• Tidak ada hasil yang ditemukan

Petunjuk Tuhan

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 106-110)

PERMATA 34

RENUNGAN:

Yehezkiel 20:1-44

Hai anak manusia, berbicaralah kepada tua-tua Israel dan katakanlah ini kepada mereka: Beginilah firman Tuhan Allah: Apakah kamu datang untuk meminta petunjuk daripada-Ku? Demi Aku yang hidup, Aku tidak mahu kamu meminta petunjuk daripada-Ku, demikianlah firman Tuhan Allah.” —Yehezkiel 20:3

Petunjuk satu-satunya ialah mereka tidak pernah belajar daripada sejarah nenek moyang mereka. Bukankah Tuhan pernah memberitahu mereka tentang nenek moyang mereka? “Maka Aku berkata kepada anak-anak mereka di padang gurun: Janganlah kamu hidup menurut ketetapan-ketetapan ayahmu dan janganlah berpegang pada peraturan mereka dan janganlah menajiskan dirimu dengan berhala-berhala mereka” (Yehezkiel 20:18) Sejarah nenek moyang merekalah petunjuk yang paling sesuai bagi mereka. Sebaliknya, Yeremia berkata mereka lebih berdosa daripada nenek moyang mereka. “Dan kamu sendiri berlaku lebih jahat daripada nenek moyangmu! Lihat, kamu masing-masing mengikut kedegilan hatinya yang jahat daripada mendengarkan kepada-Ku” (Yeremia 16:12).

Bukankah sejarah menunjukkan walaupun Tuhan mengasihi nenek moyang mereka tetapi mereka tetap tidak setia?

Bukankah hati Tuhan tergerak apabila mendengar tangisan mereka di Mesir? Bukankah ketidaksetiaan nenek moyang mereka petunjuk jelas di depan mata mereka? Petunjuk perjanjian Tuhan dengan bangsa Israel merupakan petunjuk yang paling istimewa tentang kasih Tuhan. Bukankah syarat-syarat perhubungan antara mereka dan Tuhan itu petunjuk yang jelas juga (Ulangan 5-8)?

Mereka mengulangi dosa nenek moyang mereka dengan melanggar kekudusan hari Sabat sehingga Tuhan bermaksud melampiaskan amarah-Nya tetapi Dia menarik tangan-amarah-Nya kembali (Yehezkiel 20:21-22). Hari Sabat itu satu tanda antara mereka dan Tuhan. Tuhan bersabda kepada Musa, “Katakanlah kepada orang Israel, demikian: Akan tetapi hari-hari Sabat-Ku harus kamu pelihara, sebab itulah peringatan antara Aku dan kamu, turun temurun, sehingga kamu mengetahui bahawa Akulah Tuhan, yang menguduskan kamu” (Keluaran 31:14).

Bukankah Tuhan sudah memberi mereka ketetapan-ketetapan tetapi mereka sebaliknya melakukan yang berlawanan (Yehezkiel 20:24, 25)? Bukankah mereka lebih suka memilih ketetapan-ketetapan duniawi dan Tuhan sudah membiarkan mereka menjadi najis? Mereka menyembah anak sulung mereka sebagai korban kepada berhala-berhala mereka (Yehezkiel 20:26). Petunjuk perjanjian Tuhan dengan bangsa Israel merupakan petunjuk yang paling istimewa tentang kasih Tuhan.

Benarkah mereka ingin meminta petunjuk? Tuhan menanyakan mereka, “…Tempat tinggi apa itu yang kami naiki?” (Yehezkiel 20:29) Umat Tuhan telah mengikut bangsa-bangsa lain dengan mendirikan tempat penyembahan berhala di tempat tinggi. Tempat tinggi ini dinamakan “Bamah” yang mempunyai dua erti “tempat tinggi” dan “pergi mana.” Ke manakah mereka sudah pergi? Kenapakah mereka kembali meminta satu petunjuk? Tuhan akan membiarkan mereka menjadi najis dengan persembahan-persembahan mereka (Yehezkiel 20:26). Itulah petunjuk yang akan diterima oleh mereka daripada Tuhan, mereka akan dijadikan najis seperti korban-korban mereka kepada berhala.

Petunjuknya ialah Tuhan akan memerintah mereka dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung dengan amarah (Yehezkiel 20:33). Setelah itu, Tuhan akan mendisiplin dan memulihkan mereka supaya mereka mengetahui bahawa Dialah Tuhan. Tuhan tidak membiarkan mereka menjadi penyembah berhala kayu dan batu. Dia akan menjadi Raja mereka dan mengembalikan mereka dari tempat yang jauh (Yeremia 23:1-8; Zakaria 10:8-12). Lagi sekali, tangan Tuhan akan teracung untuk mengumpulkan mereka dari pelbagai tempat di dunia. “Dan kamu akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan, pada waktu Aku membawa kamu masuk ke tanah Israel, ke negeri yang dengan sumpah telah Kujanjikan memberikannya kepada nenek moyangmu” (Yehezkiel 20:42).

Sekalipun mereka seperti najis, Tuhan tetap akan menjadi Gembala mereka dan membawa mereka kembali ke kandang (Yehezkiel 20:37). Pada masa itu, setiap domba akan menurut Perjanjian Baru dan Tuhan akan memberi mereka roh dan hati baru (Yehezkiel 36:25-28; Yeremia 31:31-34). Selama ini hati mereka bagai batu yang tidak dapat meresap apa-apa. Hanya hati yang baru dapat memahami dan menurut perintah Tuhan setelah Perjanjian yang baru itu. “Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman Tuhan: Aku akan menaruh Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka menjadi umat-Ku” (Yeremia 31:33).

Bukankah Alkitab mencatat segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh anak-anak Tuhan, tetapi mengapakah kita sering mengulanginya? Bukankah itu petunjuk daripada Tuhan? Sebagai anak Tuhan, apakah kita belajar daripada kemurahan hati Tuhan dalam kehidupan mereka.

“Mahukah engkau menganggap sepi kekayaan kemurahan-Nya, kesabaran-Nya dan kelapangan hati-kesabaran-Nya? Tidakkah engkau tahu, bahawa maksud kemurahan Allah ialah menuntun engkau kepada pertaubatan?” (Roma 2:4).

Pertaubatan yang sejati terbukti apabila kita sungguh mengambil berat agar tidak berdosa lagi. Perhatian ini akan menyebabkan seorang pendosa menyelidiki masa lampaunya dan menemui bagaimana mereka telah jatuh dalam dosa itu dan kemudian cuba mengelakkan puncanya. (F.B. Meyer)

Dengan tangan yang kosong aku datang

Hanya kepada salibmu aku berpaut

Biar darah-Mu menyucikan dosaku

P

ernahkah anda mendengar anggota gereja bersungut-sungut, “Pastor suka mengucapkan kata-kata sindiran?”

Yehezkiel bergelagak pelbagai bahasa tubuh demi menjelaskan kedahsyatan penghukuman nasional yang akan datang. Yehezkiel mengarahkan mukanya ke Selatan dan memberitahu hukuman berat daripada Tuhan akan datang terhadap perhutanan selatan. Tuhan menggunakan pokok-pokok untuk melambangkan penduduk selatan. Mereka akan disapu seperti api menyapu semua pokok (Yehezkiel 20:47). “Dan setiap manusia akan melihat, bahawa Aku, Tuhanlah yang memasangnya; api itu tidak akan padam” (Yehezkiel 20:48).

Dalam bahasa Ibrani, tiga perkataan dipakai, temana, darom dan negeb. Dari tiga perkataan itu, dua perkataan iaitu temana dan darom dipakai untuk selatan dan negeb untuk selatan dari gunung-ganang Yudea. Yehezkiel sedang berdiri di Babel dan Israel merupakan Kerajaan Selatan. Bait Suci dan Yerusalem masih terpampang megah tetapi nubuat Yehezkiel akan digenapi segera.

Apa reaksi mereka? Mereka berkata Yehezkiel memang suka mengucapkan kata-kata sindiran (Yehezkiel 20:49). Walaupun Tuhan seakan-akan sudah memasang pembesar suara tentang punca tragedi nasional itu, “…Aku TUHANLAH yang memasangnya…” (Yehezkiel 20:48).

Allah sangat sabar. Kini, Dia menyuruh Yehezkiel mengubah berita ini dalam bentuk lain. Kalau pembakaran hutan tidak berkesan, bagaimana pula dengan pedang Tuhan? Yehezkiel menyanyi lagu tentang pedang. “Beginilah firman Tuhan: Lihat Aku akan menjadi lawanmu dan akan

Dalam dokumen Kemuliaan dan Pengharapan Menembusi Kegelapan (Halaman 106-110)