• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGKOMPIL, PENGHIMPUN, PENTAFSIR

Program yang telah ditulis dalam bahasa pengaturcaraan dikenali sebagai kod sumber. Kod sumber adalah dalam bentuk teks atau ASCII. Ia boleh ditulis dengan menggunakan penyunting serba guna, seperti pad nota (notepad) atau penyunting persekitaran pembangunan bersepadu (integrated development environment ă IDE). Contoh IDE yang sering digunakan adalah Borland C++ dan Visual Studio. Sekarang, mari kita lihat satu contoh kod sumber yang digunakan untuk bahasa pengaturcaraan C seperti ditunjukkan berikut. Atur cara akan memaparkan output „helo dunia‰ apabila ia dilaksanakan.

main ( ) {

printf (“helo dunia \n”); }

Kod sumber ini perlu dikompil atau ditukarkan kepada kod objek sebelum ia boleh dilaksanakan pada mana-mana komputer. Proses pengkompilan dilakukan oleh pengkompil. Jika program ini dikompil dalam Linux, ia hanya boleh dijalankan dalam Linux sahaja. Jika ia dikompil dalam Windows, ia hanya boleh dijalankan dalam Windows sahaja.

Masalah ini dikatakan tidak mudah alih iaitu mana-mana perisian yang dikompil dalam sistem pengoperasian jenis A tidak boleh dilaksanakan dalam sistem pengoperasian jenis B. Masalah tidak mudah alih ini timbul kerana kod objek yang dihasilkan daripada proses pengkompilan adalah berbeza untuk sistem pengoperasian yang berbeza. Kod objek ini adalah khusus untuk satu jenis sistem pengoperasian sahaja.

Ketika kod sumber dikompil, ia akan dipaut dengan pustaka iaitu satu set arahan yang sedia ada di dalam sistem pengoperasian. Dalam sistem pengoperasian Windows, pustaka ini diberikan sambungan perpustakaan pautan dinamik (dynamic loading library  .dll). Contoh pustaka dalam sistem pengoperasian Windows adalah vb200.dll dan vb3000.dll. Perisian (atau kod objek) yang dihasilkan memerlukan pustaka ini untuk menjalankan perisian tersebut. Oleh kerana kehadiran pustaka ini adalah dalam sistem pengoperasian

yang khusus (contohnya, Windows), kod objek yang dihasilkan hanya boleh dijalankan dalam sistem Windows itu sahaja.

Setiap pemproses (unit pemprosesan pusat) dibina menggunakan seni bina yang berbeza. Setiap seni bina mengandungi set arahan yang berbeza daripada satu jenis kepada jenis yang lain. Oleh kerana set arahan adalah berbeza, bahasa mesin bagi setiap pemproses juga berbeza. Kod objek yang dihasilkan daripada proses pengkompilan adalah dalam bentuk bahasa mesin. Oleh kerana bahasa mesin adalah berbeza, kod objek yang dihasilkan juga berbeza. Oleh itu, kod objek boleh dijalankan dalam pemproses yang menghasilkannya sahaja.

Sebagai contoh, dua jenis seni bina pemproses adalah RISC dan CISC. Contoh pemproses CISC adalah Intel, AMD dan Cyrix, manakala contoh pemproses RISC adalah Alpha, Motorola 6800 dan PowerPC. Mana-mana perisian yang dikompil bagi pemproses Intel tidak boleh dijalankan di atas pemproses Alpha kerana kedua-duanya mengandungi kod objek berlainan.

Untuk menukar atur cara bahasa himpunan kepada kod objek, kita perlu menggunakan penghimpun. Kod objek yang dihasilkan adalah tidak mudah alih. Kita boleh menggunakan bahasa himpunan untuk menulis atur cara. Bahasa himpunan kebanyakannya digunakan dalam pembangunan sistem pengoperasian dan ia digunakan secara khusus dalam sistem pengoperasian tertentu.

Penterjemah adalah atur cara komputer yang menterjemah arahan peringkat tinggi baris demi baris ke dalam bentuk pertengahan yang kemudiannya akan dilaksanakan. Sebaliknya, satu pengkompil pula akan menterjemah arahan peringkat tinggi terus kepada bahasa mesin. Atur cara yang telah dikompil adalah lebih laju dijalankan berbanding atur cara yang telah diterjemahkan. Kelebihan penterjemah adalah ia tidak perlu melalui fasa pengkompilan di mana arahan mesin dihasilkan. Proses ini boleh mengambil masa yang lama jika atur cara terlalu panjang. Penterjemah tidak menukar atur cara kepada kod objek. Atur cara di dalam penterjemah adalah mudah alih dan boleh digunakan oleh mana-mana sistem pengoperasian. Atur cara di dalam penterjemah dikompil dan dijalankan di dalam bentuk kod objek. Basic dan Lisp adalah contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan penterjemah.

 Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa buatan untuk berkomunikasi dengan komputer.

 Atur cara adalah set arahan yang diikuti oleh komputer supaya data dapat diproses.

 Kepentingan memahami bahasa pengaturcaraan tertentu adalah dengan menilai kekuatan dan kelemahan bahasa itu untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan.

 Bahasa pengaturcaraan boleh dibahagikan kepada peringkat atau lima generasi (mesin, himpunan, algoritma, pertanyaan dan tabii), bermula dari peringkat paling bawah ke paling atas.

 Semakin tinggi paras bahasa pengaturcaraan, semakin hampir ia kepada bahasa manusia.

 Kebanyakan bahasa paras tinggi adalah bahasa berasaskan algoritma atau prosedur.

 Arahan bahasa generasi keempat menyerupai arahan bahasa Inggeris untuk mencapai dan memformatkan data.

 Bahasa pengaturcaraan boleh dikelaskan mengikut enam ciri: imperatif, berorientasikan objek, fungsian, logik, selari, skrip dan visual.

 Bahasa imperatif adalah bahasa di mana setiap arahan untuk menyelesaikan masalah perlu dinyatakan secara jelas.

 Bahasa berorientasikan objek dicipta untuk membangunkan sistem yang besar dan rumit.

 Tiga konsep penting dalam bahasa berorientasikan objek adalah kelas, objek, dan pewarisan.

 Bahasa berasaskan logik adalah berdasarkan logik yang diwakili oleh fakta dan peraturan yang berbentuk pernyataan IF-THEN.

 Bahasa berasakan fungsian menekankan kepada apa yang perlu dikira dan bukannya bagaimana untuk mengira.

 Bahasa skrip adalah bahasa terjemahan yang biasanya dihasilkan untuk memenuhi objektif tertentu.

 Pengaturcaraan menggunakan bahasa visual menggantikan arahan berdasarkan teks dengan simbol ikon.

 Penghimpun digunakan untuk menukar atur cara dari bahasa penghimpun kepada bahasa mesin.

 Pengkompil digunakan untuk menukar bahasa paras tinggi (contohnya, Basic, C, Pascal) kepada kod mesin.

 Penterjemah digunakan untuk menterjemah dan melaksanakan arahan satu demi satu di dalam bahasa paras tinggi.

Atur cara

Bahasa berasaskan fungsi Bahasa berasaskan objek Bahasa imperatif Bahasa mesin Bahasa visual Logik Penghimpun Pengkapsulan Pengkompil Penterjemah Pewarisan

PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Internet. Anda mungkin sudah biasa melayari Internet tetapi adakah anda tahu apakah keupayaan sebenar Internet? Adakah anda tahu apakah definisi, sejarah, pembangunan, isu dan evolusi Internet? Dalam topik ini, kita akan belajar semua perkara ini dan juga mengenali nod pelayan dan pelanggan di dalam Internet. Selain itu, anda juga akan mengenal pasti proses pencarian dan pengurusan maklumat yang berkesan melalui Internet. Akhir sekali, kita akan meneroka kecenderungan Internet pada masa kini dan masa hadapan. Ayuh kita mulakan!