• Tidak ada hasil yang ditemukan

JENIS SISTEM PENGENDALIAN

Kita telah pun mengenal pasti fungsi dan ciri-ciri sistem pengendalian di dalam subtopik sebelum ini. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa tidak ada satu pun sistem pengendalian yang sesuai digunakan untuk semua jenis komputer. Seperti yang kita ketahui, pada masa kini, komputer wujud dalam pelbagai bentuk daripada yang kecil seperti telefon bimbit sehinggalah pelayan yang besar. Oleh itu, sistem pengendalian yang berlainan diperlukan untuk memastikan kesemua jenis komputer ini beroperasi.

Umumnya, sistem pengendalian boleh dikategorikan kepada empat kategori (lihat Jadual 5.3).

Jadual 5.3: Empat Kategori Sistem Pengendalian Sistem pengendalian Deskripsi Sistem pengendalian

peribadi

Ia juga dikenali sebagai sistem pengendalian komputer meja (desktop) dan dipasangkan di dalam komputer tunggal

Sistem pengendalian pelayan

Ia biasanya dirujuk sebagai sistem pengendalian rangkaian dan direka untuk pelayan rangkaian dan membenarkan capaian multipengguna kepada rangkaian dan juga sumber

Sistem pengendalian bergerak

Ia direka untuk kegunaan peranti bergerak seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet

Sistem pengendalian terbenam

Ia dipasangkan di dalam komputer seperti mesin daftar tunai, kios dan kebanyakan peralatan elektronik pengguna

Sekarang, kita akan lihat lebih lanjut mengenai setiap kategori komputer pada subtopik seterusnya.

5.6.1 Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan

Ada pelbagai jenis sistem pengendalian peribadi dan pelayan pada masa kini. Antara yang sering digunakan adalah seperti dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan Sistem pengendalian Deskripsi Sistem Pengendalian Cakera

(Disk Operating System ă DOS)

Sistem pengendalian yang dominan sekitar tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Pada awalnya, DOS hanya menyokong antara muka baris perintah dan kemudian turut menyokong antara muka berasaskan menu. Ada dua jenis DOS: PC-DOS yang direka untuk komputer peribadi IBM dan MS-DOS untuk komputer peribadi serasi IBM

Windows Windows dibangunkan oleh Microsoft dan pada jangka masa yang lama, sistem pengendalian ini menguasai hampir 90% bahagian pasaran. Ada pelbagai versi sistem pengendalian Windows:

 Windows 1.0 hingga Windows 3.1.1 ă Ia bukannya sistem pengendalian yang berfungsi sepenuhnya tetapi hanya sekadar persekitaran pengoperasian untuk cangkerang grafik DOS bagi memudahkan penggunaan DOS;

 Windows 95 hingga Windows 98 ă Kedua-dua versi menggabungkan antara muka grafik, mudah diguna berbanding Windows 3.1 dan menyokong multitugas, integrasi Internet, pelangganan (customisations), nama fail yang panjang, pemacu DVD, cakera keras yang besar dan pemacu USB;  Windows NT (New Technology) ă Direka sebagai

versi Windows 32-bit yang menyokong stesen kerja yang canggih dan komputer pelayan;

 Windows ME (Millennium Edition) ă Diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada Windows 98 dengan ciri baru: perkongsian sambungan Internet dan rangkaian rumah; keupayaan multimedia yang lebih baik, perlindungan sistem, proses but yang cepat dan lebih banyak aktiviti dan permainan berasaskan Internet;

 Windows 2000 ă Ia diperkenalkan sebagai ganti kepada Windows NT dan digabungkan dengan keupayaan untuk peranti tanpa wayar dan lain-lain perkakasan baru untuk kegunaan pelayan dan stesen kerja yang canggih;

 Windows XP (eXPerience) ă Sebagai pengganti kepada Windows 2000 dan Windows ME, ia merupakan versi Windows yang paling diterima pakai oleh pengguna dengan keupayaan untuk

perkongsian dan penyuntingan foto, video dan muzik, keupayaan rangkaian yang diperbaharui, dan sokongan untuk input suara dan tulisan tangan;

 Windows Vista ă Menggantikan Windows XP dan menggabungkan konsep baru iaitu antara muka Aero yang mempunyai paparan lut sinar seperti kaca; warna yang bertenaga dan elemen dinamik seperti butang palang tugas (taskbar) dengan Live Thumbnails dan ciri-ciri Flip 3D yang membolehkan tetingkap dibuka dalam mod 3D. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian ini memerlukan perkakasan tahap tinggi membuatkannya kurang diterima oleh pengguna akhir;

 Windows 7 ă Ia diperkenalkan sebagai pengganti Windows Vista, dengan keupayaan dipertingkatkan dan keserasian dengan pelbagai jenis komputer peribadi, terutamanya komputer buku (netbook);

 Windows Server ă Sistem pengendalian ini direka khas untuk kegunaan pelayan. Ia menggabungkan Pelayan Maklumat Internet (Internet Information Services ă IIS) sebagai pelayan tersedia (default) untuk melaksanakan aplikasi berasaskan web dan khidmat web, termasuklah teknologi virtualisasi, alatan keselamatan dan pengurusan yang lebih baik; dan

 Windows 8 ă Sistem pengendalian Windows yang terkini untuk komputer peribadi, termasuk untuk kegunaan di rumah dan syarikat perniagaan, komputer riba, tablet dan komputer peribadi teater rumah. Ia turut menawarkan perubahan besar dari segi pengalaman pengguna menggunakan sistem pengendalian, terutama tablet menerusi pengenalan konsep reka bentuk Metro di dalam antara muka penggunanya.

Mac OS Dibangunkan oleh Apple Corporation dan merupakan sistem pengendalian hak milik komputer Apple yang berasaskan UNIX. Sistem pengendalian ini menekankan aplikasi baru „gaya hidup digital‰, seperti iLife suite, aplikasi perniagaan dipertingkatkan menerusi iWork dan hiburan di rumah bersepadu menerusi pusat media FrontRow. Versi terkini sistem pengendalian Mac adalah OS X Mountain Lion

UNIX Dibangunkan di makmal AT&T Bell pada lewat tahun 1960an untuk pelayan kelas pertengahan. Sebagai sistem pengendalian yang menawarkan multitugasdan multipengguna, semua jenis komputer daripada komputer mikro sehinggalah kerangka utama boleh menggunakannya. Walaupun begitu, UNIX sukar untuk dipasang, diselenggara dan dipertingkatkan berbanding sistem pengendalian lain yang biasa digunakan. Oleh itu, ia adalah lebih mahal dan memerlukan pengetahuan teknikal yang lebih tinggi. Contoh sistem pengendalian UNIX adalah Hewlett-Packard UNIX (HP-UX)

Linux Linus Torvalds membangunkan Linux pada tahun 1991 berdasarkan UNIX. Linux merupakan sistem pengendalian sumber terbuka yang membenarkan pengguna awam untuk mengubah dan memperbaiki kod. Linux lebih digemari oleh individu dan organisasi kerana kos yang rendah. Antara sistem pengendalian Linux yang terkenal adalah Ubuntu, Fedora dan Elementary

5.6.2 Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam

Sistem pengendalian bergerak dan terbenam (mobile and embedded) berbeza dengan sistem pengendalian peribadi dan pelayan dari segi ia direka khusus untuk peranti bergerak bergantung kepada penggunaannya. Ini kerana sistem pengendalian untuk sistem bergerak atau sistem terbenam perlu bersedia dengan beberapa aspek seperti: keupayaan menerima input sentuhan, paparan yang boleh berputar secara automatik apabila peranti berpusing daripada orientasi menegak ke mendatar, antara muka yang digunakan dan aplikasi yang boleh dilaksanakan menggunakan peranti tersebut.

Jadual 5.5 menjelaskan sembilan jenis sistem pengendalian popular untuk kegunaan sistem komputer bergerak dan terbenam.

Jadual 5.5: Sembilan Jenis Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam Sistem Pengendalian Deskripsi

Windows Embedded Ia direka oleh Microsoft untuk peranti industri dan konsumer, seperti bingkai gambar digital, mesin daftar tunai, mesin teler automatik (automated teller machine ă ATM) dan peranti sistem kedudukan sejagat (global positioning system ă GPS)

Windows Mobile Juga dibangunkan oleh Microsoft, elemen Windows juga digabungkan di dalamnya tetapi penekanan diberikan kepada fungsi peranti bergerak. Ciri-ciri piawai termasuk Internet Explorer Mobile sebagai pelayar web tersedia, Windows Media Player sebagai pemain media tersedia (untuk memainkan media digital) dan Microsoft Office Mobile (versi mobil Microsoft Office) sebagai sut Office tersedia

Windows Phone Ia adalah sebagai pengganti Windows Mobile yang menggabungkan antara muka pengguna yang baru dan menampilkan reka bentuk moden. Perisian digabungkan dengan parti ketiga dan khidmat Microsoft. Versi terkini adalah Windows Phone 8

Android Ia merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang dibangunkan oleh Google dan merupakan sistem pengendalian platform terbuka. Ia menyokong multitugas dan membenarkan aplikasi bergerak menggunakan sepenuhnya ciri yang ditawarkan oleh peranti bergerak. Ia boleh dipasang di dalam tablet dan juga telefon pintar. Versi terkini Android adalah Android Jelly Bean 4.3.

iOS Ia merupakan sistem pengendalian yang dibangunkan oleh Apple untuk peranti bergerak khas keluarannya seperti iPod, iPhone dan iPad. Nama iOs diperoleh dari OS X dan versi terkini adalah iOS 6

Sistem pengendalian Blackberry

Ia direka khas untuk peranti Blackberry. Seperti sistem pengendalian yang lain, ia juga menyokong multitugas, komunikasi e-mel, pelayaran web, pengurusan muzik, rakaman video dan peralatan kalendar

Sistem pengendalian Palm dan sistem pengendalian Palm Web

Pada asalnya ia direka khas untuk peranti Palm. Pada tahun 2009, sistem pengendalian Palm Web telah dilancarkan, yang berasaskan Linux. Versi ini ditujukan untuk peranti baru Palm dan tersedia dengan sinkronisasi kalendar, termasuklah pelayaran web

Symbian Ia digunakan dengan meluas di dalam telefon Nokia dan menawarkan pelbagai fungsi: multijalur dan multitugas, pelayaran web, e-mail, pengecaman tulisan tangan, sinkronisasi dan lain-lain aplikasi bergerak. Pembangun boleh menghasilkan antara muka mengikut kemahuan pengguna melalui rangka kerja antara muka yang fleksibel Embedded Linux Ia adalah alternatif kepada sistem pengendalian yang

digunakan untuk peranti bergerak yang lain, seperti GPS dan pemain media digital bergerak. Ia juga turut boleh didapati dalam pelbagai variasi dari syarikat berlainan