• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.1: Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC)

2.3 Pelaksanaan Sistem Kerajaan Elektronik di Malaysia

Dalam pada itu, seiring aspirasi dengan wawasan kerajaan komited dalam memberikan perkhidmatan elektronik yang berkesan dan cekap dalam penyampaian yang akan memberikan impakkepada kerajaan supaya menjadi lebih responsif kepada keperluan rakyat danagensi-agensi kerajaan lain juga turut mengambil inisiatif untuk memperkenalkan perkhidmatan dalam talian untuk meningkatkan kemudahan dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat(Siti Hajar Mohd Idris et al, 2012). Oleh itu, terdapat beberapa peringkat yang telah kerajaan lakukan penambahbaikan dalam sistem perkhidmatan dan ianya dijayakan menerusi beberapa projek perintis dildalam aplikasi kerajaan elektronikyang telah dilancarkan seperti:

 E-Perolehan: Diterajui oleh Kementertian Kewangan bertujuan untuk mengubah kaedah perolehan kerajaan yang dilakukan secara manual sebelum ini kepada kedah elektronik. Impaknya aplikasi ini meningkatkan keberkesanan proses perolehan kerjaan serta pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pembekal.

48

 E-Services: Merupakan aplikasi yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan melalui pelbagai saluran elektronik seperti kiosk, telefon dan internet.

 E-Syariah: Diterajui oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertujuan untuk membina satu sistem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat di dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah dan juga menyediakan kemudah perkhidmatan pengiraan faraid, rujukan enakmen dan ordinan negeri, semakan kes, pendaftaran dan pembaharuan sijil peguam syarie dan pra-pendaftaran kes mal dan jenayah.

 Sistem Pemantauan Projek 11 (SP11): Diterajui oleh Unit Penyelaran Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) yang menyediakan mekanisme baru dalam pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek.

 Persekitaran Pejabat Generik (GOE): Diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah sebuah sistem yang bertujuan untuk membantu agensi-agensi kerajaan dalam pengurusan dokumen dan menjadikan proses-proses kerja dalaman agensi lebih cekap dan berkesan. Urusan-urusan berkenaan dikendalikan secara elektronik, beroperasi tanpa kertas (paperless) dan berlandaskan komunikasi pantas.

49

Human Resource Management Information System (HRMIS): Dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah untuk melaksanakn fungsi pengurusan sumber manusia sektor awam dengan lebih berkesan.

JobMalaysia: Dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberi kemudahan pencari kerja dan majikan secara percuma. Dengan pelaksanaan web ini kerajaan telah mencapai objektif dengan kecendurangan bilangan pencari kerja dan majikan yang berdaftar dengan portal ini.

 E-JKM: Projek dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan salah satu daripada projek inisiatif strategik ISP sektor awam di bawah projek e-Masyarakat yang mana dahulunya dikenali sebagai projek e-Khidmat Sosial (e-KS).

 E-Pihak Berkuasa Tempatan (e-PBT): Diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta menjadi penanda aras bagi menentukan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan berkesan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Portal Perkhidmatan Awam (myGovernment Portal): Diterajui oleh MAMPU merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan merupakan gerbang utama yang berasaskan kepada konsep pusat setempat untuk

50

memudahkan orang awam mencapai matlamat dan seterusya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

 E-Kehakiman (e-Court): Dibawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) memantau pelaksanaan projek dan menguruskan peruntukan pembangunan projek e-Kehakiman.

 E-Tanah: Diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membuat sistem yang mengintegrasikan urusan-urusan pentadbiran dan pengurusan tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di Pulau Pinang. Aplikasi ‘e-Tanah’ menyediakan sistem urusan pentadbiran tanah secara menyeluruh dan bersepadu. Sistem ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran tanah negara dengan mengurangkan karenah birokrasi, mempertingkatkan ketelusan dan integriti. Ia juga melibatkan pengujudan bank data tanah.

 Sistem Pengurusan Sekolah: Diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sistem ini dibangunkan untuk kegunaan sekolah bagi tujuan merekod pelbagai maklumat sekolah, murid dan staf bagi peringkat sekolah rendah hingga tamat persekolahan di peringkat menengah. Oleh itu, pihak kementerian telah mengambil beberapa inisiatif dengan membeli Intellectual Property Right (IPR) bagi membolehkan sistem ini diperluas ke semua sekolah.

51

 E-Consent: Diterajui oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merupakan sistem memproses permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah.

 MyHIX: Dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama MDeC, merupakan sisitem untuk membolehkan perkongsian ringkasan discaj pesakit secara elektronik di antara fasiliti penjagaan kesihatan yang mempunyai Hospital Information System (HIS)/ Clinic Information System (CIS).

 Integrasi HRMIS: Objektif integrasi HRMIS adalah untuk mewujudkan mekanisma perkongsian data/maklumat antara Aplikasi HRMIS dengan Sistem Aplikasi Agensi secara automatic supaya proses dan urusan sumber manusia di kedua-dua sistem dapat diteruskan dan disempurnakan sepenuhnya dengan lancar dan berkesan. Sistem ini juga dapat melengkapkan proses atau transaksi urusan sumber manusia dan dibuat secara elektronik seperti melengkapkan proses pembayaran gaji dan dapat merealisasikan konsep single window iaitu maklumat melalui tertingkap tunggal.

 INSIST: Merupakan sistem pengurusan kebankrapan dan likuidasi bersepadu yang bertujuan untuk memudahkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) berperanan sebagai pentadbir kebankrapan dan likuidasi dengan lebih efisyen dan proaktif selaras dengan keperluan untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan MDI.

52

HIS: Diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu sistem maklumat yang mempunyai gabungan beberapa modul klinikal dan bukan klinikal yang berintegrasi. Tujuan utama sistem ini adalah untuk membantu prosedur kerja supaya lebih efektif dan efisien, memastikan data dan informasi pesakit mudah dan senang dicari dengan lebih cepat dan membantu pentadbiran hospital membuat keputusan dan pelan yang lebih teratur.

 EG*Net: Dilaksanakan oleh MAMPU, JPM merupakan infrastruktur Wide Area Network (WAN) yang menghubungkan agensi-agensi kerajaan bagi pelaksanaan kerajaan elektronik di seluruh negara (Laporan Tahunan EGCCOM, 2010).

Dalam pada itu, bagi memantapkan program kerajaan elektronik ini dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan, maka kerajaan telah mewujudkan jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Internet dan Kerajaan Internet (JITIK) melalui Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1999. Antara fungsi JITIK adalah bertanggungjawab menentukan arah tuju, dasar dan stratetgi pembangunan ICT serta memantau program dan menyelaras pembangunan IT di sektor awam termasuk dalam peringkat kerajaan negeri. Manakala di peringkat pihak berkuasa tempatan dilaksanakan pada tahap yang maksima, merancang dan menentukan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan dengan penggunaan standard yang berasaskan sistem terbuka (open system) dan mengembangkan dan mengawal selia penggunaan internet dalam penyampaian perkhidmatan awam. Oleh itu, jawatankuasa ini bertanggungjawab agar memastikan

53

dan membuat penilaian supaya mutu perkhidmatan awam sentiasa meningkat seiring denganpelaksanaan kerajaan elektronik (Pekeliling Am Bil. 2, 1999; Laporan ECGOM, 2010).

Dalam pada itu, mandat daripada perdana menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam 25th MSC Malaysia Implementation Council Meeting pada 14 November 2013 telah memutuskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia atau Malaysia Development Corporation (MDeC) untuk membangunkan Kerangka Big Data Kebangsaan. MAMPU dan MDeC telah berkerjasama untuk melaksanakan empat projek rintis Big Data Analytics (BDA). BDA adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dalam BDA sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara (MAMPU, 2014).

BDA dilihat agenda yang akan memberi impak yang positif dalam aktivit kerajaan khususnya dalam pembuatan keputusan dan perkhidmatan. Menurut Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia semasa pelancaran Makmal Kerajaan Digital BDA telah berkata bahawa pelaksanaan BDA dalam negara akan digerakkan di bawah Makmal Kerajaan Digital BDA. Secara amnya, pengenalandan pelaksanaan BDA dalam sektor awam dapat memastikan penyampaian perkhidmatan

54

yang cekap, penjanaan pengetahuan, mewujudkan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat untuk pertumbuhan ekonomi negara (Berita Harian, 24 April 2015). Oleh itu, keputusan mesyuarat JITIK Bilangan 1 Tahun 2014 pada 28 Mac 2014 yang lalu telah menyarankan bahawa semua agensi kerajaan bersedia dan mengambil tindakan mengenalpasti inisitif Big Data Analytic (BDA) dan data set bagi pelaksanaan Open Data yang kini dilihat sebagai satu elemen yang dilihat penting dalam merealisasikan matlamat kerajaan digital dan meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Di peringkat kerajaan negeri juga kita boleh lihat bahawa beberapa negeri di dalam negara telah mengambil beberapa inisiatif dalam pembangunan ICT dan juga melakukan beberapa transformasi dalam perkhidmatan bagi mewujudkan sistem kerajaan elektronik di peringkat negeri. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Melaka telah menunjukkan pencapaian yang sangat membanggakan apabila telah diiktiraf negeri terawal menerima anugerah status MSC Malaysia (MSC@Melaka) dan bagi menguruskan pembangunan ICT, kerajaan negeri telah menubuhkan Bahagian K-Ekonomi dibawah Pejabat Ketua Menteri Melaka bagi menyelaras, memantau serta melakukan penambahbaikan berkaitan ICT dan kerajaan negeri juga telah memperkenalan ‘Program E-Melaka” yang terdapat 12 flagship bagi membolehkan rakyat Melaka menikmati kemudahan perkhidmatan dan melahirkan masyarakat celik IT dan bermaklumat selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi (Portal Bahagian K-Ekonomi Melaka).

55

Manakala di negeri Perlis pula kita dapat lihat di mana kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk melaksanakan beberapa pembaharuan menerusi teknologi maklumat (IT). Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan bahawa Perlis bakal menjadi negeri pertama miliki capaian internat berkelajuan tinggi apabila Pelan Jalur Lebar negeri tersebut telah ciap menjelang tahun 2016. Penyediaan infrastruktur yang berkesan membolehkan kerajaan mewujudkan “Perlis e-state’ yang akan menerajui kecemerlangan dalam bidang IT khususnya dalam sistem kerajaan elektronik (Berita Harian, 16 Disember 2013). Negeri Terengganu pula dibawah plan pembangunan negeri “Transformasi Terengganu Baharu’ telah mewujudkan aplikasi ‘e-aduan’ yang dikendalikan melalui Pusat Transformasi Putra Terengganu (PUTRA) sebagai platform rakyat Terengganu membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadangan dengan lebih mudah dan cepat. Ini juga merupakan antara insiatif kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap sejajar dengan perkembangan ICT (Berita Harian, 16 Disember 2013).

Selain itu, kerajaan negeri Johor pula mengambil pendekatan yang berbeza bagi menggalakkan penyertaan rakyat di negeri tersebut supaya menikmati pembangunan ICT negeri. Menurut Pengarah Unit Sains, Teknologi dan ICT Johor, Mohd Haffiz Ahmad bahawa kerajaan negeri Johor akan mengambil inisiatif bagi menyediakan perkhidmatan akses internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma kepada orang ramai. Perkhidmatan internet secara percuma ini akan difokuskan kepada tempat tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan perhentian bas, pusat beli belah dan lokasi pelancongan di sekitar Johor Bahru. Perkhidmatan ini juga seiring dengan matlamat kerajaan negeri

56

Johor untuk menjadikan ibu negeri tersebut sebagai Bandar raya maju menjelang tahun 2020 (Berita Harian, 12 November 2014).

Manakala dari segi peringkat kerajaan ketiga iaitu kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak terlepas dari mengamalkan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. ‘e-PBT’ merupakan sistem aplikasi yang telah diwujudkan di setiap peringkat PBT supaya segala urusan pentadbiran dilakukan secara elektronik. E-PBT merupakan sistem yang telah diperbaharui daripada pentadbiran manual kepada sistem pengurusan yang lebih produktif dan sistematik. Sistem yang dibangunkan ini dapat memudahkan dan mempercepatkan segala proses perkhidmatan kepada orang awam kerana memiliki peralatan yang moden dan berteknologi tinggi. Ini juga merupakan antara langkah kerajaan dalam memastikan Malaysia berada dalam landasan yang betul sejajar dengan dasar dan matlamat kerajaan yang kini bergerak ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

Secara amnya, PBT merupakan sebuah agensi kerajaan yang mempunyai kuasanya yang tersendiri. PBT perlu memastikan kawasan di bawah pentadbirannya berada dalam keadan selamat dan merancang sesuatu pembangunan secara terancang dan terurus berdasarkan kependudukan masyarakat setempat. Oleh itu, PBT bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perjalanan aktiviti, dasar dan program di kawasan pentabirannya kerana ianya akan memberi kesan serta menentukan corak kehidupan masyarakat tersebut. Manakala masyarakat juga bergantung penuh kepada PBT dalam memastikan pembangunan dan kehidupan mereka dapat direalisasikan mengikut kehendak semasa dan menyelesaiakan aduan mereka dengan cepat.

57

Kesemua PBT seluruh negara telah mula menggorak langkah dalam mewujudkan perkhidmatan atas talian. Di peringkat PBT, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem yang membolehkan penduduk setempat hanya menggunakan talian tersebut untuk mengakses perkhidmatan yang dikenali sebagai ‘e-PBT’. Sehingga kini terdapat beberapa PBT telah dan sedang dalam pelaksanaan sistem’ e-PBT’. Secara umumnya, sistem ‘e-PBT’ telah dibangunkan pada Mac 2007 dan digunapakai secara perintis di enam PBT yang terpilih di dua buah negeri iaitu negeri Perak yang melibatkan Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan Majlis Daerah Kinta Selatan dan sebuah lagi negeri yang dipilih iaitu Negeri Sembilan pula melibatkan Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Daerah Jelebu (MAMPU, 2013).

Dalam pada itu, kerajaan turut mengambil beberapa inisiatif dengan melaksanakan program ini secara berperingkat-peringkat mengikut pelan fasa agar sistem yang diwujudkan ini dapat diaplikasi di semua PBT di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, penyelidik ingin memfokuskan kajian ini kepada pengaplikasian sistem kerajaan elektronik di peringkat PBT Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dari segi proses dan pelaksanaan e-PBT tersebut sebagai platform kepada masyarakat setempat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan dan mendapat sebarang maklumat secara tepat dan cepat daripada pihak kerajaan. Pelaksanaan sistem kerajaan elektronik in dilihat sebagai inisiatif kerajaan sebagai medium berhubungan secara langsung dengan masyarakat setempat iaitu komunikasi dua hala dan mengeratkan perbezaan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar serta meningkatkan mutu perkhidmatan menerusi sistem kerajaan elektronik.

58

Perkembangan pesat teknologi maklumat dari semasa ke semasa telah memberikan impak yang besar kepada perkembangan kehidupan rakyat seiring dengan itu, pelbagai sarjana dan ahli akademik mula berpusu-pusu bagi mencari penemuan baru mengenai kerajaan elektronik atau e-government. Penemuan-penemuan baru ini telah memberikan gambaran dan pendedahan kepada kerajaan bagaiman cara untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif. Di samping itu, pengenalan sistem baru juga perlulah memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan malah rakyat juga dapat menikmati proses perubahan tersebut seiring dengan arus pemodenan negara.

Persekitaran global yang kini berubah dari semasa ke semasa telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam bidang teknologi, dan ianya turut mempengaruhi dalam perkembangan perkhidmatan awam di negara kita. Pelbagai inisiatif dan intensif telah diambil untuk meningkatkan keberkesanan dalam penggunan e-kerajaan oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun pelbagai langkah dan kaedah telah digunakan, namun peratus penggunaan perkhidmatan dalam kalangan masyarakat masih lagi menunjukkan dalam keadaan yang agak membimbangkan kerana peratusan indeks yang sangat rendah. Hal ini menunjukkan dua kemungkinan, samada pihak kerajaan tidak melaksanakan kerajaan elektronik secara menyeluruh dan berkesan atau tahap penerimaan dan pendedahan masyarakat terhadap penggunaan teknologi ini rendah.

59

Kajian daripada United Nations E-Government Survey 2012 yang merupakan jawatankuasa khas yang mengkaji indeks prestasi dan kesungguhan dua tahun sekali dalam pengaplikasian sistem kerajaan elektronik di seluruh dunia telah menunjukkan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan sistem kerajaan elektronik berada dalam indeks yang menurun, iaitu dari kedudukan ke 32 pada tahun 2010 telah menurun sebanyak 8 angka menjadikan Malaysia mencatat kedudukan yang ke 40 pada tahun 2012. Ini jelas dibuktikan dalam jadual 2.1 di bawah;

Jadual 2.1:United Nations E-Government Survey 2012

60

Dalam pada itu, menurut kajian yang dilakukan di Universiti Waseda, kedudukan Malaysia berada di tangga yang ke 24 pada tahun 2013 dalam cara pelaksanaan e-kerajaan berbanding dengan negara jiran iaitu Singapura yang kekal di tangga pertama (Waseda University, 2013) dan kedudukan ini juga telah merubah pada tahun 2014 dimana kita dapat melihat kedudukan Malaysia pada tahun 2013 telah menurun tiga anak tangga menjadikan Malaysia berada dalam kedudukan yang ke 27 (Waseda University, 2014). Hal ini menimbulkan persoalan, walaupun kerajaan telah membangunkan kemudahan bagi akses internet dan penambahan penggunaan teknologi, namun sambutan daripada rakyat masih kurang dan tidak menunjukkan indeks yang semakin meningkat. Ini jelas dapat dilihat dalam jadual 2.2;

Jadual 2.2: The 2013 Waseda University World e-Government Ranking

61

Jadual 2.3: The 2014 Waseda University World e-Government Ranking

Sumber: 2014 Waseda University World e-Government Ranking

Selain itu, kajian daripada United Nations E-Government Survey pada tahun 2014 juga telah membuktikan bahawa indeks Malaysia dalam pelaksanaan kerajaan elektronik berlaku penurunan dan membuktikan bahawa Malaysia perlu meneruskan lagi beberapa inisiatif dan insentif dalam pelaksanaan kerajaan elektronik. Pada tahun 2012, Malaysia dikategorikan sebagai ‘Upper Middle Income’ didapati telah menduduki pada kedudukan yang ke 40, namun ianya telah menurun sebanyak dua belas angka pada tahun 2014 di mana ianya telah berubah kepada kedudukan yang ke 52 (United Nations E-Government Survey, 2014). Ini jelas dibuktikan dalam jadual 2.4 dibawah;

62

Jadual 2.4: United Nations E-Government Survey 2014

Sumber: Top 20 Countries in Asia (E-Government)