• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cakera keras luaran merupakan suatu cakera keras yang terpisah dan disambungkan kepada port USB di unit sistem dengan menggunakan kabel atau berkomunikasi secara tanpa wayar. Sementara itu, cakera keras mudah alih adalah cakera keras yang dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemacu. Berbanding cakera keras dalaman, cakera keras luaran dan cakera keras mudah alih (rujuk Rajah 4.5) adalah lebih baik dari segi:

(a) Kebolehan mengangkut bilangan fail yang besar;

(b) Kemudahan menyimpan saiz audio dan video yang besar; (c) Menjamin keselamatan data; dan

(d) Menambah ruang storan kepada komputer riba atau komputer meja, tanpa perlu membuka sistem unit.

Rajah 4.5: Cakera keras luaran dan mudah alih

4.2.3 Storan Optik

Peranti storan optik menyediakan alternatif untuk menyimpan banyak data. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya berbanding prinsip magnetik dalam menyimpan data. Pancaran sinar laser menentukan data ditulis atau dibaca. Semasa penulisan data ke atas permukaan peranti optik, sinar laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lubang mikroskopik (pit) di cakera. Setiap

Bagaimanakah rupa di dalam pemacu cakera keras? Layari pautan berikut untuk melihat komponen pemacu cakera keras:

http://www.youtube.com/watch?v=kdmLvl1n82U

Bolehkah anda menerangkan secara ringkas komponen-komponen ini?

pit mewakili data „0‰ sementara bahagian cakera tanpa pit mewakili data „1‰. Semasa bacaan cakera optik, sinar laser berkuasa rendah diarahkan ke permukaan cakera. Pantulan sinar laser bergantung kepada lubang di permukaan. Jika terdapat lubang, pantulan sinar itu diserakkan dan tidak dapat dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan „0‰. Jika tidak ada lubang atau jika permukaan adalah rata, pantulan sinar tertumpu dan boleh dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan „1‰.

Terdapat empat teknologi cakera optik yang digunakan oleh komputer, seperti ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Empat Jenis Storan Optik

Storan Optik Deskripsi

Cakera Padat Ingatan Baca Sahaja (Compact Disc-Read Only Memory ă CD-ROM)

Ia bersamaan dengan cakera padat (CD) muzik di pasaran. Baca sahaja bermaksud ia tidak boleh ditulis atau dipadamkan oleh pengguna. Pengguna hanya boleh mencapai data yang telah ditulis oleh kepala baca atau tulis. CD-ROM juga digunakan untuk penyebaran pangkalan data, pakej perisian aplikasi dan rujukan yang besar

Cakera Padat Boleh Rakam (Compact Disc-Recordable ă CD-R)

Ia juga dikenali sebagai tulis sekali, baca berkali-kali (write once, read many  WORM). CD-R bermaksud cakera padat yang boleh digunakan untuk merekodkan data dan maklumat. Kita hanya boleh menulis sekali sahaja ke atas cakera. Ia sesuai digunakan untuk storan multimedia dan pengarkiban. Pemacu khas diperlukan untuk merekodkan data ke atas CD-R

Cakera Padat Boleh Tulis Semula (Compact Disc-Rewriteable ă CD-RW)

Ia juga dikenali sebagai cakera optik boleh padam seperti dalam Rajah 4.6. Cakera ini sama seperti CD-R kecuali permukaannya diubahsuai bilamana data direkodkan. Oleh kerana ia boleh diubah suai, CD-RW biasanya digunakan untuk membangun dan menyunting persembahan multimedia

Cakera Video Digital (Digital Video Disk ă DVD)

Cakera digital sepenuhnya dengan jenis storan hampir sama seperti CD-ROM. Ia mempunyai keupayaan menyimpan 135 minit data video dalam bentuk digital. Ia juga boleh digunakan sebagai storan untuk komputer. Pemacu DVD boleh membaca CD-ROM tetapi pemacu CD-ROM tidak boleh membaca DVD. Setiap DVD boleh menyimpan sehingga 17GB data

Rajah 4.6: Cakera padat-boleh tulis semula

4.2.4 Storan Ingatan Kilat

Storan ingatan kilat adalah medium jenis keadaan pepejal yang diperbuat sepenuhnya daripada komponen elektronik seperti litar bersepadu; tidak ada bahagian yang bergerak. Storan ingatan kilat lebih lasak dan anti-gegaran berbanding medium lain seperti cakera keras magnetik atau cakera optik kerana tidak mengandungi bahagian yang bergerak.

Contoh storan ingatan kilat (rujuk Rajah 4.7) adalah pemacu keadaan pepejal, kad ingatan dan pemacu kilat USB.

Rajah 4.7: Storan ingatan kilat

(a) Pemacu keadaan pepejal adalah peranti storan yang menggunakan ingatan kilat untuk menyimpan data, arahan dan maklumat. Ia digunakan pada semua jenis komputer dan peranti mudah alih.

Pemacu keadaan pepejal adalah lebih baik berbanding cakera keras magnetik dari segi:

(i) Masa capaian adalah 80 kali lebih pantas berbanding cakera keras; (ii) Kadar pertukaran data lebih pantas;

(iii) Menghasilkan kurang haba dan menggunakan kurang kuasa; dan (iv) Tahan tiga ke lima tahun lebih lama berbanding jangka hayat cakera

keras

(b) Kad ingatan membenarkan pengguna membuat pemindahan kandungan digital dari kamera, pemain audio atau video dan peranti lain dari komputer dan sebaliknya dengan mudah. Kad ingatan adalah peranti ingatan kilat mudah alih yang biasanya dimasukkan dan dikeluarkan dari slot di komputer, peranti mudah alih atau pembaca atau penulis kad.

(c) Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang dipalamkan kepada port USB yang terdapat pada komputer dan peranti mudah alih. Ia adalah salah satu storan mudah alih yang popular pada masa kini kerana faktor saiz dan berat. Ia kecil dan ringan, dan ada kapasiti storan antara 512MB sehingga 64GB.

4.2.5 Storan Awan

Storan awan merupakan perkhidmatan Internet yang menyediakan storan cakera keras kepada pengguna komputer. Perkhidmatan yang disediakan oleh storan awan adalah berbilang jenis.

Tidak seperti jenis storan yang lain, storan awan adalah lebih digemari kerana: (a) Fail boleh dicapai dari peranti yang mempunyai capaian ke Internet; (b) Mudah berkongsi fail dengan pengguna lain; dan

(c) Sandaran data boleh dibuat secara luar tapak.

Antara penyedia perkhidmatan storan awan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Penyedia perkhidmatan storan awan

4.2.6 Lain-lain Jenis Storan

Selain daripada jenis storan yang telah dibincangkan, ada pelbagai pilihan lain yang boleh digunakan untuk menyimpan data, arahan dan maklumat untuk kegunaan khusus. Ini termasuk kad jalur bermagnet, kad pintar, mikrofilem dan mikrofis.

(a) Kad jalur magnetik (rujuk Rajah 4.9) adalah kad yang ada jalur yang mengandungi maklumat mengenai anda dan kad. Maklumat yang disimpan di dalam jalur biasanya mengandungi nama anda, nombor akaun atau tarikh tamat kad. Pembaca kad jalur magnetik membaca maklumat yang ada di atas jalur ini. Contoh kad jalur magnetik adalah kad keahlian.

. Rajah 4.9: Kad Jalur Magnetik dan Kad Pintar

(b) Kad pintar (rujuk Rajah 4.9) yang sama saiznya dengan kad ATM atau kad kredit, menyimpan data di dalam mikropemproses nipis yang terbenam di dalam kad. Kad pintar mengandungi pemproses dan mempunyai keupayaan input, proses, output dan storan. Apabila kad pintar dimasukkan ke dalam pembaca kad khas, maklumat di dalam kad akan dibaca dan jika perlu, akan dikemaskinikan. Contoh kad pintar adalah MyKad.

(c) Mikrofilem dan mikrofis (rujuk Rajah 4.10) menyimpan imej mikroskopik dokumen di atas gulungan atau helaian filem. Perakam mikrofilem berkomputer adalah peranti yang merakam imej di dalam filem. Mikrofilem dan mikrofis biasanya digunakan di perpustakaan untuk menyimpan akhbar dan majalah keluaran lepas. Penggunaan mikrofilem dan mikrofis telah mengurangkan penggunaan kertas. Ia murah dan mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding dengan medium storan lain.