• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Latihan Keguruan Bersepadu Tahun 1964

Program Latihan Keguruan Bersepadu Tahun 1964

Nama Institusi

Pengkhususan Mata pelajaran lain yang berkaitan

Kursus yang ditawarkan Maktab Perguruan Pulau Pinang Matematik dan Sains Matematik, Matematik Tambahan, Sains Am, Fizik, Kimia, Biologi

Matematik dan Sains

Maktab Perguruan Kuala Lumpur Bahasa Inggeris/ Bahasa Cina dan Sastera Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Bahasa dan Kesusasteraan Cina, Muzik, Sejarah, Geografi, Kajian Tanah Melayu Bahasa Inggeris/Sejarah Bahasa Inggeris/Geografi Bahasa Inggeris/Muzik Bahasa Cina/Sejarah Bahasa Cina/Geografi Bahasa Cina/Muzik Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur BM/Bahasa Kebangsaan dan mata pelajaran Sastera (Pengantar Melayu ) Bahasa dan kesusasteraan Melayu, Bahasa Kebangsaan, Muzik, Sejarah, Geografi Kajian Tanah Melayu

Bahasa Melayu/Sejarah Bahasa Melayu/Ilmu Alam Bahasa Melayu/Muzik Maktab Perguruan Teknik Mata pelajaran teknik dan vokasional Seni Perusahaan, Pertukangan Kayu, Pertukangan Logam, Sains Kejuruteraan, Lukisan Teknik. Ilmu Perusahaan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur Seni Lukis, Kraf Tangan, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani

Lukisan dan Kerja Tangan, Jahit Menjahit, Memasak, Kerja Tangan Am, Kajian Perdagangan, Perdagangan, Dasar Akaun

Pendidikan Jasmani /Lukisan & Pertukangan Tangan

Pendidikan Jasmani/Sains Rumah Tangga

Pendidikan Jasmani/Ilmu

Perdagangan

Lukisan & Pertukangan Tangan/ Sains Rumah Tangga

Lukisan & Pertukangan Tangan/ Ilmu Perdagangan Maktab Perguruan Persekutuan Johor Bahru Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga Sains Am, Matematik, Sains Pertanian, Kimia, Kajian Hayat, Botani, Jahitan, Masakan Kerja Tangan Am

Sains Pertanian/Sains Rumah Tangga Sains Pertanian/ Lukisan & Pertukangan Tangan

Sains Pertanian/Matematik

Sains Rumah Tangga /Lukisan & Pertukangan Tangan

Pendidikan Jasmani/Lukisan & Pertukangan Tangan

Pendidikan Jasmani/ Sains Rumah Tangga

Pendidikan Jasmani/Ilmu

Perdagangan

Sains Rumah Tangga/Ilmu Perguruan Perdagangan

Sumber: K.P. 9066/(47) Explanatory Booklet on Teacher Training Courses, Ministry

181

Jadual 4.5 menyenaraikan enam buah maktab perguruan dengan kurikulum yang khusus bagi melatih guru sekolah menengah rendah antaranya Maktab Perguruan Pulau Pinang, Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur (asalnya Maktab Latihan Harian Kuala Lumpur) Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Teknik, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur116 dan Maktab Perguruan Johor Baru.117 Tujuan pengkhususan ini dilakukan adalah bagi memudahkan pengurusan pentadbiran dan meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Setiap maktab perguruan mempunyai bidang kepakaran masing-masing terutamanya dalam bidang bahasa, teknik dan vokasional.

Kurikulum PLKB dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun untuk tempoh enam penggal pengajian. Setiap penggal terdiri daripada 12 hingga 14 minggu. Pada tahun pertama, guru pelatih mempelajari mata pelajaran teras, mata pelajaran asas, mata pelajaran elektif dan prinsip tingkah laku. Manakala pada tahun kedua pelatih mengikuti latihan mengajar di sekolah menengah selama enam minggu sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun. Guru pelatih yang lulus peperiksaan dapat meneruskan pengajian pada peringkat tahun ketiga sementara pelatih yang gagal diberi peluang untuk mengulang peperiksaan tersebut. Pada tahun ketiga, guru pelatih mengikuti latihan mengajar selama sebulan di sekolah menengah dan diselia

116

Sejarah maktab perguruan ilmu khas Kuala Lumpur. Awal penubuhannya pada tahun 1959 dikenali sebagai Specialist Teachers’ Training Institut (STTI). Dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Encik Rahman Talib pada tahun 1960. Pengambilan pertama tahun 1959 seramai 40 orang dalam bidang pendidikan jasmani. Rujuk K.P. 9066/(47) Explanatory Booklet on

Teacher Training Courses, Ministry of Education, Malaysia 1964.

117

Peningkatan keperluan Sains dan Teknologi menyebabkan Maktab Perguruan Persekutuan Johor Bahru ditubuhkan pada tahun 1964 bagi menggantikan Maktab Perguruan Brinsford Lodge yang ditutup. Seramai 180 pelatih (120 lelaki dan 60 perempuan) diterima untuk mengikuti latihan keguruan. Sementara menunggu bangunan maktab siap sepenuhnya, pelatih ditempatkan di maktab sementara, iaitu di Sekolah Sultan Ismail dan Sekolah Tun Fatimah, English College, Sekolah Pertukangan Teknik dan Sekolah Dato Jaafar Johor. Ibid.

182

oleh pengetua sekolah atau pensyarah. Penempatan guru terlatih dibuat oleh Bahagian Latihan Guru berdasarkan keperluan dan kepakaran guru.118

Jadual 4.6

Bilangan Pelatih Latihan Keguruan Menengah pada Tahun 1965-1967

Maktab Perguruan 1965 1966 1967 Jumlah

Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

214 192 226 632

Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur i Pengantar Inggeris ii Pengantar Cina 174 30 215 30 330 21 719 81 Maktab Perguruan Persekutuan

Johor Bahru

180 150 154 484

Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur

150 144 179 473

Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur

80 144 154 378

Maktab Perguruan Ilmu Khas - 132 126 258

Jumlah 828 1007 1190 3025

Sumber: K.P. 9066/(47) Explanatory Booklet on Teacher Training Courses, Ministry

of Education, Malaysia 1964

Jadual 4.6 memaparkan statistik bilangan pelatih di keenam-enam buah PLKB. Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur yang menawarkan kursus bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina mencatatkan bilangan pelatih seramai 800 orang dalam tempoh tiga tahun dari tahun 1965 hingga 1967. Kemudahan pembelajaran disediakan seperti alatan pengajaran Ilmu Sains dan bengkel pertukangan bagi melancarkan sesi pembelajaran.119 Maktab Perguruan Pulau Pinang yang mendapat mandat melaksanakan kursus Matematik dan Sains mencatatkan bilangan pelatih paling ramai berbanding maktab perguruan yang lain, iaitu seramai

118

K.P. 9066/(47) Explanatory Booklet on Teacher Training Courses, Ministry of Education,

Malaysia 1964.

119

KP.9066/Vol.11/(76) Penyata Suku Tahun yang Ketiga Bagi Tahun 1965, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 5.

183

632 orang dalam tempoh tiga tahun. Namun bilangan tersebut tetap tidak dapat menampung keperluan guru sains dan matematik di Malaysia. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dan Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur turut melaksanakan kursus khas dua tahun bagi calon yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan (STP) bermula pada tahun 1965 dan kursus tambahan satu tahun bagi guru terlatih yang mempunyai beberapa tahun pengalaman mengajar di sekolah. 120 Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan guru dalam menyampaikan isi pelajaran.

Dalam usaha meningkatkan taraf profesion keguruan, satu Laporan Pengkajian Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat dikuatkuasakan pada tahun 1965.121 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menaikkan syarat kelayakan minimum guru pelatih kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal yang demikian ini bersesuaian dengan perkembangan semasa dan KPM memperkenalkan pelbagai aliran kursus di setiap maktab perguruan. Guru terus dilatih menerusi program tetap di maktab perguruan dan program sementara seperti Regional Training Centre (RTC).

120

Sejak tahun 1965, calon yang mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan yang penuh diterima masuk ke Maktab-maktab Latihan Persekutuan untuk mengikuti kursus khas dua tahun, mengandungi latihan masa penuh selama setahun dengan mengajar sambilan di sekolah. Ibid.

121

Laporan Pengkajian Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat 1971, Kuala Lumpur: Cetakan Kerajaan, 1971, hlm. 65.

184

4.3.2 Pusat Latihan Daerah (Regional Training Centre) Tahun 1965-1968

Pelaksanaan sistem aneka jurusan pada tahun 1965 menyebabkan wujudnya satu lagi program latihan keguruan bagi memenuhi permintaan perkhidmatan guru. Pernyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penubuhan Regional

Training Centre (RTC) ialah:

To meet the demand for a very large number of teachers to implement the Comprehensive Education Program from 1965, Regional Training Centre were established to provide two-years part-time courses for lower secondary school teachers. 122

Kekurangan guru sekolah menengah rendah sebanyak 3800 orang pada tahun 1965 tidak mampu ditampung oleh kursus latihan bersepadu di enam buah maktab perguruan di Malaysia. Justeru, RTC ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai usaha bagi membekalkan sumber tenaga terlatih. RTC dibuka kepada guru sementara yang mempunyai pengalaman mengajar tetapi tidak pernah mendapat latihan asas keguruan.123 Selain pengalaman mengajar, calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Persekolahan (SC) atau Federation of Malaya Certificate (FMC) atau Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM).124 Namun pada hakikatnya, syarat kelayakan tersebut bukanlah syarat wajib yang melayakkan seseorang itu dapat mengikuti latihan keguruan. Guru diambil daripada latar belakang akademik yang berbeza-beza.

122

KP (LN) 4519/23 SJ.17 Planning and Implementation of in service courses through RTC.

123

Mohd Salleh Lebar, Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd., 2000, hlm. 61.

124

185

Matlamat asal penubuhan RTC adalah bertujuan untuk melatih guru sekolah aneka jurusan.125 Iklan berkenaan pengambilan guru disiarkan dalam akhbar tempatan seperti New Straits Times, Berita Harian, Utusan Melayu, Tamil Nesan, Sin

Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau dan tarikh permohonan bermula pada 1 Julai

1965.126 Jumlah permohonan yang diterima ialah sebanyak 25, 000. Daripada jumlah tersebut hanya 12, 667 calon dipanggil untuk temu duga. 5662 orang diterima bagi mengikuti latihan keguruan menengah seperti program am (general purposes), latihan keguruan bersepadu dan Regional Training Centre (RTC).

Jadual 4.7

Pengambilan Pertama Pelatih RTC Mengikut Negeri pada Tahun 1965

Bil Negeri Pelajar

Lelaki Pelajar Perempuan Jumlah 1 Kedah 299 171 470 2 Pulau Pinang 199 152 351 3 Perak 353 195 548 4 Selangor 298 212 510 5 Negeri Sembilan 158 108 266 6 Melaka 123 70 193 7 Johor 314 200 514 8 Pahang 164 69 233 9 Terengganu 45 28 73 10 Kelantan 158 45 203 11 Perlis 23 19 42 Jumlah 2134 1268 3402

Sumber: KP (LN) 4519/23 SJ.17 Planning and Implementation of in service courses

through RTC

Jadual 4.7 memaparkan senarai negeri yang membuat pengambilan pertama RTC pada tahun 1965. Sebanyak 13 buah negeri dengan bilangan pelatih seramai 3402 orang, iaitu 2134 orang pelatih lelaki dan 1268 orang pelatih perempuan. Perak

125

Temu ramah dengan Prof Madya Ahmad Jelani Halimi, Mantan Pensyarah Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan pelajar RTC tahun 1965-1966. Temu ramah dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia, pada 21 Januari 2016.

126

KP. 9066/Vol .11(76) Penyata Suku Tahunan Ketiga Bagi Tahun 1965, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 1.