Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas
(Application of ‘JeWo’ Games in Improving Reading Skills Open Syllable KV + KV for Pupils with Educational Needs)
Sofea Hanim Affendi1*, Rosadah Abd Majid1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.8
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan pendidikan khas. Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan pendidikan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan pendidikan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3). Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Bagi murid berkeperluan pendidikan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid. Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.
Kata kunci: permainan ‘JeWo’, kemahiran membaca, membaca suku kata terbuka, suku kata KV + KV, murid berkeperluan pendidikan khas, MBPK, OKU
Abstract: The reading ability of students with special needs is influenced by the student's own ability. Confusion in language may affects their emotions, experiences and needs. This action research was conducted to evaluate the effectiveness of the ‘JeWo’ games in improving the reading skills of open syllables KV + KV for students with special needs. The study on the application of ‘JeWo’ games in improving KV + KV open syllable reading skills of students with special needs emphasizes the following objectives, which is ‘JeWo’ games can improve the mastery of KV + KV open syllable reading skills; the ‘JeWo’ games can improve the reading achievement of KV + KV open syllables using a learning approach through games;
‘JeWo’ games can maintain interest in reading open syllables KV + KV using a learning approach through games. The adaptation of Kurt Lewin model (1948) was used in this action research. A total of two cycles/loops of actions in this study start from planning, acting, observing and reflecting. Study participants consisted of four eight -year -old students selected through diagnostic tests, observations and document analysis. Data were collected through document analysis (oral test 1, oral test 2, oral test 3), interviews and observations. Data were reviewed using the triangulation method. The finding of improvement in reading skills of students with special needs was over 50.0 percent (overall average of oral test 1, oral test 2 and oral test 3). The results of the study found that the ‘JeWo’ games helped students a lot in improving their open syllable reading skills KV + KV. For students with special needs, continuous training will be able to improve students' reading skills. In addition, the researcher's self -practice was also improved through the application of the ‘JeWo’ games created.
Keywords: ‘JeWo’ games, reading skills, open syllable reading, KV + KV syllables, students with special needs, OKU
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia membolehkan semua murid mendapat hak dalam pembelajaran termasuklah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). MBPK merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri daripada tujuh kategori kecacatan utama seperti gangguan pendengaran, gangguan penglihatan, kecacatan fizikal, kecacatan dalam pembelajaran, gangguan pertuturan, keterbelakangan mental dan pelbagai kerencatan mental (berdasarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat). Pembelajaran MBPK di sekolah adalah untuk menekankan kemampuan, fungsi, kemahiran, pengembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam usaha menjadikan mereka orang yang dapat berdikari dan berjaya dalam kehidupan mereka (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan menjadi bahasa pengantar bagi mata pelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan. Bahasa Melayu meliputi beberapa kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran komunikasi (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, 2017).
Kemahiran membaca merupakan kemahiran paling asas dalam penguasaan bahasa Melayu.
Kemahiran membaca yang merupakan kemahiran asas perlu diajar semasa murid masih diusia kecil lagi iaitu bermula dari tadika. Sekiranya murid belum menguasai kemahiran ini, sukar untuk murid belajar dan keberangkalian untuk murid tercicir adalah tinggi. Kesan ini sedikit sebanyak akan membuatkan keyakinan diri murid menjadi semakin rendah. Namun, lain pula situasinya apabila melibatkan murid masalah pembelajaran. Murid masalah pembelajaran ini
belajar mengikut keupayaan mental mereka yang tidak seiring dengan keupayaan tubuh mereka.
Keupayaan penguasaan kemahiran bahasa boleh meningkatkan kemahiran berinteraksi dalam kalangan kanak-kanak serta dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang diikuti (Ormord, 2008). Bagi murid masalah pembelajaran, mereka seharusnya diajar membaca dan dapat membaca sebelum umur mereka mencecah 10 tahun. Ini adalah kerana kemahiran membaca ini bukan kemahiran semulajadi yang tidak perlu diajar. Kemahiran membaca tidak sama seperti kemahiran psikomotor yang boleh murid pelajari seiring dengan perkembangan psikomotornya. Kemahiran membaca ini perlu diajar secara tersusun bermula daripada bunyi huruf, suku kata kemudian baru berkembang menjadi kemahiran membaca yang lebih kompleks. Murid yang boleh membaca di peringkat awal boleh dikatakan mempunyai kesediaan dalam pembelajaran. Kesediaan membaca ini boleh dikaitkan dengan kesediaan kemahiran membaca murid dalam menerima input pembelajaran oleh guru.
Menurut Mazania (2009), kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran kanak-kanak, justru dengan itu guru hendaklah memastikan kanak-kanak merasa seronok dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan lebih-lebih lagi dalam aktiviti berbahasa kerana ia mampu mendorong kanak-kanak berinteraksi.
Sekiranya murid tidak mempunyai kemahiran membaca ini, pelbagai masalah boleh timbul dan masalah utama adalah penghentian. Semasa murid berhenti sekolah, keseluruhan kurikulum mungkin tidak diikuti, terutamanya arahan yang merangkumi kemahiran membaca.
Keciciran ini tidak berlaku dan berlaku bukan sahaja di sekolah tetapi juga di sekolah menengah. Yang paling membimbangkan saya ialah apabila murid tidak dapat menguruskan kemahiran membaca, kemahiran membaca terhad dan mereka mencuba perkara lain yang membawa kepada masalah disiplin dan sosial. Sebaik-baiknya, semua pihak harus bekerjasama untuk menolong murid ini dan bukannya saling menyalahkan. Jelas sekali, kemahiran membaca itu penting agar tidak mengganggu proses pembelajaran sekiranya tidak ditangani terlebih dahulu. Akhirnya, murid-murid ini akan dianggap sebagai pengganggu atau diejek kerana menjadi penindas sendiri dan kerana mempunyai kemahiran membaca yang terhad.
Kerangka Konseptual
Dalam kajian ini, kaedah pembelajaran permainan yang menentukan pengalaman sebenar kemahiran membaca perkataan terbuka dari KV hingga MBPK. Semua pengalaman yang diperoleh oleh MBPK dapat disesuaikan dan dimodifikasi berdasarkan pengalaman yang ada, terutama setelah permainan dan guru telah melaksanakan proses ini, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah untuk mengurus kemampuan membaca MBPK.
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Membaca Suku Kata
Pernyataan Masalah
Oleh itu, pengkaji menggunakan tiga jenis alat kajian untuk mengkaji kemampuan membaca murid. Jadual 1 menunjukkan alat utama yang merangkumi peratusan keputusan ujian murid.
Pendekatan belajar melalui bermain
Murid masalah pembelajaran
Penguasaan kemahiran membaca
suku kata terbuka KV
Jadual 1: Pemarkahan Ujian Diagnostik Murid Jadual 1 : Pemarkahan Ujian Diagnostik Murid
Seterusnya, pengkaji melakukan pemerhatian. Pemerhatian ini dilakukan menggunakan senarai semak dan bertujuan mengesan masalah yang terdapat pada murid tersebut. Borang senarai semak pemerhatian digunakan untuk memudahkan pengkaji mengenalpasti kekerapan perlakuan. Borang pemerhatian yang disediakan dapat dikumpulkan dengan lebih sistematik.
Jadual 2: Borang Pemerhatian Murid
Kaedah pengumpulan data awal yang ketiga ialah analisis dokumen. Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid bagi aspek penguasaan kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan senarai semak analisis dokumen (Rujuk Jadual 3).
Jadual 3: Senarai Semak Analisis Dokumen
BIL. ITEM YA TIDAK
1. Menguasai huruf-huruf a-z.
2. Boleh membaca suku kata terbuka KV.
3. Boleh menulis ayat mudah.
4. Tulisan boleh difahami dan dibaca.
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) akan terganggu sekiranya tiada langkah penyelesaian diambil. Pengkaji berpendapat jalan penyelesaian perlu difikirkan bagi mengatasi permasalahan murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca terutamanya kemahiran suku kata terbuka KV. Selain itu, pengkaji berminat untuk membina satu intervensi yang membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KV. Alat yang dicipta diharap dapat membantu proses PdPc serta menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdPc.
Objektif Kajian
Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan pendidikan khas menekankan objektif yang berikut:
• Permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu.
• Permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
• Permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
BIL. MURID JUMLAH MARKAH PERATUS
1. Murid A 101 101 x 100% = 10%
2. Murid B 102 102 x 100% = 20%
3. Murid C 101 101 x 100% = 10%
4. Murid D 104 104 x 100% = 40%
BIL. ITEM YA TIDAK
1. Murid dapat menguasai kemahiran membaca.
2. Murid cekap dalam menjawab soalan suku kata terbuka KV 3. Murid menunjukkan minat dalam kemahiran membaca.
(berlumba-lumba untuk menjawab soalan)
Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang hendak dijawab oleh kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’
dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan pendidikan khas ini ialah:
• Bagaimanakah penggunaan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu dalam kalangan murid?
• Adakah pencapaian murid dalam membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain menerusi permainan ‘JeWo’ dapat ditingkatkan?
• Adakah minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain menerusi permainan ‘JeWo’ dalam kalangan murid dapat dikekalkan?
2. Tinjauan Literatur
Kemahiran Membaca Suku Kata
Kemahiran membaca adalah kemahiran asas untuk menguasai sesuatu bahasa, terutamanya bahasa Melayu. Murid masih menggunakan beberapa kaedah membaca tradisional. Chew (2012) percaya bahawa kebanyakan pembaca hanya membaca buku berasaskan kertas. Alred et al. (2016) mendapati bahawa remaja pada umumnya lebih berminat dengan bahan bacaan seperti teks dan buku fiksyen. Oleh itu, dengan membaca buku, ini adalah salah satu cara agar pelajar dapat meluaskan pengetahuan dan menggunakan masa lapang dengan bijak. Ini menunjukkan bahawa minat terhadap kemahiran membaca juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan penguasaan suku kata. Oleh itu, Harison (2005) menunjukkan dalam penyelidikannya bahawa setiap kanak-kanak harus belajar membaca dengan santai agar tidak ada lagi masalah membaca.
Menurut Abdul (1989), pembaca memerlukan kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran mengenai bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan kata-kata yang terdapat dalam bahasa tersebut. Sebelum pelajar dapat membaca, mereka harus mempunyai pemahaman asas mengenai bahasa yang perlu mereka gunakan dari tahap sederhana hingga tahap yang lebih kompleks, misalnya, dari sebutan huruf, membaca suku kata hingga membaca ayat. Penyelidikan Aimi et al. (2016) menunjukkan bahawa kemahiran membaca yang tinggi akan memudahkan pelajar menguasai semua aspek bahasa dan organisasi pemikiran yang bernas dan teratur. Sebaliknya, pelajar yang tidak berminat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka kurang luas. Di Malaysia, isu penguasaan kemahiran membaca menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tidak dinafikan bahawa masalah penguasaan kemahiran membaca juga wujud di luar negara.
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran yang baik adalah impian semua guru. Pengajaran yang baik menunjukkan bahawa pelajar mendapat pengetahuan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Kaedah PdPc yang positif dan menarik harus digunakan untuk menarik minat pelajar, terutama dalam meningkatkan kemahiran membaca. Pelajar perlu belajar kaedah dan strategi pembelajaran yang betul dan sesuai di bawah bimbingan ibu bapa dan guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan kaedah PdPc yang sesuai, banyak kajian menunjukkan bahawa kaedah permainan adalah salah satu strategi PdP yang berkesan untuk pelajar prasekolah. (Sharifah Nor & Alizah, 2011; Zakiah, Azlina & Yeo, 2013, Ramlah, 2013; Haslinda, 2015; Aimi Najlaa & Faridah, 2017; Auni Bazilah & Mohd Jasmy, 2019).
Menurut Burnett (2010), anak-anak dewasa ini tumbuh dalam lingkungan teks, di mana mereka mempunyai pelbagai cara untuk berinteraksi secara aktif dan bermain di persekitaran yang dibuat. Kajian yang dilakukan oleh Nazirah & Abdul (2017) ke atas pelajar dengan sindrom Down menunjukkan bahawa pembelajaran digital memberi kesan yang besar kepada pelajar. Mereka dapat memainkan perkataan yang sama berulang kali mengikut keperluan mereka, yang memerlukan pelajaran berulang. Di samping itu, aplikasi pembelajaran yang menggunakan semua elemen multimedia seperti grafik, animasi, teks, audio, dan lain-lain lebih berkesan dalam meningkatkan kemampuan kognitif kanak-kanak dengan sindrom Down, kerana kumpulan ini memerlukan visual dan bukannya bahan pengajaran pendengaran sahaja.
3. Metodologi Kajian
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tindakan. Kajian tindakan mempunyai konsep dan tekniknya yang tersendiri berdasarkan kajian yang ingin dilaksanakan. Objektif utama kajian ini adalah untuk meperbaiki dan menambahbaik amalan pengajaran guru di institusi pendidikan. Creswell (2014) turut berpendapat bahawa penyelidikan menggunakan reka bentuk kajian tindakan ini menyediakan peluang untuk guru dan para pendidik mereflek amalan masing-masing dan memperbaiki amalan dengan cara mengambil tindakan terhadap amalan. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data.
Model Kajian
Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian ini. Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948) dalam McNiff (2013) digunakan apabila masalah kajian telah dikenal pasti. Model penyelidikan tindakan ini merupakan model yang paling awal sebelum moderasi model-model berikutnya. Berikut adalah contoh Model Kurt Lewin (1948) yang akan pengkaji gunakan semasa menjalankan kajian ini nanti. Model ini akan dilaksanakan sehinggalah masalah dalam kemahiran membaca dapat diselesaikan ataupun dikurangkan.
Rajah 2: Model Penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1948) yang telah diadaptasi mengikut kajian
Peserta Kajian
Sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Daerah Kuching, Sarawak dijadikan sebagai tempat kajian. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian ke atas MBPK masalah pembelajaran memandangkan pengkaji mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka. Seramai empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang berusia 8 tahun masalah pembelajaran telah dikenalpasti. Sebahagian besar MBPK masalah pembelajaran adalah murid Autisme.
Selain itu, kebanyakan murid ini datang dari keluarga bersosioekonomi sederhana.
Kebanyakan murid merupakan anak pegawai kerajaan. Pengkaji dikumpulkan bersama dalam satu kumpulan yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini kerana murid lemah kerana mereka telah menguasai salah satu kemahiran asas membaca bahasa Melayu dan juga kurang menunjukkan minat terhadap bahasa kelas. Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian ini belum mempunyai kemahiran asas membaca suku kata terbuka KV + KV, berdasarkan hasil analisis pelbagai instrumen yang dilakukan. Peserta kajian juga berminat dengan bahasa Melayu untuk dibaca pada hari tersebut. Ini mendorong para penyelidik untuk campur tangan dengan permainan interaktif. Selain itu, prestasi mereka juga paling rendah. Pilihan ini dibuat berdasarkan ujian diagnostik, pemerhatian, dan analisis dokumen yang dilakukan padanya.
Berdasarkan ujian diagnostik yang dilakukan, penyelidik mempunyai gambaran sebenar yang dihadapi murid dan, pada masa yang sama, membantu pengkaji untuk memilih kaedah dan intervensi yang sesuai untuk diterapkan dalam PdPc.
Kaedah Pengumpulan Data
• Analisis Dokumen (Ujian Lisan 1, Ujian Lisan 2, Ujian Lisan 3)
Kaedah pengumpulan data utama yang akan digunakan ialah analisis data yang merangkumi ujian lisan sebelum menggunakan intervensi dan selepas menggunakan intervensi. Analisis dokumen yang dijalankan adalah berbentuk lisan yang sesuai bagi menilai kebolehan atau tahap penguasaan peserta kajian. Tujuan pemilihan kaedah analisis dokumen adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Ujian lisan 1 sebelum intervensi terlebih dahulu dijalankan sewaktu pengkaji melakukan analisis tinjauan awal. Selepas berakhirnya pelaksanaan intervensi, Ujian lisan 2 dan 3 pula akan dilaksanakan. Bagi melaksanakan ujian ini, pengkaji akan membina instrumen yang mengandungi suku kata terbuka iaitu KV + KV. Data bagi ujian ini akan dikumpul ke dalam senarai. Bagi ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3, pengkaji akan menggunakan soalan suku kata terbuka KV + KV yang sama. Ini bertujuan untuk memastikan jumlah markah yang diperoleh mempunyai kesahan yang tinggi.
• Temu Bual
Bagi menyokong data yang diperolehi dari ujian, pengkaji akan menjalankan sesi temu bual bersama guru-guru yang mengajar peserta kajian selepas berakhirnya setiap intervensi. Temu bual yang akan dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk temu bual semi struktur (Lim Chong Hin, 2007). Temu bual semi struktur ini ialah penggabungan temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Tujuan utama pengkaji mengadakan temu bual ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkenaan keberkesanan permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid masalah pembelajaran dari perspektif guru-guru yang mengajar peserta kajian.
• Pemerhatian
Cara pengumpulan data yang ketiga adalah pemerhatian yang akan dilakukan bersama seorang rakan pengkaji. Pengkaji terlebih dahulu akan membuat rakaman video sewaktu intervensi berlangsung dan rakan pengkaji membuat pemerhatian melalui rakaman video selepas
berakhirnya intervensi. Bentuk pemerhatian yang akan dilakukan adalah dari jenis pemerhatian berstruktur (Parsons & Brown, 2002; Schmuck, 1997, seperti dinyatakan dalam Mertler &
Charles, 2005). Sebelum melakukan pemerhatian, pengkaji akan menetapkan kriteria yang ingin diperhatikan dan bersedia bersama instrumen bagi merekod pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji akan dapat mengumpul maklumat berkenaan reaksi atau tingkah laku murid terhadap latihan yang diberi. Segala pemerhatian akan dicatat ke dalam Senarai Semak yang disediakan pengkaji.
Kaedah Penganalisisan Data
• Analisis Dokumen (Ujian Lisan 1, Ujian Lisan 2, Ujian Lisan 3)
Pengkaji menganalisis menggunakan skala Guttman. Bilangan jawapan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV yang berjaya dijawab oleh peserta kajian akan dijumlahkan dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus (Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, 1989). Melalui graf, pencapaian murid dalam latihan-latihan yang telah diberikan dapat dilihat.
• Temu Bual
Rakaman temu bual dipindahkan ke dalam bentuk transkripsi bagi membolehkan data lebih mudah dianalisis (Johnson & Christensen, 2007). Isi-isi penting yang telah dikenalpasti dikategorikan kepada beberapa tema yang bersesuaian.
• Pemerhatian
Berdasarkan catatan dalam Senarai Semak, pengkaji melakukan kajian dengan teliti untuk mengenali bahan penting yang dapat menjawab soalan kajian sama seperti penemuan yang diperoleh dari teknik ujian dan temu bual. Pengkaji akan menggunakan teknik pengekodan untuk mendapatkan maklumat pemerhatian. Pengkaji akan memilih isi penting yang telah diasingkan mengikut tema.
4. Dapatan Kajian
Bagaimanakah penggunaan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu dalam kalangan murid?
Berdasarkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV dapat ditingkatkan melalui permainan ‘JeWo’. Ini berasaskan hasil akhir ujian lisan murid. Temu bual juga dijalankan ke atas murid bagi mengenalpasti penguasaan dalam kemahiran membaca. Berikut merupakan transkrip jawapan temu bual bagi soalan yang diajukan (Rujuk Jadual 4). Secara keseluruhannya murid menyukai permainan ‘JeWo’ dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV.
Jadual 4: Transkrip Temu Bual Murid
BIL. SOALAN TEMU BUAL JAWAPAN TEMU BUAL
1. Apakah perasaan kamu semasa mempelajari suku kata terbuka KV + KV menggunakan permainan ‘JeWo’?
Murid A: “seronok, cikgu.”
Murid B: “seronok.”
Murid C: “best..boleh main lagikah cikgu?”
Murid D: “saya sangat suka, cikgu.”
2. Apakah elemen yang menarik minat kamu semasa menggunakan permainan
‘JeWo’?
Murid A: “warna dia cantik, cikgu.”
Murid B: “ya..bnyak warna, cikgu.”
Murid C: “susunan tingi-tinggi, cikgu..macam bangunan.”
Adakah pencapaian murid dalam membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain menerusi permainan ‘JeWo’ dapat ditingkatkan?
Analisis dokumen dijalankan bagi menilai pencapaian murid dalam membaca suku kata terbuka KV + KV. Analisis dokumen ini terdiri daripada tiga ujian lisan iaitu Ujian Lisan 1, Ujian Lisan 2 dan Ujian Lisan 3. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan pendidikan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3). Jadual 5 dan Rajah 3 menunjukkan peningkatan dalam setiap ujian lisan yang dijalankan.
Jadual 5: Bilangan Penguasaan Suku Kata Terbuka KV + KV Ujian Lisan 1, 2, 3
BIL. SUKU KATA MURID A MURID B MURID C MURID D
1. baju x / / / / / x / / / / /
2. dada / / / / / / / / / / / /
3. kuda x x / x x x x x x x x x
4. topi x / / x x x x x x / / /
5. gula x x / x x x x x / x x x
6. biji x / / x x x x x x x / /
7. dadu x x / x x x x x x x x /
8. kayu x x / x x x x x x x x /
9. kopi x x x x x / x x x x x x
10. guli x x x x x / x x x x x x
11. bola / / / / / / x x / x x /
12. duri x x x x x / x x x x x x
13. mata / / / x x / / / / x x /
14. ceri x x x x x / x x x x x x
15. susu x / / / / / x / / x / /
16. buku x / / x / / x x / x / /
17. kaki x x / x x / x x / x x /
18. meja / / / x x / x x / / / /
19. sudu / / / x / / x x / x / /
20. sawi x x x x x x x x x x x x
Murid D: “sangat cantik warna blok kayu ni, cikgu.”
3. Adakah cara menggunakan permainan
‘JeWo’ ini mudah? Murid A: “mudah juga,cikgu.”
Murid B: “ok, cikgu..senang.”
Murid C: “senang je,cikgu..macam main game.”
Murid D: “mula-mula susah, cikgu..tapi sebab diajar, game ni senang.”
4. Adakah kamu faham suku kata yang terdapat pada blok kayu semasa bermain permainan ‘JeWo’?
Murid A: “faham, cikgu..saya ikut sebutan cikgu je.”
Murid B: “boleh faham, cikgu..boleh baca.”
Murid C: “tadi mula-mula saya tidak faham..lepas tengok kawan main, baru saya faham.”
Murid D: “senang, cikgu..saya faham permainan ni.”
5. Adakah permainan ‘JeWo’ membantu kamu untuk membaca suku kata terbuka KV + KV terbuka dengan mudah?
Murid A: “betul, cikgu..sangat membantu.”
Murid B: “membantu, cikgu.”
Murid C: “bolehlah, cikgu..masih banyak huruf saya tidak tahu.”
Murid D: “saya faham cara bermain dan permainan ni bantu saya membaca suku kata, cikgu.”
Rajah 3: Keputusan Ujian Peserta Kajian
Adakah minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain menerusi permainan ‘JeWo’ dalam kalangan murid dapat dikekalkan?
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sepanjang Ujian Lisan 1, Ujian Lisan 2 dan Ujian Lisan 3, pengkaji mendapati murid mulai berminat untuk membaca suku kata terbuka KV + KV. Minat dalam membaca perlu dipupuk seawal mungkin agar setiap elemen dalam kemahiran bahasa dapat dikuasai dengan baik. Kemahiran membaca sangat penting bagi mata pelajaran yang lain. Oleh itu, kemahiran asas perlu dipelajari dengan cara yang mampu menarik minat murid. Item-item pemerhatian adalah seperti di Jadual 6.
Jadual 6: Item Pemerhatian Murid
BIL. ITEM PEMERHATIAN
MURID A MURID B MURID C MURID D
UJIAN LISAN 1
UJIAN LISAN 2
UJIAN LISAN 3
UJIAN LISAN 1
UJIAN LISAN 2
UJIAN LISAN 3
UJIAN LISAN 1
UJIAN LISAN 2
UJIAN LISAN 3
UJIAN LISAN 1
UJIAN LISAN 2
UJIAN LISAN 3
1.
Mengikut arahan yang diberi oleh pengkaji semasa PdPc Bahasa Melayu menggunakan permainan
‘JeWo’.
/ / / / / / x / / / / /
2.
Melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi PdPc Bahasa Melayu dijalankan.
/ / / x / / / / / x / /
3.
Menunjukkan ekspresi muka teruja semasa menggunakan permainan
‘JeWo’.
/ / / x / / x / / / / /
4.
Menumpukan perhatian semasa PdPc Bahasa Melayu dijalankan.
/ / / x / / x / / x / /
0 5 10 15 20
MURID A MURID B MURID C MURID D
Markah
Peserta Kajian
Keputusan Ujian Lisan Peserta Kajian
Ujian Lisan 1 Ujian Lisan 2 Ujian Lisan 3
5.
Mudah untuk memahami kandungan permainan
‘JeWo’. / / / x x / x x / x / /
6. Mengenalpasti bunyi setiap
huruf vokal dengan betul. / / / x x / x x / x / /
7.
Membaca suku kata terbuka KV + KV dengan tepat.
/ / / x / / x x / x x /
8.
Menjawab soalan yang diutarakan oleh pengkaji sepanjang PdPc Bahasa Melayu.
/ / / / / / / / / / / /
5. Perbincangan dan Kesimpulan
Penyelidikan tindakan ini telah menunjukkkan hasil yang memuaskan berdasarkan peningkatan dalam pencapaian murid apabila dilaksananakan intervensi permainan ‘JeWo’.
Murid yang sebelumnya dikenalpasti lemah dalam kemahiran membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang ketara. Mereka juga semakin seronok dan berminat untuk belajar kerana dapat membaca lebih banyak perkataan. Namun begitu, banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca.
Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan permainan ‘JeWo’ lebih menyeronokkan kerana wujudnya elemen bahan mainan. Thomas (2010) menyokong bahawa penggunaan elemen bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mampu menarik minat murid supaya tidak bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya. Selain itu, permainan
‘JeWo’ menggunakan konsep belajar sambil bermain, maka banyak segmen boleh diakses oleh murid (belajar, permainan, kuiz). Vygotsky (1978) menyatakan bahawa main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Sedikit sebanyak, guru juga dapat mengajar murid dengan kaedah yang lebih moden dan menarik minat murid. Perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat secara dinamik berbanding kaedah tradisional (Guttormsen & Krueger., 2000)
Cadangan Penambahbaikan
Hasil kajian yang lebih berkesan boleh ditambahbaik melalui pelaksanaan oleh guru dan pengkaji ke atas murid yang mengalami masalah dalam membaca terutamanya membaca suku kata terbuka KV + KV. Pengkaji percaya bahawa latihan yang berterusan dalam aspek membunyikan bunyi suku kata banyak membantu murid untuk cepat mengecam suku kata dengan lebih baik. Selain itu, penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu murid belajar suku kata. Minat murid dalam membaca dapat dipupuk melalui saluran interaktif. Sebagai contoh, permainan interaktif, video dan muzik. Penguasaan kemahiran membaca terhadap pendengaran juga memainkan peranan yang penting agar lebih banyak input bahasa dapat diterima. Selain itu, penggunaan gambar sebagai alat sokongan boleh membantu murid mengingat suku kata secara berkesan. Apabila banyak perkataan yang murid boleh kuasai, keyakinan diri murid juga akan turut meningkat.
Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian ini dilihat mampu meningkatkan murid dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Pada masa akan datang, diharapkan agar kajian selanjutnya ini boleh diperluas. Skop kajian dapat diperluan dengan melaksanakan pendekatan pengajaran kemahiran membaca suku
kata yang lebih fleksibel dan inovatif. Contohnya dalam bidang nyanyian. Selain itu, kajian mengenai amalan terbaik guru Bahasa Melayu yang mengajar murid berkaitan kemahiran membaca suku kata boleh juga dijalankan. Menurut Yahya Othman (2005), aspek bacaan dan pemahaman penting diberikan penekanan kerana kemahiran membaca penentu kepada kejayaan. Oleh itu, penyediaan modul yang lebih berfokus kepada murid dalam membantu kemahiran membaca suku kata dan boleh digunakan oleh semua guru perlu disediakan. Akhir sekali, kaedah pengumpulan data boleh dipelbagaikan bagi menguji keberkesanan kajian yang dijalankan ke atas murid dalam aspek bahasa.
Kesimpulan
Kemahiran membaca merupakan kemahiran paling asas dalam mempelajari bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Murid berkeperluan pendidikan khas juga perlu menguasai kemahiran asas agar kemahiran yang lebih kompleks dapat dikuasai. Penyelidikan tindakan yang pengkaji jalankan banyak membantu pengkaji dalam meningkatkan amalan kendiri berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai seorang guru, keupayaan murid berkeperluan pendidikan khas perlu diambil tahu. Perkara tersebut boleh dikenalpasti melalui latihan yang diberikan. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga sangat penting kerana dapat membantu merangsang murid untuk meningkatkan kemahiran yang diajar dan mampu menarik minat murid untuk belajar.
Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib. (1989). Psikolinguistik dan pengajaran bacaan di sekolah-sekolah rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aimi Liyana, K., Hanis Maisarah, M., & Nor Fairos, H. (2016). Teachers' Perception On Literacy , Numeracy and Screening (LINUS 2.0) Assessment Features Based On Year 1 Students' Performance . Research Journal of English Language and Literature (RJELAL), 4(1).
Alred, A., Labat, M. B., Eadens, D. W., Labat, C. A., & Eadens, D. M. (2016). The impact of principal emotional intelligence on teacher perceptions of school climate.
International Research in Higher Education, 1(2), 127–132.
http://doi.org/10.5430/irhe.v1n2p127
Auni Bazilah & Mohd Jasmy. (2019). Tahap penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran bahasa inggeris di kalangan guru sekolah rendah. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi. 6(1), 176-190.
Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A review of research. Journal of Early Childhood Literacy. 10. 247-270.
10.1177/1468798410372154.
Chew, F. P. (2012). Literacy among the secondary schools students in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 2(6), 546–550.
http://doi.org/10.7763/IJSSH.2012.V2.168
Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. United State of America: Pearson Education Limited.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (2017). Pusat perkembangan Kurikulum:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guttormsen, S.S. & Krueger, H. (2000). “Using New Technologies with Multimedia.” IEEE Multimedia Magazine. July-September 2000.
Harison Othman. (2005). Kajian Tindakan: Meningkatkan kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah kad bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis.
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah &
menengah:Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.
Johnson, B. & Christensen, L. (2007). Educational research: Quantitative, qualitative and mixed approaches, 3rd Ed. Thousand Oaks, CA: Sage.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif.
Shah Alam: McGraw-Hill.
Mazania Kasimin. (2009). Keberkesanan kaedah fonetik melalui teknik belajar sambil bermain dalam menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid KIA2M. Jurnal Tinta Dinamik, 1, 35-38.
McNiff, J. (2013). Action research: Principles and practice (3rd ed.). Oxon: Routledge.
Mertler, C. A. & Charles, C. M. (2005). Introduction To Educational Research. 5th Edition.
New York: Pearson Education, Inc.
Nazirah Kamal Ruzaman & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2017). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak
Sindrom Down. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4761
Ormrod, J.E. (2008). Education psychology developing learning (6th ed.). Upper Saddle, NJ:
Pearson Merrial Prentince Hall.
Thomas, B. M. (2010). The literacy instructional leader : Perceptions of the importance of areas, responsibility and use of literacy knowledge elementary principals need to lead an effective literacy program. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses (UMI 3438787).
Vygotsky, L. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.