• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian ini penting untuk melihat pelaksanaan aplikasi kerajaan elektronik ini benar-benar memberikan manfaat dan ianya penting sebagai panduan bagi semua kakitangan dalam Majlis Bandaraya Alor Setar dan juga masyarakat setempat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan bagi mengenalpasti impak yang dihadapi dalam mengaplikasikan amalan kerajaan elektronik di dalam Kerajaan Negeri Kedah dan melihat kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan kerajaan elektronik terutamanya dalam PBT Negeri Kedah iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar.

34

Penyelidik juga mengharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan utama terutamanya bagi kakitangan awam untuk memantapkan lagi pelaksanaan kerajaan elektronik di dalam organisasi mereka. Oleh itu, ianya juga dapat memberi pandangan dan pemikiran baru untuk meningkatkan amalan kerajaan elektronik dalam sektor awam khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar. Dalam pada itu, kajian ini juga dapat memberikan idea yang lebih jelas dan berkesan kepada kerajaan untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem pentadbiran khususnya yang berasaskan ICT. Ini kerana keperluan ICT dalam sistem pentadbiran dilihat sangat penting dan ianya memberikan impak yang sangat berkesan pada masa hadapan kerana perkhidmatan kerajaan yang akan ditawarkan sangat efektif dan efisyen kepada rakyat.

Hasil kajian yang diperolehi diharap akan dapat memberikan kesedaran kepada rakyat akan kepentingan penggunaan aplikasi komputer dan jalur lebar dalam melangkah arus pemodenan ini. Selain itu juga, diharap agar hasil kajian yang diperolehi ini akan menjadi platform kepada pihak MBAS dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada khususnya perkhidmatan dalam talian yang diberikan kepada penduduk setempat dengan melakukan beberapa transformasi dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan.

35 1.10 Limitasi Kajian

Dalam menghasilkan kajian ini, terdapat pelbagai limitasi kajian atau kekangan yang telah wujud kepada pengkaji. Pengkaji menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan data yang banyak khususnya di kawasan kajian yang melibatkan dibawahpentadbiran kerajaan negeri Kerajaan Negeri Kedah iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Ini kerana, penglibatan responden juga kurang kerana kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu temubual, pemerhatian dan dapatan-dapatan kajian oleh penyelidik-penyelidik yang lepas dan kaedah kuantitatif dimana pengkaji akan menyediakan soalan kepada responden.

Permasalahan yang utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah membuat temujanji dengan pegawai dan juga responden yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji memilih Ketua Bahagian Sumber Manusia MBAS, Ketua Bahagian Komunikasi MBAS dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Komunikasi MBAS. Terdapat kekangan dari pegawai kerana mengambil masa yang lama untuk memberi keputusan untuk melakukan proses menebual bersama dengan pengkaji dan akan memberi kesan dalam kajian kerana melibatkan proses yang terlalu lama untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan kajian.

36

Oleh itu, keadaan ini juga akan menyebabkan pengkaji perlu menunggu dan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesi temubual bersama-sama dengan pihak yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat juga pegawai yang memberikan maklum balas setelah melihat latarbelakang pengkaji samada benar-benar untuk mendapatkan maklumat kerana kajian yang dilakukan atau sebaliknya. Ini kerana mereka tidak percaya dan yakin kepada pengkaji, dan ini secara tidak langsung menyebabkan pengkaji terpaksa mengikut beberapa prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pengkaji juga menghadapi masalah dengan pegawai yang enggan berurusan dengan pengkaji untuk melakukan sesi temubual. Dalam melakukan kajian ini, terdapat pegawai tidak memberi maklumbalas yang tepat dan jelas kerana memberi alasan bahawa terdapat kekangan masa untuk melakukan proses menebual ini. Selain itu, terdapat pegawai yang memberi pandangan yang tidak bernas iaitu memberi pandangan agar pengkaji bertukar tempat kajian ke tempat lain kerana telah ada kajian yang dilakukan terhadap tempat kajian tersebut tanpa melihat skop yang ingin pengkaji membuat kajian.

Terdapat pegawai yang menunjukkan respon yang baik dengan memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada pengkaji. Namun terdapat juga pegawai yang terlalu rigid dan inginkan teralalu banyak prosedur. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan butiran-butiran mengenai pelaksanaan kerajaan elektronik dalam MBAS dari segi pelaksanaan dan impaknya kepada organisasi dan juga

37

masyarakat. Selain itu, terdapat isu dimana pegawai yang memberikan sesi temubual dengan masa yang singkat serta tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap soalan yang ditanya oleh pengkaji.

Selain itu, pengkaji juga menghadapi kesukaran dari segi memperolehi maklumat khususnya mengenai statistik dan data-data untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dalam kajian ini. Secara tidak langsung, ini membuatkan pengkaji sukar untuk menganalisi maklumat yang khusus mengenai pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dalam kerajaan negeri Kedah yang terlibat dalam kajian ini dengan lebih tepat. Pengkaji terpaksa melihat rekod-rekod atau butiran yang lain dengan mengakses laman web portal kerajaan negeri Kedah dan juga laman web rasmi Majlis Bandaraya Alor Setar.

Dalam pada itu, masalah pemberi maklumbalas daripada responden yang tidak berkesan dan sukar untuk diperolehi. Terdapat responden yang hanya menjawab sekadar ingin memenuhi hasrat pengkaji tanpa melihat dan membaca soalan yang disediakan tersebut serta terdapat juga responden yang mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Ini akan memberikan kesan kepada kajian ini untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan akan menyukarkan pengkaji untuk menganalisis data yang diperolehi tersebut.

38 1.11 Kesimpulan

Pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dalam MBAS sebenarnya dapat dilihat daripada pelbagai aspek terutama sekali dari segi pelaksanaannya oleh agensi pelaksana tersebut dan impak yang dihadapi bukan sahaja di dalam peringkat organisasi, malah juga terhadap masyarakat setempat. Oleh yang demikian, pelaksanaan kerajaan elektronik haruslah mempunyai perancangan yang panjang dan satu garis panduan jelas supaya mampu melakukan penambahbaikan perkhidmatan yang sedia ada pada masa akan datang. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu agensi pelaksana sahaja perlu memikulnya, malah rakyat juga perlulah memberi sokongan dan komitmen kepada kerajaan agar dapat memastikan pelaksanaan kerajaan elektronik dapat dilakukan secara holistik pada masa akan datang.

39 BAB DUA