• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, berikan definisi bagi istilah berikut:

(a) Internet; (b) Intranet; dan (c) Ekstranet.

2. Berdasarkan jawapan di atas, terangkan perbezaan antara istilah-istilah tersebut.

dalam suasana Perang Dingin. Ramai orang beranggapan bahawa kejayaan USSR telah membangkitkan Amerika dari tidur.

7.2.1 Bagaimana Internet Bermula?

Dua penyelidikan utama di Agensi Projek Penyelidikan Termaju adalah perkongsian intelek dan perkongsian sumber komputer. Penyelidikan perkongsian intelek menyentuh mengenai bagaimana penyelidik boleh berkongsi pendapat dalam kalangan mereka tidak kira di mana mereka berada. Penyelidikan perkongsian sumber komputer menyentuh mengenai bagaimana seorang penyelidik boleh menggunakan sumber komputer di tempat-tempat lain dengan mudah. Perlu diambil perhatian bahawa, pada dekad itu, komputer adalah sangat mahal, terhad dan besar. Sebuah komputer sering menelan belanja berjuta-juta dolar dan memerlukan satu bilik yang besar. Hanya organisasi seperti Jabatan Pertahanan Amerika dan syarikat besar yang mampu memiliki komputer. Komputer peribadi belum lagi wujud pada masa itu.

Hasil daripada penyelidikan tersebut, rangkaian komputer yang dikenali sebagai ARPANET telah ditubuhkan pada tahun 1969. Ia telah menyambungkan empat komputer yang terdapat di lokasi yang berbeza ă University of California, Los Angeles (UCLA), University of California, Santa Barbara (UCSB), Universiti Utah dan Stanford Research Institute (SRI). Pada tahun 1971, sejumlah 23 buah komputer menyertai ARPANET, kebanyakannya universiti dan pusat penyelidikan. Pada tahun 1973, bilangannya meningkat beberapa kali ganda. Pada tahun 1971, kemudahan e-mel telah diperkenalkan ke dalam ARPANET. Pada tahun 1970an, inisiatif telah diambil untuk mewujudkan piawaian perkongsian data dalam kalangan pelbagai jenis rangkaian komputer. Pada masa itu, setiap syarikat komputer memperkenalkan sistem rangkaian yang berbeza antara satu sama lain. Inisiatif ini membolehkan semua komputer dengan jenama yang berbeza dan juga pelbagai jenis rangkaian untuk berkongsi data atau berkomunikasi sesama sendiri dengan mudah. Pada tahun 1974, satu teknik perkongsian data yang dipanggil Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol ă TCP) telah diperkenalkan. Kemudian, pada tahun 1978, teknik ini telah diperluaskan kepada apa yang dipanggil Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (Transfer Control Protocol/Internet Protocol ă TCP/IP).

7.2.2 Internet sebagai Fenomena

Pada tahun 1982, rangkaian ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya sebagai piawaian dalam perkongsian data. Ia telah membolehkan pelbagai jenis komputer dalam ARPANET berkongsi data sesama mereka. Istilah "intranet" dan "Internet" telah digunakan bermula daripada tahun tersebut dan seterusnya. Istilah "intranet" merujuk kepada rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP, manakala "Internet" merujuk kepada kumpulan rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP. Kejayaan ARPANET dalam menggunakan TCP/IP menyebabkan banyak universiti dan organisasi lain menyertai ARPANET. Pada tahun 1984, ada kira-kira 1,000 komputer di dalam ARPANET. Aktiviti utama Internet pada masa itu adalah e-mel, pemindahan fail, log-masuk jauh dan Usenet.

Pada tahun 1986, National Science Foundation Network (NFSNET), rangkaian berkelajuan tinggi telah ditubuhkan. Rangkaian ini menjadi rangkaian tulang belakang yang menyambungkan universiti, pusat penyelidikan dan agensi-agensi kerajaan dengan pusat komputer super. Pada tahun 1990, rangkaian ARPANET telah ditamatkan dan fungsinya telah diambil alih oleh NFSNET. Pada tahun 1997, NFSNET yang berfungsi sebagai rangkaian tulang belakang telah diambil alih oleh pihak swasta.

Pada tahun 1980an dan awal 1990an, penggunaan Internet masih terbatas kepada universiti, pusat penyelidikan dan organisasi kerajaan. Aplikasi utamanya adalah e-mel, Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol ă FTP) dan Usenet. Pada tahun 1989, satu kejadian besar berlaku di Pertubuhan Eropah bagi Penyelidikan Nuklear (European Organisation for Nuclear Research ă CERN), pusat penyelidikan yang besar di Switzerland yang ditakdirkan menukar Internet buat selama-lamanya. Tim Berners-Lee, penyelidik di CERN, mencadangkan teknik perkongsian maklumat berdasarkan hiperteks untuk persekitaran Internet.

AKTIVITI 7.1

Seperti yang kita tahu, Internet menguasai hampir setiap aspek kehidupan manusia hari ini. Buat satu peta minda untuk menunjukkan bagaimana semuanya bermula. Bentangkannya semasa sesi tutorial.

Sistem multimedia ini mengandungi grafik, teks, audio dan video yang boleh diindeks dan dicapai dengan mudah oleh pengguna di seluruh dunia. Sistem ini telah diberi pelbagai nama seperti web, World Wide Web, W3, web atau WWW. Seperti yang kita tahu ketika ini, Internet telah dilahirkan! Web boleh ditakrifkan sebagai rangkaian pelbagai jenis maklumat seperti grafik, audio, video dan teks adalah berdasarkan pada hiperteks. Istilah asal untuk hiperteks telah diperkenalkan oleh Ted Nelson pada tahun 1967. Asalnya, hiperteks hanya melibatkan teks dokumen tetapi kini ia melibatkan dokumen yang berdasarkan grafik, audio, video dan lain-lain.

Ted Nelson telah bekerja untuk membangunkan sistem hiperteks yang dinamakan Xanadu. Idea asas hiperteks pernah dibentangkan oleh Vannevar Bush dalam artikel bertajuk As We May Think pada tahun 1947. Menurut Nelson, hiperteks bermaksud koleksi dokumen atau nod yang mempunyai hubungan atau rujukan di kalangan mereka. Pengguna boleh membaca dokumen dan mencapai dokumen lain melalui pautan interaktif. Konsep asas dalam hiperteks adalah pautan, kebolehcapaian dan interaktiviti. Melalui hiperteks, maklumat yang diberikan akan dikaitkan sesama mereka seperti sarang labah-labah.

Pada tahun 1992, terdapat 70 laman web yang menawarkan perkhidmatan HTTP dan web di seluruh Internet. Protokol HTTP masih tidak digunakan secara cukup meluas kerana tidak ada pelayar Internet yang baik dan menarik untuk pengguna. Kebanyakan pelayar Internet pada masa itu berdasarkan teks.

Pada tahun 1993, pelayar yang berdasarkan grafik telah dibangunkan oleh Marc Andreessen dan Eric Bina di National Centre for Supercomputing Application (NCSA) di Amerika. Pelayar ini dipanggil Mosaic dan diberikan secara percuma kepada pengguna. Ia mengandungi ciri-ciri antara muka yang menarik dan mesra pengguna. Gabungan idea hiperteks daripada Berners-Lee dan pelayar Mosaic akhirnya berjaya mempopularkan protokol HTTP di Internet.

Teknik Protokol Pemindahan Hiperteks telah diperkenalkan ke Internet pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan protokol atau teknik yang dipanggil Protokol Pemindahan Hiperteks (Hypertext Transfer Protocol

 HTTP) iaitu teknik yang boleh digunakan untuk membangunkan sistem multimedia teragih berdasarkan pada rangkaian.

Perisian Mosaic dianggap ciptaan utama iaitu aplikasi hebat yang telah berjaya mempopularkan Internet dengan segera kepada pengguna umum. Pada akhir tahun 1993, dalam tempoh dua tahun HTTP diperkenalkan, ada 700 laman web. Internet telah mula menarik minat media dan orang awam. Banyak berita mengenai Internet telah ditemui dalam majalah, surat khabar dan TV.

Dari segi aspek komersial, Internet mula menarik perhatian organisasi komersial yang besar. Ramai orang berfikir bahawa Internet adalah kunci kepada kejayaan masa depan mereka dalam perniagaan. Banyak syarikat berasaskan Internet telah dibentuk dalam jumlah yang besar. Marc Andreessen dan beberapa orang kawan telah menubuhkan sebuah syarikat teknologi Internet dan menghasilkan pelayar Internet yang dipanggil Netscape. Pelayar ini diberi percuma kepada semua pengguna. Gergasi Microsoft Corporation agak lewat memasuki Internet. Syarikat ini menghasilkan pelayar Internet Explorer sebagai satu cara untuk mendominasi Internet. Persaingan antara kedua-dua jenama perisian pelayar Internet dalam menarik pasaran pengguna Internet adalah sangat menarik. Ramai orang berfikir bahawa sesiapa yang menguasai perisian pelayar akan mendominasi Internet. Rajah 7.2 mempersembahkan cerita yang menarik mengenai Netscape/Microsoft.

7.2.3 Pembangunan Internet

Dianggarkan bahawa bilangan pengguna Internet akan berganda setiap 18 bulan. Tempoh dari tahun 1997 hingga 1999 adalah tempoh ledakan Internet di mana Internet menjadi topik hangat dalam ceramah dan perbincangan. Demam Internet mula meresapi setiap pengguna yang mahu menubuhkan laman web dan akaun e-mel persendiriannya. Pelbagai manfaat dan kepakaran Internet telah dicadangkan oleh pihak media dan pihak lain. Antara manfaat Internet adalah ia boleh mewujudkan sebuah perkampungan global, menghapuskan sempadan antara negara, memberi maklumat dengan cepat, merapatkan jurang antara negara yang maju dengan yang membangun, membuka pendidikan dalam talian dan mewujudkan ekonomi tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kenyataan ini tidak tercapai sepenuhnya atau masih boleh dibahaskan.

Walaupun kepopularan Internet semakin meningkat dan banyak syarikat dotcom ditubuhkan, tahun 2000 adalah tahun yang sukar bagi Internet. Kelemahan Internet telah dirasai oleh pengguna. Antara masalah yang timbul adalah kesukaran dalam mencari maklumat yang relevan, kesesakan rangkaian, berita tidak ditapis, pelbagai khabar angin, penyebaran virus melalui e-mel, tahap keselamatan yang rendah apabila kad kredit telah digunakan dalam urus niaga, pencerobohan komputer dan bahan pornografi berleluasa dalam talian. Banyak syarikat dotcom mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Berdasarkan penyelidikan, syarikat yang membuat keuntungan di Internet adalah mereka yang mengoperasi laman web yang menjual bahan pornografi.