• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.5.1 Bekalan Kuasa

Bekalan kuasa memainkan peranan mengubah tenaga elektrik daripada Arus Ulang Alik (Alteranting Current ă AC) kepada Arus Terus (Direct Current ă DC). Biasanya, ada kipas untuk menyejukkan transformer dan komponen lain. Jika kuasa elektrik tidak seragam iaitu terdapat voltan tinggi dan rendah atau pusuan (surge) kuasa,ia mungkin merosakkan papan induk, cakera keras dan lain-lain. Oleh itu, adalah lebih baik peralatan istimewa digunakan seperti Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (Uninterrupted Power Supply ă UPS), pengatur voltan dan sebagainya.

2.5.2 Papan Induk

Papan induk (juga dikenali sebagai papan sistem, papan utama, papan logik dan papan satah) adalah rangkaian komunikasi untuk keseluruhan sistem komputer. Setiap komponen dalam Unit Sistem berhubungan terus ke papan induk. Fungsinya sebagai bas data yang membolehkan pelbagai komponen berkomunikasi antara satu sama lain. Peranti luaran seperti papan kekunci, tetikus dan monitor tidak boleh berkomunikasi dengan unit sistem tanpa papan induk.

Papan induk adalah papan litar nipis yang dipenuhi oleh soket dan komponen elektronik termasuk pelbagai jenis cip. Satu cip mengandungi papan litar yang sangat kecil yang dibenamkan di atas kepingan silikon bersaiz setem. Cip ini juga dikenali sebagai cip silikon, semikonduktor atau litar bersepadu. Cip ini dipakej dan dimasukkan ke dalam soket bagi papan induk. Komponen elektronik ini dan cip dimuatkan ke atas papan induk sebagaimana digambarkan dalam Rajah 2.6.

2.5.3 Cip Ingatan Baca Sahaja

Cip ROM mengandungi program yang dibangun atau dihasilkan di kilang iaitu program yang diperlukan untuk komputer beroperasi atau memulakan operasi komputer ă seperti pemeriksaan perkakasan, Sistem Input Output Asas (Basic Input Output System ă BIOS) dan sebagainya. Cip BIOS biasanya digunakan, yang sebahagiannya terdiri daripada perkakasan dan juga perisian.

BIOS menyediakan servis yang membolehkan perisian berkomunikasi dengan peranti input dan output. BIOS ROM mengandungi arahan khusus. Bila komputer dihidupkan, BIOS akan menjalankan Swaujian Hidup Bekalan Kuasa (Power-On Self-Test ă POST) seperti ujian diagnostik untuk CPU dan ingatan. Kemudian ia akan menguji komunikasi dengan perkakasan seperti papan kekunci, pemacu cakera dan lain-lain. Akhir sekali, BIOS akan menghidupkan sistem pengoperasian dan menghantar kawalan kepada sistem pengoperasian.

2.5.4 Slot dan Papan Tambahan

Kebanyakan komputer mempunyai seni bina terbuka, di mana kita boleh membuka dan menambahkan peranti baru, dan kemudian mempertingkatkan keupayaannya. Penambahan bermaksud menambah lebih ingatan, peranti atau perisian. Ia boleh direalisasikan melalui slot tambahan dan papan tambahan. Slot tambahan adalah soket di atas papan induk yang membolehkan kad tambahan dimasukkan. Kad tambahan, papan tambahan, penyesuai atau kad mudah sebenarnya adalah papan litar yang memberikan lebih ingatan atau kawalan peranti input/output atau perisian.

Kad tambahan dimasukkan ke dalam slot yang terdapat di dalam Unit Sistem. Port pada kad membolehkan pengkabelan dihubungkan daripada kad tambahan kepada peranti yang berada di luar Unit Sistem. Kita akan melihat pelbagai fungsi papan atau kad seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.8.

Jadual 2.8: Fungsi Papan atau Kad

Papan atau Kad Fungsi

Kad penyesuai rangkaian

Menghubungkan satu komputer dengan komputer yang lain. Ini merupakan rangkaian komunikasi yang mana pengguna dapat berkongsi data, program dan perkakasan. Kad ini biasanya menghubungkan Unit Sistem kepada kabel yang menghubungkan peranti lain di dalam rangkaian. Kad penyesuai rangkaian dimasukkan ke dalam slot di dalam Unit Sistem Kad antara muka

sistem komputer kecil (small computer system interface ă SCSI)

Kebanyakan komputer mempunyai slot tambahan yang terhad. Kad SCSI menggunakan hanya satu slot tetapi ia boleh menghubungkan sehingga tujuh peranti kepada Unit Sistem. Kad ini digunakan untuk menghubungkan peranti seperti pencetak, peranti cakera keras dan CD-ROM ke Unit Sistem

Kad pelaras TV Papan TV yang mengandungi pelaras TV dan video yang boleh mengubah isyarat TV kepada bentuk yang boleh dipaparkan ke atas monitor

Kad PC (PC card) Disebabkan saiz dan had komputer mudah alih, papan tambahan bersaiz kad kredit telah dihasilkan. Kad ini boleh dimasukkan secara mudah dan diubah dari luar komputer mudah alih. Ia dipanggil kad PC atau Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa (Personal Computer Memory Card International Association ă PCMCIA)

Ekspansi memori (memory

expansion)

Ia berguna untuk meningkatkan ingatan dan menyatukan dengan komputer lain. Membolehkan penambahan cip RAM Kad penyesuai

paparan

Membolehkan pelbagai paparan video berwarna untuk monitor yang digunakan

Kad kawalan Membolehkan CPU berfungsi dengan pelbagai peranti perisian seperti kad kawalan cakera

Kad pemecut Meningkatkan kelajuan komputer Kad pelagak

(emulator)

Membolehkan komputer melagakkan peranti lain seperti terminal

Kad faks modem Menerima faks, data atau maklumat melalui talian telefon

Penyesuai grafik Membolehkan komputer menggunakan piawaian grafik yang tertentu

Kad bunyi Menukarkan data kepada output bunyi Kad suara Membolehkan output suara

2.5.5 Port

Port adalah soket penghubung yang terletak di luar Unit Sistem. Port membolehkan peranti perisian atau peranti input/output dipalamkan untuk sambungan kepada komputer, supaya mereka boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel boleh digunakan untuk menyambungkan peranti input/output ke Unit Sistem melalui port, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Port

Ada pelbagai jenis port dan fungsinya seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.9. Jadual 2.9: Pelbagai Jenis Port

Jenis Port Fungsi

Port selari Ia digunakan untuk menghubungkan peranti luaran yang menghantar atau menerima data dalam jumlah yang besar pada jarak yang pendek. Port ini biasanya menghantar secara serentak data 8-bit melalui lapan wayar selari. Port selari digunakan untuk menghubungkan pencetak ke Unit Sistem

Port bersiri Ia menghubungkan tetikus, papan kekunci, modem dan peranti lain ke Unit Sistem. Port bersiri menghantar satu bit pada satu masa dan sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh Port grafik terpecut

(accelerated graphic port ă AGP)

Port ini digunakan untuk berhubung ke monitor, dan boleh menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain Port bas bersiri

semesta (universal serial bus ă USB)

Ia diramalkan untuk menggantikan port bersiri dan selari. Ia pantas dan satu port USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke Unit Sistem

Port wayar elektrik Port terbaru yang lebih pantas daripada port USB, dan digunakan untuk menghubungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke Unit Sistem

2.5.6 Kad Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan

Antarabangsa (PCMCIA) dan Slot

Ini adalah piawaian bas baru untuk komputer riba, komputer bimbit dan komputer mudah alih. Kad PCMCIA telah digunakan secara meluas untuk komputer meja. Ia membolehkan peranti bersaiz kad kredit seperti kad ingatan (sehingga 100MB), modem dan cakera keras dipalamkan. Ada empat jenis slot PCMCIA, ditunjukkan dalam Jadual 2.10.

Jadual 2.10: Slot Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa

Slot PCMCIA Fungsi

Jenis I  Kerap digunakan untuk kad ingatan (RAM, ingatan kilat, EEPROM) terutamanya untuk komputer riba dan Personal Digital Assistant (PDA)

 Ketebalannya sekitar 3.3mm

Jenis II  Input/output berkeupayaan penuh, digunakan untuk modem atau faks dan penyesuai untuk LAN

 Ketebalannya sekitar 5mm

Jenis III  Kerap digunakan untuk peranti seperti cakera keras mudah alih

 Ketebalannya sekitar 10.5mm

Jenis IV  Digunakan untuk pemacu cakera berjilid tinggi  Kira-kira 18mm tebal