internet diteruskan

7.3.1 Garis Masa Internet

Sekarang, kita akan meneruskan pembelajaran dan menumpukan kepada garis masa Internet, seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Garis Masa Internet dan Peristiwa

Tahun Peristiwa 1969 Empat komputer telah dihubungkan pada rangkaian ARPANET di Amerika.

Komputer tersebut adalah dari University of California, Los Angeles; University of California, Santa Barbara; Stanford Research Institute dan University of Utah

1971 Bilangan komputer dalam ARPANET meningkat sehingga 21. Teknik komunikasi e-mel telah diperkenalkan

1973 University College of London telah disambungkan ke ARPANET, sambungan pertama ARPANET di luar Amerika

1978 Teknik perkongsian data TCP/IP telah dihasilkan

1979 Usenet telah diperkenalkan. Ia melibatkan dua buah komputer dalam ARPANET

1982 ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya. Takrifan Internet dan intranet telah diperkenalkan. "Internet" merujuk kepada kumpulan (seluruh dunia) rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP manakala "intranet" merujuk kepada rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP

1988 Internet telah diserang secara besar-besaran oleh cecacing Internet yang merupakan perisian komputer yang tersebar dengan cara tersendiri. Kejadian ini menunjukkan tahap keselamatan yang rendah di Internet. Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer (Computer Emergency Response Team ă CERT) telah ditubuhkan bagi memantau keselamatan di Internet

1989 Bilangan komputer melebihi 100,000 unit. Buku bertajuk Cuckoo Nest telah diterbitkan. Buku ini menjelaskan bagaimana sekumpulan penceroboh dari Jerman berjaya memasuki beberapa komputer tentera Amerika tanpa kebenaran melalui Internet

1990 ARPANET telah ditamatkan dan digantikan dengan rangkaian NFSNET 1991 Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP) telah dihasilkan oleh Tim Berners-Lee

di CERN. Ini menjadi asas bagi pembangunan web di Internet

1992 Bilangan komputer di Internet melebihi satu juta unit. Malaysia juga menyertai Internet. Rangkaian Internet di Malaysia diuruskan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Malaysian Institute of Microelectronic Systems ă MIMOS). Rangkaian ini dikenali sebagai JARING dan disertai oleh beberapa universiti tempatan seperti OUM

1996 Perang pelayar antara Netscape Communicator dan Internet Explorer. Pada masa itu, hampir 80% pengguna menggunakan Netscape

1997 Fungsi tulang belakang rangkaian NFSNET untuk peruntukan pelayaran Internet telah diambil alih oleh syarikat komersial. Bahasa pengaturcaraan komputer yang berasaskan objek, Java, telah dilancarkan oleh Sun Microsystems pada 23 Mei 1997. Bahasa ini mendapat sambutan luar biasa. Java membolehkan laman web mempunyai pelbagai animasi yang menarik. Enjin carian turut diperkenalkan. Terdapat 17,618 forum perbincangan yang berdasarkan e-mel

1998 Internet dianggarkan mempunyai berjuta-juta laman web. E-dagang dan portal teknologi mula menarik perhatian ramai

1999 Bilangan komputer di Internet telah dianggarkan berjumlah 76 juta unit. Bilangan pelayan web dianggarkan berjumlah tujuh juta unit

2000 Dianggarkan satu bilion laman web di Internet

Dalam sejarah Internet dan garis masanya, kita dapati bahawa perkembangan pesat Internet hanyalah dalam tempoh 30 tahun. Internet bermula sebagai rangkaian penyelidikan. Kemudian, ia menjadi rangkaian komunikasi dan rangkaian perkongsian data (yang akhirnya berubah menjadikan Internet sebagai platform untuk media sosial dan rangkaian sosial) dan akhirnya rangkaian untuk e-dagang. Internet telah menghapuskan sempadan fizikal yang membahagikan dunia dan mewujudkan perkampungan global yang melampaui masa dan ruang.

Komputer memerlukan alamat Protokol Internet (Internet Protocol ă IP) untuk berkomunikasi dengan komputer lain di Internet. Tanpa alamat IP, komputer tidak boleh mengakses Internet. Tahukah anda bahawa nombor IP untuk seluruh Internet diselaraskan oleh badan yang berpusat di http://www.internic.net manakala bagi komputer di Asia, ia diselaraskan oleh Asia Pacific Network Information Centre (APNIC) yang berpusat di Jepun. Pengagihan nombor IP di Malaysia diuruskan oleh MIMOS.