• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERNET MASA KINI DAN MASA HADAPAN

Pada asalnya, Internet merupakan rangkaian untuk tujuan penyelidikan dan akademik. Oleh itu, kebanyakan maklumat asal dalam Internet adalah jenis akademik. Apabila Internet mula dibina, wujud kepercayaan antara pengguna Internet. Isu keselamatan di Internet tidaklah begitu penting. Internet menyediakan infrastruktur untuk berkomunikasi dan perkongsian intelektual menerusi e-mel, Usenet dan sudut perbincangan.

Hari ini, aktiviti Internet termasuklah e-dagang, berita, bahan multimedia, hiperteks, laman web, hiburan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan isu yang dahulunya tidak penting seperi capaian, penapis maklumat, privasi pengguna, kesesakan laman Internet dan keselamatan data menjadi lebih penting. Ia diramalkan bahawa Internet akan menjadi keperluan asas untuk setiap rumah, seperti telefon atau TV dalam jangka masa terdekat.

Perniagaan juga akan turut berkembang maju menerusi Internet. Pelbagai langkah telah diambil untuk meluaskan penggunaan Internet serta mudah digunakan oleh pengguna, contohnya, capaian Internet melalui TV, pendekatan generasi ketiga (3G) untuk telefon pintar, penggunaan gentian optik dan sambungan wayar berkuasa tinggi ke rumah. Berdasarkan perbincangan sebelum ini, kita dapati Internet juga ada banyak masalah. Dengan memahami masalah ini, pengguna akan sedar kekurangan, masa depan Internet dan tidak mudah percaya segalanya yang boleh dijumpai di Internet. Internet merupakan ruangan maya dan ada liputan yang meluas.

Ada lima kecenderungan berkaitan masa hadapan Internet, seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Lima Kecenderungan Berkaitan dengan Masa Hadapan Internet Kecenderungan Deskripsi Kita selalu berkomunikasi menggunakan pelbagai peranti di pelbagai tempat

Contoh paling mudah adalah kita menggunakan e-mel di pejabat atau di rumah menggunakan komputer riba. Jika kita dalam perjalanan, contohnya, di lapangan terbang, kita masih boleh berhubung melalui e-mel menggunakan peranti lain, seperti telefon pintar atau tablet untuk proses menyunting e-mel Setiap hari, kita akan

menggunakan pelbagai

perkhidmatan dalam talian

Contohnya, perbankan dalam talian, permainan dalam talian, TV Internet, wayang digital, video atas permintaan, langganan majalah atau akhbar dalam talian, pembelian dalam talian, pembelajaran dalam talian dan rangkaian sosial

Internet telah berubah dengan pantas dari konsep perkongsian maklumat kepada penerbitan usaha sama

Pengguna dibekalkan dengan alat dan peranti kos murah yang membenarkan mereka mencipta kandungan sendiri dan membuat produk dan perkhidmatan yang lebih berciri peribadi. Untuk menjadikan kandungan dan produk menjadi lebih menarik, konsep usaha sama dipraktikkan untuk penerbitan dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini melahirkan fenomena yang merubah etika kerja, aktiviti komersial dan sosial dalam kalangan pengguna Internet

Bilangan produk pintar bertambah setiap hari

Produk pintar digunakan untuk mengumpul dan memproses data. Data ini kemudiannya digunakan dalam penyediaan maklumat yang akan membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat

Maklumat peribadi tersebar di pelbagai sistem dan rangkaian

Pada masa hadapan, peranti dan pengguna yang berlainan boleh digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pengguna lain (seperti lokasi, masa dan kelakuan). Data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai set sistem untuk menunjukkan pengguna tertentu. Jika ada permintaan, ia boleh diberikan dengan segera kepada pengguna lain

Sumber: Carvalho et al. (2010)

Infographics daripada laman web berikut juga menyediakan gambaran keseluruhan dan pembangunan masa hadapan Internet:

(a) http://buildtheresidual.com/27/the-internet-in-2015-infographic/2013/02/

(b) http://dailyinfographic.com/2016-the-year-of-the-zettabyte-infographic (c)

Boleh dikatakan, jika anda mahu mengikuti perkembangan Internet dari banyak aspek, anda juga boleh mendapatkannya dari Internet. Setuju?

Ć Bermula dari tahun 1969 sehingga hari ini, komputer dan Internet telah melalui lima fasa (sebelum 1969, 1970ă1990, 1990ă1997, 1997ă2000 dan 2001ă seterusnya) dan telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Ć Internet adalah kumpulan rangkaian komputer yang sangat besar dan

meliputi seluruh dunia. Ia beroperasi menggunakan Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet.

Ć Istilah "Intranet" merujuk kepada sekumpulan rangkaian kawasan setempat di dalam sebuah organisasi sahaja (intra bermaksud dalam).

Ć Internet bermula di Amerika dengan kelahiran ARPANET untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian bahan akademik. ARPANET telah berkembang pesat dan kemudian digantikan oleh National Science Foundation Network.

Ć Protokol Pemindahan Hiperteks dan web meningkatkan kelajuan pembangunan Internet.

Ć Ada dua jenis komputer di Internet iaitu komputer hos dan komputer pelayan.

Ć Komputer hos adalah komputer yang unik di Internet yang mempunyai nombor Protokol Internet.

Ć Alamat IP ada empat nombor berurutan a.b.c.d. Contoh alamat IP adalah 202.187.48.7, 202.187.46.197 dan 192.228.128.

Ć Komputer boleh berfungsi sebagai pelayan jika boleh dicapai oleh pengguna di Internet.

Ć Pelayan mempunyai dua bentuk pengenalan iaitu alamat Protokol Internet dan nama domain lulus penuh. Nama domain lulus penuh lebih mudah diingati berbanding dengan alamat IP.

AKTIVITI 7.6

Pada pendapat anda, adakah Internet pada masa kini berupaya memenuhi keinginan pengguna Internet pada masa hadapan? Adakah kesesakan Internet masih wujud? Cuba bincangkan dengan rakan anda.

Ć Ada banyak maklumat di Internet mengenai pelbagai perkara. Ini boleh dicari menggunakan enjin carian dan portal.

Ć Undang-undang Siber di Malaysia tidak boleh digunakan untuk menghalang penyiaran bahan tidak sah dari luar Malaysia. Tindakan hanya boleh diambil ke atas laman web yang beroperasi di dalam Malaysia.

Ć Ada beberapa kecenderungan yang berkaitan dengan masa hadapan Internet seperti kehadiran perkhidmatan dalam talian, bilangan produk pintar yang semakin bertambah dan sebagainya.

ARPANET Domain Ekstranet E-mel Enjin carian Hiperteks Internet Intranet Keselamatan Maklumat

Nama domain lulus penuh (fully qualified domain name ă FQDN)

National Science Foundation Network (NFSNET)

Protokol Internet (Internet Protocol ă IP)

Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet

(

Transmission Control Protocol/Internet Protocol

TCP/IP)

Protokol Pemindahan Hiperteks (Hypertext Transfer Protocol ă HTTP) Soalan kerap ditanya (frequently asked questions ă FAQ)

Undang-undang Siber Usenet

PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan mempelajari mengenai perisian yang boleh didapati di