• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dua Burung Rajawali Dan Satu Tunas

PERMATA 29

RENUNGAN:

Yehezkiel 17:1-21

Maka segala pohon di ladang akan mengetahui, bahawa Aku, Tuhan, merendahkan pohon yang tinggi dan meninggikan pohon yang rendah, membuat pohon yang tumbuh menjadi layu kering dan membuat pohon yang layu kering bertaruk kembali. Aku Tuhan, yang mengatakannya dan akan membuatnya. —Yehezkiel 17:24

Babel yang akan datang mencari mangsanya! Rajawali itu akan datang ke Yehuda! Yeremia juga menggunakan rajawali untuk melambangkan Babel(Yeremia 4:13;48:40). Rajawali yang bersayap besar dan panjang akan menakluk banyak kawasan dan wilayah.

Mereka terkejut besar apabila mereka mendengar bahawa rajawali itu akan datang ke Libanon yang ditujukan kepada tanah Palestina khususnya Yerusalem atau gunung Sion, yang mempunyai banyak pohon-pohon aras. Bait Suci dan banyak bangunan lain juga dibangunkan daripada pohon aras (Yeremia 22:23; 1 Raja-Raja 7:2). Libanon merupakan bahagian penting dari tanah perjanjian dan secara metafora ia dipakai untuk melambangkan keagungan, kuasa dan kemuliaan.

Nebukadnezar dengan tenteranya akan datang dan membawa kaum ningrat serta rajanya ke negara perdagangan iaitu Babel. Raja Yoyakhin dan kaum atasan dibawa Raja Nebukadnezzar (2 Raja-Raja 24:8-17). Zedekia kemudian memerintah di bawah kuasa Raja Nebukadnezar dan mesti membayar upeti kepada raja Babel ini. Zedekia itu pohon gandarusa yang dilambangkan Yehezkiel. Zedekia mulai mencari pertolongan burung rajawali yang lain iaitu negara Mesir, Firaun Hofra.

Tindakan Zedekia yang tidak beriman kepada Allah tetapi bersandar pada kuasa manusia telah mendatangkan amarah Allah yang mengirim angin timur. Angin Timur merupakan angin yang paling ditakuti petani kerana angin itu kering dan mengeringkan semua tanaman. Angin Timur melewati padang gurun di tanah Arabia sebelum tiba ke Palestina dan dinamakan angin rebut (Ayub 1:19; Yeremia 13:24). Kejatuhan Zedekia dan Yerusalem diserang oleh Babel yang diibaratkan sebagai angin Timur. Perpindahan kesetiaan Zedekia daripada Raja Nebukadnezzar mendatangkan tragedi kepada umat Allah.

Di tengah-tengah berita yang paling buruk juga datanglah berita yang paling indah daripada Allah. “…pohon yang layu kering akan bertaruk lagi” (Yehezkiel 17:24). Tuhan tidak akan membiarkan perjanjian yang diikat dengan raja Daud tertiup oleh angin Timur.

Nubuat ini digenapi dalam dua tahap iaitu sewaktu mereka pulang ke tanahair dan juga

Di tengah-tengah berita yang paling

buruk juga datanglah berita yang paling indah

daripada Allah. “…pohon yang layu kering akan

bertaruk lagi” (Yehezkiel 17:24).

kedatangan seorang Mesias. Perjanjian ini dikutip oleh Pemazmur, “Seorang anak kandunganmu akan kududukkan di atas takhtamu” (Mazmur 132:11). Nubuat ini berjanji tentang Mesias yang akan datang walaupun Yehezkiel tidak tahu akan maksudnya. Mesias yang dicatat sebagai tunas atau Sang Tunas juga dinubuatkan oleh Yesaya, Yeremia dan Zahkaria (Yesaya 11:1, Yeremia 23:5; 33:15; Zakharia 3:8; 6:12-13).

Nubuat bahawa Tuhan sendiri akan mengambil pucuk ujung pohon aras dan menanamnya di gunung yang menjulang tinggi merupakan pengharapan besar bagi umat Allah yang berada di pembuangan. Keyakinan mereka kepada kesetiaan Tuhan diteguhkan. Walaupun Zedekia bertindak di luar kehendak Allah dan mendatangkan pembinasaan, ini tidak akan menghalangi kasih dan belas kasihan Tuhan untuk memulihkan umat-Nya.

Allah menguasai segala peristiwa dunia dan kuasa-kuasa besar tetap tidak dapat menjulang tinggi sehingga Allah menjejaskan rancangan dan kehendak-Nya. Kita harus yakin bahawa Allah akan bercampurtangan dalam sejarah negara dan kehidupan kita. Pada akhirnya, Dia akan memerintah sebagai Raja yang adil untuk selama-lamanya (Wahyu 22:5). Keyakinan ini memberi kekuatan untuk mengarahkan kekuatan dan pertolongan kita kepada Allah dan bukan rajawali yang berwarna-warni.

“Kerajaan manusia kelihatan besar dan berkuasa pada hari ini, dan kerajaan Tuhan seakan-akan kecil dan melayu, tetapi apabila Tuhan Yesus kembali segala sesuatu akan menjadi terbalik. Kita tidak akan menjadi takut atau kecewa apabila kita meninjau dunia kerana Yesus datang sebagai “tunas dari tanah kering” (Yesaya 53:1-2) satu tunas yang seakan-akan tidak hebat dari keturunan keluarga Daud, tetapi suatu hari kerajaan-Nya akan memenuhi dunia ini. Jangan berhenti berdoa, “Kerajaan-Mu datang” kerana doa itu akan dijawab. Pengenapan Kerajaan Allah telah dijanjikan kepada Daud (2 Samuel 7) adalah dalam Kristus Yesus (Lukas 1:26-55, 67-80), dan Dia tidak akan gagal.”39

S

ewaktu anda menghadapi masalah, siapakah yang anda persalahkan? Iblis, nenek moyang anda, ibu bapa anda, bos anda, pensyarah anda ataupun Allah? Umat Tuhan mempercayai masalah yang dihadapi oleh mereka berpunca daripada dosa bapa dan nenek moyang mereka. Yehezkiel terpaksa memperbaiki konsep teologi mereka yang salah kerana orang yang berbuat dosa harus mati.

Pada zaman Yehezkiel, umat Allah mempercayai satu perpatah yang salah, “…Ayah-ayah makan buah anggur dan gigi anak-anaknya menjadi ngilu” (Yehezkiel 18:2).

Walaupun secara rasional, penjelasan ini tidak masuk akal tetapi ia digunakan untuk mengelakkan tanggungjawab. Kalau konsep teologi ini tidak diperbaiki, bangsa Israel akan berkata memanglah nasib mereka begitu kerana ini ditentukan oleh dosa nenek moyang, perbuatan mereka telah mendatangkan kecelakaan dalam kehidupan mereka.

Dalam pandangan Tuhan, tanggungjawab individu sungguh penting. Orang Yahudi yang berada dalam pembuangan tidak mahu mengaku kesalahan mereka dan mengalihkan keadaan situasi mereka berpunca daripada nenek moyang yang tidak taat kepada Allah. Dosa nenek moyang yang menyebabkan mereka dibawa dalam pembuangan. Sungguhpun nenek moyang mereka tegar hati dan degil, mereka harus menanyakan diri mereka sendiri, adakah mereka juga bersikap sedemikian? Bapa burik anaknya rintik ya? Kalau sebaliknya mereka insaf akan keadaan dosa nenek moyang mereka dan bertaubat, tentu pembuangan tidak terjadi.

Padahal Musa mengajar yang sebaliknya, “Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum mati kerana