• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yahweh Shammah, Tuhan Berada Di Sana

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 197-200)

PERMATA 65

RENUNGAN:

Yehezkiel 48:30-35

Jadi keliling kota itu adalah delapan belas ribu hasta. Sejak hari itu nama kota itu ialah: TUHAN HADIR DI SITU. —Yehezkiel 48:35

P

enghiburan yang terbesar dan nota gembira yang tertinggi mengakhiri kitab Yehezkiel. Yahweh Shammah, Tuhan berada di sana. Kota Yerusalem yang terbinasa tidak akan berada dalam reruntuhan selama-lamanya kerana TUHAN HADIR DI SITU. Yahweh Shammah menggambarkan sifat baru kota itu, dan Tuhan akan tinggal di tengah-tengah mereka. Mereka tidak akan diserakkan ke bangsa-bangsa lain di dunia ini dan Tuhan akan tinggal bersama dengan umat-Nya.

Yehezkiel dalam penglihatan ini telah melihat kota yang mempunyai dua belas gerbang. Setiap gerbang melambangkan satu suku Israel dan gerbang ini menjadi gerbang untuk keluar dari kota ini. Kota ini mempunyai empat tembok dan setiap tembok mempunyai tiga gerbang. Yahweh akan hadir di kota ini bersama dengan umat-Nya yang diwakili oleh dua belas gerbang ini.

Di kota ini, mereka akan mengalami persekutuan dengan Tuhan secara akrab dan mereka akan menjadi umat-Nya. Persekutuan mereka bersama dengan Tuhan tidak akan terputus setelah mereka dipulihkan dan mereka akan mengalami kasih sayang Tuhan. Yeremia juga menjelaskan keadaan yang bahagia ini, “Aku akan memberi mereka suatu hari untuk mengenal Aku, iaitu bahawa Akulah Tuhan. Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku ini akan menjadi Allah mereka, sebab mereka akan bertaubat kepada-Ku dengan segenap hati” (Yeremia 24:7). Zakharia juga menjelaskan demikian, “dan Aku akan membawa pulang, supaya mereka

Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku ini akan menjadi Allah

mereka, sebab mereka akan bertaubat kepada-Ku dengan segenap hati.

diam di tengah-tengah Yerusalem. Maka mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allah mereka dalam kesetiaan dan kebenaran” (Zakharia 8:8).

Kemuliaan yang melampaui batas akan digenapi pada waktu Domba Allah akan datang dan tinggal di tengah-tengah umat Tuhan. Salah satu keistimewaan dalam Kota Yerusalem ialah kehadiran Tuhan di situ. Augerah Tuhan telah menyebabkan perbuatan ajaib di tengah-tengah mereka. Segala perjanjian kepada Abram dan keturunannya akan digenapi, mereka akan memiliki dan menikmati tanah mereka yang kaya dengan sumber alam. Selain itu hukum Taurat akan dipatuhi kerana mereka telah ditahirkan dan Tuhan akan hadir dalam ibadah mereka yang tulus. Bandingkan keadaan yang sukacita ini dengan lagu yang mereka menyanyi di Babel, “Di tepi sungai-sungai Babel, di sanalah kita duduk sambil menangis, apabila kita mengingat Sion. Pada pohon-pohon gandarusa di tempat itu kita menggantungkan kecapi kita. Sebab di sanalah orang-orang yang menawan kita meminta kepada kita memperdengarkan nyanyian, dan orang-orang yang menyiksa kita meminta nyanyian sukacita: “Nyanyikanlah bagi kami nyanyian dari Sion! Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian Tuhan di negeri asing?” (Mazmur 137:1-3).

Di bab terakhir ini Yehezkiel mengakhiri dengan nota sukacita dan nota yang penuh kemenangan. Umat Tuhan akan menyanyi kemuliaan selama-lamanya kerana Tuhan hadir di tengah-tengah mereka dan di sana tiada tangisan dan siksaan. Inilah keistimewaan kota yang dilihat oleh Yehezkiel dalam penglihatan-Nya.

“Yehezkiel telah bermula dan mengakhiri dengan Tuhan. Terselip di antara penglihatan yang hebat dalam bab 1 dan kata-kata penutupan, “Tuhan berada di sana” ialah catatan tentang kegagalan dan dosa manusia yang tidak bersegan silu, dan penghukuman Tuhan. Tetapi penghukuman-Nya bekerja untuk kemuliaan-penghukuman-Nya, dan buku ini diakhiri dengan satu hal yang menceritakan apa yang ada di syurga, iaitu kehadiran Tuhan.”63

Gambaran Kota Yerusalem ini juga membimbing kita untuk membandingnya dengan Kota Yerusalem yang disebutkan dalam Wahyu

Kemuliaan yang melampaui batas akan digenapi pada waktu Domba Allah akan datang dan tinggal di

tengah-tengah umat Tuhan.

21:12-14. Dalam Wahyu, kedua belas gerbang itu dinamakan menurut kedua belas rasul dan Kota Yerusalem yang disebutkan Yohanes merupakan kota yang kekal. “Dan tembok kota itu mempunyai dua belas batu dasar dan di atasnya tertulis kedua belas nama kedua belas rasul Anak Domba itu” (Wahyu 21:14).

Yohanes yang berada di Patmos melihat penglihatan Yehezkiel digenapi pada kedatangan Tuhan Kristus Yesus. Penglihatan Yehezkiel digenapi ketika Tuhan Yesus dilahirkan dan tinggal di tengah-tengah manusia. Penglihatan ini akan digenapi lagi dalam kedatangan Tuhan Yesus yang kedua kali. “Lalu aku mendengar suara yang nyaring dari takhta itu berkata: “Lihatlah, khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umat-Nya dan Ia akan menjadi Allah mereka” (Wahyu 21:3).

TUHAN HADIR DI SITU juga menjadi kerinduan yang penting bagi setiap anak yang hidup di dunia yang gersang ini. Gereja yang dipenuhi oleh Roh Kudus dan kehadiran Allah sering dirindui oleh jemaahnya kerana TUHAN HADIR DI SITU. Tuhan hadir dalam anggota-anggota gereja mereka dan di tengah-tengah mereka. Kemuliaan Tuhan juga hadir di situ kerana TUHAN HADIR DI SITU.

Segala umat Kristian dari segala bangsa dan kaum akan berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba yang memakai jubah putih dan memegang daun palem di tangan-Nya. Anak Domba akan hadir di tengah-tengah umat-Nya. “Dan dengan suara nyaring mereka berseru: keselamantan bagi Allah kami yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba!” (Wahyu 7:10). Kehadiran Allah akan menyebabkan puji-pujian yang begitu mulia dan agung (Wahyu 7:11-12).

Puncak atau nota pengharapan yang tertinggi setiap anak Tuhan yang mengasihi Tuhan ialah TUHAN HADIR DI SITU yang akan datang kelak dengan kemuliaan yang sepenuhnya. Semua permata, hablur ais, kerub, takhta Tuhan yang ditudungi pelangi membawa kegembiraan kepada jiwa yang mempercayai-Nya. Yang terpenting dari semua ini dan menjadi kegembiraan kita hanya TUHAN HADIR DI SITU, “Lalu aku mendengar suara yang nyaring dari takhta itu berkata: “Lihatlah khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Dia akan berdiam bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umat-Nya dan Dia akan menjadi Allah mereka” (Wahyu 21:3).

Kitab Yehezkiel diakhiri dengan nota kemenangan, “Sejak hari itu nama kota itu ialah: TUHAN HADIR DI SITU” (Yehezkiel 48:35) TUHAN HADIR DI SANA dalam segala kemuliaan dan sukacita. “Marilah kita bersukacita dan bersorak-sorai, dan memuliakan Dia! Kerana hari perkahwinan Anak Domba telah tiba, dan pengantin-Nya telah siap sedia” (Wahyu 19:7).

Raja akan datang ketika fajar menyinsing Terang kemenangan akan tampak

Keindahan akan menghiasi gunung-ganang Timur Sukacita menghidupkan nyawa

O secerah pagi yang mulia itu Pada pagi yang indah ini

Kristus Raja kita akan datang dalam keindahan Dan kita akan menatap wajah-Nya

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 197-200)