• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isteri Yang Melacur

PERMATA 27

RENUNGAN:

Yehezkiel 16:1-35

Maka Aku lalu dari situ dan Kulihat engkau menendang-nendang dengan kakimu sambil berlumuran darah dan Aku berkata dalam keadaan berlumuran darah itu. Engkau harus hidup. —Yehezkiel 16:6

K

emurtadan terjadi apabila kita mula melupakan anugerah Tuhan dan asal usul kita. Kita lupa Tuhan pernah bercampurtangan dalam suku-suku kita dan memberi kita satu peluang hidup berkelimpahan. Kita tidak ingat apa yang dilakukan oleh Tuhan dalam kehidupan kita. Seringkali kita bagai kacang melupakan kulit. Saat kita melupakan kasih setia Tuhan, saat itulah kemerosotan akan terjadi.

Yehezkiel melukiskan kemurtadan umat Tuhan melalui alegori Timur: kisah seorang isteri yang tidak setia kerana dia sudah lupa asal usul dan kebaikan yang dilakukan oleh suaminya. Alegori ini

menggambarkan ketidaksetiaan umat Tuhan. Seorang bayi yang terlantar telah diselamatkan dan kemudian ditemui oleh seorang kaya. Anak itu dipelihara dan ketika dia dewasa dia diperisterikan. Cerita indah ini menjadi satu cerita mual kepada pendengarnya serta membuat mereka loyol. Loyol atas dosa sendiri.

Asal usul Israel diibaratkan seorang bayi yang dilahirkan daripada latarbelakang yang tidak dapat dibanggakan. “…Beginilah firman Tuhan Allah kepada Yerusalem: asalmu dan kelahiranmu ialah dari tanah Kanaan; ayahmu ialah orang Amori dan ibumu orang Heti” (Yehezkiel 16:3). Tuhan menyindir dengan sinis dan mengibaratkan mereka memiliki kelahiran campuran antara orang Heti dan orang Amori di tanah Kanaan. Tanah Kanaan dikenali sebagai tanah orang Amori dan orang Heti (Kejadian 15:21; Yosua 5:1; 7:7; 24:15; Amos 2:10). Sindiran Tuhan begitu tajam kerana tanah Kanaan terkenal dengan kemerosotan moral mereka.

Saat kita melupakan kasih setia Tuhan, saat itulah kemerosotan akan terjadi.

“Tanah Kanaan adalah perkataan yang dipakai untuk menggambarkan kemerosotan moral. Kultus orang Kanaan paling tidak bermoral kalau dibandingkan dengan kultus negara lain. Mereka menyembah dewa-dewa yang tidak bermoral seperti dewa pelacuran Anath, Astarte dan Ashera.33

“Orang Amori adalah penggembara Timur yang berasal daripada suku Semitik, mereka tinggal di Selatan Lautan Mati, di mana mereka kemudian masuk ke tanah Kanaan. Penduduk di sana menganggap mereka binatang liar. Kemerosotan seks yang disebabkan penyembahan mereka yang tidak bermoral kepada Baal dan Ashtartes sudah menjadi buah mulut. Orang Heti pula satu bangsa Asia kecil, mereka berpindah ketika negara mereka berpecahan. Kuil mereka didedikasi kepada beribuan dewa daripada pelbagai suku.”34

“Keturunan dan kelahiran yang dijelaskan bukan kelahiran jasmani tetapi digambarkan untuk makna rohani. Secara rohani, Israel bertumbuh dari tanah orang Kanaan; dan bapanya orang Amori dan ibunya orang Heti. Ia seperti waktu Tuhan Yesus berkata kepada orang Yahudi, “Kamu adalah bapa dari si Iblis” (Yohanes 8:44). Tanah Kanaan disebutkan sebagai orang kafir yang terjijik dan terkotor sedang dosa Amori juga begitu besar sejak pada zaman Abraham…”35

Keadaan umat Tuhan pada mula-mulanya seperti bayi yang dibiarkan dalam keadaan terlantar tanpa sebarang rawatan. Membiarkan bayi mati di ladang biasa di kalangan bangsa kafir tetapi orang Israel akan memandangnya sebagai hal yang jijik. “Kelahiranmu begini: Waktu engkau dilahirkan pusatmu tidak dipotong dan engkau tidak dibasuh dengan air supaya bersih; juga dengan garam pun engkau tidak digosok atau dibendungi dengan lampin” (Yehezkiel 16:4).

Di Timur Tengah, biasanya seorang bayi dirawat rapi. Tali pusatnya dipotong, diikat dan dibasuh dengan garam, air, dan minyak disapu sebelum seorang bayi dilampinkan. Garam digosokkan agar kulitnya kental dan dapat menangkal infeksi. Menurut Fred H. Wright, “Untuk orang Timur di Palestina mereka merawat bayi mereka seperti waktu Tuhan Yesus dirawat ketika Dia dilahirkan (Lukas 2:12). Bayi itu dilampinkan agar tangannya tidak bergerak bebas; dan dijadikan seperti murmia. Waktu lahir bayi itu digosok dengan garam…”36

Cerita Israel berlainan, bayi itu terlantar. Penjelasan bayi terlantar itu ditujukan pada waktu sebelum Israel menjadi satu bangsa dan berada di

bawah penindasan Mesir. Mereka tidak ada kekuatan tentera, dan akan pupus kalau Tuhan tidak menghulurkan pertolongan. Tuhan menganggap mereka berharga dan bersabda, “…Engkau harus hidup” (Yehezkiel 16:6). Dia pernah bersabda kepada Musa, “…Aku telah memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan umat-Ku di Mesir, dan Aku telah mendengar seruan mereka yang disebabkan pengerah-pengerah mereka, ya, Aku mengetahui penderitaan mereka” (Keluaran 3:7).

Kemudian bayi itu membesar, “…dan jadilah besar seperti tumbuh-tumbuhan di ladang” (Yehezkiel 16:7). Mereka menjadi banyak sewaktu berada di Mesir dan dari permulaan yang berjumlah hanya 75 orang mereka bertumbuh menjadi 600,000 manusia namun mereka bukan satu negara lagi (Kisah Para Rasul 7:14). Pada zaman pemerintahan Daud dan Sulaiman, Yerusalem mencapai kegemilangannya dan menjadi terkenal. Ratu Syeba ingin melihat keindahan istana dan kebudayaan Yerusalem (1 Raja-Raja 10:4-5).

Bayi itu mendewasa menjadi seorang perempuan yang bersedia berkahwin. Seperti seorang pemuda yang mengikat perjanjian dengan pengantin perempuan, Tuhan mengikat perjanjian

dengan umat-Nya di gunung Sinai. Pengangkatan ini ibarat satu perkahwinan (Hosea 2:22,23). “Pergilah memberitahukan kepada penduduk Yerusalem dengan mengatakan: Beginilah firman Tuhan: Aku teringat kepada kasihmu pada masa mudamu, kepada cintamu pada waktu engkau menjadi pengantin, bagaimana engkau mengikuti Aku di padang gurun, di negeri yang tiada taburannya” (Yeremia 2:2).

Apakah umat Tuhan membalas kebaikan Tuhan dan tetap setia dalam pengikatan ini? Tidak! Mereka bersundal dengan negara lain. Mereka mengadakan perserikatan dengan negara lain dan turut mengikut agama mereka. Walaupun mereka sudah menerima berkat dan keistimewaan daripada Tuhan, mereka terus melacur tanpa mengenang budi. Kerajaan Israel berpaling kepada Mesir untuk melawan Asyur (2 Raja-Raja 17:4; 18:21). Pertolongan daripada Mesir juga bererti mereka mendapat pertolongan daripada dewa-dewanya. Apabila negara Babel muncul sebagai kuasa yang besar, mereka juga mencari negara ini untuk

Walaupun mereka sudah menerima berkat dan keistimewaan daripada Tuhan, mereka terus melacur tanpa mengenang budi.

pertolongan (2 Raja-Raja 20:12-19). Yerusalem bagai isteri yang mengejar sesiapa sahaja yang melewatinya (Yehezkiel 16:15). Di bawah raja Salomo, mereka menjadi kota terkenal, namun raja Salomo mulai membuat perserikatan dengan negara-negara lain dan mendirikan berhala di Yerusalem.

Apakah yang menjadi akar dosa Israel dan perbuatan-perbuatan kekejiannya? Kesalahannya yang pertama ialah dia tidak lagi teringat kepada anugerah Tuhan dalam kehidupan dan masa mudanya (Yehezkiel 16:22). Daya ingatan lemah akan anugerah Allah menjadi punca yang menyebabkan keakraban dengan Tuhan terungkai. Hanya kalau kita selalu sedar akan anugerah dan kemurahan Tuhan dalam kehidupan kita baru kita tidak akan menjadi suam-suam dan mulai menjalin perhubungan dengan berhala.

Tuhan, Engkau pusakaku Aku mahu tetap setia selalu Aku selalu ingat kebaikan-Mu Aku mahu dekat di sisi-Mu Tuhan, Engkau berharga bagiku

P

enghukuman Yerusalem digambarkan seperti seorang wanita yang tertangkap basah. Siapa yang menangkap mereka? Pengintip dari jabatan hal ehwal agama? Bukan. Kekasih-kekasihnya sendiri. Setelah disiksa oleh kekasih-kekasihnya, suaminya menyelamatkannya. Suaminya yang Penyayang membalut lukanya dan memulihkannya namun isterinya akan merasa malu sewaktu teringat nodanya yang jijik. Hanya setelah banyak airmata dan penderitaan, isteri yang jalang ini akan bertaubat.

Pada zaman itu, seseorang yang tertangkap basah akan ditelanjangi dan dipamerkan kepada orang ramai lalu dijatuhkan hukuman mati (Imamat 20:10; Ulangan 22:20-21; Yohanes 8:5-7). Kalau dia tidak direjam batu, dia akan dibakar (Kejadian 38:24). Pengkhianatan seorang isteri terhadap suaminya dianggap sebagai satu hal yang serius.

“Pendedahan tubuh yang telanjang kepada awam adalah tindakan melambang sesuatu dan penghukuman sah bagi seorang yang berzina… perbuatan ini meniadakan penyediaan pakaian daripada suaminya (ayat 10) dan menggugurkan identitinya sebagai wanita yang sudah berkahwin.”37

Keadaan isteri yang telanjang itu menggambarkan tindakan Tuhan yang akan memalukan mereka di depan bangsa-bangsa lain dengan penghukuman-Nya (Yehezkiel 16:37).

Dosa umat Tuhan diibaratkan seperti dosa Sodom. Banyak orang di Yerusalem tidak akan menyebut nama “Sodom” dalam mulut mereka kerana dosa mereka. Ironinya, pada masa yang akan datang, orang Edom dan orang Filistin juga tidak akan menyebut Yerusalem pada bibir mereka kerana dosa mereka yang terlalu mengerikan (Yehezkiel 16:56-57).