• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia Pemimpin-Pemimpin GerejaPERMATA 17

RENUNGAN:

Yehezkiel 8:1-13

Firman-Nya kepadaku: “Masuklah dan lihatlah perbuatan-perbuatan kekejian yang jahat, yang mereka lakukan di sini.” —Yehezkiel 8:9

kecemburuan itu pernah diletakkan dalam rumah Tuhan oleh Raja Manasye iaitu berhala kayu Asheroh, dewa Kanaan (2 Raja-Raja 21:7). Dalam 2 Tawarikh 33:15, berhala ini telah dikeluarkan namun kemudian ia muncul lagi dalam Bait Suci.

Penyembahan ini merupakan sejenis sinkretisme di kalangan golongan atasan Yerusalem. Gerbang pintu utara ini merupakan tempat penting kerana pintu ini dipakai oleh raja-raja ketika mereka menyembah Tuhan. Tuhan yang masih memegang jambul kepala Yehezkiel telah membawa dia melalui satu lubang yang berada dalam tembok itu. Setelah masuk ke lubang itu, dia ternampak satu pintu lalu diminta untuk masuk ke bilik rahsia itu. “Firman-Nya kepadaku: Masuklah dan lihatlah perbuatan-perbuatan kekejian yang jahat, yang dilakukan oleh mereka di sini” (Yehezkiel 8:9).

Di bilik ngeri, tersembunyi tujuh puluh pemimpin dan pemimpin terhormat Yaazanya bin Safan sedang menyembah berhala. Banyak gambar binatang melata dan binatang-binatang lain yang menjijikkan diukir pada tembok bilik itu (Yehezkiel 8:10, Imamat 11:41-45). Tujuh puluh pemimpin ini sedang menyembah berhala yang jijik ini dalam kegelapan tanpa pengetahuan orang lain (Yehezkiel 8:12). Yehezkiel nampak Yaazanya bin Safan sedang memegang bokor ukupan dan keharuman ukupan ini naik ke atas (Yehezkiel 8:1). Yaazanya ini anak seorang yang saleh di Yerusalem (2 Raja-Raja 22:8). Mereka mungkin sedang memohon pertolongan daripada dewa Mesir untuk menangkis serangan Babel.

Kemudian Tuhan membawa Yehezkiel ke gerbang Utara, di sana, segolongan wanita sedang berkabung atas kematian Tammuz. Dewa Tammuz adalah dewa kesuburan yang dipercayai memberi kesuburan kepada tanah. Pada akhir musim panas, Tammuz dikatakan mati tetapi bangkit lagi pada musim bunga dan penyembah-penyembahnya akan berkabung atas kematiannya. Tuhan kemudian membawa Yehezkiel masuk ke ruangan dalam dan di sana dua puluh lima orang sedang memuja dewa matahari. (Yehezkiel 8:17). Mereka membelakangi Tuhan dan memuja dewa matahari yang biasa disembah oleh negara Mesir di ruangan doa ini. Dengan nada sedih, Tuhan menanyakan Yehezkiel, “…Kaulihatlah itu, hai anak manusia? Perkara kecilkah itu bagi kaum Yehuda untuk melakukan perbuatan-perbuatan kekejian yang mereka lakukan di sini, bahawa mereka memenuhi tanah ini dengan kekerasan dan dengan ini

terus menyakiti hati-Ku? Sungguh, mereka berkelakuan tak senonoh di hadapan-Ku” (Yehezkiel 8:17). Pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan oleh Tuhan menggambarkan kesedihan hati-Nya atas dosa yang jijik dan yang melukai hati-Nya.

Kebutaan mata rohani para pemimpin menyebabkan mereka tidak menyedari mereka sedang menaikkan kecemburuan Tuhan. Penglihatan ini jelas memperlihatkan kepada nabi Yehezkiel bahawa kemerosotan bangsa Israel berpunca pada kemerosotan ibadah. Dalam Bait Suci pun mereka menyembah dewa-dewa jiran-jiran mereka dan melakukan kejijikan. Pemimpin-pemimpin ini berbuat dosa di tempat tersembunyi yang tidak kelihatan orang. Sifat seorang pemimpin boleh diuji ketika tidak ada orang sedang melihat apa yang sedang dilakukannya dalam gelap.

Sifat pemimpin-pemimpin yang tidak menjunjungi Tuhan akan diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Kebusukan dan kemerosotan bermula dari tampuk kepemimpinan atas hingga kepada rakyat awam. Kemerostoan ini terjadi kepada setiap lapisan masyarakat termasuk wanita, imam-imam, pemimpin-pemimpin dan tua-tua.

Kemerosotan rohani bermula ketika kita mulai tidak beribadah kepada Tuhan dan hati kita melayang dan terpaut kepada yang lain. Martin Luther berkata, “Untuk memiliki Tuhan ialah untuk beribadah kepada-Nya.” Sewaktu kita tinggalkan Tuhan untuk menyembah yang lain, masalah mulai timbul kerana kita tidak ada ukuran yang benar untuk hidup dan kegelapan mengambil alih.

Penyembahan berhala boleh bererti menyembah yang lain selain dari Allah mungkin wang, harta benda, status atau nama yang boleh mengubahkan fokus kita daripada Tuhan. Pada intinya, penyembahan berhala ialah usaha untuk memuaskan diri kita dan bukan Tuhan. Sewaktu kita menggantikan yang lain sebagai fokus kita, pelbagai kemerosotan dalam sifat kita boleh terjadi.

Kemerosotan rohani bermula ketika kita mulai

tidak beribadah kepada Tuhan dan hati kita melayang dan terpaut kepada

B

ilakah Tuhan akan datang bukanlah soalan yang harus kita tanya dari sewaktu ke sewaktu. Yang penting kita berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu bila Tuhanmu datang. Kita bukan bersiap sedia melainkan sudah sedia dan berjalan seakan-akan Dia akan pulang hari ini.

Umat Tuhan tidak sedar bahawa Tuhan akan memulakan proses penghukuman-Nya dengan begitu segera. Allah membawa Yehezkiel dalam penglihatan-Nya ke Yerusalem untuk melihat keadaan di kota Yerusalem dan Bait Suci. Dosa yang dilakukan oleh mereka di Bait Suci dan di kota telah melukai hati Allah. Malaikat-malaikat diperintahkan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap pendosa-pendosa. Mereka berkumpul di mezbah persembahan untuk menerima tugasan membunuh pendosa yang tidak mahu bertaubat!

Allah bersabda seram kepada malaikat-malaikat yang akan melaksanakan penghukuman. Allah memerintah malaikat-Nya untuk memangkah huruf ‘T’ pada dahi orang yang sedih dan berkeluh kesah kerana segala kekejian dan dosa (Yehezkiel 9:4). Mereka yang menyesal atas dosa tidak akan dihukum dan akan terlepas dari malapetaka yang akan datang. Bagi mereka yang sudah kebal dengan dosa, Allah akan menjatuhkan penghukuman mati. Enam orang masuk ke ruangan dalam, masing-masing memegang alat pemukul (Yehezkiel 9:2). Orang ketujuh yang memakai pakaian lenan memegang alat tulis. Dia akan ke kota dan memangkah huruf ‘T’ kepada orang yang hidup benar. Mereka yang tidak ada huruf ‘T’ akan dipukul sehingga mati kerana mereka tinggal dalam dosa. Tuhan bernubuat bahawa umat-Nya akan berseru dengan suara yang nyaring dalam tangisan mereka (Yehezkiel 8:18). Penghukuman akan

Penglihatan Yang Seram Dan Sedih