• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1945-1955

3.3 Laporan Barnes 1951

Polisi pendidikan di Tanah Melayu disemak semula selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuannya untuk mengkaji pendidikan yang terpisah antara kaum dan merancang pendidikan nasional menerusi penggunaan bahasa pengantar yang sama. Selain itu, pendidikan guru turut dikaji semula melalui Jawatankuasa Penasihat Pelajaran 1949 yang terdapat dalam pernyataan berikut:

It is evident to us, and we believe it to be widely recognised that the adequate training of teachers is the most important and the most urgent task facing the Education Department today. Until the number of teachers in training is multiplied and the quality of the training is raised, any policy and program for the improvement and extension of primary education will remain on paper only. Our proposed legislation imposes on the Member for Education the responsibility for providing facilities for the training of teachers for schools and colleges in the Federation but does not, and we believe cannot, prescribe the means by which these facilities should be made available.27

Pernyataan di atas menjelaskan kepentingan mewujudkan latihan keguruan bagi memenuhi keperluan guru terlatih di Tanah Melayu. Kemudahan pembelajaran perlu disediakan bagi melancarkan proses mendidik guru termasuk membaik pulih kemudahan sedia ada. Latihan keguruan di Sultan Idris Training College (SITC) dan

Malay Women’s Training College (MWTC) diteruskan dengan melatih guru sekolah

rendah.28 Jawatankuasa Penasihat Pelajaran tahun 1949 yang terdiri daripada sembilan orang pegawai Melayu dan lima orang pegawai British telah merencanakan

27

Federation of Malaya, Report of the Committee on Malay Education, Kuala Lumpur: The Government Press, 1951, hlm. 44.

28

Kedua-dua maktab perguruan itu hanya dapat mengeluarkan sejumlah guru dalam bilangan yang kecil, iaitu 130 orang guru lelaki dan 54 orang guru perempuan pada tahun 1951. Rujuk Federation of Malaya, Annual Report on Education for 1951, Kuala Lumpur: The Government Press, 1952, hlm. 13.

107

program pelajaran di Tanah Melayu. (Lampiran E). Selain itu, penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Pembangunan di sekolah Melayu tidak dapat dilaksanakan jika tidak melibatkan semua sistem pelajaran. Laporan jawatankuasa penasihat pelajaran itu dikenali sebagai Laporan Barnes 1951 dan dianggap sebagai sebuah laporan yang komprehensif kerana terhasil daripada penyelidikan tentang sistem pendidikan di Tanah Melayu.29 Antara syor yang terkandung dalam Laporan Barnes 1951 ialah melaksanakan pendidikan rendah satu aliran yang dinamakan sekolah kebangsaan.30 Wujud juga syor hanya dua bahasa yang perlu diajar di sekolah kebangsaan dan kedua-duanya mesti menjadi bahasa rasmi negara, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Cina dan bahasa Tamil hanya dijadikan sebagai bahasa dalam mata pelajaran. Manakala sekolah menengah hanya dilaksanakan dalam satu aliran, iaitu aliran Inggeris.

Wujud juga cadangan penubuhan maktab perguruan berasrama yang terbuka kepada semua kaum. Tujuannya untuk menambah bilangan guru terlatih am yang mampu mengajar semua mata pelajaran pada peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah rendah.31 Usul yang terdapat dalam Laporan Barnes bertitik tolak daripada permasalahan yang berlaku dalam masyarakat, iaitu kekurangan tempat latihan guru. Hal ini dapat dijelaskan menerusi pernyataan berikut:

29

Omar Mohd Hashim, Pengisian Misi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia, 1991, hlm. 81.

30

Rujuk Federation of Malaya, Central Advisory Committee on Education, Report on The Barnes

Report on Malay Education, 1951, hlm. 5.

31

Peluang melanjutkan pelajaran terbuka kepada pelajar yang mempunyai sijil perguruan, dan juga guru kelas persediaan. Maktab perguruan yang sedia ada, iaitu SITC dan Malay Women’s Training

108

At present there are two such residential colleges, one for men at Tanjong Malim and one for women at Malacca. The Draft Development Plan contemplates expanding the Malacca college and building three new colleges. It further proposes a Training Centre for teachers in Indian schools, and certain Government Middle schools from which students can be selected for training as Chinese vernacular teachers. There are no doubt good reasons why separate provision should for the present be made in respect of teachers in Chinese vernacular schools.32

Rasional di sebalik cadangan Laporan Barnes adalah untuk mencapai objektif integrasi sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Jika sekolah terus menggunakan keempat-empat jenis sistem persekolahan dengan latihan keguruan tersendiri, maka tiada interaksi antara kaum dan perpaduan sukar dicapai. Usul yang terdapat dalam Laporan Barnes mendapat beberapa reaksi antaranya daripada

Jawatankuasa Penasihat Pelajaran Pusat iaitu:

…bekalan guru terlatih yang mencukupi merupakan syarat kemajuan dalam pendidikan rendah. Oleh itu, kami sanjung cadangan Laporan Barnes, terutamanya yang berkaitan dengan Skim Latihan Tetap dan keperluan menyediakan maktab berasrama. Kami bersetuju bahawa calon pelatih perlu mempunyai kelayakan yang dalam bahasa Melayu dan Peperiksaan Sijil Persekolahan. Kelayakan yang sama juga kepada pelatih Cina dan India. Kami juga setuju agar maktab perguruan terbuka kepada pelajar lelaki dan wanita. Selain itu, kami juga mengakui kepentingan kursus jangka pendek di luar negara untuk kakitangan kolej dan berharap mereka dapat mengutip pengalaman berguna bagi tujuan mengendalikan latihan keguruan di dalam negara…33

Petikan di atas membuktikan sokongan masyarakat terhadap kemajuan latihan keguruan dan rancangan ke arah pembentukan agenda nasional walaupun mendapat bantahan daripada kaum bukan Melayu. Kaum Cina dan India tidak berpuas hati tentang penggunaan bahasa pengantar yang digunakan di sekolah kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sedangkan bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa

32

Federation of Malaya, Report of the Committee on Malay, hlm. 44.

33

Catatan dalam Paul Chang Ming Phang, Perkembangan Pelajaran dalam Masyarakat Berbilang

109

Cina dan bahasa Tamil hanya menjadi bahasa dalam mata pelajaran berkenaan.34 Wujudnya tentangan daripada kaum Cina terhadap Laporan Barnes, maka satu jawatankuasa ditubuhkan oleh kerajaan British untuk meninjau kehendak orang Cina.