• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjanjian Damai

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 155-158)

perhubungan mereka serta tanah mereka dihujani berkat. Berkat yang mereka kehilangan selama ini akibat keretakan perhubungan dengan Tuhan Allah mereka akan dipulihkan. Syurga akan mencurahkan berkat sehingga mereka akan meleleh dengan berkat.

Perjanjian ini berbeza dengan perjanjian yang termeterai dalam Imamat 26:4-13 yang berdasarkan syarat ketaatan. Perjanjian ini lebih didasarkan pada anugerah Tuhan untuk suatu masa depan yang dihujani berkat. Perjanjian ini juga seperti perjanjian yang

dinubuatkan oleh nabi Yesaya dalam Yesaya 11:6-9 dan Hosea 2:18-23. Dalam perjanjian-perjanjian ini, unsur transformasi ketara. Bagi Yesaya, damai wujud antara manusia dan binatang. “Anak yang menyusu akan bermain-main dekat liang ulur tedung dan anak yang cerai susu akan mengulurkan tangannya ke sarang ular beludak” (Yesaya 11:8).

Transformasi yang dijanjikan dalam Perjanjian Damai termasuk transformasi tanah sehingga tanah yang gundul akan menuaikan sayur-sayuran dan buah-buahan. Perjanjian Damai ini mendatangkan hujan berkat ke atas tanah mereka yang sunyi sepi dan hasil tanaman mereka akan berkelimpahan. Hujan yang sering hanya akan datang pada pertengahan Oktober dan kadangkala ditangguhkan sampai ke Januari.

Perjanjian Damai

PERMATA 51

RENUNGAN:

Yehezkiel 34:25-31

Aku akan mengadakan perjanjian damai dengan mereka dan Aku akan meniadakan binatang buas dari tanah itu, sehingga mereka dapat diam di padang gurun dengan aman tenteram dan dapat tidur di hutan-hutan. —Yehezkiel 34:25-31

Perjanjian Damai ini mendatangkan hujan berkat ke atas

tanah mereka yang sunyi sepi dan hasil tanaman mereka akan berkelimpahan.

Bumi yang dihujani terus itu suatu mukjizat yang boleh diharapkan oleh mereka.

“Pembahagian musim-musim menyebabkan perancangan sebahagian penting dalam masyarakat pertanian. Orang Israel menyedari pengawalan musim ini berada dalam tangan Tuhan berdasarkan perjanjian dalam Kejadian 8:22 dan peringatan dalam Imamat 26:3,4 dan Ulangan 11:13,14. Hujan yang tidak boleh diandalkan menyebabkan mereka bersandar kepada Tuhan untuk pemberian tuaian.”51

Ciri-ciri kesuburan tanah merupakan sebahagian daripada pengharapan yang akan datang. Hosea menjelaskannya sebagai Tuhan mendengar kepada langit dan bumi untuk gandum dan anggur mereka (Hosea 2:21). Yesaya menganggapnya sebagai pencurahan Roh dari atas sehingga kebun mereka menjadi kebun buah-buahan (Yesaya 32:15). Yesaya juga menjelaskannya sebagai suatu waktu yang sukacita yang disertai banyak lagu dan ucapan syukur. Padang gurunnya akan menjadi seperti Taman Eden (Yesaya 50:3). Binatang liar tidak akan menerkam mereka dan mereka akan hidup dalam tenteram.

John B. Taylor berkata, “Kesuburan tanah yang berkelimpahan, sejajar dengan nubuat-nubuat zaman keemasan seperti yang terdapat dalam Hosea 2:22, Yoel 3:18; Amos 9:13; Zakharia 8:12 yang merangkum berkat Tuhan pada masa yang akan datang termasuk kekayaan pertanian …kawasan keselamatan yang dijanjikan kepada umat Tuhan termasuk padang belantara, tanah yang tidak pernah dicucuk tanam, hutan, belukar, yang biasanya merupakan tempat yang bahaya kerana binatang-binatang buas. Tetapi ia dipusatkan pada Zion (ayat 26, gunung-Ku) seperti nubuat-nubuat lain mengenai zaman Messianik.”52

Pada waktu itu, Tuhan akan mematahkan kayu kuk mereka dan melepaskan mereka dari tangan orang yang memperbudak mereka (Yehezkiel 34: 27). Batang kuk ini merupakan kayu yang dipasangkan kepada sapi untuk mengawal mereka. Jelas, mereka tidak akan ditakluk dan dibawa sebagai tawanan atau dipermalukan oleh musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan diserang oleh musuh-musuh mereka lagi. “Dalam zamannya Yehuda akan dibebaskan, dan Israel akan hidup tenteram; dan

Pada waktu itu, Tuhan akan mematahkan kayu

kuk mereka dan melepaskan mereka

dari tangan orang yang memperbudak

inilah namanya yang diberikan orang kepadanya: “Tuhan Keadilan kita” (Yeremia 23:6). Nabi Zakharia bernubuat, “Orang akan menetap di dalamnya, sebab penumpasan tidak akan ada lagi, dan Yerusalem akan tetap aman” (Zakharia 14:11).

Puncak dari perjanjian ini ialah perhubungan unik antara Tuhan dan umat-Nya. Mereka akan menyedari akan kebaikan dan kesetiaan Tuhan. Ketika Israel murtad mereka akan hilang sifat sebagai umat Tuhan. Hosea 1:9 menggambarkan keadaan mereka sebagai “Lo ammi” iaitu bukan umatku. Ketika Perjanjian Damai terjadi, Tuhan bersabda, “Kamu adalah domba-domba-Ku, domba pembelaan-Ku, dan Aku adalah Allahmu, demikianlah firman Tuhan Allah” (Yehezkiel 34:31).

Ketika perhubungan kita dipulihkan dan didamaikan, kita mengalami banyak berkat, “Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam syurga” (Efesus 1:3). Selain itu, kita mengalami satu damai sejahtera yang luarbiasa, “Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus” (Filipi 4:7).

Kita juga melayang pandangan kita kepada suatu ketika di mana kita akan melihat langit dan bumi yang baru. “Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru yang pertama berlalu, dan laut pun tidak ada lagi… Dan Dia akan menghapus segala airmata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu” (Wahyu 21:1-4).

P

erasaan dendam boleh menyebabkan kita melupakan perhubungan baik sesama manusia serta membelakangi yang dipentingkan oleh Tuhan. Dendam boleh menghasilkan kebencian, menumpulkan hati nurani kita dan menyebabkan kemarahan kita meluap-luap. “Cis, Jahanam kau” yang disertai perbuatan benci boleh menyebabkan seseorang menyesal serta meringkuk di penjara seumur hidup.

Edom sudah lama membenci bangsa Israel dan akan menganiaya mereka pada setiap kesempatan. Mereka telah lama memendam dendam ini dalam hati mereka dan cetusan kebencian mereka boleh ternampak sepanjang zaman perhubungan antara dua negara ini. Apakah punca dendam mereka? Apakah akar kepahitan yang menyebabkan kebencian ini? Sejak Yakub mencuri berkat daripada Esau, perasaan dendam ini tidak pernah terpadam (Kejadian 25:19-34; Kejadian 27:41).

Perasaan dendam mereka telah menyebabkan mereka bersorak sorai atas malapetaka yang menimpa Israel. Mereka menganggap penumpahan darah sebagai hal yang remeh. Amarah dan dendam terhadap bangsa Israel telah menghilangkan belas kasihan mereka terhadap saudaranya sendiri. Ketika bangsa Israel diserang, mereka bersorak dan mendorong musuhnya untuk meruntuhkannya hingga ke landasannya (Mazmur 137:7). Setiap kejahatan yang menimpa ke atas bangsa Israel telah

membawa sumber penghiburan kepada mereka. Perasaan dendam juga menyebabkan mereka mengungkapkan kata-kata yang benci terhadap

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 155-158)