• Tidak ada hasil yang ditemukan

CBCT2203_Konsep Asas Teknologi Maklumat eApr14 (1).pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CBCT2203_Konsep Asas Teknologi Maklumat eApr14 (1).pdf"

Copied!
268
0
0

Teks penuh

(1)Fakulti Sains dan Teknologi. CBCT2203. Konsep Asas Teknologi Maklumat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(2) CBCT2203 KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT. Marini Abu Bakar Dr Sufian Idris Nor Ieyza Jailani Roziah Latih Majumin Hanum Mohd Zahari Awang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(3) Pengarah Projek:. Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Norlia T. Goolamally Open University Malaysia. Penulis Modul:. Marini Abu Bakar (Ketua) Dr Sufian Idris Nor Ieyza Jailani Roziah Latih Universiti Kebangsaan Malaysia Majumin Hanum Open University Malaysia Mohd Zahari Awang. Penyederhana:. Rohaizak Omar Open University Malaysia. Penterjemah:. T.J. Iskandar Abd Aziz. Dibangunkan oleh:. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia. Edisi Pertama, April 2014 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, CBCT2203 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(4) Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1. Topik 2. xiăxvi. Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat 1.1 Era Maklumat 1.2 Apakah Teknologi Maklumat? 1.2.1 Sejarah Ringkas Komputer 1.2.2 Klasifikasi Komputer 1.3 Prinsip Teknologi Maklumat 1.4 Fungsi dan Manfaat Teknologi Maklumat 1.5 Kerjaya dan Teknologi Maklumat 1.6 Teknologi Maklumat di Malaysia 1.7 Koridor Raya Multimedia Malaysia (Multimedia Super Corridor ă MSC Malaysia) 1.8 Undang-undang Siber Rumusan Kata Kunci. 1 2 5 8 9 11 12 14 15. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) 2.1 Apakah Unit Pemprosesan Pusat? 2.1.1 Unit Kawalan 2.1.2 Unit Aritmetik Logik 2.2 Cip Mikropemproses 2.3 Ingatan 2.3.1 Ingatan Capaian Rawak (RAM) 2.3.2 Ingatan Baca Sahaja (ROM) 2.3.3 Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (CMOS) 2.4 Perwakilan Data 2.5 Unit Sistem 2.5.1 Bekalan Kuasa 2.5.2 Papan Induk 2.5.3 Cip Ingatan Baca Sahaja 2.5.4 Slot dan Papan Tambahan 2.5.5 Port 2.5.6 Kad Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa (PCMCIA) dan Slot. 20 21 22 22 23 24 26 27 28 29 31 32 32 33 33 35. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). 15 17 18 19. 36.

(5) iv. . ISI KANDUNGAN. 2.6 Jam Sistem 2.7 Talian Bas Rumusan Kata Kunci. 36 37 38 38. Topik 3. Input dan Output 3.1 Input dan Output 3.2 Kaedah Input 3.2.1 Papan Kekunci 3.2.2 Terminal 3.2.3 Peranti Penunjuk 3.2.4 Peranti Pengimbas 3.2.5 Lain-lain Peranti Input 3.3 Kawalan Input 3.4 Kaedah Output 3.5 Peranti Output 3.5.1 Pencetak 3.5.2 Monitor 3.5.3 Pemplot 3.5.4 Peranti Output Suara Rumusan Kata Kunci. 40 40 41 43 45 46 49 52 55 55 57 58 59 61 62 63 64. Topik 4. Storan Sekunder 4.1 Storan Asas 4.2 Peranti Storan Magnetik 4.2.1 Pita Magnetik 4.2.2 Cakera Keras 4.2.3 Storan Optik 4.2.4 Storan Ingatan Kilat 4.2.5 Storan Awan 4.2.6 Lain-lain Jenis Storan 4.3 Hierarki Organisasi Data 4.4 Peningkatan Prestasi Rumusan Kata Kunci. 65 65 68 68 70 71 73 74 75 77 78 80 81. Topik 5. Perisian Komputer 5.1 Perisian 5.2 Perisian Sistem 5.3 Sistem Pengendalian 5.4 Fungsi Sistem Pengendalian. 82 83 85 87 89. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(6) ISI KANDUNGAN. Topik 6. . v. 5.5. Ciri-ciri Sistem Pengendalian 5.5.1 Multitugas 5.5.2 Multipengguna 5.5.3 Multipemprosesan 5.5.4 Pemprosesan Kelompok 5.5.5 Ingatan Maya 5.6 Jenis Sistem Pengendalian 5.6.1 Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan 5.6.2 Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam 5.7 Perisian Aplikasi 5.8 Perisian Pemprosesan Kata 5.9 Perisian Hamparan 5.10 Perisian Pangkalan Data 5.10.1 Jenis Pangkalan Data 5.10.2 Organisasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data 5.10.3 Pelanggan-Pelayan 5.11 Perisian Pemprosesan Dokumen 5.12 Perisian Grafik 5.13 Perisian Set 5.14 Perisian Kumpulan 5.15 Perisian Penerbitan Atas Meja 5.16 Perisian Multimedia Rumusan Kata Kunci. 92 93 94 95 95 96 97 97 100 102 105 109 112 115 115 122 126 126 130 130 130 131 132 133. Bahasa Pengaturcaraan 6.1 Bahasa Pengaturcaraan 6.2 Mengapa Kita Perlu Mengetahui Bahasa Pengaturcaraan? 6.3 Generasi Bahasa Pengaturcaraan dan Contoh 6.4 Pendekatan: Pengelasan Bahasa Pengaturcaraan 6.4.1 Bahasa Imperatif 6.4.2 Bahasa Berorientasikan Objek 6.4.3 Bahasa Berasaskan Logik 6.4.4 Bahasa Berasaskan Fungsi 6.4.5 Skrip 6.4.6 Bahasa Visual 6.5 Bahasa Pengaturcaraan Sepunya 6.5.1 C 6.5.2 C++ 6.5.3 Java 6.5.4 Perl 6.5.5 Python. 134 134 136. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). 142 143 143 144 145 146 146 146 146 147 147 147 147.

(7) vi. . ISI KANDUNGAN. 6.6 Pengkompil, Penghimpun, Pentafsir Rumusan Kata Kunci. 148 149 151. Topik 7. Internet 7.1 Definisi Internet 7.2 Sejarah 7.2.1 Bagaimana Internet Bermula? 7.2.2 Internet sebagai Fenomena 7.2.3 Pembangunan Internet 7.3 Evolusi Internet 7.3.1 Garis Masa Internet 7.4 Komputer di Internet 7.5 Apakah Kandungan Internet? 7.6 Menguruskan Maklumat Internet 7.6.1 Enjin Carian 7.6.2 Portal 7.6.3 Kaedah Lain 7.7 Undang-undang Internet 7.8 Internet Masa Kini dan Masa Hadapan Rumusan Kata Kunci. 152 152 154 155 156 159 160 161 163 166 169 171 172 173 175 176 178 179. Topik 8. Perisian di Internet 8.1 Perisian Internet 8.2 Perisian Kongsi dan Perisian Percuma 8.3 Perisian Sumber Terbuka 8.4 Protokol Pemindahan Fail (FTP) 8.5 Telnet 8.6 E-Mel 8.6.1 Perbincangan E-Mel 8.6.2 Etika Perbincangan E-Mel 8.6.3 Senyuman (Smiley) 8.6.4 Akronim 8.6.5 Tandatangan E-Mel 8.6.6 E-Mel Secara Berkesan 8.7 Usenet 8.8 Fenomena Internet Rumusan Kata Kunci. 180 181 181 183 186 188 189 190 191 192 194 195 196 197 200 202 203. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(8) ISI KANDUNGAN. . vii. Topik 9. Komunikasi 9.1 Elemen Penting Komunikasi 9.1.1 Pengekod dan Penyahkod 9.1.2 Persefahaman Mesej 9.1.3 Pengesan Ralat 9.1.4 Keselamatan 9.2 Asas Komunikasi Data 9.2.1 Jenis Isyarat 9.3 Mod Transmisi Data 9.3.1 Penghantaran Tak Segerak 9.3.2 Penghantaran Segerak 9.4 Arah Aliran Data 9.4.1 Simpleks 9.4.2 Separa Dupleks 9.4.3 Dupleks Penuh 9.5 Kadar Penghantaran Data 9.6 Media Penghantaran Data 9.6.1 Wayar Pasangan Terpiuh 9.6.2 Kabel Sepaksi 9.6.3 Kabel Gentian Optik 9.6.4 Sistem Gelombang Mikro 9.6.5 Sistem Satelit 9.6.6 Inframerah 9.6.7 Radio 9.6.8 Rangkaian Telefon Rumusan Kata Kunci. 204 205 206 207 207 207 209 210 212 214 214 215 216 216 217 218 219 220 221 222 222 223 225 225 226 226 227. Topik 10. Isu dan Peluang Teknologi Maklumat 10.1 Profesionalisme, Etika dan Masyarakat 10.2 Kawalan Sistem Komputer dan Isu Keselamatan 10.2.1 Ancaman Terhadap Keselamatan Komputer 10.2.2 Kawalan Sistem Keselamatan Komputer 10.2.3 Kerahsiaan Maklumat 10.3 Komputer dan Kesihatan 10.3.1 Komputer dan Risiko Kesihatan 10.3.2 Ergonomik 10.3.2 Pengkomputeran Hijau Rumusan Kata Kunci. 228 229 233 233 237 240 242 243 244 245 248 249. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(9) xxvi. X COURSE ASSIGNMENT GUIDE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(10) PANDUAN KURSUS. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(11) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(12) PANDUAN KURSUS. . xi. PENERANGAN PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.. PENGENALAN CBCT2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat ialah salah satu daripada kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.. JADUAL PENGAJIAN Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(13) xii.  PANDUAN KURSUS. Jadual 1: Anggaran Pengumpulan Masa bagi Jam Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran. Jam Pembelajaran. Mengikuti kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal. 3. Membaca modul. 60. Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial. 10. Penyertaan dalam talian. 12. Ulang kaji. 15. Tugasan, Ujian dan Peperiksaan. 20. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN. 120. OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.. Menghuraikan makna teknologi maklumat (Information Technology ă IT) dan era maklumat;. 2.. Membincangkan penggunaan IT dalam kehidupan seharian yang telah memberi kesan kepada individu, masyarakat dan organisasi dari pelbagai aspek;. 3.. Menghuraikan komponen IT;. 4.. Menerangkan komponen komputer, perkakasan komputer, perisian dan rangkaian komunikasi;. 5.. Membincangkan perkembangan Internet; dan. 6.. Membincangkan isu etika, peluang dan peranan teknologi maklumat kepada masyarakat.. SINOPSIS KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti mana berikut: Topik 1 memberi gambaran keseluruhan Teknologi Maklumat (IT). Tumpuan topik ini adalah prinsip IT, fungsi dan faedah IT, kerjaya dalam bidang IT, pembangunan IT di Malaysia dan Undang-undang Siber. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(14) PANDUAN KURSUS. . xiii. Topik 2 membincangkan komponen utama perkakasan komputer yang merupakan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), mikropemproses, ingatan utama, dan lain-lain. Secara khusus, kita akan memberi tumpuan kepada CPU atau mikropemproses yang merupakan teras semua aktiviti untuk menukar data mentah kepada maklumat yang diperlukan di dalam komputer. Di samping itu, perwakilan data dan sistem pengekodan turut dibincangkan. Pada akhir topik ini, anda akan diperkenalkan kepada beberapa alat dan perkakasan di dalam unit sistem komputer. Topik 3 memperkenalkan pelbagai kaedah input dan output. Papan kekunci adalah peranti input yang paling popular dan kerap digunakan. Selain papan kekunci, terdapat juga banyak peranti input dan output terkini dalam pasaran yang juga akan dibincangkan dalam topik ini. Topik 4 memperkenalkan satu lagi komponen komputer iaitu storan sekunder. Di sini, anda akan mempelajari pelbagai jenis storan sekunder yang terdapat di pasaran dan perbandingan antara jenis storan. Topik ini juga menerangkan jenis storan magnetik, jenis storan optik dan kelebihan storan sekunder. Topik 5 memperkenalkan perisian yang digunakan dalam sistem komputer. Ada dua jenis perisian utama iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem digunakan untuk menghidupkan (memulakan) komputer dan menyelaras komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Ada tiga kategori perisian dalam perisian sistem iaitu sistem pengoperasian, program utiliti dan penterjemah bahasa. Topik ini membincangkan konsep dan jenis sistem pengoperasian yang digunakan. Penterjemah bahasa dijelaskan melalui bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan akan dibincangkan dari perspektif generasi, pendekatan dan kompilasi. Pada akhir topik ini, anda akan membincangkan pelbagai jenis perisian aplikasi yang biasa digunakan seperti pemprosesan kata, hamparan elektronik dan perisian grafik. Topik 6 membincangkan bahasa pengaturcaraan. Atur cara komputer dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Atur cara hanyalah senarai arahan yang perlu diikuti oleh komputer agar data dapat diproses. Proses menghasilkan atur cara dipanggil pengaturcaraan. Pengaturcaraan juga dikenali sebagai pembangunan perisian dan ia terdiri daripada langkah-langkah dalam menghasilkan senarai arahan. Langkah-langkah dalam pengaturcaraan terdiri daripada spesifikasi atur cara, reka bentuk atur cara, pengekodan, pengujian, dokumentasi dan penyelenggaraan atur cara. Topik 7 memberi tumpuan kepada pembangunan dan sejarah Internet. Dalam topik ini, kita akan belajar tentang unsur Internet dan aktiviti yang boleh dilakukan di Internet. Selain itu, anda juga akan mengenal pasti proses mencari dan memanipulasi maklumat dengan berkesan melalui Internet. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(15) xiv.  PANDUAN KURSUS. Topik 8 menerangkan mengenai perisian di Internet. Ada perisian yang boleh didapati secara percuma, manakala ada yang perlu dibayar. Perisian sumber terbuka juga akan dibincangkan di sini. Topik ini juga akan membincangkan kaedah komunikasi yang popular melalui Internet iaitu e-mel. Pada mulanya, emel adalah semata-mata berdasarkan teks tetapi kini, anda boleh menghantar (lampiran) pelbagai jenis data bersama-sama dengan e-mel seperti dokumen teks, grafik, audio, PowerPoint dan persembahan. Pada akhir topik ini, kita akan menyentuh secara ringkas mengenai bahasa skrip Internet seperti HTML dan XML. Topik 9 menerangkan komponen penting dalam pembangunan teknologi maklumat iaitu komunikasi. Ada empat elemen penting yang perlu diketahui sebelum sebarang bentuk komunikasi boleh berlaku. Elemen ini adalah mesej, penghantar, penerima dan media. Dalam topik ini, anda akan menyedari bahawa komunikasi adalah komponen yang sangat penting dalam teknologi maklumat. Anda kemudiannya akan memberi lebih fokus terhadap isyarat komunikasi data iaitu isyarat analog dan digital, penghantaran segerak dan tak segerak, simplex, separa dupleks, dupleks penuh dan lain-lain Pada akhir topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai media untuk transmisi data. Topik 10 membincangkan bagaimana unsur manusia mencipta pelbagai isu dalam bidang IT dan peluang yang ditawarkan oleh teknologi untuk kelebihan persaingan. Anda akan diminta untuk menilai dan memahami isu tentang kepentingan etika dalam IT. Anda juga akan didedahkan kepada konsep pengguna akhir yang perlu sedar potensi kesan teknologi ke atas mereka. Mereka mesti bertindak dengan cepat dan tahu kepentingan privasi, keselamatan organisasi, ergonomik dan kesan teknologi ke atas alam sekitar.. PANDUAN SUSUNAN TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks dalam modul ini. Memahami susun atur teks dapat membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susunan teks untuk setiap tajuk adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Seksyen ini merujuk kepada apa yang anda perlu capai sekiranya anda selesai mempelajari keseluruhan topik. Sambil mengikuti setiap topik, anda seharusnya kerap merujuk kepada hasil pembelajaran ini. Melalui cara ini, anda dapat melihat perkembangan anda secara berterusan dalam memahami topik-topik tersebut. Semak Kendiri: Komponen modul ini dimasukkan di lokasi strategik di seluruh modul. Ia mungkin dimasukkan selepas satu subtopik atau beberapa subtopik. Ia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(16) PANDUAN KURSUS. . xv. biasanya datang dalam bentuk soalan. Apabila anda menjumpai komponen ini, cuba untuk memikirkan tentang apa yang anda telah belajar selama ini. Dengan cuba untuk menjawab soalan, anda akan dapat mengukur sejauh mana anda telah memahami subtopik. Kebanyakan masa, jawapan kepada soalan-soalan boleh didapati terus dari modul itu sendiri. Aktiviti: Seperti Semak Kendiri, komponen Aktiviti ini juga diletakkan di pelbagai lokasi di seluruh modul. Komponen ini mungkin memerlukan anda untuk menyelesaikan soalan, meneroka kajian kes pendek, atau menjalankan pemerhatian atau penyelidikan. Ia juga mungkin memerlukan anda untuk menilai senario yang diberikan. Apabila anda menemui suatu Aktiviti, anda harus cuba untuk mencerminkan apa yang anda dapat dari modul dan mengaplikasikannya kepada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda harus menggunakan tahap berfikir yang lebih tinggi di mana anda mungkin diperlukan untuk menganalisis, mensintesis dan menilai, dan bukan hanya mengingat atau mendefinisikan sesuatu perkara. Rumusan: Anda akan mendapati komponen ini di penghujung setiap topik. Komponen ini membantu anda untuk menggulung seluruh topik. Dengan melalui ringkasan, anda akan dapat mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda. Sekiranya anda menemui perkara di dalam ringkasan yang anda kurang faham, adalah lebih baik sekiranya anda melihat kembali penerangan di dalam modul tersebut. Kata Kunci: Komponen ini boleh didapati di penghujung setiap topik. Anda perlu melalui komponen ini untuk mengingatkan diri anda istilah penting atau jargon yang digunakan di seluruh modul. Sekiranya anda menemui istilah yang tidak mampu untuk dijelaskan, anda harus melihat kembali istilah tersebut di dalam modul. Rujukan: Rujukan adalah senarai buku-buku teks yang relevan dan berguna, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh didapati. Senarai ini boleh didapati di beberapa lokasi seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau di belakang modul. Anda digalakkan untuk membaca dan merujuk kepada sumber-sumber yang disyorkan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan serta untuk meningkatkan kefahaman anda secara menyeluruh terhadap kursus ini.. PENGETAHUAN ASAS Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada teknologi maklumat. Oleh itu, tiada prasyarat khusus untuknya. Walau bagaimanapun, kebolehan untuk menggunakan komputer, terutamanya perisian produktiviti seperti pemprosesan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(17) xvi.  PANDUAN KURSUS. kata, hamparan elektronik dan pelayar akan membantu anda untuk melakukan aktiviti dan menyempurnakan tugasan.. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk ke myINSPIRE.. RUJUKAN Shelly, G. B., & Vermaat, M. F. (2009). Discovering computer 2009: Complete. Boston, US: Cengage Learning.. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk penggunaan pelajar. Perpustakaan digital yang komprehensif ini boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan capaian kepada lebih daripada 30 pangkalan data dalam talian yang terdiri daripada e-jurnal, e-tesis, e-buku dan banyak lagi. Contoh pangkalan data yang disediakan ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang ada melalui perpustakaan ini.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(18) Topik. 1. . Pengenalan kepada Teknologi Maklumat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.. Mendefinisikan teknologi maklumat;. 2.. Menyatakan enam perbezaan antara era maklumat dengan era sebelumnya;. 3.. Mengenal pasti lima komponen teknologi maklumat;. 4.. Membincangkan secara ringkas tentang sejarah komputer;. 5.. Menyatakan semula lima klasifikasi komputer; dan. 6.. Menerangkan tentang Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia)..  PENGENALAN Tahukah anda bahawa teknologi maklumat (information technology ă IT) bermula daripada sebuah makmal lebih kurang setengah abad yang lalu? Pada masa kini, IT telah diperkenalkan dan diajar di sekolah dan merupakan salah satu sumber utama dalam organisasi perniagaan. Ia turut digunakan dalam alatan teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology ă ICT), seperti telefon pintar dan tablet (rujuk Rajah 1.1).. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(19) 2 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Rajah 1.1: Telefon pintar (Samsung Galaxy S4) dan tablet (ipad3) Sumber: http://jailbreakhow.net. Anda akan diperkenalkan kepada era IT dalam topik ini. Anda juga akan diberi pendedahan mengenai konsep IT dan ciri-cirinya. Selain itu, isu penting seperti prinsip, fungsi dan manfaat IT akan turut dibincangkan. Pada akhir topik ini, Koridor Raya Multimedia Malaysia (Multimedia Super Corridor Malaysia ă MSC Malaysia) dan Undang-undang Siber juga akan turut dibincangkan.. 1.1. ERA MAKLUMAT. Kurun ke-21 telah menyaksikan era maklumat berterusan berkembang dengan kadar yang pesat di mana sistem berkomputer digunakan dalam hampir semua jenis bidang, dari perubatan dan penerokaan angkasa ke pendidikan serta perbankan dan sektor pembuatan. Permintaan daripada pelbagai bidang ini turut meningkatkan penggunaan dan pembangunan pelbagai jenis sistem yang kompleks. Sebelum era maklumat, terdapat era pertanian dan era perindustrian, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1: Definisi Era Pertanian, Perindustrian dan Maklumat Era. Deskripsi. Era Pertanian. Kebanyakan pekerja adalah petani biasa yang bergantung hidup kepada pertanian. Rajah 1.2 mengilustrasikan persekitaran ini.. Era Perindustrian. Proses kerja dipermudahkan menerusi penggunaan jentera dan pengautomatan, manakala bilangan pekerja kilang terus bertambah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.3. Untuk melihat lebih banyak imej sewaktu era perindustrian, sila layari laman web berikut: http://www.mtholyoke.edu/courses/rschwart/ind_rev/images/imagesind-era.html. Era Maklumat. Kebanyakan pekerja terlibat penggunaan maklumat.. dalam. penciptaan,. pengagihan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). dan.

(20) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Rajah 1.2: Keadaan persekitaran semasa era pertanian Sumber: http://www.ckrumlov.info. Rajah 1.3: Keadaan persekitaran semasa era perindustrian Sumber: http://www.industrial-revolution.org. Untuk memahami evolusi ketiga-tiga era ini pula, sila rujuk Jadual 1.2.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). . 3.

(21) 4 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Jadual 1.2: Evolusi Era Pertanian, Era Perindustrian dan Era Maklumat Evolusi. Era Pertanian. Era Perindustrian. Era Maklumat. Kebanyakan. Petani atau peladang. Pekerja kilang. Pekerja berpengetahuan. Pekerja atau rakan kongsi. Manusia dan tanah. Manusia dan mesin. Manusia dan otak. Peralatan. Peralatan berasaskan tangan. Mesin. Komputer atau telekomunikasi. Sumber: Diadaptasi daripada Senn (1998). Teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era perindustrian dan era maklumat adalah berbeza. Sebagai contoh, teknologi dalam era perindustrian (seperti jentolak dan kren) adalah berguna untuk meningkatkan keupayaan fizikal, manakala teknologi bagi era maklumat (seperti komputer) adalah berguna untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Lagipun, era maklumat mengeratkan hubungan antara manusia menerusi peralatan komunikasi yang menggunakan IT. Walaupun berada dalam era teknologi, kedua-dua aktiviti pertanian dan perindustrian tetap penting. Ada enam ciri yang membezakan antara era maklumat dengan era sebelumnya (Senn, 1998): (a). Kemunculan masyarakat berasaskan maklumat Dalam masyarakat bermaklumat, lebih ramai pekerja memanipulasikan maklumat daripada bekerja dalam bidang pertanian dan perkilangan.. (b) Kejayaan perniagaan dan kerja pengurusan bergantung kepada IT Misalnya, perniagaan perbankan sangat bergantung kepada IT untuk mempermudah transaksi harian secara segera dan berkesan. (c). Proses kerja berubah dan beralih kepada peningkatan produktiviti Misalnya, dalam era pertanian, traktor dan bajak digunakan untuk mempercepatkan kerja di ladang. Bagaimanapun, dalam era maklumat, pengetahuan yang diperoleh daripada kajian pertanian memainkan peranan utama dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman membesar, dan bagaimana untuk menjaganya.. (d) IT menyediakan dasar pemikiran semula Keberkesanan penggunaan IT tidak hanya mempercepatkan aktiviti rutin tetapi juga membuka peluang kepada syarikat untuk mempelajari dan menyusun kembali proses kerja agar dapat mengoptimumkan penggunaan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(22) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. . 5. sumber dan meningkatkan produktiviti seperti kejuruteraan semula proses perniagaan. (e). Kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya Misalnya, dalam era pertanian, petani perlu tahu kaedah menjaga kerbau, lembu dan tanah. Era perindustrian pula memerlukan pekerja industri yang tahu dan boleh menggunakan mesin dengan cekap. Akhir sekali, era maklumat memerlukan pekerja yang tahu bagaimana IT dapat meningkatkan produktiviti dan memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan.. (f). IT diimplan atau diintegrasikan dalam banyak produk dan perkhidmatan Dalam industri pelancongan, IT digunakan dalam urusan tiket, lapangan terbang, hotel dan rumah rehat, sewa kereta dan sebagainya. Secara tidak langsung, IT menyediakan nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan. Nilai ini mencerminkan kualiti, kebolehpercayaan, kemahiran, daya tarikan dan ciri-ciri lain yang memenuhi kehendak pelanggan.. AKTIVITI 1.1 1.. Menurut Alvin Tofler kita sekarang berada dalam gelombang ketiga yang dikenali sebagai gelombang maklumat. Bincangkan dalam kumpulan, apakah yang dimaksudkan sebagai gelombang maklumat dan bentangkannya semasa tutorial.. 2.. Berdasarkan ketiga-tiga era yang telah anda pelajari tadi, di manakah era Malaysia berada sekarang? Jelaskan pendapat anda.. 1.2. APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT?. Sebelum kita melangkah jauh mempelajari subjek ini, ia adalah elok untuk membezakan maksud data, maklumat dan pengetahuan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.3:. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(23) 6 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Jadual 1.3: Definisi Data, Maklumat dan Pengetahuan Elemen. Definisi. Data. Fakta mentah, angka, diagram dan perincian lain, seperti markah kuiz dan harga komputer. Maklumat. Penafsiran berguna, terancang dan bermakna tentang data, seperti prestasi kuiz dan spesifikasi komputer. Pengetahuan. Pemahaman atau penumpuan terhadap sekumpulan maklumat dan bagaimana maklumat tersebut dapat digunakan sebaiknya, seperti memberikan kelas tambahan atau mempertingkatkan kualiti komputer. Definisi dalam Jadual 1.3 tadi menerangkan bahawa „data‰ yang telah diperhalusi, diformat dan diringkaskan akan berubah kepada „maklumat‰. Maklumat yang telah ditafsir, ditentu dan digunakan pula akan berubah menjadi „pengetahuan‰. Dengan pengetahuan, pengguna dapat membuat keputusan terbaik dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara umum, IT adalah tunggak utama dalam era maklumat. Teknologi ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan mengedarkan maklumat, terutamanya maklumat dalam bentuk digital. IT merujuk kepada penggunaan dan percaturan pelbagai barangan dalam penciptaan, penyimpanan dan pengedaran maklumat. Jadual 1.4 mengandungi beberapa definisi lain bagi IT. Jadual 1.4: Definisi Teknologi Maklumat Sumber. Definisi. Behan dan Holmes (1990). IT adalah istilah untuk menerangkan teknologi yang membolehkan kita merekod, menyimpan, memproses, mencapai, menghantar dan menerima maklumat. Martin et al. (1994). IT terdiri daripada semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan penggunaan data (yang ditransformasikan kepada maklumat). Senn (1998). IT mengandungi tiga komponen yang terdiri daripada komputer, komunikasi dan kepakaran. Kombinasi tiga komponen ini membuka peluang kepada individu dan organisasi untuk menjadi lebih produktif, efektif dan secara umumnya berjaya tanpa tersisih. Renolds (2010). IT termasuk semua alatan yang menangkap, proses menyimpan, menukar dan menggunakan maklumat. Sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1.4 tadi, kita boleh merumuskan bahawa IT merujuk kepada pelbagai teknologi yang diperlukan untuk menyokong sistem maklumat. IT menyokong aktiviti berkaitan penciptaan, penstoran, manipulasi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(24) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. . 7. dan komunikasi maklumat, bersama dengan kaedah, pengurusan dan aplikasi yang berkaitan. Teras kepada IT adalah komponen mikro elektronik, contohnya, cip mikropemproses yang memproses data, maklumat, imej, bunyi dan grafik yang telah mewujudkan generasi komputer moden. Selain daripada teknologi mikropemproses, ada juga teknologi penstoran, teknologi penangkapan data dan teknologi komunikasi. Pada masa kini, komputer dihubungkan melalui rangkaian telekomunikasi yang mengatasi sempadan negara. Oleh itu, IT telah dianggap sebagai kombinasi komputer dan komunikasi. Untuk menghasilkan sistem IT yang lengkap, kita memerlukan lima komponen yang berhubung kait, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4.. Rajah 1.4: Lima komponen teknologi maklumat. 1.2.1. Sejarah Ringkas Komputer. Sejarah komputer boleh dijejaki kembali ribuan tahun dahulu ă penggunaan sempoa di China. Alat ini mengira menggunakan manik gelongsoran yang disusun di atas rak. Pada tahun 1642, Blaise Pascal telah mencipta kalkulator mekanikal yang dipanggil Pascaline. Kemudian pada tahun 1812, Charles Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(25) 8 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Babbage membina kalkulator automatik berasaskan enjin beza dan seterusnya pada tahun 1890, Herman Hollerith menggunakan kad tebuk untuk membaca dan menyimpan data. Sebaiknya, sejarah komputer dijelaskan menggunakan istilah generasi. Generasi pertama telah dicipta kira-kira 65 tahun yang lalu dan pada masa kini adalah generasi yang kelima. Jadual 1.5 menerangkan lima generasi komputer. Jadual 1.5: Lima Generasi Komputer Generasi. Tahun. Deskripsi. 1. 1951ă1958. Pada asasnya menggunakan tiub vakum iaitu tiub elektronik bersaiz lampu mentol. Contohnya, Universal Automatic Computer (UNIVAC) ă mesin yang besar tetapi yang paling cepat mengira bancian pada tahun 1890 di Amerika. Namun, tidak berjaya kerana tiub selalu terbakar apabila terlampau panas. 2. 1959ă1964. Komputer generasi kedua bermula dengan penciptaan transistor pada tahun 1959. Transistor adalah komponen berkaki tiga yang hanya mengambil ruang 1/100 daripada ruang yang digunakan oleh komputer generasi pertama. Ia lebih dipercayai dan ada kuasa pengiraan yang lebih laju daripada generasi pertama. 3. 1965ă1970. Melalui penciptaan litar bersepadu (integrated circuits) yang dibuat menggunakan cip silikon pada tahun 1965, komputer bersaiz lebih kecil, lebih murah dan boleh melaksanakan fungsi ratusan transistor. 4. 1971ă sekarang. Penggunaan mikropemproses iaitu cip silikon yang mengandungi unit pemprosesan pusat (central processing unit ă CPU) di mana semua pemprosean berlaku, merupakan piawaian bagi semua komputer pada masa kini. Komputer digunakan di rumah, bukan hanya untuk syarikat perniagaan yang besar. Mikropemproses bukan sahaja digunakan di dalam komputer, malah digunakan di dalam jam digital, kalkulator, kereta, telefon, set televisyen dan lain-lain. Komputer mudah alih juga telah wujud dan pembangunan pesat dalam komunikasi data turut berlaku. 5. Pertengahan 1990 ă masa hadapan. Komputer berasaskan „kecerdasan buatan‰ yang boleh meniru ciri-ciri manusia seperti kebolehan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, sistem pakar membantu doktor mendiagnosis pesakit, robot yang berkeupayaan membuat rutin atau tugasan merbahaya dan lain-lain. Manusia juga boleh berkomunikasi dengan komputer menggunakan bahasa tabii Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(26) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. . 9. Pada peringkat awal teknologi komputer diperkenalkan, komputer hanya digunakan oleh saintis dan jurutera. Mereka menggunakan komputer untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan. Kemudian, komputer digunakan pula oleh organisasi kerajaan dan perniagaan. Komputer digunakan untuk menyokong perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar. Sekarang, komputer digunakan oleh profesional, pelajar dan di rumah. Secara amnya, cip mikropemproses telah menjadi semakin berkuasa, ruang storan yang berkapasiti lebih besar dan pelbagai komponen perkakasan turut ada peningkatan yang ketara, tanpa pertambahan saiz fizikal. Oleh itu, komputer menjadi semakin kecil dan murah dengan kapasiti storan yang lebih besar dan lebih keupayaan.. 1.2.2. Klasifikasi Komputer. Bidang IT menawarkan pelbagai jenis komputer yang boleh digunakan, bergantung kepada kerja yang ingin anda lakukan. Ada komputer bersaiz kecil dan juga bersaiz besar. Pengkhususan kerja yang boleh dilakukannya bergantung kepada kuasa pemprosesan, kelajuan, kos, keselamatan dan pelbagai kriteria lain. Anda akan melihat banyak istilah ini dalam topik-topik seterusnya. Tidak pernah ada definisi tegar bagi pelbagai kelas komputer. Malah, fungsi dan keupayaannya terus berkembang dan bilangan kelasnya boleh terus diperbahaskan. Walau bagaimanapun, ada spektrum yang luas bagi perkakasan komputer yang terdiri daripada superkomputer hinggalah kepada mikrokomputer, tanpa ada garis ketara yang memisahkan antara kelas komputer tersebut. Umumnya, saiz komputer dan kosnya semakin berkurangan, daripada superkomputer dan kerangka utama yang besar kepada mikrokomputer yang kecil. Terdapat lima klasifikasi komputer seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.6.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(27) 10 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Jadual 1.6: Lima Klasifikasi Komputer Klasifikasi Komputer. Deskripsi. Mikrokomputer. Ia adalah komputer meja (desktop computer) dan juga komputer peribadi (personal computer ă PC). PC dikenali sebagai mikrokomputer kerana ianya direka untuk kegunaan seorang individu pada satu masa. Jangan keliru dengan mikropemproses kerana mikropemproses merupakan sebuah komputer pada satu cip. Dalam mikrokomputer, mikropemproses, litar elektronik dan cip ingatan dipasangkan ke atas papan litar tunggal yang dipanggil papan induk (motherboard). Papan induklah yang membezakan antara mikrokomputer dengan yang lain. Komponen perkakasan ini akan dibincangkan dalam beberapa topik seterusnya. Kerangka Utama. Komputer ini didefinisikan sebagai komputer komersial bersaiz besar yang direka bentuk khusus untuk persekitaran multipengguna dan ianya digunakan sepenuhnya oleh badan korporat. Kebiasaannya komputer ini mempunyai lebih daripada 100 terminal kawalan. Kerangka utama adalah sangat kuat dari segi keselamatan, sambungan dan keupayaan pengurusan data. Ia mesti diletakkan dalam persekitaran terkawal yang khusus ă dengan kelengkapan pemanasan khas, pengudaraan dan penyaman udara untuk mengawal suhu, kelembapan dan paras habuk di sekitar komputer. Minikomputer. Sehingga lewat tahun 1960an, semua komputer hanyalah kerangka utama sahaja. Mereka hanya dikenali sebagai komputer. Kemudian, vendor komputer mula memperkenalkan mesin yang lebih kecil supaya mampu dimiliki oleh syarikat kecil. Ini telah menjadi detik kelahiran minikomputer. Hari ini, minikomputer boleh didefinisikan sebagai komputer terkecil yang direka bentuk khusus untuk persekitaran multipengguna. Sistemnya seharusnya boleh memberikan perkhidmatan antara 2 hingga 100 terminal kawalan dalam satu masa. Superkomputer. Komputer ini adalah yang terbesar, terpantas dan paling mahal dalam pasaran. Ia sangat berkuasa dan direka khusus untuk pengiraan numerikal berkelajuan tinggi yang diperlukan dalam aplikasi kejuruteraan yang kompleks. Superkomputer berintensifkan pemproses berbanding dengan kerangka utama yang berintensifkan input-output. Superkomputer boleh melaksanakan pengiraan aritmetik pada kelajuan bilion operasi titik-terapung dalam sesaat (gigaflops). Antara pengeluar utama superkomputer adalah Cray Research, NEC dan Fujitsu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(28) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Stesen kerja.  11. Ada klasifikasi lain bagi komputer seperti super-mini, super-mikro, minikomputer dan sebagainya ă mereka adalah komputer kelompok pertengahan daripada klasifikasi peringkat awal. Sesetengah komputer dipanggil sebagai pelayan atau klien. Stesen kerja ialah terminal rangkaian (pintar tetapi tanpa cakera). Ianya sering merujuk kepada terminal dengan pemproses Komputer Set Suruhan Terkurang (Cip Reduced Instruction Set Computing  RISC) dan bukannya Intel. Secara amnya, stesen kerja adalah PC yang canggih. SEMAK KENDIRI 1.1 1.. Bezakan istilah data, maklumat dan pengetahuan. Berikan satu contoh bagi setiap istilah tersebut.. 2.. Terangkan secara ringkas sejarah komputer.. AKTIVITI 1.1 Sebagai pelajar, klasifikasi komputer manakah daripada Jadual 1.6 sesuai untuk anda? Terangkan.. 1.3. PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT. Kita telah mempelajari bagaimana IT membantu organisasi dan masyarakat. Kita juga telah mendengar dan membaca bagaimana IT dapat membantu meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Manusia juga mendapat manfaat menggunakan komputer untuk melaksanakan kerja dan berhibur. Walaupun begitu, kita juga harus sedar dan tahu kesan buruk virus komputer seperti Nimda, Love Bug dan Chernobyl yang telah menyebabkan kegagalan sistem berkomputer di banyak organisasi dan pengguna individu. Sememangnya objektif utama penggunaan IT adalah untuk menolong pengguna dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia membolehkan mereka bekerja lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu mereka dalam aktiviti harian. Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin kerja, membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual 1.7 menerangkan kepentingan lapan prinsip IT.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(29) 12 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Jadual 1.7: Lapan Prinsip Teknologi Maklumat Prinsip Boleh diharap (reliable). Deskripsi Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa sistem IT dapat beroperasi pada tahap 100% setiap masa. Kadangkala ia beroperasi pada tahap 99% pada suatu ketika dan 1% lagi ia tidak berfungsi. Walau bagaimanapun, adalah penting keutuhan sistem tidak berada di bawah paras ambang (threshold) yang tertentu. Selamat. Persekitaran sistem di mana IT beroperasi harus selamat daripada capaian tanpa izin dan kemusnahan akibat perbuatan khianat. Fleksibel. Pengguna boleh menggunakan sistem IT di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa. Menggalakkan inovasi. Kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan perisian dan perkakasan era baru, seperti sistem amaran awal untuk cuaca buruk. Responsif. Sistem IT menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Mudah dan telus. Semua alatan dan kemudahan mestilah mudah dipelajari dan digunakan. Saling kendali yang konsisten (consistent. Persekitaran IT mestilah konsisten dan diterima pakai secara global di seluruh dunia supaya maklumat boleh dipindahkan dengan mudah. interoperability) Mampu milik. 1.4. Pengguna sepatutnya mampu memiliki sistem IT yang diinginkan oleh mereka. FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT. Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi bagi kerja maklumat iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mendapatkan semula dan menyampaikan. Dalam kebanyakan kes, dua atau lebih fungsi dilaksanakan secara serentak. Ini dinyatakan dalam Jadual 1.8 yang menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(30) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.  13. Jadual 1.8: Enam Fungsi Teknologi Maklumat Fungsi. Definisi. Contoh. Mengumpul. Mengumpulkan rekod aktiviti untuk digunakan kemudian. Membaca maklumat pengundi, membaca meter elektrik. Memproses. Proses mengubah, menganalisis, mengira dan mensintesiskan semua bentuk data atau maklumat. Mengira undi, pemprosesan bil elektrik, pemprosesan perkataan, pemprosesan cukai. Menjana. Mengumpulkan maklumat ke dalam bentuk yang berguna, sama ada sebagai teks, audio atau imej. Bil elektrik, jadual, graf, carta di atas cakera, pita, fail CDROM. Menyimpan. Proses pengkomputeran dalam menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian. Rekod cukai pendapatan, rekod keahlian persatuan, rekod kesalahan trafik. Mendapatkan semula. Menempatkan data memperolehnya kembali. dan. Faks, e-mel, mel suara, laporan. Menyampai. Mengambil, menghantar mempersembahkan. atau. E-mel, mel suara. Jadual 1.9: Empat Manfaat Teknologi Maklumat Manfaat. Definisi. Kelajuan. Nilai yang relatif ă komputer boleh melaksanakan kerja dalam beberapa saat, pada kelajuan yang lebih pantas daripada manusia. Konsisten. Komputer cekap melaksanakan kerja ulangan secara konsisten iaitu menghasilkan keputusan yang sama untuk kerja yang sama. Ketepatan. Komputer bekerja secara tepat ă boleh mengesan walaupun perbezaan yang kecil. Kebolehharapan. Dengan kelajuan, konsisten dan ketepatannya, kita boleh berharap dan bergantung kepada komputer dalam menghasilkan keputusan yang sama berulang kali. Berdasarkan empat manfaat daripada penggunaan IT seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1.9, kita tidak boleh mensia-siakan peluang yang ditawarkannya. Secara umum, ada dua kategori peluang yang ditawarkan oleh IT iaitu: (a). Membantu masyarakat ă Misalnya, membantu orang istimewa (golongan kelainan upaya), meningkatkan produktiviti manusia dan menolong orang ke arah kehidupan yang lebih baik; dan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(31) 14 . (b). TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Membantu menyelesaikan masalah ă Misalnya, membantu dalam proses pengecaman masalah, meneroka sebilangan penyelesaian alternatif dan mengimplementasikan penyelesaian dengan jayanya.. IT telah digunakan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu manusia. Maka, kita perlu tahu tiga tanggungjawab asas pengguna IT seperti: (a). Mengetahui keupayaan dan had IT;. (b). Menggunakan IT secara beretika dan betul; dan. (c). Memastikan keselamatan data dan maklumat terjamin daripada pelbagai ancaman.. 1.5. KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Pada hari ini, IT berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya. Umumnya, dua kategori yang berkaitan dengan IT dan kerjaya adalah: (a). Teknologi maklumat sebagai kerjaya Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam IT menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang IT. Antara kerjaya dalam bidang IT adalah juruanalisis sistem, pegawai IT, pentadbir rangkaian, pakar rangkaian, jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara, pengurus pemprosesan data, pengurus projek, konsultan sistem komputer, pengintegrasi sistem, pentadbir sistem, ketua pegawai maklumat, jurutera sistem, pengurus laman web dan sebagainya. Mereka ini dikenali sebagai profesional IT. Kadangkala mereka juga dianggap sebagai orang penting di sebalik komputer iaitu sebagai pembangun dan penyelenggara perisian dan peralatan IT.. (b). Pengguna teknologi maklumat Pengguna IT umumnya dikenali sebagai pengguna akhir. Pengguna akhir terlibat dalam penggunaan IT tetapi mereka tidak memerlukan pengetahuan teknikal IT. Sesungguhnya, mereka lebih mengetahui penggunaan perisian yang tertentu atau perkakasan yang khusus. Misalnya, doktor menggunakan komputer untuk mencapai maklumat pesakit tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana sistem itu dibangunkan. Umumnya, pengguna akhir boleh dibahagikan kepada tiga jenis ă pengguna novis, pengguna separuh-mahir dan pengguna mahir. Aplikasi IT dicipta untuk penggunaan mereka.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(32) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.  15. Kedua-dua profesional IT dan pengguna IT perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk meningkatkan penggunaan IT, untuk mencipta idea baru dan mencapai manfaat yang diingini.. SEMAK KENDIRI 1.2 Nyatakan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.. 1.6. TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA. Koridor Raya Multimedia adalah salah satu pembangunan IT terkini di Malaysia. Ia agenda Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 dan merupakan strategi utama untuk mencapai kelebihan persaingan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Sebagai pengguna IT, kita perlu melengkapkan diri untuk mencapai faedah langsung daripada teknologi ini. Di manakah kita dalam penggunaan IT? Sehingga kini, jumlah kilang atau pengeluar yang menggunakan IT masih boleh dikira, apatah lagi yang menggunakan sistem robotik. Industri yang memanfaatkan IT tidak mengeksploitasikan sepenuhnya potensi teknologi ini. Hasil penilaian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan National Productivity Corporation (NPC) yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 menunjukkan kebanyakan pengeluar memanfaatkan IT untuk pentadbiran, berbanding untuk proses pengeluaran. Namun, terdapat tanda peningkatan penggunaan IT dalam proses pengeluaran bagi industri kecil dan sederhana.. 1.7. KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MALAYSIA (MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR – MSC MALAYSIA). Salah satu projek pembangunan IT peringkat nasional yang hangat diperbincangkan adalah Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia). MSC Malaysia pada permulaannya meliputi kawasan seluas 15km  50km, merentasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di utara sehingga ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur International Airport ă KLIA) di selatan. Projek ini telah menukarkan kawasan ladang kelapa sawit kepada lembah maklumat. Dua bandar pintar telah dibina dalam kawasan MSC iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologi maklumat dan multimedia, manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(33) 16 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. Kerajaan Persekutuan. Satu perbadanan turut ditubuhkan iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation ă MDeC) untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia. Projek ini terbukti berjaya kerana jumlah penyertaan syarikat terkenal IT antarabangsa yang datang ke kawasan MSC melebihi jumlah sasaran asal yang ditetapkan. MSC juga dirancang untuk meluaskan kawasan liputan ke seluruh negara. Anda boleh layari laman web www.mdec.com.my untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pembangunan Malaysia MSC Malaysia. Rang Undang-undang Jaminan telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan MSC di samping menyediakan peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat berstatus MSC iaitu: (a). Peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia;. (b). Kebenaran tanpa had untuk pekerja berpengetahuan tempatan atau luar negara;. (c). Memastikan kebebasan pemilikan dengan memberikan syarikat berstatus MSC Malaysia pengecualian daripada keperluan pemilikan tempatan;. (d). Memberikan kebebasan kepada syarikat berstatus MSC Malaysia untuk memperoleh pembiayaan daripada pinjaman tempatan atau antarabangsa untuk menyediakan infrastruktur MSC Malaysia;. (e). Peruntukan insentif kewangan yang menarik;. (f). Menjadi pemimpin serantau dalam Hak Harta Intelektual dan Undangundang Siber;. (g). Memastikan tiada penapisan Internet;. (h). Peruntukan tarif telekomunikasi yang kompetitif secara global;. (i). Mengeluarkan kontrak bertenderkan infrastruktur MSC Malaysia kepada syarikat yang berhasrat menjadikan MSC Malaysia sebagai hub serantau; dan. (j). Memperuntukkan agensi dengan kuasa untuk bertindak sebagai kedai super jualan sehenti bagi memastikan MSC Malaysia boleh memenuhi keperluan syarikat.. Perbadanan Pembangunan Multimedia juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi memenuhi 10 jaminan ini, terutamanya untuk mempercepatkan permohonan visa, lesen dan permit. Infrastruktur telekomunikasi yang disediakan dalam MSC Malaysia adalah dalam kadar kelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps. Selain itu, Panel Penasihat Antarabangsa (International Advisory Panel ă IAP) untuk MSC juga Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(34) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.  17. turut ditubuhkan. Panel ini terdiri daripada pakar ternama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (ketua pegawai eksekutif Microsoft), Scott McNealy (ketua pegawai eksekutif Sun Microsystems), Stan Sheah (ketua pegawai eksekutif Acer) dan James Barkdale (ketua pegawai eksekutif Netscape).. AKTIVITI 1.3 1.. Tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia telah dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat aplikasi pertama terletak di bawah pembangunan multimedia, manakala tiga aplikasi terakhir terletak di bawah persekitaran multimedia. Nyatakan tujuh aplikasi tersebut (untuk membantu anda menjawab soalan ini, sila layari laman web berikut ă www.mdec.com.my).. 2.. Pada masa kini, jabatan kerajaan dan sektor swasta telah membangunkan laman web dan kios maklumat mereka sendiri. Ini menunjukkan peningkatan dalam kesedaran tentang konsep pengagihan maklumat menerusi Internet. Anda perlu memberikan tujuh lagi contoh laman web atau kios maklumat pelbagai jabatan kerajaan yang boleh dilayari melalui Internet (untuk menjawab soalan ini, anda perlu melayari laman web ini di Internet).. 1.8. UNDANG-UNDANG SIBER. Antara jaminan yang disediakan untuk syarikat berstatus MSC Malaysia adalah enakmen dan perlaksanaan enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan oleh Parlimen. Antara undang-undang tersebut adalah: (a). Akta Tandatangan Digital 1997;. (b). Akta Hak Cipta (pindaan) 1997;. (c). Akta Jenayah Komputer 1997;. (d). Akta Teleperubatan 1997;. (e). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan. (f). Akta Komunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia 1998. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(35) 18 . TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT. AKTIVITI 1.4 Ada enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan oleh Parlimen. Secara berpasangan, layari laman web ă www.mdec.com.my dan nyatakan kesemua enam Undang-undang Siber berserta dengan penerangannya.. . Teknologi maklumat didefinisikan sebagai pelbagai jenis teknologi yang diperlukan untuk menyokong sistem maklumat.. . Ada enam perbezaan antara era maklumat dengan era sebelumnya: kemunculan masyarakat berasaskan maklumat, kejayaan perniagaan dan pengurusan bergantung kepada IT, proses kerja ditransformasi untuk meningkatkan produktiviti, IT menyediakan dasar untuk pengoptimuman, kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya, dan IT diterapkan dan digunakan dalam pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.. . Lima komponen IT adalah data, perisian, perkakasan, manusia dan prosedur.. . Kita telah melihat sejarah komputer secara ringkas (lima generasi) dan lima klasifikasi komputer iaitu komputer mikro, kerangka utama, minikomputer, superkomputer dan stesen kerja.. . Kita telah belajar tentang lapan prinsip IT (boleh diharap, selamat, fleksibel, menggalakkan inovasi, responsif, mudah dan telus, saling kendali yang konsisten dan mampu milik).. . Ada enam fungsi IT (mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mendapatkan semula dan menyampai) dan empat manfaat IT (kelajuan, konsistensi, ketepatan dan keboleharapan) dalam kehidupan harian kita.. . Perkembangan terkini dan peluang di Malaysia yang dicipta oleh kemajuan IT tidak boleh diabaikan.. . Kita perlu berkongsi pengalaman, tenaga kerja, kepakaran, kebijaksanaan ă dan semua ini juga disebut sebagai "perkongsian pintar‰ ă untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh IT.. . Kita mungkin bukan negara pertama yang mencipta IT tetapi kita boleh menggunakan IT sebagai platform untuk menjadikan Malaysia negara maju.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(36) TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.  19. Aplikasi perdana. Pengetahuan (know-how). Era maklumat. Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation ă MDeC). Komputer Komputer peribadi (personal computer ă PC) Komunikasi Koridor Raya Multimedia Malaysia (Multimedia Super Corridor Malaysia ă MSC Malaysia). Teknologi maklumat (information technology, IT) Teknologi komunikasi dan maklumat (information communication technology, ICT) Undang-undang Siber. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(37) Topik  Unit. 2. Pemprosesan Pusat (CPU). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.. Menerangkan. makna Unit. Pemprosesan. Maklumat. (Central. Processing Unit ă CPU) dan ingatan; 2.. Mentakrifkan perwakilan data dan skema pengekodan; dan. 3.. Menerangkan pelbagai alatan dan perkakasan dalam Unit Sistem..  PENGENALAN Sistem komputer merupakan kombinasi perkakasan dan perisian. Perkakasan adalah manifestasi fizikal komputer, manakala perisian terdiri daripada program yang memberikan arahan kepada perkakasan. Dalam topik ini, kita akan membincangkan komponen paling penting bagi perkakasan komputer iaitu Unit Pemprosesan Pusat (CPU). CPU atau pemproses adalah pusat segala aktiviti yang bertanggungjawab untuk mengubah data mentah kepada maklumat yang diperlukan dalam komputer. Kemudian kita akan beralih ke perkakasan komputer yang kedua penting ă ingatan. Komponen perkakasan ini bekerja rapat dengan CPU. Ketika CPU melaksanakan pemprosesan yang kompleks, ingatan meminjamkan ruangnya untuk menyimpan data, data pertengahan dan hasil untuk CPU. Selain data yang sedang diproses, kod atur cara juga disimpan di dalam ingatan. Pemproses dan ingatan saling bekerjasama ketika komputer dihidupkan. Pada hujung topik ini, Unit Sistem dan Jam Sistem akan turut dipersembahkan.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(38) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). 2.1. . 21. APAKAH UNIT PEMPROSESAN PUSAT?. CPU atau pemproses direka bentuk dan dibina dalam pelbagai bentuk. Ia adalah koleksi litar elektrik yang rumit dan mengandungi ribuan atau jutaan transistor yang diletakkan atau dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepadu ini juga dikenali sebagai cip atau mikrocip kerana kesemua transistor direka atau diletakkan di atas cip silikon yang sangat kecil. Dalam komputer peribadi (personal computer ă PC), pemproses adalah cip mikropemproses. Dalam sistem yang lebih besar, seperti kerangka utama dan superkomputer, beberapa papan litar digunakan. CPU boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan diletakkan di atas papan induk. Tugas CPU adalah untuk melaksanakan arahan perisian tersimpan, menukarkan data kepada maklumat. Arahan ini dilaksanakan dalam bahasa mesin, sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 2.1.. Rajah 2.1: Fungsi Unit Pemprosesan Pusat. Ada dua bahagian di dalam CPU: Unit Kawalan dan Unit Aritmetik Logik. Sekarang, mari kita belajar tentang kedua-dua bahagian ini.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(39) 22 . 2.1.1. TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Unit Kawalan. Unit Kawalan bagi pemproses boleh dibandingkan dengan „otak manusia‰. Ia memaklumkan seluruh komputer tentang bagaimana untuk melaksanakan arahan atur cara. Tiga tugas Unit Kawalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.. Rajah 2.2: Fungsi Unit Kawalan. Dengan kata lain, Unit Kawalan menguruskan pengambilan arahan, menyahkod arahan untuk mengetahui tujuannya, mengarah Unit Aritmetik Logik untuk melaksanakan arahan dan kemudian mengarahkan penyimpanan hasil ke ingatan (storan utama), daftar atau cache.. 2.1.2. Unit Aritmetik Logik. Unit Aritmetik Logik (Arithmetic Logic Unit ă ALU) melaksanakan dua jenis operasi iaitu operasi asas aritmetik dan operasi logikal, seperti dipaparkan dalam Rajah 2.3:. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(40) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). . 23. Rajah 2.3: Fungsi Unit Aritmetik Logik. SEMAK KENDIRI 2.1 1.. Nyatakan dua bahagian Unit Pemprosesan Pusat.. 2.. Terangkan fungsi Unit Kawalan.. 3.. Apakah dua jenis operasi yang dilaksanakan oleh Unit Aritmetik Logik?. AKTIVITI 2.1 Bagi setiap komputer, Unit Pemprosesan Pusat umpama „otak‰ komputer. Mengapa CPU dibandingkan dengan otak? Terangkan. Hantar jawapan anda ke dalam forum dan bandingkan dengan jawapan rakan forum anda.. 2.2. CIP MIKROPEMPROSES. Dalam komputer yang lebih besar seperti kerangka utama dan superkomputer, pelbagai fungsi CPU dilaksanakan oleh cip di atas papan litar yang berbeza. Walau bagaimanapun, untuk komputer mikro, CPU biasanya diletakkan di atas satu cip sahaja yang diistilahkan sebagai mikropemproses. Di samping mengandungi Unit Kawalan dan ALU, mikropemproses juga mengandungi daftar dan Jam Sistem. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(41) 24 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Kebanyakan mikropemproses baru telah diintegrasikan dengan teknologi multimedia atau grafik tiga dimensi (3D). Mikropemproses khusus untuk komputer riba (notebook) dan pelayan (server) juga dihasilkan dan dijual oleh pengilang. Dua jenis cip mikropemproses adalah: (a). Cip Komputer Set Suruhan Kompleks (Complex Instruction Set Computing  CISC)  Mikropemproses yang biasa digunakan adalah cip CISC. Teknologi ini telah dipopularkan oleh Intel dan telah menjadi asas kepada mikropemprosesnya. Rekaan cip ini telah digunakan secara meluas dan banyak program telah ditulis khusus untuk cip jenis ini; dan. (b). Cip Komputer Set Suruhan Terkurang (Reduced Instruction Set Computing  RISC)  Jenis cip komputer ini menggunakan kaedah RISC yang melibatkan suruhan yang kurang. Rekaannya lebih mudah dan murah berbanding cip CISC. Cip ini banyak digunakan oleh mikrokomputer yang berkuasa tinggi. Rujuk Jadual 2.1 untuk mikropemproses yang paling popular. Jadual 2.1: Mikropemproses Popular. Mikropemproses. Jenis CIP. Penggunaan Biasa. Pentium. Komputer Set Suruhan Kompleks. Mikrokomputer. PowerPC. Komputer Set Suruhan Terkurang. Komputer Apple Macintosh. Alpha. Komputer Set Suruhan Terkurang. Superkomputer, stesen kerja. MIPS. Komputer Set Suruhan Terkurang. Stesen kerja, pemain video. SEMAK KENDIRI 2.2 Nyatakan dua jenis cip mikropemproses dan kegunaannya.. 2.3. INGATAN. Ingatan adalah dipisahkan daripada CPU tetapi biasanya ia bersepadu dengannya dan dicapai olehnya. Data dan arahan mesti hadir dalam ingatan sebelum ianya dicapai oleh CPU. Ingatan menyimpan data dan arahan secara sementara, selagi program yang digunakan terus beroperasi. Secara umumnya, ruang storan bagi ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk berbeza untuk: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(42) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). . 25. (a). Menyimpan sistem pengoperasian dan program perisian sistem yang lain yang bertindak sebagai antara muka antara perkakasan dan program aplikasi, dan mengawal sumber komputer;. (b). Menyimpan program aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan pangkalan data;. (c). Menyimpan data sementara iaitu data yang diterima daripada peranti input atau storan sekunder untuk diproses atau dihantar kepada peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan;. (d). Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam ruang kerja storan; dan. (e). Menyediakan ruang storan tambahan kepada program atau data jika diperlukan. Jika komputer mempunyai ruang ingatan berlebihan untuk ingatan, ruang berlebihan ini bukan untuk digunakan tetapi ianya boleh atau sedia untuk digunakan. Penggunaan jumlah ingatan berubah semasa pemprosesan.. Rajah 2.4 menggambarkan pemproses.. bagaimana. ingatan. berkomunikasi. Rajah 2.4: Kaedah bagaimana ingatan berkomunikasi dengan pemproses. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). dengan.

(43) 26 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Ada tiga jenis cip ingatan seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.5 iaitu Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory ă RAM), Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory  ROM) dan Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (Complementary Metal Oxide Semiconductor  CMOS).. Rajah 2.5: Tiga jenis cip ingatan. SEMAK SENDIRI 2.3 Terdapat banyak jenis ingatan di dalam komputer. Apakah fungsi utama ingatan?. 2.3.1. Ingatan Capaian Rawak (RAM). Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory ă RAM) menyimpan program dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia adalah storan sementara kerana apabila suis elektrik dipadamkan, semua yang tersimpan dalam RAM akan hilang. Bagaimanapun, terdapat RAM jenis baru yang dapat menyimpan program dan data secara kekal. Flash RAM atau cip ingatan Flash boleh menyimpan data walaupun berlaku kegagalan kuasa elektrik. Jenis ingatan ini lebih mahal berbanding ingatan RAM biasa dan kebanyakannya digunakan oleh komputer mudah alih. Keupayaan atau kandungan RAM ini diukur dalam bait. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(44) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). . 27. Empat unit pengukuran yang biasa digunakan untuk menerangkan keupayaan ingatan ditunjukkan dalam Jadual 2.2: Jadual 2.2: Kapasiti Ingatan Unit. Kapasiti (bait). Kilobait (KB). 1,024. Megabait (MB). 1,024,000. Gigabait (GB). 1,024,000,000. Terabait (TB). 1,024,000,000,000. Dua jenis cip RAM yang biasa digunakan adalah: (a). Ingatan Capaian Rawak Dinamik (Dynamic Random Access Memory  DRAM) ă Ingatan yang memegang data secara dinamik. Data tidak disimpan secara berterusan. Sebaliknya, komputer mengemaskinikan data ratusan kali setiap saat. DRAM biasanya digunakan dalam komputer peribadi; dan. (b). Ingatan Capaian Rawak Statik (Static Random Access Memory  SRAM)  Ingatan yang memegang data secara berterusan selagi ada elektrik, tanpa proses pengemaskinian. Ia lebih pantas berbanding DRAM tetapi rekaannya lebih kompleks.. AKTIVITI 2.2 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ingatan komputer, sila layari http:// www.howstuffworks.com/computer-memory.htm. 2.3.2. Ingatan Baca Sahaja (ROM). Cip Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory ă ROM) mengandungi program yang dimuatkan di kilang. Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna. „Baca Sahaja‰ bermaksud CPU hanya boleh membaca atau mencapai program yang ditulis di dalam cip ROM. Komputer tidak boleh menulis atau mengekodkan atau mengubah data atau arahan di dalam ROM. Ada empat jenis ROM yang biasa digunakan seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.3:. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(45) 28 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Jadual 2.3: Jenis Ingatan Baca Sahaja Jenis ROM. Fungsi. Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara (Programmable Read Only Memory  PROM). Program yang hanya boleh membaca ingatan. Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara Boleh Padam (Erasable Programmable Read Only Memory  EPROM). Isi kandungannya boleh dipadamkan menggunakan kaedah sinar ultra lembayung. Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara Boleh Padam Elektronik (Electrically. PROM yang boleh dipadamkan menggunakan elektrik dan kandungannya boleh diubah atau diprogramkan secara elektronik. Erasable Programmable Read Only Memory  EEPROM) Ingatan Kilat (Flash Memory). 2.3.3. Juga dikenali sebagai Flash ROM ă Ingatan Kilat boleh dipadam dan diprogramkan secara elektronik. Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (CMOS). Cip Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (Complementary Metal Oxide Semiconductor  CMOS) menyediakan fleksibiliti dan kebolehkembangan kepada sistem komputer. Ianya mengandungi maklumat penting yang diperlukan setiap kali komputer dihidupkan. Cip ini menyediakan maklumat seperti jumlah saiz RAM, jenis papan kekunci, tetikus, monitor dan pemacu cakera. Ianya menggunakan kuasa bateri dan kandungannya kekal tidak berubah walaupun sokongan elektrik diputuskan. Kandungannya berubah mengikut perubahan di dalam sistem komputer seperti penambahan perkakasan baru dan RAM.. SEMAK KENDIRI 2.4 Apakah yang anda tahu tentang Ingatan Kilat (Flash Memory)? Nyatakan perbezaan dan persamaan antara Ingatan Kilat dan Ingatan Ingatan Baca Sahaja (ROM) atau Ingatan Capaian Rawak (RAM).. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(46) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). 2.4. . 29. PERWAKILAN DATA. Komputer menganggap semua data, nombor, abjad dan simbol sebagai nombor. Malah arahan komputer juga dalam bentuk numerikal (bahasa mesin). Sistem penomboran digunakan oleh komputer adalah nombor perduaan (binary), nombor perenambelasan (hexadecimal) dan nombor perlapanan (octal), seperti dalam Jadual 2.4. Komputer menggunakan digit perduaan ă sifar (0) dan satu (1) ă biasanya dikenali sebagai bit untuk mewakili data. Jadual 2.4: Simbol Sistem Penomboran Sistem Penomboran. Bilangan Simbol. Simbol yang Digunakan. Perduaan. 2. 0, 1. Perlapanan. 8. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7. Perpuluhan (decimal). 10. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Perenambelasan. 16. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F. Ada tiga skema pengekodan perduaan ă yang paling popular menggunakan lapan bit untuk membentuk satu bait. Kod tersebut adalah ASCII, EBCDIC dan Unikod, seperti diterangkan dalam Jadual 2.5. Jadual 2.5: Skema Pengekodan Kod. Definisi. Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat (American. Kod yang digunakan untuk mewakili teks di dalam komputer, peralatan komunikasi dan lainlain peralatan yang menggunakan teks. Standard Code for Information Interchange  ASCII) Kod Saling Tukar Perpuluhan Berkod Perduaan Diperluas (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code ă EBCDIC). Pengekodan aksara 8-bit yang biasanya digunakan oleh komputer IBM dan sistem pengoperasian kerangka utama IBM. Unikod (unicode). Kod 16-bit dicipta untuk keperluan bahasa antarabangsa seperti bahasa Cina dan Jepun. Apabila kekunci ditekan di atas papan kekunci, aksara berubah secara automatik kepada siri denyutan elektronik yang boleh dicam oleh sistem. Misalnya, bila kekunci A ditekan, ia akan menyebabkan isyarat elektronik ditransmisikan kepada Unit Sistem Mikrokomputer. Unit Sistem ini akan mengubah isyarat tersebut kepada kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebelum perlaksanaan, semua arahan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(47) 30 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). dan data mestilah ditukarkan kepada bentuk perduaan. Misalnya, 3 + 5 memerlukan 24 bit bagi penggunaan skema pengekodan ASCII. Adalah lebih baik jika kita boleh memahami konsep penukaran nombor antara sistem perduaan, perlapanan dan perenambelasan seperti digambarkan dalam Jadual 2.6: Jadual 2.6: Contoh Perwakilan Nombor dalam Pelbagai Sistem Penomboran Perpuluhan. Perduaan. Perlapanan. Perenambelasan. 1. 0001. 01. 01. 2. 0010. 01. 01. 5. 0101. 05. 05. 8. 1000. 10. 08. 10. 1010. 12. 0A. 11. 1011. 13. 0B. 15. 1111. 17. 0F. 16. 0001000. 20. 10. 20. 00010100. 24. 14. 160. 10100000. 240. A0. Sila rujuk kepada Jadual 2.7 untuk melihat bagaimana data diwakili dalam kod ASCII dan EBCDIC. Jadual 2.7: Skema Pengekodan Perduaan untuk ASCII dan EBCDIC Simbol. ASCII. EBCDIC. Simbol. ASCII. EBCDIC. A. 0100 0001. 1100 0001. !. 0010 0001. 0101 1010. B. 0100 0010. 1100. „. 0010 0010. 0111 1111. C. 0100 0011. 1100. #. 0010 0011. 0111 1011. D. 0100 0100. 1100. $. 0010 0100. 0101 1011. E. 0100 0101. 1100. %. 0010 0101. 0110 1100. F. 0100 0110. 1100. &. 0010 0110. 0101 0000. G. 0100 0111. 1100. (. 0010 1000. 0100 1101. H. 0100 1000. 1100. ). 0010 1001. 0101 1101. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(48) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). . I. 0100 1001. 1100 1001. *. 0010 1010. 0101 1100. J. 0100 1010. 1101. . 0010 1011. 0100 1110. K. 0100 1011. 1101. 0. 0011 0000. 1111 0000. L. 0100 1100. 1101. 1. 0011 0001. 1111 0001. M. 0100 1101. 1101. 2. 0011 0010. 1111 0010. N. 0100 1110. 1101. 3. 0011 0011. 1111 0011. O. 0100 1111. 1101. 4. 0011 0100. 1111 0100. P. 0101 0000. 1101. 5. 0011 0101. 1111 0101. Q. 0101 0001. 1101. 6. 0011 0110. 1111 0110. R. 0101 0010. 1101. 7. 0011 0111. 1111 0111. S. 0101 0011. 1110. 8. 0011 1000. 1111 1000. T. 0101 0100. 1110. 9. 0011 1001. 1111 1001. U. 0101 0101. 1110. V. 0101 0110. 1110. W. 0101 1011. 1110. X. 0101 1000. 1110 0111. Y. 0101 1001. 1110. Z. 0101 1010. 1110. 31. SEMAK SENDIRI 2.5 Kita tahu bahawa manusia berinteraksi menggunakan bahasa. Bagaimana pula komputer berinteraksi? Terangkan.. 2.5. UNIT SISTEM. Unit Sistem adalah unit perkakasan atau ruang di mana pemproses, cip ingatan, port, bas, slot tambahan, papan (perkakasan di mana cip dan litar berkaitan diletakkan) dan komponen elektrikal lain ditempatkan. Unit ini juga dipanggil „Kabinet Sistem‰ untuk kerangka utama atau „Papan Sistem‰ untuk mikrokomputer. Walaupun Unit Sistem juga terdiri daripada cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan lain-lain, kita tidak akan menyentuh peranti ini kerana mereka terletak di luar CPU. Kita akan memfokuskan kepada subtopik berikut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(49) 32 . 2.5.1. TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Bekalan Kuasa. Bekalan kuasa memainkan peranan mengubah tenaga elektrik daripada Arus Ulang Alik (Alteranting Current ă AC) kepada Arus Terus (Direct Current ă DC). Biasanya, ada kipas untuk menyejukkan transformer dan komponen lain. Jika kuasa elektrik tidak seragam iaitu terdapat voltan tinggi dan rendah atau pusuan (surge) kuasa, ia mungkin merosakkan papan induk, cakera keras dan lain-lain. Oleh itu, adalah lebih baik peralatan istimewa digunakan seperti Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (Uninterrupted Power Supply ă UPS), pengatur voltan dan sebagainya.. 2.5.2. Papan Induk. Papan induk (juga dikenali sebagai papan sistem, papan utama, papan logik dan papan satah) adalah rangkaian komunikasi untuk keseluruhan sistem komputer. Setiap komponen dalam Unit Sistem berhubungan terus ke papan induk. Fungsinya sebagai bas data yang membolehkan pelbagai komponen berkomunikasi antara satu sama lain. Peranti luaran seperti papan kekunci, tetikus dan monitor tidak boleh berkomunikasi dengan unit sistem tanpa papan induk. Papan induk adalah papan litar nipis yang dipenuhi oleh soket dan komponen elektronik termasuk pelbagai jenis cip. Satu cip mengandungi papan litar yang sangat kecil yang dibenamkan di atas kepingan silikon bersaiz setem. Cip ini juga dikenali sebagai cip silikon, semikonduktor atau litar bersepadu. Cip ini dipakej dan dimasukkan ke dalam soket bagi papan induk. Komponen elektronik ini dan cip dimuatkan ke atas papan induk sebagaimana digambarkan dalam Rajah 2.6.. Rajah 2.6: Papan Induk dalam Unit Sistem Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(50) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). 2.5.3. . 33. Cip Ingatan Baca Sahaja. Cip ROM mengandungi program yang dibangun atau dihasilkan di kilang iaitu program yang diperlukan untuk komputer beroperasi atau memulakan operasi komputer ă seperti pemeriksaan perkakasan, Sistem Input Output Asas (Basic Input Output System ă BIOS) dan sebagainya. Cip BIOS biasanya digunakan, yang sebahagiannya terdiri daripada perkakasan dan juga perisian. BIOS menyediakan servis yang membolehkan perisian berkomunikasi dengan peranti input dan output. BIOS ROM mengandungi arahan khusus. Bila komputer dihidupkan, BIOS akan menjalankan Swaujian Hidup Bekalan Kuasa (Power-On Self-Test ă POST) seperti ujian diagnostik untuk CPU dan ingatan. Kemudian ia akan menguji komunikasi dengan perkakasan seperti papan kekunci, pemacu cakera dan lain-lain. Akhir sekali, BIOS akan menghidupkan sistem pengoperasian dan menghantar kawalan kepada sistem pengoperasian.. 2.5.4. Slot dan Papan Tambahan. Kebanyakan komputer mempunyai seni bina terbuka, di mana kita boleh membuka dan menambahkan peranti baru, dan kemudian mempertingkatkan keupayaannya. Penambahan bermaksud menambah lebih ingatan, peranti atau perisian. Ia boleh direalisasikan melalui slot tambahan dan papan tambahan. Slot tambahan adalah soket di atas papan induk yang membolehkan kad tambahan dimasukkan. Kad tambahan, papan tambahan, penyesuai atau kad mudah sebenarnya adalah papan litar yang memberikan lebih ingatan atau kawalan peranti input/output atau perisian. Kad tambahan dimasukkan ke dalam slot yang terdapat di dalam Unit Sistem. Port pada kad membolehkan pengkabelan dihubungkan daripada kad tambahan kepada peranti yang berada di luar Unit Sistem. Kita akan melihat pelbagai fungsi papan atau kad seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.8.. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(51) 34 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). Jadual 2.8: Fungsi Papan atau Kad Papan atau Kad. Fungsi. Kad penyesuai rangkaian. Menghubungkan satu komputer dengan komputer yang lain. Ini merupakan rangkaian komunikasi yang mana pengguna dapat berkongsi data, program dan perkakasan. Kad ini biasanya menghubungkan Unit Sistem kepada kabel yang menghubungkan peranti lain di dalam rangkaian. Kad penyesuai rangkaian dimasukkan ke dalam slot di dalam Unit Sistem. Kad antara muka sistem komputer kecil (small. Kebanyakan komputer mempunyai slot tambahan yang terhad. Kad SCSI menggunakan hanya satu slot tetapi ia boleh menghubungkan sehingga tujuh peranti kepada Unit Sistem. Kad ini digunakan untuk menghubungkan peranti seperti pencetak, peranti cakera keras dan CD-ROM ke Unit Sistem. computer system interface ă SCSI) Kad pelaras TV. Papan TV yang mengandungi pelaras TV dan video yang boleh mengubah isyarat TV kepada bentuk yang boleh dipaparkan ke atas monitor. Kad PC (PC card). Disebabkan saiz dan had komputer mudah alih, papan tambahan bersaiz kad kredit telah dihasilkan. Kad ini boleh dimasukkan secara mudah dan diubah dari luar komputer mudah alih. Ia dipanggil kad PC atau Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa (Personal Computer Memory Card International Association ă PCMCIA). Ekspansi memori (memory expansion). Ia berguna untuk meningkatkan ingatan dan menyatukan dengan komputer lain. Membolehkan penambahan cip RAM. Kad penyesuai paparan. Membolehkan pelbagai paparan video berwarna untuk monitor yang digunakan. Kad kawalan. Membolehkan CPU berfungsi dengan pelbagai peranti perisian seperti kad kawalan cakera. Kad pemecut. Meningkatkan kelajuan komputer. Kad pelagak (emulator). Membolehkan terminal. Kad faks modem. Menerima faks, data atau maklumat melalui talian telefon. Penyesuai grafik. Membolehkan komputer menggunakan piawaian grafik yang tertentu. Kad bunyi. Menukarkan data kepada output bunyi. Kad suara. Membolehkan output suara. komputer. melagakkan. peranti. lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). seperti.

(52) TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). 2.5.5. . 35. Port. Port adalah soket penghubung yang terletak di luar Unit Sistem. Port membolehkan peranti perisian atau peranti input/output dipalamkan untuk sambungan kepada komputer, supaya mereka boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel boleh digunakan untuk menyambungkan peranti input/output ke Unit Sistem melalui port, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 2.7.. Rajah 2.7: Port. Ada pelbagai jenis port dan fungsinya seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.9. Jadual 2.9: Pelbagai Jenis Port Jenis Port. Fungsi. Port selari. Ia digunakan untuk menghubungkan peranti luaran yang menghantar atau menerima data dalam jumlah yang besar pada jarak yang pendek. Port ini biasanya menghantar secara serentak data 8-bit melalui lapan wayar selari. Port selari digunakan untuk menghubungkan pencetak ke Unit Sistem. Port bersiri. Ia menghubungkan tetikus, papan kekunci, modem dan peranti lain ke Unit Sistem. Port bersiri menghantar satu bit pada satu masa dan sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh. Port grafik terpecut (accelerated graphic port ă AGP). Port ini digunakan untuk berhubung ke monitor, dan boleh menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain. Port bas bersiri semesta (universal serial bus ă USB). Ia diramalkan untuk menggantikan port bersiri dan selari. Ia pantas dan satu port USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke Unit Sistem. Port wayar elektrik. Port terbaru yang lebih pantas daripada port USB, dan digunakan untuk menghubungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke Unit Sistem. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

(53) 36 . TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU). 2.5.6. Kad Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa (PCMCIA) dan Slot. Ini adalah piawaian bas baru untuk komputer riba, komputer bimbit dan komputer mudah alih. Kad PCMCIA telah digunakan secara meluas untuk komputer meja. Ia membolehkan peranti bersaiz kad kredit seperti kad ingatan (sehingga 100MB), modem dan cakera keras dipalamkan. Ada empat jenis slot PCMCIA, ditunjukkan dalam Jadual 2.10. Jadual 2.10: Slot Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa Slot PCMCIA Jenis I. Jenis II. Jenis III. Jenis IV. Fungsi . Kerap digunakan untuk kad ingatan (RAM, ingatan kilat, EEPROM) terutamanya untuk komputer riba dan Personal Digital Assistant (PDA). . Ketebalannya sekitar 3.3mm. . Input/output berkeupayaan penuh, digunakan untuk modem atau faks dan penyesuai untuk LAN. . Ketebalannya sekitar 5mm. . Kerap digunakan untuk peranti seperti cakera keras mudah alih. . Ketebalannya sekitar 10.5mm. . Digunakan untuk pemacu cakera berjilid tinggi. . Kira-kira 18mm tebal. SEMAK SENDIRI 2.6 1.. Apakah fungsi-fungsi kad penyesuai grafik? Berikan contoh.. 2.. Apakah papan induk? Terangkan kandungan papan induk yang terdapat pada komputer peribadi anda.. 2.6. JAM SISTEM. Jam Sistem ialah cip litar yang menjana denyut elektrik pada kadar tetap untuk menyelaraskan atau mengawal masa aktiviti pemprosesan. Unit Kawalan sangat bergantung kepada Jam Sistem untuk melaksanakan kerjanya. Jam Sistem mengawal kelajuan operasi di dalam komputer. Kelajuannya diukur dalam Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).

Referensi

Dokumen terkait