• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1945-1955

3.5 Ordinan Pelajaran 1952

3.5.1 Malayan Teachers' Training College

Latar belakang penubuhan maktab perguruan berasrama untuk semua kaum bermula apabila berlakunya darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948. Ancaman komunis menjadikan politik Tanah Melayu tidak stabil dan kesannya guru dari Eropah enggan datang untuk mengajar di Tanah Melayu. Oleh itu, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan latihan keguruan di luar negara bagi mendapatkan kemudahan tenaga pengajar yang berpengalaman dari Britain. Hal yang demikian ini dijelaskan menerusi petikan berikut:

45

Ho Hui Ling, Darurat, 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 17.

114

The reliance on the two colleges abroad to train teachers for secondary schools was made necessary by difficulties of recruiting suitable teacher who would be prepared to come out to Malaya for an extended period. These difficulties were due mainly to the dangers to life by "Emergency" (communist insurrection). This temporary measure adopted to meet immediate demands for secondary school teachers created by post-war accelerated expansion proved a great success.46

Usaha drastik dibuat bagi melahirkan guru terlatih termasuklah menghantar calon guru sekolah menengah ke luar negara. Dalam keadaan politik yang tidak stabil di Tanah Melayu, amat sukar untuk mendirikan maktab perguruan berasrama di dalam negara kerana melibatkan perbelanjaan yang besar dan tempoh masa yang panjang.47 Sedangkan keperluan penubuhan maktab perguruan baharu pada tahun 1950-an amat sejajar dengan pertambahan bilangan sekolah.48

Rentetan daripada masalah ini, dua orang pegawai Inggeris, iaitu M. R. Holgate, Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dan Miss Gwilliam, dari Pejabat Kolonial di London serta empat orang wakil dari Tanah Melayu ditugaskan mencari tapak kolej yang sesuai.49 Ahli jawatankuasa bersetuju untuk memilih Maktab Kirkby yang terletak di Liverpool kerana dilengkapi dengan segala kemudahan pembelajaran seperti kelas, dewan besar, perpustakaan dan tenaga

46

Federation of Malaya, Central Advisory Committee on Education, Report on The Barnes Report on

Malay Education, 1951, hlm. 5.

47 Ibid.,

48

Educational Policy for the Federation of Malaya, Kuala Lumpur: The Government Press, 1952, hlm. 7.

49

Wakil dari Tanah Melayu turut dibawa dalam menentukan pemilihan tempat seperti Tuan Syed Nasir bin Ismail, iaitu Pengelola Sekolah Melayu (1953-1956), Encik Md Nor Hj Ibrahim (Penolong Nazir Sungai Petani), Encik Md Nor bin Abdul Hamid (Guru Pelawat Port Dickson), Encik Md Nor bin Ahmad (Guru Besar Sekolah Melayu Jelutong Pulau Pinang). Rujuk Majalah Guru, Jilid 28, Januari 1952, hlm.135.

115

pengajar.50 Keluasan Maktab Kirkby mampu menampung 300 pelajar dalam satu masa.51 Mengikut kontrak perjanjian antara Tanah Melayu dan England, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat kelulusan peminjaman bangunan Maktab Kirkby selama 10 tahun, iaitu dari tahun 1952 hingga 1962 dengan bilangan pelajar seramai 150 orang setiap pengambilan.52Akhirnya, Maktab Kirkby menjadi maktab perguruan pertama di luar negara dan dikenali sebagai Malayan Teachers' Training

College (MTTC). Pengambilan pelajar ke MTTC terbuka kepada semua kaum di

Tanah Melayu seperti Melayu, Cina, India dan Serani serta tidak membezakan lelaki dan perempuan. Kementerian Pelajaran Persekutuan diberi tanggungjawab membuat saringan pemilihan pelajar.53 Oleh sebab permintaan yang terlalu tinggi daripada calon yang berkelayakan, syarat yang ketat dikenakan dan senarai pendek telah dibuat bagi menolak borang permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

i calon yang berkahwin ii gagal dalam Bahasa Inggeris

iii calon bukan Melayu yang mendapat sijil pangkat III walaupun mendapat kepujian dalam bahasa Inggeris

50

J. J Augustin, „Reminiscences of Kirkby – Kampung Kirkby 1951-1953,‟ dalam Bahagian Pendidikan Guru, Pendidik Guru: Terbitan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982, hlm. 32.

51

Ordinan Pelajaran 1952 juga meluluskan pembukaan 232 buah sekolah baharu dengan bilangan pelajar seramai 47,000 orang. Rujuk Universiti Pendidikan Sultan Idris, Warisan Maktab Kirkby

1951-1962, 2010, hlm. 1.

52

Pengurusan Maktab Kirkby dikelola oleh pengetua pertamanya, iaitu Robert Williams yang bertugas dari tahun 1952 hingga tahun 1954 dan kemudiannya digantikan pula oleh G. J. Gurney. Rujuk Universiti Pendidikan Sultan Idris, Warisan Maktab Kirkby 1951-1962, 2010, hlm. 16-17.

53

Jawatankuasa pemilihan terdiri beberapa orang ahli seperti Encik Muhammad Yusof bin Ahmad (Pengerusi), En Leung Cheung Ling, Encik V. M. N. Menon, Cik C. White (Penyelia Pusat Latihan Guru), H. T. Tacchi (Penolong Pengarah Pelajaran Wanita) dan seorang wakil dari setiap negeri yang mempunyai calon pelatih. Rujuk RCP/257/52 Selection of Students for Malayan Teachers Training College, Kirkby, 1952, hlm 1-3.

116

iv calon yang lulus School Certificate (SC) pada tahun 1953 dan bekerja dengan kerajaan

v calon yang mendapat kurang daripada mempunyai tiga kepujian dalam

School Certificate (SC).

vi calon yang mempunyai kelulusan SC sebelum tahun 1952. vii calon yang lahir sebelum tahun 1932.

viii calon yang pernah menerima apa-apa latihan keguruan di Singapura. ix calon yang sedang mengikuti latihan di Maktab Teknik dan Pertanian. x calon yang pernah ditemu duga atau gagal temu duga tahun

sebelumnya.54

Setelah melalui saringan, calon yang layak dipilih adalah dengan berdasarkan kelayakan memiliki sijil Overseas School Certificate (OSC), Senior Cambridge (SC) kelas pertama atau kedua, lulus dalam ujian lisan bahasa Inggeris dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.55 Setiap calon yang terpilih ke Maktab Kirkby disediakan kemudahan pengangkutan sama ada melalui udara atau laut serta elaun pakaian sejuk sebanyak $600.00. Bantuan diberikan untuk menampung perbelanjaan sampingan semasa dalam perjalanan, elaun belajar, elaun perubatan dan elaun peralatan mengikut kadar yang diluluskan oleh kerajaan. Kebanyakan pelatih diberikan pinjaman pelajaran dan terikat dengan kontrak perkhidmatan selama tujuh tahun. Sepanjang tempoh sepuluh tahun (1952-1962)

54

Selection for Kirkby, Brinsford Lodge dan KBTC tahun 1955. Arkib Negara Malaysia.

55

RCP/257/54 Selection of Students for Malayan Teachers Training College, Kirkby, dan Training College KBTC, 1954.

117

seramai 405 pelajar dari Tanah Melayu mendapat biasiswa daripada Universiti Liverpool.56

Kurikulum di Maktab Kirkby menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk melahirkan guru bahasa Inggeris yang berwibawa, sesuai dengan keperluan negara yang kekurangan guru bahasa Inggeris.57 Mata pelajaran yang ditawarkan ialah Kraf tangan, Senaman, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Sastera, Matematik, Bahasa Melayu, dan Psikologi Kanak-kanak. Semua guru pelatih perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran luar negara dan mereka diwajibkan mengikuti latihan mengajar di sekolah yang berdekatan dengan Maktab Kirkby seperti di Blackbull, Ferzekeley, Bootle, Wigan, St. Helens, Knowsley, Southdene, Ormskirk, dan Aintree.58 Tenaga pengajar di Maktab Kirkby terdiri daripada orang Eropah dan tawaran sebagai pensyarah juga dibuka kepada calon yang layak dari Tanah Melayu untuk mengajar bahasa Melayu.59

Kumpulan pertama yang dihantar ke Maktab Kirkby seramai 149 orang, iaitu 65 guru pelatih perempuan dan 84 orang lelaki yang berumur antara 19 hingga 20 tahun. Semua guru pelatih dihantar ke United Kingdom dengan menaiki kapal laut melalui Pelabuhan Singapura pada 10 Disember 1951 dan tiba di Maktab Kirkby pada 2 Januari 1952. Terdapat juga kumpulan pelajar yang dihantar menggunakan

56

RCP/320/55 Application for Admission to Kirkby, Kota Baharu dan Brinsford Lodge Training College Interview.

57

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Warisan Maktab Kirkby, hlm. 26.

58

Ibid.

59

Calon pensyarah terbuka kepada guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris, guru terlatih lepasan Kelas Normal Melayu dan guru berijazah. Calon perlu mendapat sokongan menengah daripada guru besar dan memberi maklumat yang terperinci tentang keluarga dan juga maklumat perkhidmatan seperti tangga gaji. Rujuk RCP 788/55 Post of Lecturer in Malay at the Malayan Teachers Training College Kirkby

118

pengangkutan udara. Proses pemilihan yang sama berlaku setiap tahun bagi menghantar pelajar ke Maktab Kirkby.

Jadual 3.1

Bilangan Pelatih Lelaki dan Perempuan Mengikut Negeri yang Terpilih ke Maktab Kirkby Pada Tahun 1954

Negeri Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

Pahang 4 1 Kelantan 3 2 Terengganu 1 - Kedah 4 5 Perlis 1 - Johor 6 5 Melaka 7 2 Negeri Sembilan 5 3 Selangor 25 21 Perak 19 18 Pulau Pinang 10 8 Jumlah 85 65 Jumlah Keseluruhan 150

Sumber: RCP/257/54 Selection of Students for Malayan Teachers Training College,

Kirkby, dan Training College KBTC

Jadual 3.1 memaparkan statistik bilangan pelajar kumpulan keempat pada tahun 1954 yang diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Manchester melalui tiga kali penerbangan. Tarikhnya ialah pada 22 Ogos 1954 (47 orang), 29 Ogos 1954 (47 orang) dan pada 5 September 1954 (56 orang). Kumpulan keempat ke Maktab Kirkby ini memulakan kursus pada September 1954 sehingga Julai 1956.60 Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang mencatat bilangan pelajar tertinggi berikutan keperluan guru bahasa Inggeris di sekolah menengah aliran Inggeris.61 Guru pelatih lulusan Maktab Kirkby dikehendaki mengajarkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah rendah dan menengah rendah aliran Inggeris. Mereka juga

60

Ibid.

61

119

ditawarkan menjadi tenaga pengajar di pusat latihan harian dan di maktab perguruan dalam negara. Pada tahun 1955, terdapat tiga orang lulusan Maktab Kirkby ditugaskan untuk mengajar di SITC. Mereka ialah Ahmad Saleh (Sejarah), Zainal Akbar Zainal Abidin dan Shaari Isa (Sains). Oleh sebab adanya guru Sains, maka mata pelajaran Sains juga diperkenalkan di SITC pada tahun 1955.62 Maktab Kirkby berjaya melahirkan guru yang berkaliber dan tokoh terkenal dalam negara seperti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun, Tan Sri Dato' Seri Dr. Yahya bin Ibrahim, Tan Sri Datuk G. Vadiveloo, Dato' Baharuddin Marji, Profesor Chai Hon Chan, Dato' SN Noordin Hassan dan Hakim Dato' Dr. R.K. Nathan.63

Malayan Teachers' Training College (MTTC) yang kedua didirikan di dalam

negara pada tahun 1953 apabila keadaan politik kembali stabil dan ancaman komunis berkurang. Lokasinya terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pemilihan lokasi ini bertujuan untuk memajukan kawasan pantai timur Tanah Melayu dan kedudukannya yang strategik sebagai sebuah pusat latihan guru kerana berdekatan dengan lapangan terbang, kem askar dan juga kawasan yang selamat daripada banjir.64 Pembinaan MTTC Kota Bharu diusahakan atas sebidang tanah seluas 93 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $3.4juta. Encik L. D Whitfield iaitu Pengarah Pelajaran membuat persiapan seperti menyediakan tenaga pengajar, kakitangan bukan guru dan pembantu sebagai persediaan pembukaan MTTC.65

62

RCP 788/55 Post of Lecturer in Malay at the Malayan Teachers Training College Kirkby.

63

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Warisan Maktab Kirkby, hlm. 13.

64

R. Williams, The Malayan Teachers’ Training College, Kota Baharu, Oversea Education. Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (AC911.W726M23.rbm), hlm 73-77.

65

Chief Education Officer, Teacher Training Courses Commencing in September 1956 at Institutions in the United Kingdom, 4 August 1956.

120

Malayan Teacher’ Training College Kota Bharu siap sepenuhnya pada tahun

1954 dan Robert Williams dilantik sebagai pengetua pertama kerana pengetahuan dan pengalaman beliau ketika menjadi pengetua di Maktab Kirkby pada tahun 1952.66 MTTC Kelantan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald Mac Gillivary pada 11 Oktober 1954.67 Pengambilan pertama seramai 150 orang, iaitu 60 orang lelaki dan 90 orang perempuan dilaksanakan pada Ogos 1954. Setiap calon yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di MTTC Kota Bharu disediakan tempat penginapan dan kemudahan belajar dengan tujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran.

i Elaun perjalanan - bagi menampung perbelanjaan dari tempat tinggal ke Kota Bharu pada setiap penggal.

ii Lodging, tuisyen, buku dan rawatan perubatan.

iii Elaun penginapan sebanyak $30.00 sebulan atau $1.00 sehari. iv Elaun sebanyak $70.00 sebulan.

v Dobi pakaian secara percuma.68

Kurikulum yang dilaksanakan di Kota Bharu sama seperti kurikulum yang terdapat di Maktab Kirkby, iaitu kursus Pendidikan, Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Ilmu Alam, Ilmu Hisab, Sains, Muzik dan Sains Rumah Tangga. Bahasa Inggeris

66

Robert Williams turut membawa empat orang pensyarah yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang masing-masing, iaitu Mr. J. H. Cottier (Pendidikan), Mr. E. Hilton, Mr. P. B Hilton (Bahasa Inggeris) dan Mr. E. Lee (Seni Lukis). Pensyarah yang dilantik mengikat kontrak perkhidmatan selama tiga tahun. Selain kepakaran dari England, pelajar lulusan Maktab Kirkby juga dilantik sebagai penolong pensyarah di MTTC Kelantan, iaitu Harith Muhammad Liki. Rujuk Buku Panduan Am Maktab Perguruan Kota Bharu, hlm. 9.

67

Buku Cenderamata Khas 40 tahun Maktab Perguruan Kota Baharu, hlm. 17.

68

121

digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran di sekolah Inggeris.69 Pada tahun 1955, MTTC Kota Bharu mengalami masalah pengendalian latihan mengajar. Pelatih ditempatkan di luar negeri Kelantan untuk mengikuti latihan mengajar kerana kekurangan sekolah menengah di negeri Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Latihan mengajar terpaksa dilaksanakan di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seremban, Melaka dan Kota Bharu.70 Hal ini menunjukkan bahawa MTTC Kota Baharu dibuat tanpa perancangan dan penyelidikan awal. Walaupun dikatakan bahawa MTTC Kota Bharu mengikut acuan Maktab Kirkby, tetapi hal yang membabitkan latihan mengajar tidak diberi perhatian. Buktinya Maktab Kirkby menghantar pelatihnya mengikuti latihan mengajar di sekolah yang berhampiran, tetapi MTTC Kota Bharu terpaksa menghantar pelatihnya sehingga ke seluruh negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kedudukan sekolah menengah yang jauh dari MTTC Kota Bharu menyukarkan proses pemantauan dan melibatkan perbelanjaan pengurusan yang besar.71

Berikutan masalah ini, MTTC Kelantan ditutup buat sementara waktu dan pelatih tahun kedua dipindahkan ke sebuah pusat latihan baharu di Pulau Pinang.72 Pemilihan Pulau Pinang disebabkan negeri berkenaan mempunyai bilangan sekolah menengah 34 buah dan mampu menyelesaikan masalah penempatan pelatih ketika

69

Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dalam pengajaran sehinggalah pada tahun 1956 apabila Laporan Razak dibentuk, pengajaran mula menggunakan bahasa Melayu. Rujuk Frederic Mason, The

School of Malaya, Singapore: Eastern Universities Press, Ltd., 1959, hlm. 35.

70

Malayan Teachers Training College Kota Bharu menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan kebenaran menghantar pelatihnya untuk mengikuti latihan keguruan pada 21 Februari sehingga 31 Mac 1956. Rujuk RCP/1462/55 Teaching Practice for Students From Malayan Teaching Training College, Kota Bharu.

71

Perbelanjaan bagi melaksanakan latihan keguruan bagi tahun 1953 ialah sebanyak $2,869,135.00 dan pada tahun 1954 meningkat menjadi $2,977,479.00. Rujuk Annual Report on Education 1953 and 1954, hlm 8.

72

122

mengikuti latihan mengajar.73 MTTC Kota Bahru ditukar kepada Kota Bharu

Teacher’s College (KBTC) pada tahun 1957 dan diberi tanggungjawab untuk melatih

guru sekolah rendah dengan kelayakan minimum Lower Certificate of Education (LCE).74 Seterusnya, MTTC ketiga yang diwujudkan oleh British ialah Maktab Brinsford Lodge, Wolverhampton pada tahun 1955. Kerajaan British masih meneruskan latihan keguruan di London bagi memelihara persekitaran latihan keguruan dengan masyarakat tempatan Inggeris.

Selain itu, British ingin mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Maktab Brinsford Lodge terletak di Featherstone Village, iaitu 8km ke utara bandar Wolverhampton, England. Luas kawasannya adalah lebih kurang 51/2 ekar, lengkap dengan blok pentadbiran, dewan makan, perpustakaan, dewan rekreasi, bilik pertukangan, rumah pengetua dan blok penginapan pensyarah.75 Pembukaan rasmi Maktab Brinsford Lodge dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, iaitu Sir Donald Mac Gillivary dalam bulan Februari 1956.76 Pelatih dari Tanah Melayu dibawa ke Brinsford Lodge mulai bulan Ogos 1955. Syarat kelayakan dan proses pemilihan pelajar adalah sama dengan pemilihan ke Maktab Kirkby, iaitu kelayakan minimum Overseas School Certificate (OSC) dan juga pelajar yang mempunyai kelulusan Higher School Certificate (HSC).

73

RCP/16/54 Visits to School by Staff of Teachers Training College Kota Baharu.

74

Buku Cenderamata Khas 40 tahun Maktab Perguruan Kota Baharu, hlm. 17.

75

Brinsford Alumni Association Malaysia, Brinsford Lodge: The Story of Malayan Teachers’

College in England 1955-1964, 2009, hlm. 4.

76

Pengetua yang pertamanya H. C. Cooksey iaitu bekas pengetua Maktab Perguruan St. Mark & St. John's College, London. M. Lomas, bekas pegawai pelajaran wanita di Tanah Melayu dilantik sebagai Naib Pengetua di Brinsford Lodge. Ibid.

123

Pemilihan pelajar ke Maktab Brinsford Lodge juga dibuat dalam kalangan guru Kelas Normal di Tanah Melayu. Penilaian kelayakan mereka berdasarkan pengalaman mengajar, lulus temu duga, mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dan mendapat sokongan penuh daripada Guru Besar tempat guru berkenaan mengajar.77 Sepanjang pengajian, pelatih harus akur dengan syarat yang dikenakan seperti tidak berkahwin dan lulus dalam semua mata pelajaran yang ditawarkan sepanjang pengajian di Brinsford Lodge.78 Maktab Brinsford Lodge melatih guru am, iaitu guru yang boleh mengajar semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah di Tanah Melayu. Selain itu, ditawarkan juga kursus untuk menjadi pentadbir sekolah, kursus sebagai tenaga pengajar di pusat latihan guru tempatan dan kursus untuk guru sains sekolah luar bandar. 79

A gallant company of men and women who, despite the vagaries of an uncongenial climate and the strains of exile, have by an effort of the spirit made huts into home, and a collection of strangers into a Malayan community hound together in the service of their homeland.80

Mata pelajaran yang ditawarkan di Brinsford Lodge ialah Sains Pertanian dan Urusan Rumah Tangga, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, llmu Hisab, Sains, Geografi, Tatabahasa, Kesusasteraan Inggeris, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu, Muzik, dan Kerja Tangan daripada Logam dan Kayu. Bagi kursus profesional untuk pentadbir dan pensyarah, mata pelajaran yang ditawarkan ialah Asas Pendidikan, Psikologi, Kesihatan, dan Sejarah Moden England dan Tanah

77

Guru Kelas Normal yang terpilih adalah dari Penang, Alor Setar, Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kota Bharu. Rujuk RCP/320/55 GW/BC No.(1) in D.of E. 151/54 Pt.10 Selection of Trained Teachers to Brinsford Lodge.

78

Federation of Malaya Agreement form for Malayan Teacher Training Institutions Perjanjian 28 March 1959.

79

Director of Education Kuala Lumpur, Teacher Training Courses at Institutions in The United

Kingdom 1956, 1955, Arkib Negara Malaysia.

80

Howard C. Cooksey Principal of Brinsford Lodge, 1955-1960 dlm. Brinsford Lodge : The Story of

124

Melayu.81 Guru lulusan Brinsford Lodge mempunyai pengetahuan yang luas dan berkeyakinan untuk mengembangkan ilmu di tanah air sendiri. Antara lulusan Maktab Brinsford Lodge ialah Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara), Redza Piyadasa, K. S. Maniam, Tan Sri Dr. K. S. Nijar, Profesor Dato' Dr. N. Marimutu dan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Nordin. 82

Seterusnya Malayan Teachers’ Training College (MTTC) yang keempat terletak di Pulau Pinang. Nama asalnya ialah Penang Teachers’ Training College (PTTC), kemudiannya dinaik taraf menjadi MTTC pada tahun 1957 apabila menerima pelatih dari Kota Bharu dan mengendalikan latihan keguruan menengah.83 Latar belakang pembinaan maktab Pulau Pinang adalah pada tahun 1955 di atas sebidang tanah yang berkeluasan 73 ekar milik seorang tauke Cina yang bernama Cheah Chen Eok di atas Bukit Coombe, Gelugor.84 Tanah yang dibeli oleh kerajaan British dengan harga $88,000.00 bertujuan untuk membina sebuah pusat latihan guru. Kos pembinaannya mencecah setengah juta pound diperoleh daripada

81

RCP/320/55 GW/BC No.(1) in D.of E. 151/54 Pt.10 Selection of Trained Teachers to Brinsford Lodge.

82

Setiap tahun terdapat peningkatan permohonan untuk melanjutkan pengajian MTTC. Pada tahun 1955, borang permohonan yang diterima melebihi 2000 borang dan hanya 1395 calon yang layak untuk ditemu duga. Bilangan pelatih yang diperlukan pada masa itu hanya 430 orang di ketiga-tiga

Malayan Teachers’ Training College, iaitu Maktab Kirkby, Brinsford Lodge dan Kota Bharu. Ibid.

83

Seramai 147 orang pelatih tahun kedua dari Kota Bharu menamatkan latihan keguruan mereka dan mengikuti latihan mengajar di sekolah menengah di sekitar Pulau Pinang selama 12 minggu. Rujuk Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Meniti Usia

PTTC-MTTC-MTC-MPPPP-IPPPP-IPGKPP, 2010, hlm. 5.

84

Cheah Chen Eok ialah ketua masyarakat Fukien bagi generasi ketiga di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sekolah Penang Free serta mendapat latihan dalam pengurusan perniagaan dari Boon Tek & Co dan Chartered Merchantile Bank of India London dan China. Beliau memiliki ladang estet yang luas. Bukit Combe letaknya Maktab Perguruan Persekutuan dan Recsam. Rujuk Fail Peribadi Cheah Chen Eok, J.P 1852-1922

125

peruntukan Colonial Development and Welfare Fund of Great Britain.85 J. W. Dunnhill dilantik sebagai pengetua pertama MTTC Pulau Pinang dan beliau merupakan bekas Timbalan Pengetua di MTTC Kota Bahru.86 MTTC Pulau Pinang dikhususkan untuk melatih guru am yang berkebolehan mengajar mata pelajaran asas pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh itu, pelatih dikehendaki mengambil kursus Pendidikan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selain itu, setiap guru pelatih dikehendaki memilih salah satu mata pelajaran pilihan, sama ada Ilmu Kira-kira, Sains, Ilmu Alam, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Seni Lukis dan Kraf, Sains Rumah Tangga, dan Pertukangan Kayu dan Logam.87 Tenaga pengajar di

MTTC Pulau Pinang dibawa dari England dan juga anak tempatan yang mendapat pendidikan di luar negara seperti Encik Jamaluddin Abdul Rani.88