• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMATA 57

RENUNGAN:

Yehezkiel 38:1-39:29

Aku akan menunjukkan kebesaran-Ku dan kekudusan-Ku dan menyatakan diri-Ku di hadapan bangsa-bangsa yang banyak, dan mereka akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan. —Yehezkiel 38:23 ...Siapakah Diri-Nya tetap akan dinyatakan dalam setiap peristiwa manusia.

jurubicara yang lebih awal (Yehezkiel 38:17; 39:8), dan perkataannya seperti perkataan-perkataan yang lain khususnya Yeremia (Yeremia 4:5-6:26; Yoel 2:20). Dia sebenarnya sedang mengatakan hari-hari terakhir iaitu hari Tuhan dan menggunakan lambang-lambang yang dipakai oleh nabi-nabi seperti Yoel (Yoel 2:28-32); Amos (Amos 5:18-20) dan Zefanya (Zefanya 1:14-18), dan yang ditekankan Yesaya (Yesaya 29:5-8; 66:15) dan Zakharia (Zakharia 12:1-9; 14:1-15).Inilah gambaran yang berlainan daripada “zaman emas” di mana mereka akan kembali dari pembuangan ke tanah perjanjian yang telah dijelaskan dalam gaya yang tertentu.”56

Rooker memerhatikan bahawa frasa “setelah banyak hari” atau Bahasa Indonesia “setelah waktu yang lama” mempunyai nada akhir zaman. “Setelah banyak hari perserikatan besar akan bergabung melawan Israel. Frasa “setelah banyak hari” ialah frasa nubuat yang kadangkala diapplikasi untuk zaman akhir (Daniel 8:26). Serangan ini akan datang pada tahun-tahun pada masa yang akan datang. Frasa (secara harafiah pada akhir tahun-tahun) ditujukan kepada frasa yang sama “hari-hari yang terakhir” atau “hari-hari terakhir” yang ditujukan pada kerajaan messianik (Yesaya 2:2; Hosea 3:5). Gog dan sekumpulan orang akan menyerang tanah ini ketika mereka tinggal dalam keadaan selamat. Serangan itu begitu besar sehingga rombongan yang menyerang itu seperti awan-awan yang menutupi tanah itu. Awan dan angin badai adalah corak-corak dalam kesusastraan Alkitab untuk mengumumkan ancaman sebuah nubuat” (Yeremia 4:13).57

Stuart menjelaskan dengan begitu menarik, “Bab 39 mengulangi serangan Gog lagi dan kekalahannya tetapi dengan penekanan yang berbeza daripada bab sebelumnya. Tidak banyak perhatian diberikan kepada serangannya (Yehezkiel 39:1-2), tetapi banyak tumpuan diberikan kepada pembunuhan yang beramai-ramai terhadap kuasa-kuasa Gog. Dalam pengertian yang tertentu, Bab 38 berfokus pada kuasa-kuasa yang melawan Allah dan umat-Nya sementara Bab 39 tentang pembebasan umat Tuhan dari ancamannya. Akhir bab ini menekankan tentang pemulihan Israel (Yehezkiel 39:21-29), khususnya era pemulihan itu. Maka bab ini dimulakan dengan masa depan yang jauh tetapi diakhiri dengan masa depan yang mendekat dengan perjanjian mereka akan kembali dari pembuangan ke tanah Kanaan dan kebenaran lebih besar yang dilambangkan oleh kepulangan itu.”58

Amarah Tuhan timbul pada saat gempa bumi dahsyat terjadi di seluruh tanah Israel. Wajah-Nya muncul sehingga seluruh ciptaan seperti ikan-ikan, burung, binatang yang melata bergementar. Bintang-binatang ini tidak bergementar kerana Gog dan tentera bersekutu tetapi mereka gentar melihat wajah Tuhan, Binatang-binatang ini tahu kejutan akan terjadi kepada alam. Tuhan akan mengirim sampar dan tumpahan darah serta menurunkan hujan, api dan hujan belerang ke atas bala tentera ini.

Penghukuman ini mengingatkan kita kepada penghukuman alam yang datang ke atas Firaun sewaktu dia tidak ingin melepaskan umat Tuhan. Api belerang ini juga dihujani ke atas Sodom dan Gomorrah (Kejadian 18-19) sewaktu manusia telah menjadi terlalu jahat. Tuhan akan menggugurkan setiap rancangan jahat, “Aku akan memukul tangan kirimu sehingga busurmu jatuh dan membuat panah-panahmu berjatuhan dari tangan kananmu”(Yehezkiel 37:3). Kekudusan dan kebesaran Tuhan akan dinyatakan sewaktu dia menggugurkan rancangan dan niat yang jahat serta menghukum orang-orang yang merancangnya.

Tuhan akan memulihkan umat-Nya sehingga bangsa-bangsa di sekelilingnya mengetahui Tuhan telah membawa mereka dalam pembuangan kerana Dia menghukum dosa umat-Nya. Kepulangan mereka juga akan membuktikan kasih setia Tuhan dan kekudusan-Nya. Kalau pada waktu pembuangan Tuhan telah menyembunyikan wajah-Nya kini Dia akan tunjukkan wajah-Nya sewaktu mereka dipulihkan (Yehezkiel 39:23, 29).

Kenapa Tuhan melakukan semua ini?

Yang pertama, ia akan menolong Israel mengetahui bahawa Tuhan masih Allah mereka, dan penolakan mereka serta pembuangan mereka dari tanahair mereka bukanlah hal selama-lamanya. Kedua, negara-negara akan mempelajari dari peristiwa-peristiwa ini bahawa penghukuman Israel memang tujuan Tuhan, dan bukan tanda kelemahan-Nya, dan tawanan itu adalah demonstrasi kekudusan Tuhan untuk dilihat oleh seluruh dunia; Tuhan yang suci akan menghukum dosa umat-Nya dan juga dosa orang lain. Dengan demikian, Tuhan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada seluruh negara kerana pengalaman Israel itu demonstrasi sifat Allah dan skandal (Yehezkiel 36:20) akan didiamkan selama-lamanya.

Wajah-Nya akan muncul sehingga seluruh ciptaan seperti ikan-ikan, burung, binatang yang melata bergementar.

Tuhan Allah adalah Pemenang. Ancaman dan gugatan tidak perlu menakutkan umat Tuhan kerana segala rancangan musuh-Nya diketahui-Nya terlebih dahulu. Gereja mungkin akan diserang dan hak beribadah diancam, tetapi Tuhan tetap akan menyatakan kuasa dan kekudusan-Nya. Walau semua kuasa iblis disatukan untuk menyerang kita, kita akan melawan perang rohani ini tanpa ketakutan.

L

ayangkan pandangan anda kepada Tuhan dan perjanjian-Nya sewaktu menghadapi perasaan hampa kerana dilandai krisis dan tragedi. Apabila umat menerima berita Yerusalem binasa dan Bait Suci diserang, mereka masih dalam sikap perkabungan. Namun Tuhan ingin mereka melihat jauh ke depan, segala perjanjian Tuhan akan digenapi: mereka akan pulang dan mereka akan melihat Bait Suci dibangunkan dengan teliti. Ibadah yang baru akan diperhatikan dan hanya ibadah yang memampukan mereka hidup baru.

Pemulihan umat Tuhan bererti kota Yerusalem akan dipulihkan (Yehezkiel 33-34), tanahnya disuburkan (Yehezkiel 35-36), kerajaan Israel disatukan (Yehezkiel 37-39), dan Bait Suci dan ibadahnya didirikan semula. Pemulihan umat Tuhan juga bererti pemulihan ibadah mereka kepada Tuhan, pemulihan kehadiran-Nya yang mulia di tengah-tengah umat-Nya, dan berkat-Nya yang akan mengalir terus menerus.

Dalam tahun kedua puluh lima sesudah pembuangan, kekuasaan Tuhan meliputi Yehezkiel dan membawanya dalam penglihatan-penglihatan ilahi. Tahun kelima puluh lima menandakan permulaan Paskah yang diadakan untuk mengingati pelepasan dari kebelengguan Mesir (Keluaran 12:2-11). Penglihatan yang diberikan kepada Yehezkiel pada tarikh ini adalah cara Tuhan meyakinkan umat-Nya bahawa kepulangan mereka ke Yerusalem dan pembangunan semula Bait Suci tentu akan menjadi satu kenyataan.

Yehezkiel dibawa ke sebuah gunung yang tinggi sekali dan di atas itu ada yang menyerupai sebuah kota (Yehezkiel 40:2). “Gunung yang disebutkan di sini kemungkinan besar ialah Gunung Zion. Zion selalu

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 173-177)