• Tidak ada hasil yang ditemukan

5.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai rumusan serta cadangan kajian yang dijalankan. Selain itu, beberapa cadangan turut disertakan bagi membolehkan kajian yang mendatang dapat dipertingkatkan dan dapat meningkatkan pelbagai permasalahan berkenaan dengan isu kerajaan elektronik khususnya dalam peringkat kerajaan tempatan.

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

Hasil daripada kajian mendapati bahawa kesediaan masyarakat setempat terhadap teknologi adalah memuaskan. Ini kerana, masyarakat di sekitar kawasan di bawah pentadbiran MBAS mempunyai kesedaran terhadap penggunaan sistem berteknologi dan mereka menggunakannya secara optimum. Hal ini berikutan majoriti penduduk setempat mempunyai pendapatan yang berkemampuan untuk memiliki set komputer untuk kegunaan peribadi mereka. Dalam pada itu, pengkaji mendapati bahawa penduduk setempat telah terdedah dengan alat teknologi iaitu gajet seperti telefon bimbit

141

atau kini lebih dikenali dengan telefon pintar yang membolehkan pengguna mengakses internet secara terus dengan menggunakan pakej data tanpa penggunaan ‘Wireless Fidelity”(WiFi). Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penduduk sekitar kawasan Alor Setar telah mula terdedah dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sekaligus menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh MBAS. Dalam pada itu, kajian daripada Majed (2007) juga telah mendapati bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang serius dalam pembangunan ICT khususnya memberi pendedahan teknologi terhadap rakyat.

Selain itu, komitmen masyarakat setempat terhadap sistem online ini menunjukkan pengguna khususnya di bawah pentadbiran MBAS terdedah dengan pembangunan teknologi komunikasi dan mereka juga amat peka dan memberi perhatian kepada dunia teknologi kini. Tambahan pula, pelbagai inisiatif daripada kerajaan seperti kemudahanpusat internet awam, kafe siber, perkhidmatan WiFi secara percuma di kawasan awam, perkhidmatan internet di perpustakaan awam telah memberi impak kepada kesedaran rakyat terhadap kehadiran teknologi. Selain itu, penduduk di kawasan ini juga mahir dalam menggunakan teknologi maklumat IT dalam kehidupan seharian mereka ini terbukti apabila mereka menggunakan perkhidmatan online yang diberikan oleh MBAS. Menurut Zunaidah (2010), menyatakan bahawa jumlah langganan jalur lebar sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 2.78 juta dan langganan jalur lebar per 100 isi rumah turut mencatatkan angka yang memberangsangkan iaitu 33.2% berbanding 25% daripada tahun sebelumnya.

142

Dari segi perkhidmatan yang disediakan oleh MBAS, hasil daripada temubual dan pemerhatian pengkaji mendapati bahawa hampir seluruh masyarakat setempat di Alor Setar menyedari tentang kewujudan dan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik di MBAS. Hal ini berikutan promosi, kempen kesedaran dan program-program yang berkaitan dengan ICT telah dipergiatkan di sekitar kawasan tersebut oleh MBAS. Ini terbukti, apabila statistik menunjukkan bahawa penglibatan masyarakat setempat dalam aplikasi ‘e-Aduan’ dan aplikasi ‘e-Bayaran’ menunjukkan penggunaan yang tinggi berbanding. Ini menunjukkan bahawa sistem yang diperkenalkan oleh MBAS mendapat kepuasan daripada pengguna dan ianya juga mesra pelanggan. Masyarakat akan lebih menggunakan sesuatu perkhidmatan kerajaan tersebut sekiranya ia sangat berkualiti (Russell, 2001). Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa melakukan inovasi dalam penyampian perkhidmatan dan rakyat juga perlu memberi kerjasama dengan menerima dan mengadaptasi dengan perubahan persekitaran tersebut.

Dari segi penerimaan rakyat terhadap perkhidmatan secara elektronik di MBAS, pengkaji mendapati bahawa masyarakat di kawasan pentadbiran MBAS mempunyai kadar peratusan celik teknologi maklumat yang tinggi kerana penglibatan mereka dalam penggunaan aplikasi yang disediakan oleh MBAS sangat memberangsangkan. Ini kerana masyarakat lebih meminati untuk memilih aplikasi online ini kerana perkhidmatan ini sangat memudahkan mereka dan juga menjimatkan masa mereka berbanding dengan sistem manual yang memerlukan mereka mengambil masa yang lama dan sebagainya untuk berurusan khususnya dalam membuat pembayaran bil. Namun, setelah adanya sistem online ini maka ianya dilihat dapat memberi impak yang

143

tinggi kepada pengguna untuk melakukan sesuatu urusan terhadap MBAS kerana dengan hanya menerusi online ini sahaja mereka dapat menyelesaikan segala urusan tersebut.

Ini terbukti apabila kajian yang dilakukan oleh Asogwa (2013) di Nigeria mengatakan bahawa kerajaan menghadapi permasalahan dalam pelaksanaan sistem kerajaan elektronik secara menyeluruh kerana kurangnya kadar penembusan internet dalam kalangan masyakarat di negara tersebut. Ini adalah kerana, mereka menghadapi permasalahan kekurangan sumber dan infrastruktur dalam pembangunan ICT yang merupakan antara komponen utama dalam menjayakan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. Sekiranya prasarana ICT menghadapi kekurangan ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada kadar celik IT dalam kalangan masyarakat dan sekaligus akan memberi kesan kepada penyertaan dalam pengaplikasian sistem kerajaan elektronik.

Dari segi pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dalam PBT yang dipilih sebagai kawasan kajian oleh pengkaji. MBAS dilihat mempunyai impak yang baik dari segi pelaksanaanya sistem kerajaan elektronik ini. Ini terbukti apabila dapat dilihat dari segi penglibatan masyarakat yang mengakses perkhidmatan online yang disediakan oleh MBAS, menunjukkan peningkatan indeks penggunaan. Dalam pada itu, portal rasmi MBAS juga dilihat telah memainkan peranan untuk menarik minat perhatian pengguna untuk mengakses aplikasi online yang diwujudkan. Ini kerana, portal tersebut telah

144

memberikan kepuasan kepada pengguna kerana memberi maklumat yang mudah difahami, tepat dan berkesan. Selain itu, hasil kajian juga didapati terdapat juga beberapa aplikasi lain yang diperkenalkan memudahkan masyarakat setempat untuk menggunakannya serta berurusan dengan MBAS.

5.3 Rumusan Kajian

Pengenalan kepada kerajaan elektronik bukan merupakan satu program yang hanya digunakan untuk memenuhi polisi negara atau mengejar kemajuan semata-mata,tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pentadbiran negara seterusnya memberi manfaat kepada rakyat. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai hubteknologi maklumat yang merupakan agenda utama dalam mempertingkatkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian masyarakat.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai masalah yang dapat menghalang proses perkembangan kerajaan elektronik di Malaysia, namun ianya tidak menjadi satu alasan untuk kerajaan terus berusaha dalam menjayakan hasrat untuk menjadikan negara sebuah pentadbiran berasaskan elektronik. Dalam pada itu, penglibatan dan komitmen masyarakat dalam menggunakan aplikasi-aplikasi perkhidmatan yang disediakan melalui talian ini juga dilihat sangat penting. Ini adalah kerana, pencapaian pelaksanaan kerajaan elektronik dalam sesebuah negara akan diukur melalui kadar penglibatan dan

145

penggunaan rakyat terhadap perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan peka dan telah memberi perhatian yang serius dalam melaksanan sistem