• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tulang-Tulang Kering

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 166-170)

para pembuangan sewaktu berada di negara orang lain. Keadaan pembuangan begitu menghampakan jiwa sehingga mereka seperti tulang-tulang kering. “…Tulang-tulang-tulang kami sudah kering, dan pengharapan kami sudah lenyap, kami sudah hilang” (Yehezkiel 37:11). Ungkapan ini melambangkan kesedihan yang luarbiasa. Sewaktu nabi Yehezkiel menyampaikan penglihatan ini, Yerusalem sudah terbakar, rumah mereka yang di tanahair sudah menjadi debu, dan Bait Suci juga dibinasa. Pengharapan mereka punah kerana satu-satunya tempat Bait Suci di mana mereka mempercayai Tuhan hadir juga diserang.

Tulang-Tulang Kering

PERMATA 55

RENUNGAN:

Yehezkiel 37:1-14

Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan-Nya kepadaku. Dan nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentera yang sangat besar. —Yehezkiel 37:10

Tuhan bertanya, “Hai anak manusia, dapatkah tulang-tulang ini hidup kembali?” (Yehezkiel 37:3) Jawapannya tentulah mustahil tetapi oleh kerana pertanyaan ini diajukan oleh Tuhan, pengarang hidup, maka Yehezkiel harus berhati-hati. Seperti Ayub, dia menyedari, “…bahawa di dalam tangan-Nya terletak nyawa segala yang hidup dan nafas setiap manusia” (Ayub 12:10). Hanya Tuhan yang dapat melakukan keajaiban dalam jiwa yang sengsara. Tulang-tulang ini sudah lama kering dan manusia ini sudah lama meninggal dunia melambangkan pengharapan yang melayang.

Tuhan menyuruh Yehezkiel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal iaitu bernubuatlah kepada tulang-tulang. Yehezkiel tidak berdebat dengan Tuhan kerana dia tahu bahawa segala sesuatu mungkin bagi Tuhan, Sang Pencipta (Kejadian 2:7). Dia hanya perlu yakin dan Tuhan akan memberi nafas untuk menghidupkan tulang-tulang kering ini. Yehezkiel hanya perlu memberi firman Tuhan yang hidup dan berkuasa (Ibrani 4:12). Dia perlu memberi firman Tuhan yang berpengharapan dan memulihkan jiwa mereka yang layu.

Sesudah Yehezkiel bernubuat, terdengar bunyi berderak-derak dan bergersik-gersik. Pertemuan tulang-tulang itulah permulaan pembentukan tubuh manusia. Pada tahap keduanya, urat-urat dan daging bertumbuh pada pelbagai bahagian tubuh dan kemudian kulit menutupinya. Lalu Yehezkiel bernubuat dan menyuruh nafas dari keempat-empat penjuru untuk masuk ke tubuh yang terbentuk itu. Yehezkiel memerintah agar nafas hidup ini datang dari keempat-empat penjuru angin dan berhembus ke dalam orang yang terbunuh ini.

Apa yang terjadi? “Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan-Nya kepadaku. Dan nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentera yang sangat besar”(Yehezkiel 37:10). “Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna. Perkataan-perkataan yang kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup”(Yohanes 6:63).

Hanya Tuhan dan Roh-Nya dapat membawa mukzizat dalam sesuatu keadaan yang hampa dan tidak mempunyai harapan. Seluruh negara orang

Hanya Tuhan dan Roh-Nya dapat

membawa mukzizat dalam sesuatu keadaan yang hampa dan tidak mempunyai

Yahudi berada dalam suatu keadaan yang hampa dan tawar seperti tulang-tulang kering. Mereka tidak mempunyai pengharapan untuk pulang ke tanahair mereka. Hanya Tuhan dapat memperbaharui keadaan kerohanian mereka dan memberi mereka suatu pengharapan yang baru.

Warren W. Wiersbe mentafsir bahawa nubuat ini akan digenapi sepenuhnya apabila umat Israel kembali ke tanahair. “Akan terjadi satu hari kelak apabila Firman Tuhan yang hidup akan disebarkan dan memanggil umat-Nya dari “kubur-kubur” iaitu negara-negara di mana mereka diselerakkan di seluruh dunia(Yehezkiel 37:21, Yeremia 31:8; Matius 24:31). Anak-anak umat Israel akan berkumpul bersama, namun negara itu tidak akan memiliki kehidupan rohani sehingga mereka melihat Mesias mereka, percaya kepada-Nya, dan menerima kurnia Roh Kudus dalam kehidupan mereka(Yehezkiel 39:29, Zakharia 12:9-13:1). Negara itu akan dilahirkan kembali pada suatu hari” (Yesaya 66:7-9).53

Kalau kita dapat melihat nubuat ini dalam konteks luas, lembah tulang-tulang kering ini dapat melambangkan keadaan gereja yang tidak mempunyai kehidupan rohani. Gereja yang semakin kering ini memerlukan kebangunan rohani melalui penyampaian firman Tuhan yang hidup dan penyertaan Roh Kudus. Begitu banyak gereja yang sedang mengalami kekeringan, konflik dan jemaah yang masing-masing mementingkan pendirian mereka tidak dapat mendengar suara Tuhan daripada firman yang hidup.

Lembah tulang-tulang kering juga boleh menggambarkan keadaan manusia di dunia ini yang hidup tanpa Tuhan. Jiwa mereka kering dan hampa kerana pelbagai angin cabaran seperti bencana alam, pusaran politik yang melelahkan, dan tekanan jiwa yang semakin menghampakan akibat kemerosotan ekonomi. Ketika Tuhan memberi anda mata rohani, anda akan melihat tulang-tulang kering. Kita perlu menyampaikan firman Tuhan dan mendengar derakan-derakan, gersik gersak yang kemudian membawa kehidupan rohani.

Ketika David Livingstone berdiri di atas bukit, dia berkata, “Di lembah yang luas, kadangkala saya melihat mentari pagi, kepulan asap dari kampung, di sana kadangkala tidak ada misionari.” David Livingstone

Kita perlu menyampaikan firman Tuhan dan

mendengar derakan-derakan, gersik gersak yang

kemudian membawa kehidupan rohani.

tidak hanya melihat ayam yang berkokok, pepohon, tetapi dia melihat manusia yang hidup tanpa Tuhan dan memerlukan kasih Tuhan.

Kalau kita ingin memenangi manusia yang seperti tulang-tulang kering, kita mesti terlebih dahulu mengakui bahawa dengan kebijaksanaan dan kekuatan sendiri, kita tidak mampu membuat apa-apa. Walaupun kita tidak mampu mendatangkan kebangunan rohani, Tuhan sahaja yang boleh melakukannya. Kita perlu bergantung pada firman Tuhan dan Roh Kudus yang boleh menghidupkan yang tidak bernyawa rohani. Segala yang mustahil dapat terjadi kerana kuasa ilahi, daripada tulang-tulang kering yang berselerakan ke satu tentera umat yang percaya.

Namun, yang terpenting dan terdahulu ialah adakah anda sendiri seperti tulang-tulang kering yang perlu dihidupkan dengan pengharapan daripada firman Tuhan?

Hidupkanlah Tuhan Semua anak-Mu

Roh Kudus gerakkan gereja-Mu Nyatakan kuasa-Mu

Hidupkan tulang-tulang kering Menjadi bala tentera-Mu

P

ernahkah anda mengalami satu keretakan yang seakan-akan tidak boleh disatukan lagi? Banyak hal yang terjadi dalam kehidupan anda sepatutnya tidak terjadi dan anda tidak tahu bagaimana mencantumkan diri lagi.

Mungkinkah bangsa Israel yang berselerak di merata tempat dapat disatukan lagi? Yehezkiel disuruh untuk mengambil dua batang kayu. Pada sebatang kayu, Yehezkiel menulis kata Yehuda dan suku-suku yang bersekutu dengannya iaitu Benjamin, Simeon dan Levi. Pada satu kayu lagi, dia akan menulis Yusuf dan Efraim untuk mewakili kerajaan Utara. Setelah itu, Yehezkiel menggabungkan kedua batang kayu itu untuk menjadi satu untuk melambangkan penyatuannya.

Perlu diketahui, pada waktu penyampaian firman ini, Kerajaan Utara Israel sudah lama lenyap iaitu sejak 722 S.M. Padahal sewaktu firman ini disampaikan, Kerajaan Utara ini sudah lenyap 140 tahun, dan juga kota Yerusalem diserang dan sebahagian besar, umat Tuhan sudah dibawa ke dalam pembuangan. Pencantuman dua kayu ini membawa erti yang sangat penting kepada umat yang kehilangan pengharapan dan keretakan.

Perjanjian untuk menyatukan umat Tuhan sering dijanjikan oleh nabi-nabi dalam Perjanjian Lama sewaktu menceritakan kepulangan mereka. Contohnya nabi Mikha pernah menjanjikannya, “Dengan sungguh-sungguh Aku akan mengumpulkan engkau seluruhnya, hai Yakub,

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 166-170)