• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN VERNAKULAR

2.3 Latihan Keguruan Sekolah Vernakular

2.3.3 Penubuhan Maktab Perguruan

Pengkaji telah membincangkan dua jenis latihan keguruan yang dilaksanakan di Tanah Melayu. Kedua-duanya merupakan latihan secara separuh masa yang dilaksanakan pada hujung minggu. Latihan keguruan secara sepenuh masa mula dilaksanakan di maktab perguruan kerana institusi ini mempunyai kemudahan asrama. Sebelumnya, dijelaskan dahulu latar belakang penubuhan maktab perguruan di Tanah Melayu melalui cadangan Raffles:

87

Report of the Commission. London: Appointed by the Secretary of States for the Colonies. Jun 1939

88

Hammond, Report on Education, 1939, Appendix XVII dalam Sabihah Osman, Perkembangan

Pelajaran Bumiputera di Sarawak 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.

61

Institut yang mempunyai sifat maktab bumiputera yang mendukung cita-cita bukan hanya setakat memberi pelajaran kepada kelas penduduk-penduduk asli, tetapi juga dapat memberi petunjuk kepada pegawai syarikat itu dalam bahasa bumiputera dan membolehkan kita membuat penyiasatan mengenai sejarah, keadaan dan hasil bumi negara-negara ini dengan lebih menyeluruh lagi.89

Pernyataan ini menerangkan bahawa pihak British mendukung penubuhan maktab perguruan. Bantuan dan dana disalurkan bagi membina maktab perguruan terutamanya di NNS dan NNMB, iaitu negeri yang memberi pulangan ekonomi kepada British. Walaupun pada dasarnya ingin memajukan taraf pendidikan penduduk tempatan, dalam masa yang sama bertujuan untuk menguasai ekonomi setempat. 90

Penubuhan maktab perguruan berlaku ketika Sistem Guru Pelatih masih dilaksanakan. Tujuannya bagi menambah bilangan guru terlatih menerusi latihan di maktab perguruan. Penubuhan maktab perguruan terawal bermula di Singapura, iaitu di rumah seorang mubaligh Kristian yang bernama Rev. B. P. Keasberry pada tahun 1872. Kemudiannya, British mengubah tempat latihan ke istana lama Sultan Johor di Teluk Belanga pada tahun 1878 bagi tujuan pembelajaran yang lebih selesa. Pusat latihan baharu ini dikenali sebagai Maktab Melayu Singapura (MMS) dan merupakan maktab perguruan yang pertama di NNS. Tujuan penubuhan maktab perguruan bagi melatih guru dengan pengetahuan yang lebih baik kerana sebelumnya kebanyakan guru sekolah vernakular Melayu dilantik dalam kalangan guru agama dan guru al Quran yang hanya mengajar membaca dan menulis. Idea penubuhannya

89

Pernyataan Raffles ini dipetik dalam Francis Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hong, Pendidikan di

Malaysia, hlm. 96.

90

Isu pendidikan orang Melayu dibincangkan dalam Persidangan Tahunan 'Malayan Teachers

Association' yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1929. Presiden Persatuan “Malayan

Teachers Association” iaitu Syed Shaidali, memberi suatu gambaran tentang kedudukan malang orang Melayu. Rujuk Khoo Kay Kim, Jebat 28, hlm. 43-62.

62

dicetuskan oleh A. M. Skinner menerusi Education Report 1878. Antara isi kandungan laporan berkenaan adalah seperti yang berikut:

i. Hanya sepuluh orang penuntut dilatih dalam satu masa di Maktab Perguruan Singapura.

ii. Pemilihan pelatih diutamakan kepada penduduk NNS, dengan syarat kelayakan lulus darjah lima atau lebih serta berumur melebihi 18 tahun. British memperuntukkan perbelanjaan sebanyak $2,400.00 setahun untuk melatih guru di NNS. 91

iii. Penuntut diberikan elaun sebanyak $5.00 sebulan, dengan kenaikan $1.00 setiap tahun dan tidak melebihi $7.00.

iv. Penuntut dikehendaki membuat perjanjian perkhidmatan selama lima tahun dan bersedia untuk berkhidmat di mana-mana jua. 92

Sebelum mengikuti latihan keguruan selama dua tahun di MMS, penuntut perlu menduduki peperiksaan khas sebagai syarat untuk mengikuti pengajian. Hal ini membuktikan bahawa mereka yang layak sahaja terpilih untuk mengikuti latihan keguruan di maktab perguruan ulung itu. Pengetua pertama MMS ialah Encik Muhammad bin Mahbub dan dibantu oleh seorang guru berbangsa Eropah, iaitu R. C. Jacobson.93 Mata pelajaran yang diajar di MMS ialah Ilmu Kira-kira, Rumi (bacaan dan tulisan), Ilmu Alam, Peraturan Sekolah dan Karangan. Untuk memperoleh sijil perguruan, pelajar harus lulus dalam semua mata pelajaran yang

91

Penyata Pelajaran Negeri-negeri Selat, 1872.

92

A.M. Skinner, Education Report 1878, No. 19, S.S. 1879.

93

Report of a Committee Appointed to Enquire into the Systems of Vernacular Education in the

63

ditawarkan.94 Laporan Jawatankuasa Memeriksa Sistem Pelajaran Vernakular di NNS menyenaraikan jumlah pelajar di MMS antara tahun 1878 sehingga 1895 adalah seramai 181 orang.

Jadual 2.1

Bilangan Penuntut Yang Dilatih di Maktab Perguruan Melayu Singapura Tahun 1878-1895

Tahun Bilangan Penuntut 1878 1880 1882 1884 1886 1889 1892 1895 10 8 11 42 34 17 28 31 Jumlah 181 orang

Sumber: Report of a Committee Appointed to Enquire into the Systems of Vernacular

Education in the Colony, No, 4 S.S 1894.

Jadual 2.1 menunjukkan bilangan penuntut di Maktab Melayu Singapura dalam tempoh 1878-1895. Pada peringkat awal penubuhan, bilangan penuntut mengikut resolusi yang terkandung dalam Education Report 1878, iaitu melatih 10 orang penuntut. Namun begitu, keadaan berubah dan mencatatkan pengambilan penuntut yang lebih besar pada tahun 1884 berikutan keperluan guru akibat pertambahan bilangan sekolah. Guru keluaran MMS bukan sahaja mengajar di NNS, malahan ada yang ditempatkan di Johor dan di Kedah mengikut keperluan guru.95 Keadaan ini menunjukkan kewujudan MMS bukan hanya memberi manfaat kepada NNS bahkan lebih daripada itu. Biarpun berlaku pertambahan bilangan penuntut di MMS, namun jumlah tersebut amat kecil berbanding perbelanjaan yang dikeluarkan

94

Ibid.

95

Selepas tamat pengajian di MMS, terdapat guru dari Pulau Pinang yang dihantar berkhidmat di negeri Kedah. Rujuk SUK Kedah 2371/1353, Kedah Education Report.

64

iaitu sebanyak $3445.00 setahun. Oleh itu, menerusi Laporan Jawatankuasa Memeriksa Sistem Pelajaran Vernakular di Negeri-negeri Selat telah memutuskan penutupan MMS pada tahun 1895. Alasannya sebagai satu langkah penjimatan kerana bilangan guru terlatih yang dikeluarkan adalah kecil dan tidak memadai dengan jumlah perbelanjaan.96 Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Memeriksa Sistem Pelajaran Vernakular di Negeri-negeri Selat tahun 1894, bilangan guru yang ada seramai 345 orang, hanya 181 orang sahaja yang mempunyai sijil perguruan, iaitu dari Maktab Melayu Singapura dan yang selebihnya ialah guru yang mengajar tanpa latihan.97 Hal ini bermakna keperluan latihan yang lebih besar amat diperlukan bagi mengeluarkan guru terlatih.

Sewaktu penutupan MMS pada tahun 1895, keperluan guru terlatih di NNS dan NNMB masih belum mencukupi. Oleh itu, telah diwujudkan jawatan Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1898 bagi membimbing guru sekolah yang tidak pernah mendapat latihan keguruan. Penubuhan Sekolah Perguruan Taiping atau Sekolah Persediaan untuk Guru Lelaki Melayu merupakan satu langkah sementara yang diambil oleh kerajaan British bagi mengatasi kekurangan guru terlatih. Pelaksanaan latihan bermula pada bulan Mei 1898 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak $3,000.00 setahun.98 Peruntukan perbelanjaan ini dikongsi antara negeri Perak dan Selangor yang masing-masing menghantar lima orang penuntut.99 Berdasarkan peruntukan kewangan tersebut,

96

Report of a Committee Appointed to Enquire into the Systems of Vernacular Education in the Colony, No, 4 S.S 1894, hlm. 94.

97

Kamsiah Abdullah, „Latihan Keguruan Bagi Guru Bahasa Melayu di Singapura,‟ kertas kerja

Seminar Bahasa Melayu: Guru dan Pengembang Bahasa Melayu, Institut Penyelidikan Singapura, 3

Januari 1988.

98

Minit Mesyuarat, Malay Training School Taiping 1898, Arkib Negara Malaysia.

99

Sel/Sec.903/97 Secretary to Government Perak to Secretary to Government Selangor, 24 August 1897.

65

bangunan yang disewa hanya cukup untuk menampung sepuluh orang penuntut sahaja. Pentadbiran sekolah persediaan ini dikelola oleh seorang guru pelawat wilayah Taiping dan Matang yang bernama Shaikh Nasir. Beliau dibayar gaji tahunan sebanyak $660.00 dan dibantu oleh seorang guru penolong Melayu yang dibayar gaji $360.00 setahun.100

Mata pelajaran yang diajar lebih kepada pendidikan teknik seperti pertukangan kayu, buluh dan rotan yang berkait rapat dengan kehidupan orang Melayu yang bekerja dalam bidang pertanian dan mencari hasil hutan.101 Sekolah Persediaan untuk Guru Lelaki Melayu hanya beroperasi selama dua tahun dan ditutup pada tahun 1900. Faktor penutupannya juga atas alasan penjimatan dan bertepatan dengan tujuan asal sebagai sebuah pusat latihan yang bersifat sementara bagi memenuhi kehendak jangka pendek.102 Penutupan pusat latihan persediaan di Taiping menyebabkan kerajaan British lebih berhati-hati dalam merancang latihan keguruan. Pada tahun 1889-1900, Pemangku Inspektor Sekolah, R. J. Wilkinson mengemukakan laporan berkaitan keadaan sekolah Melayu berdasarkan latihan keguruan yang telah dilaksanakan di Maktab Melayu Singapura. Hasil laporan tersebut merumuskan bahawa mata pelajaran yang diajar di Maktab Melayu Singapura jauh daripada konteks kehidupan masyarakat Melayu dan juga tidak mengikut perkembangan semasa, iaitu:

100

Rex Stevenson, Cultivators and Administrators British, hlm. 86.

101

High Commissioner‟s Office File, 1896-1999, No 767/99, Penubuhan Pusat Latihan Guru

Taiping.

102

66

i. Pelajar perlu menghafal nama-nama sungai, gunung, lautan dan teluk-teluk di dunia dalam mata pelajaran Ilmu Alam, yang jauh daripada pengetahuan am pelajar.

ii. Kandungan mata pelajaran Ilmu Kira-kira menggunakan mata wang Inggeris, sedangkan ringgit dan sen digunakan di Tanah Melayu.

iii. Bahasa Melayu diajar secara holistik, iaitu pelajar hanya membaca tanpa memahami isi kandungan bacaan. 103

Kelemahan berkenaan menjadi faktor pemangkin penubuhan maktab perguruan yang kedua di NNS. Maktab Melayu Melaka (MMM) ditubuhkan pada 1 Mac 1900 hasil ilham Richard James Wilkinson dan S. E. Codrington dilantik sebagai pengetuanya yang pertama. Tujuan penubuhannya adalah untuk menstrukturkan semula kurikulum latihan keguruan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi ucapan R. J. Wilkinson ketika ucapan perasmian Maktab Melayu Melaka pada tahun 1900 adalah seperti berikut:

Saya hanya berharap hendak melihat kolej perguruan Melaka ini akan menjadi sebuah kilang yang akan mengeluarkan guru dan orang yang bijaksana, orang yang berpelajaran tinggi yang akan menjadi satu kegunaan yang utama kepada tempat-tempat cetak (menjadi pengarang) dan akan diakui setingginya akan segala pengetahuan dan latihan-latihan daripada bibit-bibit yang ditanam di kolej ini akan terus menjadi pokok-pokok yang sangat berharga kepada kemajuan orang Melayu. 104

Kurikulum di Maktab Melayu Melaka bertujuan agar anak-anak Melayu dapat menguasai ilmu pengetahuan dan menguruskan kehidupan mereka. Selain mendapat

103

R. J. Wilkinson ialah Pemangku Nazir Sekolah di NNS (Ogos 1898- Ogos1900). Rujuk: Memorandum dari R. J. Wilkinson kepada Residen Jeneral mengenai cadangan penubuhan Sekolah Latihan. High Commissioner’s Office File No. 758/1898.

104

67

ilmu keguruan, penuntut juga dapat mengembangkan kemahiran kepada masyarakat setempat seperti ilmu pertukangan dan kemahiran kerja tangan.105 Syarat kelayakan untuk mengikuti latihan keguruan di MMM ialah calon yang berumur melebihi 16 tahun atau lulus darjah empat sekolah Melayu dan lulus peperiksaan khas maktab.106 Kurikulum yang dilaksanakan di Maktab Melayu Melaka mengikut aras pengetahuan sedia ada pelajar dan berkait dengan persekitaran mereka:

"…the aim of the curriculum of the college is to render the students conversant with the best literature of their country and the principles of arithmetic to instruct them in the principles and practice of management, the elements of drawing and some manual work, especially carpentry..."107

Mata pelajaran yang diajar di Maktab Melayu Melaka ialah Bahasa Melayu, Senaman, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Penulisan dan Anyaman.108 Buku sastera rakyat hasil karya orang Melayu dijadikan teks pengajian di maktab perguruan seperti Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Gul-Bakawali, dan cerita-cerita jenaka Melayu.109 Selain itu, British memperkenalkan tulisan Rumi

105

Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, hlm. 21.

106

Perubahan bentuk peperiksaan khas dibuat apabila terdapat rungutan oleh McLean iaitu Nazir sekolah Selangor, bahawa guru lepasan MMM tidak pandai mengendalikan kelas dan hanya tahu teori tetapi gagal dalam melaksanakan praktikal. Peperiksaan khas maktab melibatkan tiga peringkat,iaitu peringkat pertama lulus ujian bertulis Ilmu Kira-kira, Bahasa Melayu dan Tulisan, Ilmu Alam dan Tawarikh. Peringkat kedua perlu mendapat sokongan daripada guru besar atau guru pelawat tempat calon bersekolah dan peringkat ketiga lulus temu duga yang dibuat oleh pegawai British, iaitu O. T. Dussek. Setelah memenuhi semua syarat tersebut, pelajar dapat mengikuti latihan keguruan selama dua tahun. Rujuk Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 30-31.

107

The System of Education in the Federated Malay States, Special Report on Educations Subjects, 1905, Cod 2379, hlm. 10.

108

Chenderamata, Bil. 14, April 1930, hlm. 55.

109

Mansor Sanusi, Sejarah Perkembangan, Jabatan Persuratan Pulau Pinang: Sinaran Brothers, 1955, hlm. 61.

68

dalam bahasa Melayu dan juga terus mengekalkan tulisan Jawi.110 Pada tahun 1918, mata pelajaran Tawarikh diperkenalkan di MMM.111 Antara buku sejarah yang digunakan sebagai rujukan ialah Sejarah Alam Melayu (Jilid I-V)112 dan Papers On

Malay Subjects, iaitu buku yang ditulis oleh R. J. Wilkinson.113

Jadual 2.2

Bilangan Penuntut di Maktab Melayu Melaka pada Tahun 1916-1918

Negeri/Tahun Tahun 1916 Tahun 1918 Jumlah

NNS Singapura Melaka Pulau Pinang Brunei 7 15 14 - 5 17 16 1 75 NNMB Selangor Negeri Sembilan Pahang 10 11 11 11 13 13 69 NNMTB Kedah 4 4 8 Jumlah 72 80 152

Sumber: Diubah suai daripada Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan

Melayu, hlm. 39-40.

Jadual 2.2 menunjukkan jumlah penuntut di Maktab Melayu Melaka pada tahun 1916-1918. Peluang melanjutkan pelajaran lebih terbuka kepada penuntut dari NNS dan NNMB kerana dana pengurusan ditanggung oleh negeri-negeri berkenaan.114 Kedah yang mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menghantar lapan orang penuntut bagi mendapatkan ilmu keguruan di Maktab

110

Mohd Salleh Lebar, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan, hlm. 7.

111

Khoo Kay Kim dan Ramlah Adam, The Malay College Malacca, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, hlm. 81-86.

112

Penulisan awal dikarang oleh Cikgu Abdul Hassan dan kemudiannya disudahi oleh Buyong Adil. Rujuk Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu, hlm. 76-78.

113

Papers On Malay Subjects , antara tajuk yang terdapat di dalamnya ialah The Proto Malay, The

Early Peninsular Civilisation, The Coming of the Malays, The Malacca Sultanate, The Protuegese Ascendacy, The Dutch Ascettdancy, Singapore, Johore and Muar, Early Perak History, Larut, The Perak War. Rujuk Khoo Kay Kim, „Penyelidikan, Penulisan dan Pengajaran Sejarah Tanah air untuk

Memupuk Keperibadian Malaysia,‟ Makalah, Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur, 16-l0 Ogos 1973, hlm. 139.

114

Peruntukan daripada NNS berjumlah $10,685.09, NNMB $3,933.09 dan NNMTB Kedah $420.00. Peruntukan pada tahun 1916 berjumlah $15,038.18. Rujuk Annual Departmental Report, S.S, 1902 hlm. 230-231.

69

Melayu Melaka.115 Jadual 2.2 juga memaparkan bilangan penuntut yang lebih besar jika dibandingkan bilangan di maktab perguruan sebelumnya. Sepanjang tempoh 22 tahun penubuhannya (1900-1922), MMM berjaya melatih 705 orang guru terutamanya dalam bidang Kesusasteraan Melayu.116 Guru keluaran MMM ditempatkan di sekolah menengah dan sekolah rendah Melayu di NNS dan NNMB.117 Maktab Melayu Melaka beroperasi sehingga tahun 1922 dan kemudiannya ditutup selepas penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim pada tahun 1922.118

Sewaktu pelaksanaan latihan guru di Maktab Melayu Melaka, terdapat dua buah lagi Maktab Perguruan dibina di Tanah Melayu, iaitu di negeri Perak dan juga di Johor Bahru.119 Kedua-dua maktab ini mempunyai ciri persamaan kerana didirikan bagi melatih tenaga pengajar untuk keperluan negeri sendiri, ekoran kekurangan mendapat tempat di Maktab Melayu Melaka. Maktab Melayu Matang di Perak dibuka pada 11 Oktober 1913, khusus untuk anak kelahiran negeri Perak sahaja dan perbelanjaan pengurusan ditanggung oleh Sultan Perak, iaitu Sultan Idris

115

Annual Report, Kedah 1332H (1913-1914), hlm. 15.

116

Bilangan pelatih di MMM bermula pada tahun 1900 sehingga 1922 iaitu tahun 1900 (24 orang), tahun 1902 (53 orang), tahun 1904 (60 orang), tahun 1906 (80 orang ), tahun 1908 (80 orang ), tahun 1913 (71 orang ), tahun 1916 (72 orang), tahun 1918 (80 orang), tahun 1920 (70 orang) dan tahun 1922 (80 orang). Rujuk Mansor Sanusi, Sejarah Perkembangan Pelajaran Melayu, hlm. 61.

117

Guru keluaran MMM ialah Encik Baba bin Jaudin, iaitu Penolong Nazir Sekolah Melayu Negeri Sembilan. Rujuk The Straits Times, 21hb. Julai, 1929.

118

Panduan Guru, Julai 1922, hlm. 12.

119

Malay Training College ditubuhkan di Johor pada tahun 1915 dan menjadi Maktab Perguruan Melayu Johor (MPMJ) pada tahun 1919. Maktab yang terletak berhampiran dengan penjara Air Molek ini dikelola oleh Haji Ismail bin Haji Sulaiman, iaitu Pendaftar Sekolah Johor pada ketika itu. Pada peringkat awal penubuhannya, hanya seorang pensyarah yang mengajar, iaitu Encik Kasim bin Muhammad yang berpendidikan Inggeris dan melatih sepuluh orang pelajar. M. A. Fawzi Basri, „Perkembangan Pendidikan di Negeri Johor 1856-1939: Satu Kajian Ringkas,‟ dlm. Pendidikan di

70

Murshidul‟adzam Syah dengan jumlah $15,887.00 setahun.120

Lokasi maktab bertempat di rumah Long Jaafar, iaitu bekas Menteri Larut.121

Laporan Pesuruhjaya Tinggi melaporkan:

Tuan-tuan diminta supaya mengadakan peruntukan yang lebih untuk gaji guru sekolah tempatan (vernakular). Didapati amat sukar untuk mendapatkan guru yang cekap bagi sekolah Melayu, dan walaupun Maktab Matang akan menjadi tempat berguna bagi mengadakan latihan-latihan keguruan yang penting, tetapi adalah difikirkan untuk menarik penuntut-penuntut yang baik eloknya gaji yang lebih liberal diadakan.122

Perjuangan dan kebajikan guru Melayu disuarakan oleh R. O. Winstedt, iaitu Penolong Pengarah Pelajaran bagi sekolah Melayu di NNS dan NNMB pada tahun 1916.123 Syarat kelayakan mengikuti latihan keguruan di Maktab Melayu Matang ialah lulus darjah lima sekolah Melayu.124 Pengambilan pertama di Maktab Melayu Matang berjumlah 27 orang pelajar dan purata tahunan ialah 25 orang. Jumlah keseluruhan guru yang dilatih di Maktab Melayu Matang seramai 200 orang (1913-1922).125 Maktab Melayu Matang ditadbir oleh A. Keir yang berkhidmat hingga tahun 1920.126 Mata pelajaran di Maktab Matang ialah Ilmu Hisab, Perkebunan,

120

Federated Malayan States, Annual Report on Education, 1922. Rujuk juga Mohd Zamberi A. Malek, Larut Daerah Terkaya, hlm. 117.

121

Lokasinya terletak enam batu dari bandar Taiping. Rujuk Mohd Zamberi A. Malek, Larut Daerah

Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001, hlm. 117. Rujuk juga Nordin Hussin, Larut, Matang dan Selama: Suatu Sorotan Sejarah, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010,

28-37.

122

High Commissioner, Proceeding of the Federal Council, F.M.S 1913 hlm. B45 dan B46.

123

Jumlah elaun pelajar daripada $1.50 dinaikkan menjadi $3.00 pada tahun 1922. Rujuk Mansor Sanusi, Sejarah Perkembangan Pelajaran, hlm. 63.

124

Mustaffa Kasim, „Maktab Melayu Matang, Perak 1913-1922,‟ Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974, hlm. 111.

125

Report on Education in the Federated Malay States, Kuala Lumpur: Government Printing, 1913, hlm. 2-3.

126

Sumbangan A. Keir ketika menjadi pengetua Maktab Melayu Matang telah menghasilkan buku ilmu perkebunan yang mengandungi lebih daripada 30 jenis sayuran dan dijadikan teks pengajaran di maktab perguruan. Encik Abdul Majid bin Haji Zainuddin iaitu Penolong Nazir Sekolah Perak dilantik sebagai pengetua menggantikan A. Keir yang bersara. Rujuk Jawatankuasa Penulisan

71

Quran, Lukisan, Tulisan, Bacaan, Tulisan Papan Hitam, Pengetahuan Am, Lukisan Peta dan Latihan Mengajar.127 Tenaga pengajarnya merupakan guru lulusan Maktab Melayu Melaka seperti Muhammad bin Datuk Muda Linggi (guru Bahasa Melayu), Haji Muhammad Ali (guru al-Quran), Saad Haji Hussain dan Kunda Singh (guru kawad).128 Maktab Melayu Matang turut melatih calon Penolong Nazir Sekolah Melayu, kursus untuk Guru Pelawat dan Penolong Guru Pelawat. Setelah beroperasi selama sembilan tahun, akhirnya Maktab Melayu Matang ditutup pada 26hb. Oktober tahun 1922 kerana bergabung dengan SITC.129 Tokoh terkenal keluaran Maktab Melayu Matang antaranya ialah Haji Zainal Abidin bin Ali dari Kampung Teluk Medan, Selama Perak.130

Maktab Perguruan Melayu Johor (MPMJ) yang ditubuhkan pada tahun 1919 mempunyai matlamat yang sama dengan Maktab Melayu Matang untuk melatih anak-anak tempatan menjadi guru. Idea penubuhan dikemukakan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Sulaiman, iaitu Pegawai Pendaftar Sekolah-sekolah Johor.131 Pengambilan penuntut bermula dengan bilangan yang kecil, iaitu sebanyak sepuluh orang pada awal penubuhan maktab, kemudiannya meningkat menjadi 40 orang pada

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak, „Sejarah Perkembangan Pendidikan Negeri Perak,‟ Ipoh: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak, 1985, hlm. 170.

127

Latihan mengajar mula dijalankan pada 1 November 1913, iaitu setiap kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelatih dan menjalani latihan mengajar selama seminggu mengikut kumpulan masing-masing di Sekolah Melayu Matang, Sekolah Melayu Matang Road, Sekolah Melayu Matang Gelugor dan Sekolah Melayu Simpang Empat. Latihan Mengajar diselia oleh Nazir sekolah negeri Perak. Rujuk Jawatankuasa Penulisan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak, Sejarah

Perkembangan Pendidikan Negeri Perak, hlm. 171

128

Rujuk Education Office of Perak, No.56 in Ed. Pk. N. 90/51, Arkib Negara Malaysia.

129

Memorandum on SITC and Malay Vernacular Education, 1931.

130

Hj. Zainal Abidin dilantik menjadi guru di SITC pada tahun 1924. Kejayaan beliau dalam profesion ini ialah menjadi Guru Kumpulan Kawasan Taiping (1933-1936), Guru Pelawat Tapah (1937), Penolong Nazir Sekolah Melayu Pulau Pinang (1939), Penolong Nazir Sekolah Melayu Pahang (1940), Melanjutkan pelajaran ke Universiti Connecticut (1952-1953) dan Universiti Bristol (1955), Pensyarah Kanan di Maktab Perguruan Bahasa (1958) dan menjadi Pengetua Maktab Perguruan Bahasa (1959). Rujuk Mansor Sanusi, Sejarah Perkembangan Pelajaran, hlm. 64.

131

72

tahun 1927.132 Kurikulum di MPMJ melibatkan tempoh pengajian selama tiga tahun, iaitu suatu tempoh masa yang lebih panjang berbanding tempoh masa dua tahun di Maktab Melayu Matang kerana melibatkan pengajaran akademik dan juga pendidikan Islam. Antara mata pelajaran yang terdapat di MPMJ ialah Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Lukisan, Kaedah Mengajar, Bacaan dan Rencana, dan pelajaran agama.133 Tenaga pengajarnya terdiri daripada anak-anak tempatan seperti Syed Esa Alwi, Syed Abdul Rahman bin Hasan al-Qudsi, Encik Mohd. Nor bin Sulaiman dan Tuan Syed Abu Bakar bin Agil.134 Kerajaan Johor membiayai perbelanjaan pengurusan MPMJ dengan membayar gaji guru permulaan sebanyak $45.00 sebulan, iaitu kadar gaji yang lebih tinggi daripada guru lepasan SITC yang hanya $35.00 sebulan.135 Hal yang demikian ini dibuktikan dengan pernyataan berikut:

Suatu hal yang istimewa bagi tahun ini ialah minat yang sungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh ibu bapa Melayu terhadap sekolah. Lima