• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latihan Keguruan Selepas Perang Dunia Kedua

BAB 3 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1945-1955

3.2 Latihan Keguruan Selepas Perang Dunia Kedua

Sultan Idris Training College (SITC) yang telah beroperasi semenjak tahun 1922,

terhenti pengoperasiannya sewaktu pendudukan Jepun dan akhirnya dibuka semula bulan Mac 1946. Faktor pembukaan semula SITC bagi meneruskan latihan keguruan yang di Tanah Melayu dengan memanggil kembali 277 orang penuntut yang tertangguh pengajian mereka. Daripada jumlah tersebut hanya 131 orang sahaja yang melaporkan diri untuk menyambung pengajian. Hal yang demikian ini disebabkan terdapat pelajar yang tinggal jauh di luar bandar dan luar negeri seperti Brunei dan terdapat penuntut yang telah mendirikan rumah tangga.1 Penuntut yang mendaftar semula diberikan kursus intensif selama empat bulan bertujuan untuk menghidupkan kembali minat profesional dan merangsang minda mereka sebelum dilantik sebagai guru terlatih.2 Pengurusan dan pentadbiran SITC diterajui oleh seorang yang berpengalaman, iaitu Major J. Pearce yang dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Awam di Tanjung Malim.3

1

Malayan Union, Annual Report on Education in the Malayan Union For the Period 1st April 1946

to 31st Disember 1946, hlm. 71.

2

Terdapat 26 orang penuntut dari Perak menyambung pengajian di SITC. Rujuk Annual Report on the Sosial and Economic Progress of the People of Perak for period 1st January to 31st December 1947, Kuala Lumpur: Cetakan Kerajaan, 1947, hlm. 66.

3

100

Keadaan yang sama juga berlaku pada guru pelatih wanita di Malay Women’s

Training College (MWTC) di Melaka yang dibuka semula pada I Jun 1946.

Seramai 46 penuntut dipanggil semula untuk meneruskan pengajian mereka.4 Namun bilangan pelajar yang mendaftar untuk menyambung pengajian begitu kecil kerana faktor jarak yang jauh di luar bandar serta terdapat penuntut yang telah berkeluarga.5 Hal yang demikian ini menyebabkan MWTC membuat pengambilan baharu pada tahun 1946 dengan sedikit pindaan kandungan latihan. Antaranya, tempoh masa latihan dipanjangkan daripada dua tahun menjadi tiga tahun pada tahun 1947 disebabkan adanya tambahan mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Agama Islam dalam kurikulum pengajian. Selain itu, gerak kerja kokurikulum seperti Sukan dan Muzik telah diwajibkan dan termasuk dalam jadual waktu pembelajaran.6

MWTC turut membina sekolah baharu dalam kawasan maktab sebagai kemudahan penuntutnya menjalani latihan mengajar. Antara sekolah yang baharu dibuka ialah Sekolah Melayu Bukit Baru, Sekolah Melayu Bukit Cina dan Sekolah Tun Fatimah.7 Cik Lomas, iaitu Pembantu Penyelia Wanita telah dilantik sebagai pengetua untuk membangunkan semula MWTC.8 Pengambilan penuntut di MWTC terus bertambah daripada 72 orang pelajar pada tahun 1950 menjadi 217 orang pada

4

28 orang guru pelatih tahun kedua dan 18 orang pelatih tahun pertama yang menangguhkan pengajian akibat perang dipanggil semula untuk meneruskan pengajian mereka. Rujuk Jubli Intan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka: 1935-2010, 75 Tahun Memperkasakan

Pendidikan Guru, 2010, hlm. 14.

5

Pengambilan semula pelajar 1946. Panggilan melalui telegram kepada mereka yang mempunyai anak kurang dua tahun disediakan tempat asuhan. Rujuk Reopening MWTC Melaka, 20 May 1946.

6

Ibid,.

7

Jubli Intan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, hlm. 14.

8

Sehingga tahun 1946, jumlah guru perempuan di Tanah Melayu ialah seramai 745 orang, iaitu 106 guru lulusan maktab perguruan, 366 guru lulusan kelas normal dan 273 orang menerusi sistem guru pelatih. Jumlah ini menjadikan keseluruhan guru di Tanah Melayu pada 1947 ialah seramai 1892 orang. Namun jumlah tersebut masih tidak mampu menampung pertambahan pelajar menyebabkan ramai guru sementara dilantik untuk mengajar dengan bayaran gaji $60.00 sebulan. Guru terlatih menerima gaji permulaan sebanyak $100.00 sebulan dengan kenaikan gaji tahunan antara $10.00 sehingga $200.00. Rujuk Malayan Union, Report on Education 1946, hlm. 71.

101

tahun 1955.9 Selain latihan sepenuh masa di SITC dan MWTC, latihan keguruan selepas Perang Dunia Kedua juga termasuk Sistem Kelas Normal dan guru TUOS.10 Sistem Kelas Normal yang dilanjutkan selepas tahun 1945, melibatkan semua jenis sekolah vernakular dan sekolah Inggeris. Tempoh masa latihan Kelas Normal telah dipanjangkan menjadi tiga tahun untuk memberi ruang kepada pelatih lebih mendalami isi pelajaran. Kurikulum latihan Kelas Normal Inggeris terdiri daripada teori dan praktikal serta ujian Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris.11

Bagi Kelas Normal Cina, latihan diberikan kepada penuntut-penuntut yang tertangguh pengajian seramai 25 orang. Selain itu, pengambilan baharu juga dibuat untuk mengikuti kursus Simplified Normal Training Course pada tahun 1946. Kelayakan calon guru terbuka kepada lulusan Junior Middle III dan guru yang tamat darjah enam sekolah rendah Cina. Seramai 207 orang telah mengikuti latihan Kelas Normal Cina sehingga tahun 1947.12 Selain kursus Simplified Normal Training

Course, Kelas Normal Cina juga mempunyai kursus Normal Simplified pada

ditubuhkan pada tahun 1948. Guru dilatih untuk mengajar semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah dan menengah Cina.

Antara mata pelajaran tambahan yang diajar dalam kursus Normal Simplified ialah Teori Pendidikan, Pentadbiran Sekolah, Rancangan Mengajar Sekolah Rendah, Kaedah Mengajar, Ujian dan Statistik. Kursus Normal Simplified ditutup oleh

9

Federation of Malaya, Annual Report on Education 1955, hlm. 48.

10

Bilangan kanak-kanak Melayu yang mengikuti kelas khas pada tahun 1948 adalah seramai 3,009 orang. Rujuk D.O.K 13-78 Special Malay Class..

11

Seramai 1162 orang pelatih mengikuti latihan kelas normal Inggeris pada tahun 1950, iaitu 542 orang pelatih tahun pertama, 415 orang pelatih tahun kedua dan 205 orang pelatih tahun ketiga Rancangan Semakan Semula Kelas Normal bagi Sekolah Inggeris 1950-1953, hlm. 1-3.

12

Francis Wong Hoy Kee dan Ee Tiang Hong, Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books ( Asia ) Ltd., 1974, hlm. 15.

102

British selepas beroperasi selama dua tahun kerana pengisian kurikulumnya terdapat agenda anti-Barat melalui penggunaan buku teks dan kaedah pengajaran yang mengikut negara China.Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu berasal dari Tanah Besar China dan mereka sering berulang alik antara dua negara ini. Sudah pasti fahaman dari negara China dibawa masuk ke Tanah Melayu. Selain itu, kumpulan Cina di Tanah Melayu yang terdiri daripada pengusaha lombong dan ahli perniagaan telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak pemerintah parti Kuomintang. Semenjak terasasnya pemerintahan Kuomintang atau doktrin komunis di negeri China, kerajaan British terpaksa menghadapi masalah pergerakan subversif di sekolah Cina. Masalah ini menjadi bertambah rumit lagi apabila ramai guru dibawa dari negari China.13 Sekolah dijadikan pusat menyemai sentimen anti-kerajaan British menerusi penyebaran risalah dan propaganda.14 Hal ini menyebabkan British menyekat kemasukan guru dari negara China dan latihan keguruan dilaksanakan dalam negara.

Kelas Normal Cina memberi khidmat kepada masyarakat menerusi kursus dalam masa cuti pada tahun 1948. Kursus ini juga mengalami kegagalan kerana pelaksanaan pada hujung minggu atau cuti sekolah menyebabkan guru terbeban dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Faktor penutupan program ini, juga disebabkan oleh sumber rujukan pembelajaran yang terhad, kekurangan bangunan dan kekangan waktu pengajaran menyebabkan kursus ini hanya beroperasi selama setahun. Setelah semua kursus yang dilaksanakan dalam latihan Kelas Normal Cina ditutup, British telah mengambil alih program latihan dengan menganjurkan Kursus

13

Victor Purcell, The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press. 1948, hlm. 323-333.

14

Lee Chee Ying, „Sejarah Perkembangan Latihan keguruan Di Malaysia; Satu Tinjauan‟, Jurnal

103

Latihan Guru Senior Normal pada tahun 1949. Latihan dilaksanakan selama dua tahun secara sepenuh masa di sekolah-sekolah yang terpilih. Segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan British dan seramai 328 orang pelatih telah mengikuti latihan keguruan di empat buah sekolah menengah, iaitu:

i Sekolah Menengah Nan Hwa – Sitiawan, Perak

ii Sekolah Menengah Perempuan Hock Kian – Pulau Pinang iii Sekolah Menengah Kuen Seng – Kuala Lumpur

iv Sekolah Menengah Pei Fong – Melaka.15

Kurikulumnya dibahagikan kepada bidang akademik dan juga ikhtisas. Bidang akademik terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Alam, Kaji Hayat dan Seni Lukis. Bidang ikhtisas pula terdiri daripada Teori Pendidikan, Pentadbiran Sekolah, Rancangan Kerja Sekolah Rendah dan Kaedah Mengajar. Pada tahun 1953, bilangan pelajar bertambah menjadi 533 orang dan semakin banyak sekolah menengah Cina yang menganjurkan Kursus Senior Normal terutamanya di negeri Perak.Antaranya ialah Sekolah Menengah Yok Choy Ipoh, Sekolah Menengah Raja Perempuan (1953), Sekolah Menengah Hua Lian, Taiping (1954) dan Sekolah Menengah Pei Yuan, Kampar (1956).16 Kelas Normal Cina turut dilaksanakan di Sekolah Han Chiang Pulau Pinang dan tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai pelajaran negeri Pulau Pinang serta guru sekolah menengah Cina yang berkelayakan.17

15

Ibid.,

16

Pusat Latihan Green Lane, Pulau Pinang turut menawarkan kursus pada hujung minggu kepada guru sementara yang mengajar di sekolah Cina. Kursus Senior Normal ditamatkan pada tahun 1958 setelah berjaya melatih sembilan kumpulan guru terlatih. Ibid., hlm. 90.

17

Pembukaan kursus dirasmikan oleh Dr. N. K. Menon iaitu Pengarah Pendidikan dan Kesihatan Pulau Pinang pada 13 Ogos 1956. Kursus ini berjaya melatih seramai 333 orang guru sekolah rendah

104

Latihan Kelas Normal Tamil juga diteruskan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan Telok Anson. Pusat latihan yang baharu dibuka di Taiping dengan bilangan pelajar seramai 150 orang, dan terdapat penyertaan wanita sebanyak 20 orang. Tenaga pengajar kebanyakannya dari negara India atau guru sekolah Inggeris. 18 Sebelum mengikuti latihan keguruan, calon guru perlu lulus peperiksaan persediaan bagi guru bahasa Tamil/Telegu.19 Bagi calon yang gagal dalam peperiksaan persediaan ini, mereka perlu menjalani kursus tambahan pada hujung minggu dan digelar sebagai guru tanpa sijil. Calon yang lulus peperiksaan persediaan boleh meneruskan pengajian sebagai guru kelas normal. Darjah tujuh diperkenalkan pada tahun 1946 di sekolah Tamil, dan dengan kelulusan darjah tujuh melayakkan pelajarnya menjadi guru di sekolah Tamil tanpa perlu mengikuti latihan Kelas Normal.20

Jumlah guru di sekolah vernakular Tamil seramai 1267 orang pada tahun 1948, iaitu 275 merupakan guru terlatih dan 992 guru tidak terlatih. Kursus latihan normal Tamil dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan masa pengajian selama enam jam seminggu.21Pelaksanaan latihan Kelas Normal Tamil menghadapi beberapa masalah antaranya kekurangan buku teks, tempat belajar, dan kekurangan tenaga pengajar

Cina pada tahun 1960. Rujuk The Settlement Information Officer, Penang. No.(2) in PG CTTEE/E&H/5/1956, Special Course for Chinese Primary School Teachers. Rujuk juga Malayan Union, Annual Report on Education in the Malayan Union For the Period 1st April 1946 to 31st

Disember 1946, hlm. 76.

18

Malayan Union, Annual Report on Education 1946, hlm. 32.

19

Ibid.

20

A., Sinnappah, Indians in Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hlm.194

21

Terdapat seramai 434 guru menjalani latihan kelas normal Tamil, iaitu 197 orang berada pada tahun pertama, 137 orang tahun kedua dan 100 orang pada tahun ketiga. Seramai 248 orang tamat pengajian pada Disember 1948 dan bilangan murid sekolah Tamil mengikut bancian November 1948 seramai 35, 456 orang. Rujuk Federation of Malaya, Annual Report on Education 1948.

105

yang berkelayakan. 22 Pada tahun 1950, latihan keguruan khas diberikan kepada guru sekolah Tamil untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.23 Bagi mengatasi masalah kekurangan tempat, latihan Kelas Normal Tamil turut dilaksanakan secara pos kepada guru di luar bandar pada tahun 1953. 24

Semua bentuk latihan keguruan yang dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua gagal mengatasi masalah kekurangan guru akibat pertambahan bilangan sekolah terutamanya sekolah vernakular Melayu. Sehingga tahun 1948, terdapat sebanyak 1,231 buah sekolah vernakular Melayu. Pertambahan bilangan sekolah Melayu berikutan pihak British mengambil alih sekolah rakyat yang dibina oleh penduduk kampung terutamanya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Antara langkah segera yang diambil untuk meneruskan sesi persekolahan walaupun tanpa guru adalah dengan memperkenalkan corak pengajaran menggunakan radio. Strategi pelaksanaannya, pelajar dikumpulkan dengan menggabungkan beberapa kelas serentak dan mengikuti pelajaran secara mendengar radio. Program seperti ini dapat meminimumkan penglibatan guru.25 Namun penggunaan kaedah pengajaran menggunakan radio tidak diteruskan kerana terdapat negeri yang tidak mendapat kemudahan pengajaran melalui radio akibat kekurangan peralatan pengajaran.26

22

Pada tahun 1948, Sekolah Rendah Tamil Bayan Lepas, Pulau Pinang didirikan oleh kerajaan British. Gurunya mendapat pendidikan dari India seperti Encik Muttiah serta beberapa orang guru lain yang mendapat latihan Kelas Normal. Rujuk Subadrah Madhawan Nair, „Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Bayan Lepas‟ dlm. Persatuan Sejarah Malaysia, Pendidikan di Malaysia:

Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, hlm. 193.

23

Ibid.

24

Ibid., hlm 77.

25

Rancangan siaran radio ke sekolah Melayu bermula pada 22 Julai 1952 hingga 10 Ogos 1952 dan waktu siaran antara pukul 10.15 pagi sehingga 12.00 tengah hari mengikut darjah Majalah Guru, Julai 1952.

26

Pulau Pinang tidak dapat melaksanakan pengajaran menggunakan radio akibat kekurangan peralatan pengajaran. Rujuk Minit Mesyuarat Agung Setengah Tahun KGMPPS, 10 Oktober 1952.

106