• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 2.5: Peringkat-peringkat Kerajaan Elektronik

2.6 Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Oleh disebabkan pengkaji membuat kajian yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dalam organisasi dan impaknya kepada organisasi dan masyakarat setempat, maka Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model – TAM) digunakan sebagai asas dalam kajian ini.

88

Secara umumnya, Model Penerimaan Teknologi (TAM) telah dibangunkan untuk mengukur kepuasan penggunaan, penerimaan dan penggunaan terhadap sistem tersebut (Davis et al., 1989). Model Davis memberi tumpuan khusus terhadap penggunaan sistem maklumat. Model Penerimaan Teknologi (TAM) berasal daripada Theory of Reasoned Action (TRA) yang berkaitan dengan tingkah laku. TRA mencadangkan kepercayaan mempunyai pengaruh ke atas sikap dan membawa kepada niat (intention) serta membentuk tingkah laku (Ajzen & Fishbein, 1980).

Dalam pada itu, TAM memberi penekanan kepada niat untuk menggunakan sesuatu sistem teknologi maklumat yang ditentukan oleh dua elemen penting iaitu persepsi terhadap kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan. Kedua-dua persepsi ini mampu mempengaruhi sikap seseorang individu atau pengguna terhadap penyertaan dalam penggunaan sistem yang diperkenalkan oleh organisasi. Sikap dan persepsi terhadap kebergunaan pula dapat meramalkan niat tingkah laku seseorang individu tersebut. Persepsi kemudahgunaan juga akan mempengaruhi persepsi terhadap kebergunaan. Dalam model ini, persepsi terhadap kebergunaan merupakan faktor utama, manakala persepsi kemudahgunaan adalah faktor kedua yang menjadi penentu kepada penggunaan sistem. Persepsi kemudahgunaan mempunyai kesan positif dalam penggunaan sistem melalui persepsi kebergunaan sebagai pengantara (Davis, 1989).

89

Selain itu, kajian daripada Ajzen dan Fishbein (1980) pula telah menghuraikan mengenai TAM sebagai satu tujuan sikap untuk menggunakan teknologi adalah bermula daripada dua kepercayaan iaitu;

a) Jangkaan kegunaan (perceived usefulness) yang menerangkan mengenai jangkaan terhadap teknologi yang akan menambahbaik prestasi kerja seseorang.

b) Jangkaan penggunan yang mudah (perceived ease to use) yang menerangkan kepercayaan penggunaan teknologi dapat memudahkan cara dan usaha seseorang untuk memperoleh sesuatu.

Hasil penemual model ini juga telah menyatakan kedua-dua penentu ini merupakan asas kepada perubahan sikap individu ke arah penggunaan sistem tertentu dan kemudiannya menyebabkan keinginan mereka berubah dan menjadi satu kebiasaan untuk terus menggunakan teknologi tersebut (Davis, 1989). Hal ini dapat mencetuskan keinginan manusia untuk mempelajari sesuatu teknologi berdasarkan pendedahan terhadap keadaan semasa yang menarik minat mereka mahupun menjadi satu kemestian untuk mahir mengenai teknologi. Hal ini bermaksud, perubahan sikap daripada kurang pengetahuan mengenai ICT kepada bijak ICT dapat ditingkatkan dengan memberikan pendedahan kepada masyarakat.

90

Selain itu, model ini amat bersesuaian dengan kehendak dan perkembangan semasa di mana komunikasi dan perkhidmatan menerusi jaringan wireless dan telekomunikasi melalui peralatan mudah alih telah menyebabkan ramai individu berlumba-lumba untuk mendapatkan teknologi terbaru yang dihasilkan. Perkhidmatan tanpa wayar wireless dan telekomunikasi membolehkan perkembangan teknologi internet dan jalur lebar seperti telefon mudah alih dan peralatan pembantu persendirian digital atau Personal Assistant (PDA) (Lu dan Yongsheng, 2009).

Menurut Adams, Nelson dan Todd (1992), kebanyakan pembelajaran dan kajian empirikal yang berkaitan pengukuran penerimaan pengguna teknologi maklumat dan penggunaan sistem maklumat telah menyokong hipotesis bahawa persepsi kebergunaan dalam TAM mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan teknologi maklumat atau sistem maklumat. Ini dapat memudahkan pengkaji memahami secara mendalam tentang hubungan diantara penerimaan dan persepsi dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan pengguna.

Menurut Venkatesh dan Davis (2000) pula, persepsi kemudahgunaan mempunyai hubungan yang positif dan secara langsung memberi kesan kepada penerimaan pengguna teknologi maklumat. Pengkaji sistem maklumat telah menyelidik dan mengadaptasi TAM serta bersetuju bahawa ramalan individu terhadap beberapa sistem teknologi maklumat korporat adalah sah. Selain itu, Davis (1989) juga menyatakan bahawa penyelidik perlu menjelaskan pembolehubah lain yang memberi kesan kepada

91

persepsi kebergunaan, persepsi kemudahgunaan dan penerimaan pengguna pada masa hadapan.

Dalam pada itu, persepsi terhadap kepentingan teknologi dapat mengurangkan beban dan meningkatkan prestasi seseorang merupakan darjah kepada perubahan dibincangkan di dalam model ini. Oleh yang demikian, persepsi terhadap kemudahan penggunaan sistem aplikasi berasaskan teknologi akan mencetuskan rasa ingin tahu dan motivasi untuk mempelajarinya sehingga mahir. Rajah 2.6 menerangkan bagaimana pemboleh ubah luaran seperti teknologi dapat mempengaruhi perubahan sikap seseorang.

Rajah 2.6: Model Penerimaan Teknologi

Sumber: Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use and user anacceptance of information technology, MIS Quarterly. Vol.13, No.3, pp.319-340.

Persepi Bahawa Teknologi Itu Berguna

Sikap Ke Arah Penggunaan Persepsi Bahawa Teknologi Itu Memudahkan Pembolehubah Luaran Hasrat Bertingkah Laku Penggunaan Sebenar

92

Melalui rajah 2.6, persepsi pengguna dipengaruhi oleh pembolehubah luaran seperti pengenalan kepada teknologi baru yang memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya, kemudahan teknologi dalam mengurangkan beban kerja dan sebagainya. Seterusnya, pengenalan kepada teknologi ini dapat menjuruskan kepada perubahan terhadap persepsi dan sikap. Di dalam carta menyatakan terdapat dua persepsi iaitu persepsi bahawa teknologi itu berguna dan persepsi bahawa teknologi itu memudahkan. Kedua-dua persepsi ini mencetuskan perubahan sikap kepada hasrat untuk menggunakan teknologi tersebut. Apabila seseorang individu telah mula menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi, maka individu tersebut akan mula menggunakan teknologi sehingga mahir.

Menurut Ying dan Qi (2010) telah menyatakan bahawa model Penerimaan Teknologi TAM terdiri daripada lima unsur utama iaitu persepsi kebergunaan, persepsi kemudahgunaan, sikap terhadap penggunaan, niat bertingkah laku dan penggunaan sebenar sistem. Persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Sikap terhadap penggunaan dan persepsi kebergunaan daripada penggunaan sesuatu sistem akan mempengaruhi niat bertingkah laku, manakala, penggunaan sebenar sistem pula boleh ditentukan oleh niat tingkah laku seseorang pengguna.

93

Dalam pada itu, menurut Lee, Kozar dan Larsen (2003) Model Penerimaan Teknologi (TAM) merupakan antara model yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu bagi mengukur tahap penerimaan teknologi dalam kalangan pengguna. Ini juga terbukti apabila mereka telah melakukan kajian yang mendalam mengenai TAM, mereka telah menggunakan pendekatan tiga era berbeza iaitu permulaan, pada masa kini dan masa hadapan terhadap penggunaan teknologi.

Menurut Rouse (2004), TAM boleh dibahagikan kepada tiga peringkat di mana pembolehubah luaran iaitu persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan ialah peringkat mempelajari pengetahuan. Manakala niat bertingkah laku dan penggunaan sebenar sistem adalah masing-masing di peringkat membuat keputusan dan pelaksanaan. Pengkaji menggunakan persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan sebagai pembolehubah bersandar. Kualiti, kebolehpercayaan dan kelebihan menggunakan sistem mempunyai pengaruh signifikan terhadap persepsi kebergunaan. Bagaimanapun, keselesaan menggunakan sesuatu teknologi merupakan salah satu pembolehubah kawalan (control variable) yang mempunyai kesan signifikan terhadap persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan.

Kajian yang dilakukan oleh Pei dan Jun (2010) menggunakan TAM, menguji hubungan sebab dan akibat dari aspek persepsi kemudahgunaan, kebergunaan, sikap, kebolehpercayaan, niat bertingkah laku dan tingkah laku sebenar, yang wujud di kalangan pembeli secara atas talian yang dipengaruhi faktor pengalaman. Persepsi

94

kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan mempengaruhi niat bertingkah laku pengguna. Hasil kajian tersebut yang menggunakan soal selidik mendapati kesemua pembolehubah mempunyai hubungan signifikan terhadap faktor pengalaman pembeli secara atas talian.