• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN VERNAKULAR

2.2 Sejarah Awal Sekolah Vernakular

2.2.1 Sekolah Vernakular Melayu

Perkembangan sekolah vernakular Melayu bermula di Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sekolah Melayu terawal terletak di Pulau Pinang apabila Penang Free School membuka kelas bahasa Melayu pada tahun 1821. Kemudiannya didirikan sekolah Melayu pertama, iaitu Sekolah Melayu Gelugor

7

Definisi sekular ialah hal yang berkaitan dengan ilmu keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 1416. Rujuk juga Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institut of Islamic and Civilization, 1993, hlm. 15. Rujuk Awang Had Salleh, Pelajaran

dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980,

hlm. 12.

8

40

pada tahun 1826.9 Sekolah vernakular Melayu didirikan atas daya usaha kerajaan British, majikan serta kesedaran masyarakat Melayu yang mempunyai latar belakang pendidikan dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan imam masjid. Pada tahun 1840, sekolah Melayu yang kedua didirikan, iaitu Sekolah Melayu Juru dan diikuti dengan Sekolah Melayu Jalan Baharu pada tahun 1848.10 Perkembangan sekolah Melayu turut berlaku di Singapura menerusi penubuhan dua buah sekolah pada tahun 1856, iaitu Sekolah Melayu Telok Belanga dan Sekolah Melayu Kampung Gelam. Penubuhan sekolah vernakular Melayu dibiayai oleh kerajaan British dan tujuannya bagi melahirkan tenaga kerja rendah seperti pembantu pejabat dan kerani.

Walau bagaimanapun, sekolah yang didirikan terpaksa ditutup kerana kurang mendapat sambutan masyarakat Melayu yang beranggapan pendidikan sekular bertentangan dengan agama Islam.11 Malahan, ibu bapa lebih cenderung menghantar anak mereka mendapat pengajian al-Quran di surau, masjid, pondok dan madrasah.12 Bagi menarik minat anak Melayu ke sekolah, pihak British turut mengadakan pengajaran al-Quran di sekolah vernakular Melayu dan guru diambil dalam kalangan tokoh agama seperti haji dan khatib yang mengajar kelas al-Quran.13 A. M. Skinner yang dilantik memegang jawatan Nazir Sekolah Vernakular Melayu di Seberang

9

Didirikan oleh Tuan Brown, tuan punya ladang getah. Bilangan murid sangat kecil dan terdiri daripada murid lelaki sahaja. Murid belajar di dalam bangunan yang hanya berlantai dan berdinding papan, dan berbumbung atap nipah. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Menelusuri Abad ke-21, Pulau Pinang: Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, 2016, hlm. 8. Rujuk juga Sejarah Sekolah Pulau Pinang, 1976, hlm. 7.

10

Ibid.

11

Mohd Salleh Lebar, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan, hlm. 4.

12

Sebelum pendidikan sekular diperkenalkan, pendidikan orang Melayu adalah berorientasikan keagamaan dan tumpuan pada pengajaran al-Quran. Rujuk Ahmad Jelani Halimi, „Sistem Pendidikan Melayu (Islam) Tradisional Merujuk kepada Sistem Pendidikan Pondok di Kedah: Asal Usul dan Perkembangannya hingga 1957‟ Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1989, hlm. 2

13

41

Perai pada tahun 1872 bertindak membuat perubahan, iaitu orang Melayu harus mengikuti pelajaran di sekolah pada waktu pagi dan mengikuti pelajaran al-Quran pada waktu petang.14 Pada waktu pagi, tumpuan pelajaran adalah terhadap pelajaran Bahasa Melayu dan pada waktu petang murid-murid akan belajar pelajaran al-Quran.

Keadaan ini membentuk dua corak pendidikan yang berbeza, iaitu pendidikan sekular Inggeris dan pendidikan tradisional Islam. British hanya membayar gaji kepada guru yang mengajar pendidikan sekular sahaja dan tidak kepada guru al– Quran. Tindakan Skinner memasukkan pengajaran al-Quran di sekolah Melayu menambahkan bilangan pelajar yang bersekolah. Pada tahun 1872, terdapat 16 buah sekolah Melayu di NNS, iaitu dua buah sekolah di Singapura, lima buah sekolah di Pulau Pinang dan sembilan buah sekolah di Melaka dengan bilangan pelajarnya seramai 596 orang.15 Pada tahun 1874, bilangan pelajar di Pulau Pinang meningkat kepada 237 orang dengan bilangan sekolah sebanyak tujuh buah.16 Perkembangan sekolah vernakular Melayu turut berlaku di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) seperti Perak dan Selangor. 17 Di Perak, jumlah sekolah pada 1891 ialah 91 buah,18 dan di negeri Selangor terdapat 40 buah sekolah Melayu dengan bilangan pelajar seramai 1652 orang pada tahun 1902.19

14

Proceeding of the Legislative Council, 1870.

15

Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu, hlm. 3.

16

Straits Settlements, Annual Report on Education, 1874, hlm. 43.

17

Bilangan sekolah bertambah menjadi 89 buah dengan bilangan pelajar seramai 2, 230 orang pada tahun 1882 dan meningkat menjadi 7,218 pada tahun 1892 dengan bilangan sekolah Melayu sebanyak 189 buah. Rujuk The Nineteenth- Century British Approach to Malay Education.

18

Mohd Nor Long, „Perkembangan Sekolah Melayu di Negeri Perak 1889-1956,‟ Latihan Ilmiah, DHUM, 1968, hlm. 24.

19

Zainuddin Leman, „Perkembangan Pelajaran Melayu di Selangor 1875-1930‟, Latihan Ilmiah DHUM, 1973, hlm. 16.

42

Secara umumnya, kurikulum yang diajar di sekolah vernakular Melayu berasaskan kepada tiga kemahiran utama, iaitu membaca dan menulis dalam bahasa ibunda (tulisan jawi) serta mengira. Bagaimanapun, ia diajar pada tahap yang minimum, iaitu setakat pendidikan rendah selama empat tahun. Alasannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, iaitu dasar pendidikan British yang mahu mengekalkan anak Melayu dengan pekerjaan ibu bapa mereka. Mata pelajaran yang diajar dalam tempoh empat tahun ialah Menulis, Ejaan, Bacaan, Ilmu Hisab, Mengarang, Latihan Jasmani dan Latihan Congak.20 Selepas tamat persekolahan empat tahun, murid sekolah vernakular Melayu berpeluang meneruskan persekolahan menerusi Special Malay Class21 atau Kelas Khas Melayu (KKM) sebelum melayakkan mereka mengikuti persekolahan di sekolah Inggeris.

Sekolah vernakular Melayu terus berkembang selepas pelantikan R. O. Winstedt sebagai Penolong Pengarah Pelajaran bagi NNS dan NNMB pada tahun 1916. Beliau berusaha untuk memajukan pendidikan Melayu dengan membuat lawatan ke Jawa dan juga Filipina untuk mendapatkan ilmu tentang perkebunan dan anyaman.22 Lanjutan daripada itu, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah vernakular Melayu bagi meningkatkan kemahiran orang Melayu dalam bidang pertanian dan pembuatan. Walaupun tindakan British terlihat seperti membela pendidikan orang Melayu, namun matlamat asal British adalah untuk mengekalkan orang Melayu dengan taraf pendidikan yang

20

Diterjemah daripada Laporan Jawatankuasa Pendidikan Vernakular, 1894, hlm. 28.

21

Pada tahun 1930-an anak-anak Melayu diberi peluang untuk memasuki sekolah Inggeris melalui

Special Malay Class. Kelas ini terbuka kepada pelajar yang tamat darjah empat sekolah Melayu dan

umurnya tidak melebihi 12 tahun. Syarat kelayakan untuk mengikuti KKM ialah lulus peperiksaan Bahasa Melayu, Ilmu Hisab dan Pengetahuan Am. Rujuk D.O.K 13-78, Special Malay Class.

22

R. O, Winstedt, Report on Vernacular and Industrial Education in the Netherlands East Indies and

43

rendah dan sekadar menghapuskan buta huruf. Panduan Guru turut mencatatkan tentang taraf pendidikan orang Melayu:

Pelajaran Melayu di Semenanjung pada masa ini hanya mempunyai dua peringkat sahaja iaitu pelajaran daripada darjah 1 - 4 yang merupakan tingkat permulaan dan peringkat yang kedua ialah yang didapati dari maktab Melayu yang boleh disamakan seperti pelajaran Inggeris yang dipanggil secondary education. Inilah sahaja penghabisan pelajaran Melayu yang ada sekarang.23

Tindakan British memberikan pendidikan minimum kepada orang Melayu adalah bertujuan:

i. Mengekalkan kestabilan politik di Tanah Melayu dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan.

ii. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung sebagai penanam padi.

iii. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. iv. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dengan

masyarakat berbilang bangsa. 24

Pernyataan yang dibuat oleh Awang Had Salleh membuktikan bahawa, dasar pendidikan British di sekolah vernakular Melayu sekadar melahirkan tenaga kerja rendah dalam pentadbiran British. Dengan pendidikan rendah tersebut, orang Melayu hanya berupaya menjadi guru di sekolah rendah Melayu.25

23

Panduan Guru, Januari 1924, hlm. 125.

24

Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu, hlm. 12.

25

44

Di Borneo Utara, walaupun penduduk Melayunya tidak ramai tetapi kerajaan

Chartered Company menubuhkan sekolah Melayu untuk memberikan pendidikan

secara percuma kepada kaum bumiputera kerana menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca.26 Walau bagaimanapun, perkembangan sekolah Melayu di Borneo Utara agak perlahan kerana sikap kerajaan yang tidak berminat terhadap pendidikan kaum bumiputera. Sehingga tahun 1934, hanya terdapat lapan buah sekolah Melayu yang didirikan oleh kerajaan. Malahan kerajaan melalui jabatan pelajaran yang ditubuhkan pada tahun 1909 telah mengeluarkan satu garis panduan yang tidak membenarkan sekolah Melayu didirikan di kawasan pedalaman atas alasan sukar untuk diawasi. Oleh yang demikian dapatlah dibayangkan perkembangan pendidikan bagi anak-anak bumiputra di pedalaman Borneo Utara. Pendidikan Melayu di Sarawak lebih beruntung kerana di samping mengajar tiga perkara asas membaca, menulis dan mengira, murid turut diajar Ilmu Alam, Bahasa Inggeris dan Tawarikh.27