• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN VERNAKULAR

2.3 Latihan Keguruan Sekolah Vernakular

2.3.4 Sistem Kelas Normal

Pelaksanaan Sistem Kelas Normal bergerak seiring dengan pelaksanaan latihan keguruan di maktab perguruan. Namun perbezaannya, latihan ini dilaksanakan secara separuh masa dan berada di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Walaupun terdapat pemusatan dalam pengendalian latihan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri, tetapi kurikulumnya tidak sama antara Kelas Normal Inggeris, Melayu, Cina dan India.193 Sistem Kelas Normal Inggeris dilaksanakan lebih awal berbanding Sistem Kelas Normal yang lain, iaitu pada tahun 1905 oleh Howard Tayte di Victoria

Institution, Kuala Lumpur. Sistem ini, kemudiannya berkembang ke seluruh Tanah

Melayu dan Singapura.194 Kelas Normal Inggeris melibatkan tempoh kursus selama dua tahun dan pelatih ditawarkan mata pelajaran Prinsip Pendidikan, Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Inggeris, Kraf Tangan dan Latihan Mengajar.195

Kelayakan minimum untuk mengikuti Sistem Kelas Normal Inggeris ialah lulus Senior Cambridge Certificate dengan tiga kepujian iaitu Bahasa Inggeris, Ilmu Kira-kira dan Ilmu Alam.196 Sistem Kelas Normal mengeluarkan guru dalam kuantiti yang kecil seperti latihan keguruan sebelumnya kerana kekurangan kemudahan pembelajaran. Pada tahun 1923, sejumlah 37 orang lulus dalam peperiksaan akhir Kelas Normal Inggeris dan 36 orang pada tahun 1924 bagi sekolah di Negeri-negeri Selat (NNS).197 Jumlah yang kecil menyebabkan keperluan guru sekolah Inggeris

193

Sel/Sec. 882/1922, Normal Class Instructor Selangor - in the Secretary Resident Selangor 21.2.1922.

194

Malaya, Education Report for 1906, Cd.,3741.

195

Annual Report of the Straits Settlements 1855-1941, Vol 8: 1922-1926, London: Majesty‟s Stationary Office, 1923, hlm. 9.

196

KP. 852/56 Qualification for Normal Class.

197

Straits Settlements, Colonial Report No 1235, Report for 1924, London: Majesty‟s Stationary Office, 1925, hlm. 16.

90

tidak dapat ditampung menerusi latihan Kelas Normal. Hal ini menyebabkan pihak British membawa bekalan guru dari luar negara seperti Amerika, British, Eurasian, French, German, Italian, Indian dan China.198 Namun, selepas pengisytiharan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948, kedatangan guru dari luar negara semakin berkurang akibat pergolakan politik dalam negara.

Bagi Kelas Normal Cina pula, latihan dilaksanakan di sekolah menengah Cina dengan bantuan kewangan daripada pihak British.199 Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang memulakan latihan Kelas Normal pada tahun 1923, Sekolah Confucian di Kuala Lumpur, Sekolah Yok Choy di Ipoh, Sekolah Chung Hua di Muar dan Kuen Cheng Girls, Kuala Lumpur pada tahun 1925.200 Kelas Normal Cina atau Simplified Normal Training Course terbuka kepada calon lepasan Junior Middle

III201 iaitu pelajar yang tamat persekolahan tiga tahun di sekolah menengah Cina dan latihan keguruan dilaksanakan dalam tempoh setahun.202 Kursus ini juga terbuka kepada pelajar yang tamat darjah enam sekolah rendah Cina, tetapi mereka perlu mengikuti latihan keguruan selama empat tahun. Sehingga tahun 1938, kursus

Simplified Normal Training Course mengeluarkan 12 kumpulan guru terlatih dan

198

Report of the Commission, Appointed by the Secretary of States for the Colonies, London, June 1939, hlm. 15.

199

Bantuan kewangan hanya diberikan pada sekolah yang menggunakan dialek tempatan sahaja seperti Hokkien, Guangfu, Hakka, Teochew dan lain-lain. Sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin tidak dibantu oleh British kerana dianggap sebagai agen negara China. Rujuk V. Purcell,

The Chinese in Malaya, London: Oxford University Press, 1967, hlm. 229-230.

200

Kelas Normal di Singapura dilaksanakan di Nan Hwa Girls School, Cheng Fong Girls School,

Nanyang Girls School, Chung Hwa Girls School. Sepanjang mengikuti pengajian, pelajar diberikan

elaun sebanyak $50.00 sebulan. Rujuk Gwee Yee Hean, The Training of Teachers in Singapore

1870-1940, Nanyang University, 1976, hlm. 17.

201

Lulusan Junior Middle III merupakan guru lepasan sekolah menengah rendah Cina (tamat tingkatan tiga) yang ditugaskan sebagai guru sementara serta diberi peluang menyertai kursus profesional ini. Kanak-kanak sekolah Cina perlu mengikuti persekolahan selama enam tahun di peringkat rendah, kelas menengah rendah selama tiga tahun (Junior Middle III ) dan kelas menengah atas selama tiga tahun. Rujuk H. R. Cheesemen, Annual Report on Education 1946, hlm. 76.

202

91

menjadikan bilangan guru sekolah Cina seramai 3,590 dan bilangan sekolah sebanyak 684 buah.203 Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan British bagi mengatasi masalah kehadiran guru dari negara China yang menyebarkan fahaman anti-British. Kuasa melantik dan memecat guru berada di bawah bidang kuasa kerajaan British.204

Seterusnya kajian ini membincangkan tentang perkembangan latihan keguruan bagi sekolah vernakular Tamil. Pertambahan bilangan sekolah di kawasan ladang telah menyebabkan peningkatan bilangan guru. Pada tahun 1920, terdapat seramai 4000 orang pelajar India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)205 Bilangan pelajar yang besar menyebabkan guru dilantik untuk mengajar tanpa sebarang latihan keguruan. Sebilangan kecil daripada mereka dibawa dari India Selatan. Annual

Report on Education in the Malayan Union melaporkan bahawa daripada 800 orang

guru India di NNS dan NNMB, hanya 25% sahaja atau 200 orang yang mempunyai kelayakan mengajar dan selebihnya merupakan guru tidak terlatih.206 Justeru, pentadbiran British mengarahkan setiap majikan di ladang supaya menyediakan guru sepenuh masa bagi menggantikan guru sementara yang tidak terlatih.207

Pada tahun 1930-an, ditubuhkan jawatan Nazir Sekolah Tamil yang terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar di sekolah Inggeris. Nazir berperanan untuk memantau perkembangan sekolah dan mengadakan latihan dalaman kepada guru Tamil yang tidak terlatih.208 Latihan keguruan dilaksanakan dalam bahasa

203

F. Mason, The School of Malaya, Singapore: Eastern Universities Press Ltd., 1959, hlm. 11.

204

Ibid.

205

Mohd. Salleh Lebar, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan, hlm. 19.

206

H. R. Cheeseman, Annual Report on Education, hlm. 32.

207

R. O, Winstedt, Malaya and its History, London: Hutchinson‟s University Library, 1922, hlm. 133.

208

92

pengantar Tamil, Malayalam dan Telegu kerana bahasa ini merupakan bahasa utama kaum India di Tanah Melayu.209 Pada tahun 1937, pentadbiran British di NNS dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menjadikan bahasa Tamil sebagai satu-satunya bahasa pengantar dalam melaksanakan latihan keguruan.210 Kelayakan minimum untuk mengikuti latihan keguruan Tamil terbuka kepada pelajar India yang tamat darjah enam sekolah rendah kerajaan.211

Latihan Kelas Normal Tamil dilaksanakan bagi menampung pertambahan bilangan sekolah dan pertambahan bilangan pelajar. Pada tahun 1938 terdapat 13 buah sekolah Tamil bantuan kerajaan, 511 buah Sekolah Ladang Getah dan 23 buah sekolah mubaligh yang menjadikan jumlah 547 buah sekolah Tamil di NNS dan NNMB.212 Pada tahun 1941 berlaku tambahan tempoh masa latihan daripada dua tahun kepada tiga tahun bagi tujuan pemantapan latihan keguruan. Mata pelajaran yang diajar dalam Kelas Normal Tamil seperti Pendidikan Jasmani, Nyanyian, Bercerita, Puisi, Bacaan, Bahasa, Ilmu Hisab, Penghidupan Manusia di Dunia (Ilmu Alam), Ilmu Kesihatan, Lukisan, Pertukangan, Pengetahuan Am dan Perkebunan. 213

Kelas Normal Melayu mula dilaksanakan di Tanah Melayu pada tahun 1949. Latihan Kelas Normal Melayu dilaksanakan bagi tujuan menambah bilangan guru terlatih di sekolah Melayu. Pusat latihan Kelas Normal terdapat di bandar seperti di

209

Sekolah Telegu dan Malayalam wujud sehingga tahun 1970-an. Rujuk H. R. Cheesemen, Malayan

Union Annual Report on Education, hlm. 33.

210

D. D. Chelliah, A Short Historyof the Educational Policy of the Straits Settlements 1800 to 1925,

Kuala Lumpur: Cetakan Kerajaan., 1947, hlm. 64.

211

300 orang guru India yang mengikuti latihan kelas normal, seramai 200 orang berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh kelayakan sebagai guru terlatih pada tahun 1939. Rujuk Francis Wong Hoy Kee dan Ee Tiang Hong, Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd ., 1974, hlm. 157.

212

Mohd. Salleh Lebar, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan, hlm. 20.

213

93

Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan kerana menumpang di sekolah yang mempunyai kemudahan pembelajaran.214 Latihan dilaksanakan pada hujung minggu ataupun pada cuti penggal persekolahan. Tenaga pengajarnya diambil dalam kalangan guru yang pengalaman seperti guru pelawat, guru besar, guru kanan dan guru lepasan SITC dan MWTC.215 Kelas Normal Melayu terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan menjadi guru tetapi tidak berpeluang mendapat latihan keguruan di maktab perguruan.216 Mata pelajaran yang ditawarkan seperti kraf tangan, perkebunan dan kebersihan.

Latihan Kelas Normal Melayu turut dilaksanakan di Sarawak tetapi tidak ada maklumat tentang latihan kelas normal tidak dilaksanakan di Borneo Utara.217 Latihan secara separuh masa dilaksanakan di sebelah petang dan dikelola oleh guru terlatih yang berpengalaman. Kehadiran ke kelas ini adalah secara sukarela, justeru kehadiran kurang memuaskan. Kebanyakan guru di Sarawak mengajar tanpa latihan asas keguruan, ilmu yang diperoleh hanyalah menerusi pengalaman dan kelayakan akademik yang minimum.218 Menurut Laporan Hammond, sehingga tahun 1937 terdapat tiga orang guru terlatih di Sarawak yang mendapat latihan keguruan di SITC.219

214

Kamaruddin Kachar, Perkembangan Pendidikan di Malaysia, hlm. 31.

215

Education Department Raub Pahang, 1 April 1954, General Instruction to Visiting Teachers 1953.

216

KP. 852/56 Qualification for Normal Class. Lulusan kelas normal dilantik sebagai guru di sekolah Melayu dan dikategorikan sebagai guru peringkat II terlatih. Bagi calon yang gagal dalam peperiksaan kelas normal dilantik sebagai guru tanpa sijil. Mereka masih perlu mengikuti latihan keguruan khas selama setahun pada setiap hujung minggu. Rujuk Mohd Salleh Lebar, Pentadbiran Pendidikan dan

Pendidikan, hlm. 53.

217

Latihan keguruan di Borneo Utara hanya bermula selepas tahun 1952. Rujuk Mohd. Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 30.

218

Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 188.

219

Hammond adalah seorang pendidik dari koloni Britishyang dilantik untuk mengkaji sistem pendidikan di Sarawak. Rujuk Hammond, Report on Education in Sarawak 1937, hlm. 35.

94

Selain kelas Normal Melayu, terdapat lagi satu skim yang melatih guru Melayu yang dikenali sebagai latihan Trained Under Other Schemes (TUOS). Guru yang mengikuti latihan TUOS terdiri daripada guru sementara dan pelajar lepasan Special

Malay Class atau Kelas Khas Melayu (KKM).220 Kurikulum TUOS meliputi kaedah pengajaran dan pengetahuan dalam mata pelajaran Masakan, Jahitan dan Kraf Tangan.221

Selepas mengikuti pengajian selama dua tahun, guru TUOS perlu menduduki peperiksaan dan mata pelajaran yang diuji ialah Tawarikh, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Karangan dan Bahasa Melayu.222 Bagi penuntut yang lulus peperiksaan, surat pengesahan jawatan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan seterusnya melayakkan mereka untuk dilantik sebagai guru terlatih.223 Bagi guru yang gagal dalam peperiksaan, mereka perlu mengulang peperiksaan yang sama sehingga lulus dan dalam masa yang sama mereka dilantik sebagai guru percubaan.224 Ini bermakna

220

Kelas Khas Melayu terbuka kepada pelajar yang tamat darjah empat sekolah Melayu dan umurnya tidak melebihi 12 tahun. Syarat kelayakan untuk mengikuti KKM ialah lulus peperiksaan Bahasa Melayu, Ilmu Hisab dan Pengetahuan Am. Tempoh masa latihan selama dua tahun dan pelajar yang lulus peperiksaan KKM mempunyai pilihan untuk menjadi guru atau melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu atau darjah VII sekolah Inggeris. Kebanyakan pelajar Melayu gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke sekolah menengah ini kerana mereka terpaksa bersaing dengan kaum lain yang belajar semua perkara berkenaan dari darjah satu. Selain itu, kedudukan sekolah Inggeris yang jauh di bandar menjadi faktor yang menghalang anak Melayu meneruskan pengajian mereka. Rujuk D.O.K 13-78, Special Malay Class. Temu ramah dengan Cikgu Kamariah Ahmad yang pernah mengikuti

Special Malay Class. Pelajar dikenakan denda sekiranya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris.

Kurikulumnya lebih tertumpu kepada mata pelajaran kemahiran dan sebagainya. Temu ramah dilaksanakan di Hotel Tabung Haji, Alor Setar Kedah pada 23 Ogos 2014.

221

Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, et.al., Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1993, hlm. 158.

222

Musa Daia, Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan, Tanjung Malim: Maktab Perguruan Sultan Idris, 1969, hlm. 202.

223

Temu ramah dengan Cikgu Norasyikin Abdullah, iaitu salah seorang tenaga pengajar TUOS. Temu ramah dilaksanakan pada 23 - 27 August 2014 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

224

Cikgu Mohd Hashim bin Mohd Ariffin, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Hua Lian Taiping, lulus dalam peperiksaan dan beliau mendapat surat pengesahan tamat peperiksaan dan lulus jawatan sebagai

95

kelayakan untuk mengajar terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu guru yang mendapat latihan penuh di maktab perguruan, guru yang mendapat latihan hujung minggu dan guru percubaan.