• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latihan Keguruan di Sarawak dan Borneo Utara

BAB 3 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1945-1955

3.5 Ordinan Pelajaran 1952

3.5.3 Latihan Keguruan di Sarawak dan Borneo Utara

Perkembangan pendidikan di Sarawak dan Borneo Utara terpisah dengan dasar pelajaran yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu. Pemimpin politik Sarawak dan Borneo Utara memperjuang dasar pelajaran yang berbeza dengan Tanah Melayu, iaitu mereka ingin mengekalkan bahasa Inggeris sebagai pengantar di sekolah dan juga penggunaan bahasa etnik peribumi. Begitu juga halnya dengan pendidikan guru, tidak ada koordinasi dalam pelaksanaan latihan keguruan kerana mengikut hala tuju dan matlamat masing-masing. Namun terdapat guru lulusan SITC dan Maktab Melayu Melaka yang dihantar bertugas di Sarawak dan Borneo Utara pada tahun 1946. Selain itu, terdapat juga anak tempatan Sarawak dan Borneo Utara yang mengikuti latihan keguruan di Semenanjung Tanah Melayu akibat kekurangan tempat latihan keguruan dalam negeri sendiri.

Terdapat sebuah latihan keguruan di Sarawak, iaitu Sarawak Malay Teachers'

College yang dibuka semula pada 25 Januari 1946 selepas penyerahan tentera

Jepun.91 Namun SMTC ditutup sekali lagi pada tahun 1947 apabila berlaku gerakan anti-penyerahan Sarawak kepada British yang menyebabkan ramai pegawai kerajaan meletakkan jawatan sebagai tanda protes.92 Antaranya termasuk 87 orang guru dan

91

Seramai 23 orang pelatih lelaki dipanggil semula untuk meneruskan pelajaran di SMTC dan pengambilan baharu seramai 29 orang dengan kelayakan tamat darjah empat sekolah rendah. Rujuk Sarawak Education Department, Annual Reports 1947.

92

Sewaktu tentera Jepun mentadbir Sarawak, kerajaan British melalui Jawatankuasa Kabinet Perang di London bersetuju menjadikan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British. Pada 24 Oktober 1945, Raja Vyner Brooke menandatangani perjanjian dengan Setiausaha Tanah Jajahan, George Hall bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British kerana Raja Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk membangun semula Sarawak selepas pendudukan Jepun. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan, tetapi keputusan mesyuarat Majlis Negeri pada 15 dan 16 Mei 1946 adalah majoriti memihak penyerahan Sarawak. Sementara itu, Datu Bandar Abang Haji Mustapha yakin Sarawak memerlukan sokongan dan bantuan British, sebelum mampu berdiri sendiri dan memajukan sosial serta sumber alam. Dengan itu, Tanah Jajahan British melaksanakan upacara

128

22 buah sekolah kerajaan Brooke telah ditutup. British yang mengambil alih pentadbiran Sarawak memperuntukkan sejumlah $704,806.00 untuk menubuhkan sebuah pusat latihan guru yang baharu pada tahun 1947. Peruntukan turut diperoleh daripada tabung Pembangunan dan Kebajikan Kolonial. Sebuah kem tahanan perang semasa pendudukan Jepun di Batu Lintang diambil alih dan dijadikan sebagai Pusat Latihan Guru Batu Lintang (PLGBL) pada Julai 1948. Kebanyakan guru pelatih Melayu dari SMTC dipindahkan ke sini.93

Ketika PLGBL sedang dalam proses pembinaan, seramai 19 orang pelatih lelaki kumpulan pertama diambil untuk mengikuti latihan keguruan dan diikuti dengan kumpulan kedua seramai 56 orang, iaitu empat orang dari Sabah dan selebihnya penduduk tempatan di Sarawak yang terdiri daripada suku kaum Kenyah, Iban, Melayu, Bisayah, Murut dan Kelabit.94 Sesi pembelajaran dilaksanakan di Madrasah Melayu Kampung Jawa dan pelatih menginap di sebuah banglo lama di

Springfield, iaitu lokasi yang berdekatan dengan madrasah.

Bilangan pelatih meningkat kepada 115 orang pada tahun 1949 dan sepuluh orang daripadanya ialah pelatih dari Brunei. Mereka diberi kemudahan yuran pengajian, penginapan, pengangkutan percuma dan elaun persendirian sebanyak

penyerahan Sarawak di hadapan Mahkamah, Pangkalan Batu, Kuching pada 1 Julai 1946. Peristiwa ini dikenali sebagai Hari Penyerahan. Upacara ini antara lain dihadiri Pesuruhjaya Tinggi MacDonald sebagai wakil kerajaan British, Ketua Setiausaha Negeri Sarawak, pemangku Gabenor Sarawak, C. W. Dawson. Rujuk Abdullah Zakaria Ghazali, „Brooke, British dan majlis Negeri; Berakhirnya Dinasti Brooke dan bermulanya Jajahan Mahkota Sarawak‟, Kertas kerja di 23rd Internasional Association of Historians of Asia, 23-27 August 2014 di TH Hotel, Alor Setar Kedah, hlm. 1-10.

93

Tidak ada maklumat mengenai kedudukan SMTC selepas pelajarnya berpindah ke Pusat Latihan Guru Batu Lintang.

94

Patricia Choo, „Latihan Perguruan di Sarawak‟ dalam Bahagian Pendidikan Guru, Pendidikan

129

$7.50 sebulan.95 Pada peringkat awal penubuhan PLGBL, kelayakan masuk hanya lulus darjah empat sahaja, tetapi pada tahun 1952 tahap kelayakan minimum ditingkatkan kepada lepasan darjah enam dan tempoh masa latihan selama dua tahun.96 Mulai tahun 1954, tempoh kurus dipanjangkan menjadi tiga tahun untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran guru pelatih dalam menghadapi tugas mengajar di sekolah menengah.

Pusat Latihan Guru Batu Lintang (PLGBL) ditadbir oleh M. G. Dickson, iaitu seorang Pegawai Pelajaran di Sarawak dan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Kebanyakan tenaga pengajar dibawa dari luar negara mengikut kepakaran masing-masing seperti pertukangan tangan, latihan jasmani dan pakar kesihatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health

Organization (WHO). Seorang pegawai wanita dari United Kingdom ditugaskan

untuk mengajar mata pelajaran pendidikan awal kanak-kanak kepada tiga orang pelatih perempuan di PLGBL.97 Terdapat juga anak tempatan yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan kelulusan tamat tingkatan II dan tingkatan III. Tujuannya sebagai latihan persediaan menjadi tenaga pengajar di PLGBL setelah mereka tamat pengajian.

Kurikulum di PLGBL terdiri daripada kursus amali seperti kaedah pengajaran, pengurusan organisasi bilik darjah, kemahiran tradisional dan aspek kebudayaan tempatan. Pengajaran agama disediakan untuk pelatih yang beragama Kristian dan

95

Patricia Choo, „The History of Batu Lintang College‟ dalam Journal of the Malaysian Historical

Society, Sarawak Branch, hlm. 31.

96

Sarawak Education Dept., Triennial Survey 1958-1960, Kuching Government Printers, hlm. 4.

97

130

Islam.98 Kegemilangan PLGBL diiktiraf sebagai maktab perguruan pertama yang melatih guru dalam kapasiti yang besar dan terdapat penyertaan pelajar dari luar negeri, iaitu dari Borneo Utara dan Brunei. Pada bulan Oktober tahun 1952, PLGBL mendapat penghormatan lawatan Duchess of Kent.99 Pusat Latihan Guru Batu

Lintang turut menyediakan latihan keguruan kepada kaum Cina Sarawak pada tahun 1955, kerana bilangan guru Cina tidak terlatih yang semakin meningkat. Faktor peningkatan bilangan guru disebabkan pengenalan skim gaji baharu pada tahun 1955.100 Syarat kelayakan minimum yang ditetapkan ialah Sijil Junior Persekolahan.101

Setelah membincangkan perkembangan latihan keguruan di Sarawak, kajian ini juga menyentuh perkembangan latihan keguruan di Borneo Utara. Sebelum tahun 1952, tidak ada pusat latihan guru di Borneo Utara kerana bekalan guru dibawa dari Semenanjung Tanah Melayu dan terdapat guru dari Borneo Utara mengikuti latihan keguruan di Sarawak. Hal ini diungkapkan oleh M. H. Baker dalam bukunya Sabah

The First Ten Years As A Colony 1946-1956:

Since the war there has been a shortage of trained teachers of all sorts. For several years there were no facilities for training them in the colony. In 1947 a few teachers trained at the Sultan Idris Training College in Malaya were engaged, four men were sent for training to Sarawak, but no more could be accepted and accommodation in Malayan training Schools was also very limited. At this time only 14 out of an

98

Patricia Choo, Pendidikan Guru: Terbitan Khas, hlm. 53.

99

Duchess melawat dan juga merasmikan Maktab Perguruan Kent di Sabah pada bulan yang sama. Terdapat juga lawatan daripada Rt. Hon. Malcolm Mac Donald iaitu Canselor Universiti Malaya di Singapura yang menyampaikan sijil-sijil kepada penuntut-penuntut yang menamatkan kursus mereka. Rujuk Patricia Choo, Journal of the Malaysian, hlm 31.

100

Sebelum itu, guru tidak terlatih Cina ditawarkan kontrak jangka pendek dengan gaji yang rendah tanpa mengira kelulusan. Namun pada tahun 1955, kadar gaji baharu diperkenalkan, iaitu bayaran gaji mengikut kelulusan dan berbeza-beza antara guru terlatih dengan guru tidak terlatih. Skim gaji baharu ini menimbulkan minat orang Cina untuk menyertai profesion perguruan di Sarawak. Ibid.

101

131

establishment of 169 teachers in the government vernacular schools were trained teachers. Few could speak English or had received any education beyond the fifth standard of a vernacular school.102

Petikan memaparkan keperluan latihan keguruan tempatan. Penghantaran guru untuk mendapatkan latihan keguruan di SITC dan Sarawak memerlukan perbelanjaan yang besar. Selain itu, pelantikan guru sementara tidak dapat menyelesaikan masalah kerana mereka tidak ada pengetahuan dan kemahiran.103 Oleh itu, kerajaan British telah bertindak melantik Roy Edgardo Perry sebagai Pengarah Pelajaran di Borneo Utara bersama-sama dengan Kapten Paisley dan Lt. A. N. Ritchie pada tahun 1946 bagi memulihkan pentadbiran dan pelajaran di Borneo Utara.104 Langkah awal yang diambil oleh R. E. Perry ialah menubuhkan Rancangan Kemajuan Lima Tahun bagi tempoh 1947-1952.105 Antara isi kandungan rancangan lima tahun ialah penubuhan maktab perguruan di Borneo Utara.

...that the building of a North Borneo Teachers Training College, in view of its urgency, should have priority over any other building projects and should be started at the earliest possible date...106

Perry menemukan bahawa kelemahan pendidikan di Borneo Utara berpunca daripada kekurangan guru terlatih dan mencadangkan penubuhan sebuah maktab

102

M. H., Baker, Sabah The First Ten Years As A Colony 1946-1956, Department of History University of Singapura, 1965, hlm 74.

103

Kekurangan guru menyebabkan Kerajaan British melantik guru sementara untuk mengajar. Selain itu, tawaran menjadi guru turut dibuka kepada isteri pegawai Eropah yang bertugas di Borneo Utara. Langkah ini tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru kerana keperluan guru terlatih dalam kuantiti yang besar. Rujuk Laporan Tahunan Jabatan Pelajaran Borneo Utara, 1946.

104

North Borneo, Annual Report of the Education Department for 1950, hlm. 13.

105

Rancangan lima tahun turut merangka satu dasar pelajaran baharu, iaitu pelajaran rendah selama enam tahun, pelajaran kesihatan dan pertanian turut diberi keutamaan, menubuhkan sekolah rendah campuran (pelajar lelaki dan perempuan) dan meningkatkan tumpuan dalam bahasa Inggeris. Pelajaran vokasional diberi perhatian dengan menambahkan pelajaran menengah dan menyediakan sumber guru terlatih bagi sekolah di Borneo Utara. Rujuk R. E. Perry, A Five Year Plan of

Educational Development For The Year 1947-1951, Jesselton: Education Department, 1946.

106

Annual Report on The Colony of North Borneo, North Borneo, Government Printing Department, 1950.

132

perguruan berasrama di Borneo Utara.107 Akhirnya sebuah kawasan baharu dibuka dengan keluasan 38 ekar di Tuaran, iaitu 22 batu dari Jesselton. Kelulusan projek pembinaan maktab perguruan diperoleh daripada Jabatan Setiausaha Negara British berserta dengan perbelanjaan tahunan untuk lima tahun sebanyak $72,067.00.108 Dana tersebut diperoleh daripada tabung Pembangunan dan Kebajikan Kolonial atau

Colonial Development and Welfare.

Pengambilan pelajar seramai 40 orang bermula pada 15 April 1952.109 Daripada jumlah tersebut, terdapat empat orang pelajar dibawa dari Semenanjung Tanah Melayu, sebagai persediaan menjadi guru bahasa Melayu di Borneo Utara.110 Ketika pengambilan dibuat, bangunan maktab belum siap sepenuhnya menyebabkan latihan keguruan dilaksanakan di Pusat Latihan Pertukangan atau Trade School di Menggatal, Borneo Utara. Maktab itu dibuka dengan rasminya pada 18 Oktober, 1952 oleh HRH The Duchess of Kent dan dinamakan sebagai Maktab Perguruan Kent (MPK).111 Penubuhannya memberikan makna kepada kemajuan pendidikan dan menjadi maktab perguruan yang pertama di Borneo Utara.112 Maktab Perguruan Kent

107

Ordinan Pelajaran pada 17 April 1947 mengemukakan keperluan sebuah maktab di Borneo Utara, iaitu sebagai pusat latihan guru khusus untuk kaum Bumiputera. Rujuk North Borneo, Annual Report of the Education Department for 1948.

108

Ibid.

109

Daripada jumlah tersebut, 22 orang merupakan guru sementara dan 18 orang pelajar lelaki tamat darjah lima atau darjah enam sekolah rendah Melayu yang berumur antara 14-18 tahun. Bagi guru sementara yang ditawarkan untuk mendapatkan latihan keguruan, syarat kelayakan ialah berumur tidak melebihi 30 tahun dan pengalaman mengajar selama 5 hingga 21 tahun. Rujukan di Muzium Maktab Perguruan Kent, Sabah.

110

Mohd Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 58.

111

Sabah Annual Summary Report on The Department of Education, Jesselton: Government Printing Department, 1962, hlm. 11.

112

Ucapan H. R. H The Duchess of Kent, Opening of Teachers Training College, Tuaran, North Borneo 18th Oktober 1952.

133

melatih guru sekolah rendah dan juga guru sekolah menengah rendah.113 Antara kursus yang ditawarkan di MPK ialah:

i Kursus dua tahun untuk guru pelatih yang lulus darjah enam sekolah rendah. (KDT).114

ii Kursus satu tahun untuk guru yang berpengalaman mengajar sekurang-kurang 5 tahun tetapi belum terlatih (KST).

iii Kursus dua tahun bagi guru sekolah Cina (KDTC). Pengambilan bermula bulan Julai 1953.

iv Kursus satu tahun bagi guru sekolah rendah Inggeris (KSTI). v Kursus dua tahun bagi guru sekolah rendah Inggeris (KDTI).115

MPK juga menawarkan kursus KSTI dan KDTI kepada guru tidak terlatih di sekolah rendah Inggeris yang mempunyai pengalaman mengajar dan memiliki kelulusan North Borneo Junior Certificate of Education.116 Maktab Perguruan Kent

(MPK) menawarkan pelajaran umum seperti Pelajaran Kesihatan dan Latihan Jasmani, Ilmu Tanaman, Ilmu Perdagangan, Ilmu Alam atau Sivik, Seni Lukis, Kraf Tangan, Sains Rumah Tangga, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Ilmu Kira-kira dan Sains.117 Terdapat juga latihan ikhtisas dan latihan pembinaan watak guru seperti Pendidikan Umum, Pendidikan Profesional, Kaedah Pengajaran dan Latihan Kepimpinan.118 Kandungan kurikulum di MPK sama seperti kurikulum di

113

R. E. Perry, A Five Year Plan, hlm. 16.

114

Pada tahun 1956, kursus KDT ditamatkan kerana kelayakan untuk mengikuti latihan keguruan ditingkatkan dan tiada lagi ambilan untuk lepasan tahun enam sekolah Melayu. Ibid.

115

M.H. Baker, Sabah The First Ten Year, hlm. 74.

116

Francis Wong Hoy Kee dan Ee Tiang Hong, Pendidikan di Malaysia, hlm. 75.

117

North Borneo, Annual Reports of the Education Department, 1956.

118

Mohd Nor Long, „Teachers Education in Sabah: Problems and Priorities,‟ dalam Seminar

134

SITC, kerana Pengetua MPK yang pertama, iaitu John A. Alman merupakan bekas pengetua SITC yang ke-14 pada tahun 1952.119 Sebahagian daripada tenaga pengajar di MPK dibawa dari luar negara seperti Eropah, China dan India. Antaranya dua orang pensyarah wanita yang mengajar Bahasa Inggeris dan Kaedah Pengajaran serta seorang guru Kraf tangan dari New Zealand yang dipinjamkan menerusi Rancangan Colombo.120 Terdapat dua orang guru dari negara China dan seorang guru sambilan dari India. Syarat kelayakan tenaga pengajar import untuk mengajar di Borneo Utara mestilah boleh menguasai bahasa Melayu, bahasa Kadazan atau bahasa Cina serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya setempat.

Satu pernyataan dibuat oleh John Alman mengenai tenaga pengajar di MPK iaitu;

… the teacher and the school in which he teaches, will need to be most closely linked with environment and community of the child. Most school children will return to the environment in which they grow up. In North Borneo, the majority of native will remain in an agricultural environment, with only a few moving away into commerce, administration, professional posts of industry, not to adopt teaching to the environment will certainly result in not meeting the needs of the community in remote rural areas…121

Kehadiran tenaga pengajar dari luar negara juga menggalakkan anak tempatan melanjutkan pelajaran ke seberang laut.122 Selain tenaga pengajar luar negara, keperluan tenaga pengajar tempatan tetap ada, antaranya merupakan lulusan SITC

119

Pengalaman Alman dalam bidang pendidikan guru diaplikasikan di Borneo Utara dengan memperkenalkan latihan praktikal berkebun, bertukang, kerja tangan dan latihan mengajar. Rujuk Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 93-96. Rujuk juga Carta Organisasi Pengetua SITC di Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

120

Rancangan Colombo merupakan program pendidikan dalam negara anggota Komanwel.

121

John A. Alman, An Evaluation of Teacher Training in North Borneo, 1960.

122

Abdul Aziz Hj Abdul Kadir, „Tiga Puluh Tahun Latihan Perguruan di Sabah: 1952-1982‟ dalam Bahagian Pendidikan Guru, Pendidikan Guru Terbitan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982, hlm. 47.

135

seperti Cikgu Haji Othman Sidek.123 Guru pelatih yang mendapat latihan keguruan di MPK dapat mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat. Rancangan Lima Tahun oleh R. E. Perry yang berakhir pada tahun 1952, diteruskan pula oleh E. W. Woodhead, iaitu Ketua Pegawai Pelajaran Country of Kent United

Kingdom yang dibawa ke Borneo Utara pada tahun 1954. Tujuannya adalah untuk

memantau perkembangan pelajaran terutamanya aspek pembiayaan pelajaran dan penyusunan semula pentadbiran pelajaran. Laporan Woodhead diterbitkan dalam tahun 1955 bertajuk North Borneo Educational Survey mengandungi beberapa fokus, antaranya:

i. Aspek pembiayaan kewangan.

ii. Langkah meningkatkan pelajaran rendah, pelajaran menengah, pelajaran dewasa dan vokasional.

iii. Mewujudkan sistem pendidikan baharu di Borneo Utara dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan dan pentadbiran. iv. Kemudahan latihan keguruan perlu ditambah bagi menyediakan guru

terlatih.124

123

Mohd Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, hlm 58.

124

Pada tahun 1954 terdapat seramai 26 420 pelajar sekolah rendah dan menengah dan bilangan guru terlatih seramai 161 orang. Kesan daripada Laporan Woodhead telah berlaku peningkatan jumlah pelajar kepada 26 841 pelajar dan 229 orang guru terlatih pada tahun 1955. Rujuk The Educational Planning and Research Division, Educational Statistic of Malaysia 1938 to 1967, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm. 128. Rujuk juga E. W. Woodhead, North Borneo Educational

136

3.6 Rumusan

Penjajahan Jepun walaupun hanya dua tahun setengah memberi impak yang besar kepada perkembangan pendidikan. Pemerintahan Jepun yang bersifat kuku besi telah menimbulkan semangat nasionalis untuk membebaskan unsur penjajahan di negara ini. Keadaan ini menyemarakkan sikap anti penjajah di sanubari rakyat. Apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas perang Dunia Kedua, dalam masa yang sama muncul semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat, maka lahirlah pelbagai parti politik demi memperjuangkan ras masing-masing dengan fahaman tertentu. UMNO, PAS dan MPAJA mewakili kaum Melayu Islam. Manakala MCA dan MIC mewakili kaum Cina dan India. Timbul kesedaran agar semua kaum perlu disatukan bagi mencapai satu matlamat iaitu kemerdekaan. Ianya perlu dimulakan melalui pendidikan awal lagi.

Ternyata perancangan pendidikan selepas Perang Dunia Kedua bagi menuju ke arah sebuah negara yang merdeka untuk memenuhi dua objektif. Objektif jangka pendek bertujuan memulihkan keadaan sekolah yang rosak dan musnah, manakala objektif jangka panjangnya ialah untuk membina semula sistem pendidikan secara menyeluruh, supaya setiap kaum dapat menikmati perkembangan pendidikan. Pelajaran rendah diberi melalui bahasa ibunda masing-masing iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. British mula menggalakkan integrasi sosial dari kumpulan yang berbeza apabila maktab perguruan berasrama ditubuhkan.

Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak perubahan pendidikan orang Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang

137

Dunia II pada tahun 1945. Mengikut laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Jawatankuasa Barnes mengesyorkan sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Hal ini menyebabkan masyarakat Cina rasa kedudukan mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri, terhasilnya Laporan Wu pada tahun 1951. Laporan Fenn-Wu berusaha dan bertujuan untuk mempertahankan pendidikan masyarakat Cina.

Laporan Barnes dan Fenn-Wu telah disediakan semasa keadaan darurat sedang memuncak. Untuk tujuan ini, langkah pertama ialah menyatukan semua sekolah yang mempunyai berbagai-bagai bahasa pengantar menjadi satu sistem yang berpadu dan mudah difahami. Di samping itu timbul keperluan melahirkan tenaga kerja berkualiti yang diperlukan. Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1951 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat untuk dicapai.

Ordinan Pelajaran adalah percubaan pertama yang konkrit untuk menubuhkan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Masalah keselamatan dalam negeri menjadi faktor yang mempengaruhi dua laporan mengenai pelajaran, iaitu Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Kerajaan bercadang untuk menggunakan pelajaran sebagai alat untuk mengawal dan menyatukan sekolah Cina. Pengaruh politik orang-orang Melayu menyedarkan kerajaan penjajah British tentang perlunya meningkatkan taraf pelajaran orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu menyokong dasar bagi memperkenalkan aliran Melayu dengan sebulat suara.

138

Bab tiga ini menemukan bahawa pelaksanaan latihan guru sekadar menambahkan bilangan guru semata-mata tanpa ada penanda aras penilaian guru yang dianggap sebagai terlatih. Setiap program penyediaan guru dilaksanakan dengan syarat kelayakan yang berbeza-beza daripada serendah darjah empat sehingga lulusan Higher School Certificate. Kesannya melahirkan guru pelbagai kemahiran dan mengikut fahaman masing-masing dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

139