• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jangan Ketawakan Orang Lain

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 128-131)

PERMATA 42

RENUNGAN:

Yehezkiel 25-26

Katakanlah kepada bani Amon: Dengarlah firman Tuhan Allah: Beginilah firman Tuhan Allah: Oleh kerana engkau menyerukan: Syukur! Mengenai tempat kudus-Ku, waktu kekudusannya dilanggar, dan mengenai tanah Israel, waktu itu dijadikan sunyi sepi, dan mengenai kaum Yehuda, waktu mereka harus pergi ke dalam pembuangan. —Yehezkiel 25:3

mereka akan memakan buah-buahan dan susu ternakan mereka. Ibukotanya, Raba akan menjadi tempat kambing domba (Yehezkiel 25:4-5). Mereka akan mengalami seperti yang dialami oleh Yerusalem. Pada waktu itu mereka akan mengetahui siapa Tuhan yang sebenarnya.

Moab mencaci Yerusalem ketika melihatnya jatuh. Mereka berkata Yehuda hanya samalah dengan bangsa lain dan layaklah mereka menerima penderitaan. Mereka lupa bahawa mereka juga tidak kudus dan tidak hidup berkenan kepada Tuhan (Yehezkiel 25:8). Ketika seseorang berada dalam kesusahan, kita tidak patut mencaci atau menertawakan mereka. Selidiki diri dan renungi kehidupan kita secara mendalam.

Moab juga akan mengalami nasib yang dialami oleh Amon dan negara Timur juga akan menjadikannya hak milik mereka. Dataran tinggi dan kota-kota mereka akan mengalami pembinasaan yang besar sehingga mereka tidak akan diingat lagi (Yehezkiel 25:8-10).

Filistin secara terbuka mendatangkan kerugian kepada umat Tuhan dan bermusuhan dengan mereka sejak turun temurun(Yehezkiel 25:15-17). Tuhan akan melawan Filistin dan menghancurkan mereka yang tinggal di sepanjang pantai. Sewaktu penghukuman dijatuhkan baru mereka akan mengetahui siapa Tuhan.

Walaupun Edom mempunyai perhubungan persaudaraan, mereka bertepuk tangan ketika Babel menyerang Yerusalem. Bersongkol dengan Babel, mereka datang mencuri dan merampas Yerusalem yang berada dalam keadaan terlantar. Kekejaman Edom terhadap penduduk Yehuda juga menjadi tema Obaja. “Kerana kekerasan terhadap saudaramu Yakub, maka cela akan meliputi engkau, dan engkau akan dilenyapkan selama-lamanya” (Obaja 1:10). Pada hari penghakiman, Edom akan menangis kerana tangan Tuhan yang berat akan datang ke atas mereka (Ratapan 4:21-22).

Kejatuhan Tirus akan menimbulkan gelombang-gelombang di sekitarnya (Yehezkiel 26:3). Mereka juga seperti Amon dan Edom yang bersorak-sorai atas bencana yang tertimpa atas Yerusalem. Tirus memiliki banyak jalinan dengan negara-negara lain kerana dia kuat berdagang. Kejatuhannya akan mengakibatkan kejatuhan perdagangan negara lain dan ekonomi mereka menjadi tidak stabil. Kapal-kapal mereka yang

Ketika seseorang berada dalam kesusahan, kita tidak patut mencaci atau menertawakan

mewah dan indah serta pelabuhannya yang kaya dengan barang-barang dagang tidak akan bertahan lama. Semuanya akan dihancurkan oleh angin Timur iaitu Babel. Walaupun negara Tirus pernah bermegah kerana kuasa perkapalannya, kini segala keangkuhannya akan punah.

“Kecepatan kehancurannya digambarkan dengan sangat berbeza kalau dibandingkan penjelasan yang panjang lebar mengenai kecantikannya. Kecantikan dan keselamatannya sama sekali tidak dapat berdiri apabila angin badai menimpa…Kota yang mengandalkan kekuatannya kerana lokasinya di tengah-tengah laut akan ditenggelamkan di tengah-tengah lautan.”46

Agen pembinasaan ialah Babel yang akan mengepungnya seperti ia mengepung Yerusalem. Lagu dan irama yang romantis tidak akan terdengar di kota pelabuhan ini kerana akhirnya ia hanya akan menjadi batu di mana nelayan meletak jala mereka (Yehezkiel 26:7-14). Akhirnya, hanya terdengar tangisan daripada mereka yang pernah berdagang dengan Tirus yang megah ini (Yehezkiel 26:15-18). Rajanya yang pernah mengangkat dirinya sebagai kerub pelindung akan mengalami kesudahan yang ngeri (Yehezkiel 26:21, 27:36).

Bangsa Israel tidak lagi menjadi bahan tertawaan yang dipandang rendah oleh bangsa-bangsa di sekelilingnya. Setelah melalui tangan disiplin Tuhan dan melihat kekuasaan-Nya atas negara-negara lain, bangsa Israel akan menyedari bahawa Dia adalah Allah dan semua ini pekerjaan-Nya. Walaupun mereka terselerak di merata tempat, mereka akan dibawa kembali ke tanah air mereka dan mereka akan memulakan babak baru.

Segala keangkuhan, kemegahan dan kekuasaan dunia ini tidak akan terlepas daripada penghakiman Tuhan Yesus semasa Dia pulang. Segala senjata nuklear dan peluru berpandu akan dileburkan dan hancur habis dan perlombaan untuk menghasilkan kuasa nuclear akan dipatahkan. “Engkau akan meremukkan mereka dengan gada besi, memecahkan mereka seperti tembikar tukang periuk” (Mazmur 2:9). Dia akan menghakimi negara-negara dunia ini.

Pembinasaan akan datang tanpa diduga. Segala yang dibuat akan menerima padahnya dan tidak akan terlepas tangan disiplin Tuhan pada Hari Tuhan. Hanya ada satu jawapan, bertaubat dan memperbaiki langkah kita.

K

ehidupan anda sungguh indah, segala yang anda idamkan selalu tersedia bagi anda. Keselesaan, pelancungan, nikmat hidup yang tertinggi, makanan yang terlazat, kereta mewah, banglo besar, kapal layar… semua anda miliki. Adakah di tengah-tengah kemewahan yang anda nikmati, anda telah melupakan Tuhan anda? Kekayaan adalah pemberian yang paling tidak bernilai yang diberikan Tuhan kepada manusia namun manusia akan menjadi angkuh kalau mereka meleleh dengannya.

Tirus boleh dikatakan sebuah negara yang ada segala yang diingini kerana ia sangat kaya dan indah. Tirus yang bererti batu merupakan kota utama di Fonesia dan mempunyai dua kota. Rakyat di sini tidak kekurangan apapun kekayaan, nikmat hidup

mahupun keselesaan hidup kerana ia mempunyai pelabuhan, pusat perdagangan dan pusat ketenteraan (Yehezkiel 27:3-4). Di sini negara-negara sekeliling suka datang untuk berdagang kerana keindahan alam dan pembangunan serta kemudahan yang canggih.

Tirus sangat bangga kerana ia bagai sebuah kapal yang maha indah. Amboi, kalau dilihat di tengah-tengah lautan, kapal ini sesungguhnya luarbiasa, terang berkelip-kelip dan melayari

dengan mewah dan megah. Kayunya diambil dari kayu bermutu sanobar Senir dan tiang layarnya dibuat daripada aras Libanon. Dayungnya dibuat daripada tarbantin dan layarnya daripada kain berwarna warni. Tendanya

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 128-131)