• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN VERNAKULAR

2.2 Sejarah Awal Sekolah Vernakular

2.2.2 Sekolah Vernakular Cina

Orang Cina adalah antara puak yang terawal ke Tanah Melayu pada kurun ke-19. Mereka berasal dari Selatan Negara Cina, iaitu Kwantung, Fukian dan Kwangsi.28 Dialek yang berlainan menunjukan perbezaan kedaerahan mereka dalam bentuk pertubuhan sosio-ekonomi dan kemudiannya dibentuk menjadi persatuan atau

26

Mohd Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 14.

27

Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 47-48.

28

45

yayasan.29 Pada ketika itu, keadaan masyarakat Cina di Tanah Melayu berpindah randah bagi memperoleh harta kekayaan dan kemudiannya mereka akan kembali ke negara China. Atas pertimbangan ini yang menyebabkan kerajaan British „membebaskan‟ sistem persekolahan vernakular Cina.

Pendidikan orang Cina di Tanah Melayu dan Sarawak bermula di sekolah

mission, iaitu sekolah yang dikelola oleh mubaligh Kristian. Anglo Chinese College

dibina di Melaka pada 11 November 1818 yang dibiayai oleh Rev. R. Morrison, iaitu seorang ahli Persatuan Mubaligh London.30 Sekolah ini memberikan pendidikan percuma kepada semua bangsa yang tinggal di Melaka seperti Cina, Serani dan Melayu.31 Tujuannya untuk mengembangkan pendidikan sekular dan mata pelajaran yang diajar adalah menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris. Kemudiannya penubuhan sekolah Cina berkembang ke NNS, apabila tiga buah sekolah telah didirikan di Singapura pada tahun 1819. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan dan diusahakan ketua masyarakat Cina ataupun orang perseorangan.32

Kurikulum sekolah vernakular Cina di NNS sama seperti di negara China iaitu pelajaran klasik Cina dan corak pembelajaran berbentuk hafalan.33 Malahan perubahan kurikulum sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu berkembang seiring dengan perubahan kurikulum di negara China. Selepas tahun 1900, pengajaran

29

Dialek Teochew dan Kantonis berasal dari Kwantung, Hokkien dari Fukien, dialek Hakka dari pergunungan Kwantung, Kwangsi dan Fukien. Rujuk Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial

Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2001, hlm. 9

30

Sejarah sekolah-sekolah Melaka, Pejabat Pelajaran Melaka, 1974, hlm. 17.

31

Pada tahun 1834, terdapat seramai 70 orang pelajar Anglo Chinese College dan Munsyi Abdullah merupakan salah seorang pelajar Melayu yang mendapat pendidikan di situ. Rujuk Abdullah Munsyi,

Hikayat Abdullah Munsyi, Malaya: Malaya Pub. House, 1932, hlm 111-140.

32

Pada peringkat awal, sekolah vernakular Cina menumpang di rumah ketua masyarakat Cina, bangunan tokong ataupun di rumah perniagaan. Rujuk V. Purcell, The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press, 1948, hlm. 224-245

33

46

Confucius yang diperkenalkan di negara China dibawa ke Tanah Melayu oleh Kang You Wei dan Liang Qi Chau, iaitu ilmuan China. Isi kandungan kurikulum baharu masih mengekalkan hafalan klasik lama dan diperkenalkan pelajaran Bahasa, Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Ilmu Hisab, Lukisan, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam, dan Latihan Ketenteraan. Bahasa pengantar yang digunakan mengikut dialek tempatan seperti Kongfu, Teochew dan Hokkian.34

Pada tahun 1902, sekolah Cina pertama didirikan di Pulau Pinang, iaitu Sekolah Confusian Chung Hwa oleh pegawai akademik kerajaan China, iaitu Zhang Bi Shi yang berhubung dengan pemimpin pergerakan Reformis China, iaitu Kang Yu Wei.35 dan Sekolah Yuk Choi di Ipoh pada tahun 1906. 36 Buku teks dan bekalan guru dibawa dari negara China. Sekolah Cina menjadi institusi penting mengembangkan nasionalisme Cina berikutan berlakunya Revolusi China tahun 1911 yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen37 dan Liang Chi Choa. Revolusi ini dilancarkan dengan tujuan menjatuhkan kerajaan beraja mutlak di bawah Dinanti Manchu dan menggantikannya dengan kerajaan republik.38 Keadaan yang berlaku di negara China memberi kesan kepada penduduk Cina di Tanah Melayu yang turut

34

Special Report on Education Subjects, The System of Education in The Federated Malay States, 1905, (Cd.2379, hlm. 6)

35

Kang Yu Wei, pemimpin Pergerakan Reformis di China dan tokoh pengajaran Confucian yang melibatkan diri dalam pertahanan pusaka Sastera Cina dalam kalangan orang Cina di Malaya. Rujuk Sejarah sekolah-sekolah di Negeri Pulau Pinang, 1976, hlm. 48.

36

Wang Xiu Nan, Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaya dan Singapura, (tiada penerbit), 1974, hlm. 13.

37

Dikenali sebagai bapa revolusi China, beliau dipengaruhi oleh ideologi Barat dan tidak percaya kepada fahaman konservatif China. Beliau menubuhkan gerakan menentang Dinanti Manchu dan mendapat sokongan kuat daripada rakyat China. Rujuk C. Y. Cheah, „Masyarakat Cina Tanah Melayu dan Revolusi China tahun 1898-1911‟, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2004.

38

Faktor berlakunya Revolusi 1911, kerana kelemahan kerajaan Manchu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan dan kesengsaraan sosio-ekonomi China akibat bencana alam. Rujuk L. A. Mills,

Malaya: A Political and Economic Appraisal, Minneapolis: University of Minnesota Press., 1958,

47

sama menyokong revolusi berkenaan. Pada tahun 1917, berlaku kempen menggunakan bahasa Cina moden (Baihua) di negara China dan kesannya turut mempengaruhi sekolah Cina di Tanah Melayu. Dialek Cina kuno digantikan dengan bahasa Cina moden.39 Semua pernyataan ini menunjukkan bahawa pendidikan vernakular Cina di Tanah Melayu mendapat sokongan kuat dari negara China. Hal ini dibuktikan apabila rombongan daripada Bahagian Pelajaran dan Suruhanjaya Diraja China telah melawat Tanah Melayu bagi melancarkan kempen penggunaan bahasa Cina moden.40 Bahasa pengantar yang menggunakan dialek tempatan telah digantikan dengan bahasa Kuo Yu Mandarin dengan tujuan untuk membentuk penyatuan antara masyarakat Cina di negara China dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan British apabila gerakan kaum Cina semakin kuat terutamanya melalui kemasukan guru dari negara Cina. Terdapat catatan yang menjelaskan corak sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu, iaitu :

At present a large number of Chinese teachers are from China and they teach 100 per cent Chinese nationalism whether they are controlled by Kuomintang or the Malayan Communist Party. Over half of the Chinese teachers are very pink if not entirely red. Our Education Department was too weak to do anything to check radical or ultra nationalist teachings, though we gave financial assistance (grants-in-aid) to the Chinese schools.41

39

Ibid.

40

Penggantian bahasa Cina moden menyebabkan berlakunya pertambahan bilangan sekolah, iaitu daripada 300 buah sekolah pada tahun 1918 bertambah menjadi 494 buah sekolah Cina pada tahun 1920 di NNS dan NNMB. Ibid., hlm. 15.

41

L. A. Mills, Malaya: A Political and Economic Appraisal, Minneapolis: University of Minnesota

48

Catatan Cheeseman mengenai guru Cina adalah seperti yang berikut:

The teachers (like the professional inspecting staff of the Department of Education) had in the first place all to be recruited from China. This precluded a Malayan outlook, and a Chinese oriented curriculum was followedinstead of a curriculum adopted to local needs.42

Pernyataan di atas memberi gambaran yang nyata bahawa guru yang dibawa dari negeri China turut membawa dan memupuk nasionalisme China. Sekolah dijadikan sebagai pusat anti-kerajaan Tanah Melayu di bawah kawalan Kuomintang atau komunisme.43 Penyebaran pengaruh negatif menyebabkan pihak British mula campur tangan dalam pentadbiran sekolah Cina dengan meluluskan satu Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina pada tahun 1920.44 Tujuannya memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk menutup semua sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, kurikulum dan peraturan kesihatan. Pihak British menyekat kemasukan guru dari negara China dan mengawasi segala aktiviti di sekolah. Setiap sekolah dan maklumat guru perlu didaftarkan.

Pada tahun 1922, bilangan sekolah Cina yang berdaftar ialah 161 buah di NNS, iaitu 91 buah di Singapura, 58 buah di Pulau Pinang dan 12 buah di Melaka. Manakala di NNMB berjumlah 177 buah sekolah.45 Guru tempatan dilantik dalam kalangan mereka yang tahu membaca dan menulis seperti tukang tilik nasib dan

42

H. R., Cheeseman, Annual Report on Education in the Malayan Union for 1947, Kuala Lumpur: The Government Press, 1948, hlm. 25.

43

Komunisme merupakan pergerakan orang China semata-mata dan hanya sedikit sokongan daripada orang Melayu dan India. Rujuk L. A. Mills, Malaya: A Political and Economic Appraisal,

Minneapolis: University of Minnesota Press., 1958, hlm. 43.

44

Chief Secretary and Resident’s Report, F.M.S. 1920, hlm. 12.

45

Straits Settlements, Colonial Report No 1235, Report for 1923, London: Majesty‟s Stationary Office, 1924, hlm. 17.

49

penulis surat.46 Pada tahun 1925, berlaku pindaan dalam Ordinan Pelajaran Sekolah Cina, iaitu jika sebarang aktiviti subversif seperti tunjuk perasaan anti-British dan penyebaran buku teks anti-British berlaku, maka British berhak menyekat dan menghentikan sekolah berkenaan. Sebanyak 315 buah sekolah yang bertentangan dengan dasar British disekat dan tidak didaftarkan.47 Pada tahun 1929 Gabenor Cecil Clementi, iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu merangkap Gabenor NNS (1930-1934) memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat terhadap sekolah Cina. Guru sekolah Cina hanya dilantik dalam kalangan mereka yang lahir di Tanah Melayu sahaja dan mengharamkan semua buku teks yang mengandungi unsur-unsur anti-British.48

Sekatan undang-undang British telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan guru.49 Sebagai jalan penyelesaian, sekolah menengah Cina telah didirikan. Tujuannya agar pelajar lepasan sekolah menengah dapat menjadi guru di sekolah rendah Cina. Kerajaan British turut memberikan bantuan kewangan bagi melatih guru-guru sekolah vernakular Cina sebanyak $34,700 pada tahun 1930-an.50 Selain itu, bahasa Mandarin dijadikan sebagai bahasa pengantar rasmi sekolah Cina. Menurut Laporan Jawatankuasa Tinggi Pendidikan Malaya pada tahun 1937, jumlah pelajar Cina di NNS dan NNMB seramai 86,289 orang dan meningkat menjadi 91,534 orang pada tahun 1938 dengan bilangan guru sebanyak3,415 orang.51 Sistem

46

Chief Secretary and Resident’s Report, F.M.S. 1920, hlm. 12. Rujuk juga Straits Settlements,

Annual Report 1925, hlm 242.

47

Straits Settlements, Report for 1925, hlm. 16.

48

Khoo Kay Kim, „Nasionalisme Melayu C. 1919-1941: Suatu Tatapan Semula,‟ Jebat 28, 2001, hlm 43-62.

49

Yang Jian Cheng, Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Orang Cina di Malaysia, (tiada penerbit), 1982, hlm. 129.

50

Sejarah sekolah-sekolah di Negeri Pulau Pinang, 1976, hlm. 52.

51

50

pendidikan Cina terdiri peringkat rendah selama enam tahun, peringkat menengah rendah tiga tahun dan menengah atas selama tiga tahun.