• Tidak ada hasil yang ditemukan

Singa Betina Dan Dua Anaknya

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 100-103)

Singa betina ini tidak bererti ibu kepada raja-raja melainkan kerajaan Yehuda yang melahirkan raja-raja. Raja-raja Yehuda seringkali dilambangkan sebagai singa dalam pengertian yang positif (Kejadian 49:9; Bilangan 23:24; Mikha 5:7, Wahyu 5:5). Kerajaan Yehuda yang merupakan

Singa Betina Dan Dua Anaknya

PERMATA 32

RENUNGAN:

Yehezkiel 19:1-10

Tetapi ia tercabut di dalam kemarahan dan dilemparkan ke bumi, angin timur membuatnya layu kering, buahnya disentakkan, cabang yang kuat menjadi layu kering; dan api menghabiskannya. —Yehezkiel 19:12

kerajaan terpilih seharusnya melahirkan raja-raja kudus dan pemimpin-pemimpin yang membawa pembaharuan. Namun, ia “berbaring di antara singa-singa” (Yehezkiel 19:1) menunjukkan dia bergaul dengan kuasa-kuasa lain sehingga ia mencemari dirinya dan membawa anaknya dalam keadaan yang tercemar. Anak-anak singa yang disusui ini belajar melakukan kekejaman dan penyelewengan. Mereka meresapi pengaruh-pengaruh kekafiran dari negara-negara sekelilingnya, dan mengabaikan hukum-hukum Tuhan (Yehezkiel 19:3,6).

Umat Israel berharap kepada raja-raja duniawi tanpa menyedari mereka sedang mengundang kecelakaan kepada negara mereka. Kesengsaraan mereka bukan akibat negara-negara berkuasa di sekeliling mereka tetapi raja-raja yang tidak takut akan Tuhan. Singa pertama, raja Yoahas yang menjadi raja setelah raja Yosia mangkat di Megido. Dia sungguh jahat dan kejam (2 Raja-Raja 23:30). Raja ini seperti anak singa yang menerkam mangsa dan menindas rakyatnya (Yehezkiel 19:3). Kelicikannya telah menyebabkan Firaun Nekho memasang satu pelubang untuk menangkapnya. “Firaun Nekho mengurung dia di Ribla, di tanah Hamat, supaya jangan dia memerintah di Yerusalem…” (2 Raja-Raja 23:33).

Raja-raja yang selanjutnya juga menerkam dan melakukan kejahatan. Contohnya Yoyakhin melakukan kejahatan di mana sahaja dia pergi. Dia menimbulkan ketakutan di mana sahaja dia pergi. Dia juga bermain politik dan bermain-main antara Mesir dan Babel. Yoyakhin ditangkap oleh raja Nebukadnezar dan dirantaikan serta dibawa sebagai tawanan ke Babel. Dia dipenjarakan 37 tahun sebelum dibebaskan tetapi dia tidak pernah memerintah Yehuda lagi (2 Raja-Raja 25:27-30).

Kalau pada suatu ketika gauman singa ini menakutkan orang, kini, dia akan ditangkap dan dia akan dikelikir seperti binatang tertangkap yang dicucukkan hidungnya. Pada zaman dahulu, apabila mangsa ditangkap, hidung mereka akan dicucuk dan ditarik seperti binatang yang tertangkap, demikianlah nasib raja-raja Israel (Yehezkiel 19:9).

Adakah umat Tuhan masih mengharapkan raja-raja mereka membawa masa depan yang cerah bagi mereka? Arena politik bangsa Israel lebih

Kesengsaraan mereka bukan akibat negara-negara berkuasa di sekeliling mereka tetapi raja-raja yang tidak takut

banyak diwarnai oleh raja-raja jahat yang menerkam mereka seperti mangsa tanpa hati nurani. Sedarkah mereka bahawa mereka mesti bersandar kepada pertolongan Allah untuk masa depan mereka? Umat Tuhan perlu mengetahui bahawa raja mereka tidak menurut kehendak Tuhan dan sering tidak mendengar kepada suara Tuhan.

Pemimpin-pemimpin mesti menyanjung prinsip-prinsip yang tinggi. Suatu hal yang paling sedih ialah pemimpin-pemimpin boleh memandu BMW atau Ferraris sedang pengikut-pengikutnya memandu proton dan sedang mengorek-gorek saku untuk membayar cukai. Walau bagaimanapun mereka setia berjuang bagi pemimpin-pemimpin yang merampas wang mereka. Anak-anak pemimpin dinaikkan pangkat tetapi pengikut-pengikutnya mengikat perut dan tidak pernah ada kesempatan untuk memajukan diri.

Pemimpin-pemimpin ini sudah lupa bahawa mereka telah menerima semua berkat daripada Tuhan dan kedudukan mereka hanya semata-mata anugerah Tuhan. Sebagai pemimpin kita perlu belajar hal ini dengan baik. Tuhan boleh mencabut semua berkat-Nya daripada pelayanan kita kalau kita hanya memegahkan diri tanpa memberi kemuliaan kepada-Nya. Jangan kita mementingkan kehebatan dan kebesaran tanpa mementingkan etika, kekudusan mahupun manusia. Kita menggunakan kelicikan dunia tanpa mempedulikan teladan dan pengaruh yang akan kita bawa kepada mereka yang mengikut kita. Seorang pemimpin mesti bertunduk di bawah tangan Tuhan kerana Tuhan dapat merendahkan mereka bila-bila masa.

Seorang pemimpin mesti bertunduk di bawah tangan Tuhan kerana Tuhan dapat merendahkan mereka bila-bila masa.

J

angan terburu-buru membuat keputusan sewaktu kita mengalami krisis tetapi dengar kepada suara Tuhan. Sewaktu mengalami krisis, janganlah kita takut kepada musuh-musuh kita tetapi hanya takut akan Tuhan sahaja. Hal ini digambarkan Yehezkiel dengan satu alegori lagi dalam bentuk ratapan. Zedekia yang tidak mahu mendengar suara Tuhan telah mengancam nyawa sendiri dan juga keselamatan Kerajaan Yehuda. Dengarlah kepada suara Tuhan sahaja sewaktu krisis melanda kita.

Yehezkiel memulakan alegori keduanya dengan, “Ibumu seperti pohon anggur dalam kebun anggur” (Yehezkiel 19:10) melambangkan orang Yahudi yang ditempatkan di tanah Kanaan. Mereka dibawa dari negara Mesir, dan ditanam seperti pohon anggur yang berkembang dan berbuah. Pohon anggur ini menghasilkan ranting dan cabang yang kuat (Mazmur 80:8-11). Pada suatu ketika, mereka pernah bertumbuh seperti pohon anggur yang segar di tanah Kanaan yang berair dan sungguh subuh (Yehezkiel 19:10; Ulangan 8:7-8).

Selain itu, kerajaannya menjadi semakin kuat. “Padanya tumbuh suatu cabang yang kuat yang menjadi tongkat kerajaan; ia menjulang tinggi di antara cabang-cabangnya yang rapat, dan menjadi ketara kerana tingginya dan kerana rantingnya yang banyak” (Yehezkiel 19:11).Tongkat kerajaan ditujukan kepada takhta raja, wilayah pemerintahannya dan keturunan Raja Daud yang kukuh. Sebahagian pentafsir berpendapat cabang yang kuat itu ditujukan kepada kerajaan Daud dan Salomo yang mencapai kegemilangan sewaktu pemerintahan mereka.

Dosa mereka telah menyebabkan semua berkat mereka tercabut dengan tiba-tiba. Pohon anggur itu tidak melayu dengan perlahan-lahan

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 100-103)