• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1956-1966

4.2 Laporan Razak 1956

4.2.1 Latihan Guru Sekolah Rendah

Laporan Razak 1956 cuba menyatukan latihan keguruan bagi sekolah vernakular dan sekolah Inggeris dengan satu ketetapan bahawa semua guru sekolah rendah perlu mempunyai kelulusan minimum yang sama, iaitu tamat tiga tahun pendidikan menengah atau mempunyai Lower Certificate Education (LCE). 20

Latihan Keguruan Rendah: Pusat latihan harian/maktab latihan harian dan maktab perguruan dipertanggungjawabkan untuk melatih guru dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kursus dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Kelayakan akademik ialah tamat tingkatan tiga atau gred sembilan dan mempunyai kelulusan LCE. Akan tetapi pada tahun 1964, kelayakan masuk ditingkatkan kepada gred 11 atau tamat tingkatan lima dan mempunyai kelulusan Overseas School Certificate/Federation of Malaya Certificate

Examination. Guru ini ditempatkan mengajar di sekolah rendah umum.21

20

Menerusi Penyata Razak 1956, ditubuhkan Lembaga Peperiksaan yang mengendalikan peperiksaan

Cambridge, peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dan Lower Certificate of Education (LCE). Peperiksaan Overseas Senior Cambridge (OSC) dimansuhkan pada

tahun 1956. Rujuk Marzita Abdullah, 50 perubahan peperiksaan sejak sebelum merdeka dalam

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0401&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm, (tarikh diakses pada 01/07/2015)

21

149

Latihan bagi guru sekolah rendah dapat dibahagikan kepada dua jenis mengikut kategori dan kelayakan, iaitu:

i Kursus tiga tahun: Latihan secara sepenuh masa selama dua tahun di maktab perguruan dan latihan mengajar selama setahun serta kursus pada hujung minggu. Kelayakan minimum untuk mengikuti latihan keguruan ini ialah lulusan LCE dan calon yang mempunyai Sijil Persekolahan (SC) tetapi tidak mendapat kepujian dalam bahasa utama.

ii Kursus dua tahun: Latihan sepenuh masa di maktab perguruan dengan kelayakan minimum SC atau setara dengannya serta mempunyai kepujian dalam bahasa utama.22

Kedua-dua kategori kursus ini dilaksanakan di tiga buah maktab perguruan berasrama dan 12 buah DTC di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada tahun 1957. Calon guru sekolah rendah dilatih sebagai guru am dan guru bahasa dengan sasaran tahunan sebanyak 3000 orang setahun.23 Jumlah pengambilan pelatih bagi setiap pusat latihan adalah antara 30-150 orang setiap tahun.24 Iklan berkaitan dengan pengambilan guru diterbitkan dalam akhbar tempatan seperti New Straits Times,

Berita Harian, Utusan Melayu, Tamil Nesan, Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang

22

Ibid.

23

Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960, hlm. 52.

24

Jumlah perbelanjaan melatih guru sebanyak $26.33juta pada tahun 1956-1960. Jumlah peruntukan perbelanjaan latihan guru sekolah rendah pada tahun 1956 hingga 1970 berjumlah $31.33juta. Rujuk Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, hlm. 24. Jumlah permohonan untuk menjadi guru yang diterima pada tahun 1966 ialah sebanyak 20, 736 orang. Daripada jumlah tersebut jumlah calon yang lulus temu duga adalah seramai 7962 orang bagi latihan keguruan menengah dan 6414 bagi latihan keguruan rendah. Pelatih yang tamat latihan keguruan perlu mengikuti syarat perjanjian, iaitu berkhidmat di sekolah selama lima tahun. Rujuk juga Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960, hlm. 83.

150

Poh.25 Proses mengikuti temu duga dilaksanakan serentak bagi pengambilan guru untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pusat temu duga dibuka di setiap negeri bagi melancarkan proses temu duga. Pada tahun 1965-1966 terdapat 11 buah Lembaga Pemilihan Daerah dan setiap pusat tersebut terdiri daripada empat orang panel.26 ( Lampiran H )

Sepanjang mengikuti latihan keguruan rendah mahupun menengah, pelatih diberi elaun antara $30.00-$245.00 sebulan bergantung pada tahap kelulusan pelatih dan juga berdasarkan tempoh pengajian.27 Peruntukan tambahan pada tahun 1966 kepada 20 buah DTC/MTC sebanyak $48,100.00 untuk pembayaran gaji tenaga pengajar. Dua orang pensyarah sambilan diambil untuk mengajarkan pendidikan agama kepada pelatih di Maktab Perguruan Ilmu Khas dengan bayaran $7.50 sejam, iaitu dua jam seminggu selama enam minggu.28 Keperluan guru mengikut kategori, iaitu guru bahasa kebangsaan sebanyak 16%, guru bahasa kedua 8%, guru Matematik dan Sains 16%, guru bahasa untuk kelas pemulihan 10%, dan guru am 50%.29

Berdasarkan keperluan tersebut, guru dilatih melalui latihan keguruan rendah dan juga menengah di Tanah Melayu. Setiap pusat latihan guru mempunyai fokus dan matlamat masing-masing seperti melatih guru pakar bahasa, guru am dan guru teknik vokasional. Bahagian Latihan Guru (BLG) berperanan menyelaras latihan

25

KP: 9066/Vol II (36) Pilihan untuk Latihan Guru Bagi Tahun 1965.

26

Sheikh Hussein, „Federation of Malaya, No.3 of 1957, The Registration of Teachers Ordinance 1956‟ dalam Ordinan, Peraturan, Kaedah dan Undang-undang di Bawah Akta Pelajaran 1961, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976, hlm. 5.

27

The Educational Planning and Research Division, Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1968, hlm. 55.

28

Jumlah guru yang diperlukan antara tahun 1965-1970 bagi kedua-dua jenis sekolah adalah sebanyak 22,929 orang. Rujuk KP. 1575/26 Vol 1, Specialist Teachers Training Institute Kuala Lumpur, Supplementary Allocation Warrant 1966.

29

151

keguruan di Tanah Melayu.30 Manakala latihan keguruan di Borneo Utara dan Sarawak dikendalikan oleh jabatan pelajaran masing-masing. Pemilihan pelatih untuk mengikuti latihan perguruan rendah dan menengah dilaksanakan serentak dengan mekanisme yang sama, iaitu melalui proses temu duga dan lulus peperiksaan bertulis dengan catatan markah antara 38-42 markah.31 Pelatih yang layak akan ditempatkan mengikut pilihan bidang masing-masing berdasarkan jenis latihan keguruan di maktab perguruan atau Day Training Centre (DTC).

4.2.1 (a) Day Training Centre (DTC)

Selaras dengan cadangan Laporan Razak, 12 buah DTC telah ditubuhkan. DTC yang merupakan pusat latihan yang tidak berasarama berhadapan dengan cabaran prasarana kerana tidak mempunyai bangunan sendiri. Pelatih perlu mengikuti latihan keguruan pada hujung minggu dan menumpang di sekolah yang terpilih di kawasan bandar seperti Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Muar, Taiping, Teluk Anson dan Kuala Terengganu.32 Kurikulum DTC menggunakan empat aliran bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.33 Setiap pelatih yang mengikuti latihan keguruan sekolah rendah perlu mengambil kursus bahasa utama dan bahasa kedua yang ditawarkan di pusat latihan guru.

30

Bahagian Latihan Guru melaksanakan program latihan guru pra perkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan, latihan kepada pensyarah, latihan kepada pegawai akademik dan kakitangan bukan akademik. Rujuk Unit Latihan dan Kemajuan Ikhtisas Kakitangan, Fail Kementerian Pelajaran Malaysia, 1957, hlm. 13.

31

RCP/908/55 Selection Board for Appointment as Probationer Teachers in Malay Schools, hlm 1-3.

32

Temu ramah dengan Encik Md Yusof Jaafar, pelatih DTC Alor Setar pada tahun 1965. Beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana kedudukan DTC yang jauh di bandar dan kemudiannya beliau mendapat tawaran bekerja dengan jabatan perhutanan. Temu ramah dilaksanakan di Langkawi pada 10 Disember 2015.

33

152

Jadual 4.1

Jenis-jenis Kursus Perguruan bagi Guru Sekolah Rendah

Kursus Bahasa Utama Bahasa Kedua A B C D Melayu Inggeris Cina Tamil Inggeris Melayu Melayu Melayu

Sumber: KP. 9066/(47) Explanatory Booklet on Teacher Training Courses, Ministry of Education, Malaysia 1964.

Jadual 4.1 menunjukkan latihan guru sekolah rendah ditawarkan dalam empat bahasa utama (bahasa pengantar) dan bahasa kedua. Bagi kursus bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil, pelatih perlu mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Syarat kelayakan bagi kursus tiga tahun untuk kursus A, B, C, D ialah satu daripada yang berikut:

i. Mempunyai kelulusan peperiksaan Federation of Malaya Certificate (FMC) dan lulus dalam bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lulus dalam bahasa kedua iaitu, Bahasa Inggeris untuk kursus A atau lulus dalam Bahasa Melayu untuk kursus B, C, D. Lulus

Senior Cambridge.34

ii. Lulus Junior Middle III atau Lulus Chinese Secondary Schools

Promotion Examination dan lulus dalam ujian kelayakan guru untuk

kursus Bahasa Cina sahaja.

34

Temu ramah dengan Cikgu Ghazali Abd Raof. Beliau merupakan pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1963-1964. Beliau merupakan mantan pensyarah di Maktab Perguruan Pulau Pinang. Temu ramah dilaksanakan di Sungai Dua, Seberang Perai Pulau Pinang pada 17 Mei 2016.

153

iii. Mempunyai kelulusan Sijil Persekolahan atau FMC (Pengantar Inggeris) atau Sijil Pelajaran Persekutuan (Pengantar Melayu) dan tanpa kepujian dalam bahasa utama.

iv. Berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil sahaja. Guru harus lulus dalam Bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan dalam Sijil Rendah Pelajaran dengan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun di sekolah bantuan kerajaan. 35

Syarat kelayakan yang dikenakan memberi ruang kepada pelajar yang berbeza latar belakang akademik untuk menjadi guru. Namun syarat asas minimum adalah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran untuk mengikuti kursus A, B, C dan D.

35

Had umur untuk mengikuti latihan keguruan tiga tahun ialah calon yang lahir antara tahun 1944-1947 (antara umur 16-20 tahun). Manakala umur untuk kursus tiga tahun bagi guru sementara dan calon lulusan sekolah Cina dan calon Sijil Pelajaran Persekutuan yang tiada kredit dalam bahasa utama ialah lahir antara tahun 1941-1946 (antara umur 17-23 tahun ). Rujuk KP. 1575/14. Day Teachers Training, hlm. 3-5

154

Jadual 4.2

Pusat Latihan dan Jenis Kursus

Nama Institusi Perguruan Rendah Jenis Kursus A, B, C, B

Catatan Kumpulan A: Berasrama

1. SITC Tanjung Malim (Lelaki sahaja)

2. MWTC Melaka (Perempuan Sahaja )

3. KBTC Kota Baharu (Lelaki dan Perempuan )

A, B

Peruntukan mengikut negeri. Hanya untuk calon Melayu.

Kumpulan B: Tidak Berasrama 1.Maktab Latihan Harian, Kuala Lumpur

2. Maktab Latihan Harian, Pulau Pinang

3. DTC Alor Setar, Kedah 4. DTC Taiping 5. DTC, Ipoh 6. DTC, Telok Anson 7. DTC Seremban 8. DTC Melaka 9. DTC Muar 10.DTC, Johor Bharu 11.DTC Raub 12.DTC Kuantan 13.DTC Kuala Terengganu A, B, C, D A, B, C A, B A, B A, B A, B A, B A, B A, B A, B A, B A, B A, B

Hanya satu pusat latihan untuk kursus D

Sumber: KP. 1575/14 Day Teachers Training

Jadual 4.2 menunjukkan latihan keguruan sepenuh masa dilaksanakan SITC, MWTC dan KBTC. Ketiga-tiga maktab ini melatih guru Sekolah Rendah (Bahasa Melayu) bagi program dua tahun untuk kursus A dan B. Kursus yang sama juga dilaksanakan di 13 buah DTC termasuk Maktab Latihan Harian Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang turut menawarkan kursus C, iaitu bahasa Cina sebagai bahasa utama.36 Sementara kursus D, iaitu bahasa Tamil sebagai bahasa utama hanya ditawarkan di Maktab Latihan Harian Kuala Lumpur pada tahun 1960 kerana

36

155

bilangan pelatihnya yang kecil.37 Maktab Perguruan Harian Kuala Lumpur merupakan satu-satunya maktab perguruan yang menawarkan keempat-empat jenis kursus A, B, C dan D.

Pelaksanaan kursus keguruan bagi guru sekolah rendah melibatkan jangka masa pengajaran selama 27 jam/minggu dan dibahagikan mengikut mata pelajaran Muzik, Seni dan Bahasa, Matematik, Sejarah, Sains, Geografi dan Sastera.38 Kurikulum latihan keguruan rendah juga memberi tumpuan kepada aspek komunikasi, daya kreatif dan rekreasi sebagai persediaan untuk berhadapan dengan murid-murid sekolah rendah yang berada pada peringkat penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas.39 Latihan mengajar merupakan salah komponen kurikulum DTC. Bagi pelatih yang mengikuti kursus tiga tahun, mereka perlu mengikuti latihan mengajar pada setiap tahun bermula dari tahun pertama selama dua minggu dan tiga minggu pada tahun kedua. Pada tahun ketiga pelatih perlu mengikuti latihan mengajar secara berpasangan bagi tujuan refleksi dan pemantapan latihan mengajar.40 Pelatih yang mengikuti kursus dua tahun, tempoh masa latihan mengajar lebih lama, iaitu empat minggu hingga setahun. Dalam tempoh ini pelatih dapat mengutip pengalaman mengendalikan kelas dan menguasai kaedah pengajaran. 41

37

Pemusatan latihan keguruan Tamil adalah sebagai salah satu langkah penjimatan. Perbelanjaan untuk seorang guru pelatih ialah sebanyak $525.15, perbelanjaan pengangkutan dan elaun harian. Perbelanjaan pengurusan dapat dikurangkan melalui pemberian Warrant, iaitu bagi latihan guru Tamil dapat dikurangkan sebanyak 1000, iaitu tahun sebelumnya sebanyak 2700, tetapi pada tahun 1959 hanya berjumlah 1700. Rujuk Education Negeri Sembilan 187/58, Estimates for Teachers

Training Classes 1959.

38

Diubah suai daripada The Educational Planning and Research Division, Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1968, hlm. 55.

39

Pusat perkembangan kurikulum, Rancangan Pendidikan Umum untuk Sekolah di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 21 November 1980, hlm. 48.

40

R. Supramaniam, „Kenangan terhadap Perkembangan Maktab/Pusat Latihan Harian,‟ dalam

Pendidikan Guru Terbitan Khas, 1983, hlm. 67.

41

Laporan Mengenai Pelaksanaan Syor-syor Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960. Kementerian Pelajaran Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

156

Kewujudan DTC telah meningkatkan bilangan guru terlatih di Tanah Melayu. Bilangan guru terlatih keluaran DTC pada tahun 1960 seramai 1345 orang, meningkat menjadi 1521 orang pada tahun 1961, seramai 1855 pada tahun 1962 dan 2689 orang pada tahun 1963. Guru lepasan DTC ditempatkan bertugas di seluruh Tanah Melayu mengikut keperluan sekolah.42 DTC turut berperanan melatih guru bagi negeri Sarawak dan Borneo Utara selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Program khas melibatkan tempoh masa setahun.43

Selain itu, DTC turut menawarkan kursus lanjutan di luar negara dan tawaran itu terbuka kepada tenaga pengajar DTC. Contohnya, pada tahun 1962, iaitu Encik Jamaluddin Ali yang merupakan bekas pengelola DTC Johor Baru dihantar ke Brinsford Lodge untuk melanjutkan pengajian.44 Selain itu, Cikgu Samuri bin Alif dari DTC Muar melanjutkan pelajaran ke England pada 18 September 1965 menerusi Rancangan Commonwealth Teacher Training Bursary Schemes dan mengikuti latihan keguruan di School of Education, University of Manchester, England.45 Cikgu Ismail Abu Bakar dari DTC Kuala Terengganu, melanjutkan pelajaran ke Sydney Australia pada 23 Februari 1967 bagi mengikuti kursus Diploma

42

Daripada jumlah tersebut, kursus Bahasa Melayu seramai 4174 orang, bahasa Inggeris 3893 orang, bahasa Cina 163 orang, bahasa Tamil seramai 66 orang dan kursus tanpa bahasa kedua seramai 789 orang. Guru yang tamat latihan ditempatkan di negeri di Semenanjung Malaysia seperti di negeri Perlis 199 orang, Kedah 1035 orang, Pulau Pinang 637 orang, Perak 1332 orang, Selangor 1513 orang, Negeri Sembilan 879 orang, Melaka 508 orang, Johor 1413 orang, Pahang 570 orang, Kuala Terengganu 480 orang dan Kelantan 522 orang. Rujuk KP/370.71 Day Training College from 1960-1964

43

Maktab Kirkby melatih 400 guru khas untuk menjawat jawatan tenaga pengajar selepas pembentukan Malaysia sehingga tahun 1965. Rujuk Universiti Pendidikan Sultan Idris, Warisan

Maktab Kirkby 1951-1962, 2010, hlm. 53.

44

Berita Harian, 22 April 1988, Guru Tetap dikirim ke Brinsford, hlm.

45

KP.9066/Vol 111/(19) Penyata Suku Tahunan Pertama bagi 1966, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1966.

157

in The Teaching of English As a Second Language di bawah Rancangan Colombo.46

Pada tahun 1968, taraf kelayakan minimum untuk mengikuti latihan keguruan di DTC ditingkatkan daripada Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).47 Pelatih yang mempunyai SPM mengikuti kursus perguruan selama dua tahun sahaja. Syarat tambahan juga dikenakan, iaitu lulus dalam bahasa pertama dengan kepujian dalam kesusasteraan bahasa pertama atau lulus dalam bahasa pertama dengan kepujian dalam mata pelajaran tertentu selain daripada mata pelajaran agama. Elaun sepanjang pengajian ialah $45.00 sebulan (tahun satu dan tahun dua) dan $105.00 (tahun ketiga-lelaki ) dan $100.00 (tahun ketiga-perempuan). 48

Jadual 4.3

Jumlah Pelatih di Maktab/Pusat Latihan Harian Tahun 1957 – 1966 Tahun Kursus 3 Tahun Kursus 2 Tahun

1957 1958 1959 1960 1961 1962 1963 1964 1965 1966 244 271 325 250 147 169 134 141 165 183 - - - - 127 51 24 41 42 51 Jumlah 2029 336

Sumber: R. Supramaniam, Pendidikan Guru Terbitan Khas, hlm. 68.

Jadual 4.3 menunjukkan bilangan guru yang menyertai maktab dan pusat latihan harian antara tahun 1957 hingga tahun 1966. Kursus yang ditawarkan meliputi jangka masa tiga tahun dan dua tahun. Kursus tiga tahun ditamatkan pada

46

Ibid.

47

K. P. 9066/Vol.III/(127) Penyata Suku Tahunan Yang Pertama bagi 1967, Bahagian Latihan Guru, 1967.

48

158

tahun 1968 disebabkan taraf kelayakan calon yang semakin tinggi dan hanya memerlukan kursus selama dua tahun.49 Kursus dua tahun dilaksanakan bermula pada tahun 1961 dengan bilangan pelatih tertinggi iaitu 127 orang. Hal ini disebabkan peningkatan keperluan guru berdasarkan syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960 untuk memajukan pendidikan teknik dan pendidikan bahasa Melayu. DTC berjaya melatih 656 orang guru dalam tempoh sembilan tahun (1961-1969).

Sehubungan dengan penamatan kursus tiga tahun, Kementerian Pelajaran menutup beberapa buah DTC seperti di Alor Star, Taiping dan Teluk Anson kerana jumlah pelatih yang sedikit, iaitu kurang daripada 1000 orang. Faktor penutupan sesebuah maktab perguruan juga disebabkan lokasinya yang berada di tengah bandar, kemudahan infrastruktur yang terbatas dan keluasan kawasan yang terhad untuk pembangunan. Laporan Aminuddin Baki 1964 memaparkan penutupan DTC kerana kelemahan dan kegagalan sistem latihan.

Guru DTC tidak boleh mengajar bacaan Jawi, janggal dalam mengajar Bahasa Melayu kerana belajar akademik dan profesionalisme dalam bahasa Inggeris. Tidak cukup tinggi pengetahuan. Semakan semula perlu dibuat tentang kelayakan akademik untuk mengikuti latihan, bahasa pengantar yang sama antara pusat latihan dengan bahasa pengantar di sekolah, kekurangan guru dalam pengajaran, kemudahan latihan tempat guru belajar. Perbaiki ilmu keguruan dalam ilmu jiwa, kaedah mengajar am, kaedah mengajar khas, prinsip pendidikan dan pentadbiran pelajaran.50

Pernyataan ini menunjukkan kegagalan DTC dari aspek pelaksanaan dan juga pengurusan kurikulum. DTC gagal menyatukan guru dan membentuk agenda

49

R. Supramaniam, Pendidikan Guru Terbitan Khas, hlm. 68

50

159

nasional kerana masih menggunakan bahasa pengantar yang berbeza-beza antara sekolah vernakular. Program DTC dimansuhkan mulai tahun 1973 dan pusat latihan harian di naik taraf menjadi maktab perguruan menerusi Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975.51

4.2.1 (b) Trained Under Other Schemes (TUOS)

Terdapat kursus latihan guru sekolah rendah yang diteruskan sehingga selepas merdeka. Antaranya ialah kursus Trained Under Other Schemes (TUOS) yang diperuntukkan kepada guru Melayu di luar bandar. Pada tahun 1957 kursus TUOS diganti dengan Kursus Dalam Cuti yang dikendalikan oleh guru pelawat atau guru yang berpengalaman secara latihan pos.52 Faktor kekurangan tempat latihan dan kekurangan pensyarah menyebabkan latihan ini dilaksanakan secara pos.

Menerusi latihan pos, seorang pensyarah memantau 30 orang guru pelatih sehingga mereka tamat pengajian tiga tahun. Pensyarah yang dilantik adalah dalam kalangan guru pelawat dan guru yang berpengalaman dengan bantuan kakitangan akademik yang berkelayakan.53 Antara tenaga pengajar latihan guru dengan pos ialah Encik Harith Liki, Encik Ismail Mohd. Amin, Encik Murshid bin Masud, Encik Ismail Hassan, Encik Jamaluddin Abdullah dan Muhammad bin Jaafar yang merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris.54 Pusat operasi latihan dengan

51

Pelajar yang masih berada di pusat latihan harian diarah agar berpindah ke maktab/pusat latihan harian yang lain. Sejumlah 2,068 orang guru yang tamat latihan ditempatkan untuk mengajar di sekolah rendah pada tahun 1968. Rujuk Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan, 1971, hlm. 27.

52

Berita Harian, 1 November 1962.

53

Payments of Instructors of Malay Teachers Training Classes, dalam Teachers Under Other Schemes (TUOS)1950, Arkib Negara Malaysia, hlm. 1-2.

54

160

pos ialah di Sekolah Teknik, Jalan Maxwell, Kuala Lumpur pada tahun 1961 dan berpindah ke Maktab Teknik di Jalan Gurney, Kuala Lumpur pada tahun 1962.55

Kurikulum latihan dengan pos berfokus kepada kursus llmu Pendidikan dan kursus Bahasa Melayu. Keperluan kursus Bahasa Melayu untuk meningkatkan kecekapan berbahasa kerana kebanyakan guru yang mengikuti latihan dengan pos mempunyai kelulusan peringkat sekolah rendah sahaja.56 Kursus llmu Pendidikan merangkumi pendidikan psikologi kanak-kanak, pengelolaan bilik darjah, alatan pengajaran, kaedah mengajar bagi setiap mata pelajaran kecuali mata pelajaran khas seperti Bahasa Inggeris, Muzik dan Agama.57

Syarat kelayakan mengikuti kursus dengan pos ialah lulus peperiksaan khas kelolaan jabatan pendidikan negeri.58 Latihan dengan pos ditamatkan pada tahun 1965 kerana tiada komitmen daripada guru seperti tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, kelemahan latihan dengan pos ialah kekurangan buku rujukan sehingga ada pensyarah yang menyediakan buku rujukan sendiri untuk kegunaan guru di bawah pemantauannya. Harith Muhammad Liki menterjemah buku rujukan mengenai dasar pengajaran untuk kegunaan program latihan guru melalui pos. Seramai 2140 orang guru menamatkan pengajian menerusi program latihan dengan pos bermula 1961-1965.59

55

Harith Muhammad Liki, „Latihan Guru dengan Pos‟, dalam Bahagian Pendidikan Guru, Pendidikan

Guru Terbitan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982, hlm. 64.

56

Temu ramah dengan Cikgu Norasyikin Abdullah. Beliau merupakan mantan tenaga pengajar TUOS. Guru TUOS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pelbagai peringkat umur. Temu ramah dilaksanakan di Hotel Tabung Haji, Alor Setar Kedah pada 23 Ogos 2014.

57

Mohd Salleh Lebar, Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 2000, hlm 54.

58

Harith Muhammad Liki, „Latihan Guru dengan Pos‟, hlm. 65.

59

161

4.2.2 Latihan Guru Bahasa

Berdasarkan cadangan Laporan Razak 1956, diwujudkan jawatan guru pakar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di semua sekolah di Tanah Melayu.60 Tujuannya selari dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua jenis sekolah.61 Guru bahasa memainkan peranan sebagai tempat rujukan di sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, Maktab Perguruan Bahasa (MPB) ditubuhkan pada 12 Januari 1958 di Bukit Senyum, Johor Bahru dan dipindahkan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1959. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan kursus khas selama enam bulan sehingga dua tahun kepada guru Melayu supaya mereka dapat menjadi guru pakar bahasa Melayu di semua jenis sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan dan di maktab perguruan.

Selain tumpuan dalam bidang bahasa, pelatih juga perlu mengikuti opsyen pilihan seperti mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah dan menengah.62 Guru pakar bahasa menjadi rujukan dalam kalangan guru dan berperanan menggantikan guru sandaran tidak terlatih yang tamat kontrak.63 Maktab Perguruan Bahasa bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memajukan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti. Kerjasama ini melibatkan pemilihan buku teks dalam bahasa