• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN PEMAKANAN

BAHAN/PERALATAN

Kertas pelekat/kad, pen marker pelbagai warna, gambar peti sejuk, freezer, kabinet/shelves dan papan poster yang besar

TEMPOH/MASA 1 jam 30 minit.

RUMUSAN:

Pencemaran bersilang berlaku apabila mikroorganisma bahaya ditularkan daripada makanan tercemar atau peralatan memasak, tangan, kaunter, tuala mengelap pinggan mangkuk, atau peralatan lain yang kotor kepada makanan lain atau kepada peralatan memasak, pinggan mangkuk atau makanan yang bersih. Masalah pencemaran bersilang ini boleh menyebakan penyakit bawaan makanan. Pencemaran bersilan boleh berlaku di dalam peti sejuk, tempat dingin beku, kabinet penyimpanan makanan dan di mana sahaja di kawasan dapur. Proses penyimpanan makanan yang betul dapat menurangkan dan mengelakkan pencemaran bersilang ini berlaku.

NOTA PEMBELAJARAN Pengenalan

Program Keselamatan Makanan adalah bertujuan melindungi pengguna terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan;

serta memudahkan perdagangan makanan.

Makanan bukan sahaja merupakan satu komoditi pertanian dan perdagangan tetapi yang lebih penting ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam. Dengan itu kemampuan untuk mengekalkan perkembangan di dalam sektor makanan bergantung kepada keberkesanan program keselamatan makanan yang bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman kesihatan dan penipuan, disamping mengalakkan perdagangan makanan

Memandangkan kemungkinan kesannya kepada ekonomi dan kesihatan awam terutamanya semasa krisis keselamatan makanan, kepentingan keselamatan makanan atau pengurusan risiko (risk management) tidak boleh dipandang ringan.

Pelaksanaan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa dan serantau akan terus meliberalisasikan perdagangan makanan dan ini mengakibatkan kemasukkan makanan ke dalam pasaran secara mendadak. Dengan termeterainya Perjanjian Sanitary and Phytosanitay Measures (SPS) dan Technical Barriers to Trade (TBT) di bawah Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) negara-negara anggota telah dibebankan dengan kewajipan baru berkaitan keselamatan makanan dalam perdagangan makanan di peringkat antarabangsa bagi melindungi hak-hak negara anggota.

Kesihatan fizikal merupakan elemen kesihatan yang paling baik dalam kesejahteraan manusia. Kewujudan penyakit fizikal dalam diri individu dan ahli keluarga lazimnya berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Pengamalan pemakanan yang tidak mengikut kadar yang ditetapkan menyumbang kepada risiko individu dihidapi penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan kanser.

Kesihatan diri dalam sesebuah keluarga penting dalam menjadikan sesebuah keluarga itu sihat secara luaran dan dalaman. Kebanyakan penyakit yang kronik menyerang seseorang individu secara senyap-senyap, tanpa dikesan oleh mata kasar kita (Yahaya, 2002). Penyakit seperti jantung dan darah tinggi dikatakan berpunca daripada tekanan yang dihadapi pada peringkat awal.

Individu yang tidak pandai mengawal emosi kemarahan mudah dijangkiti penyakit ini dan menjejaskan prestasi kesihatan individu, keluarga dan komuniti untuk jangka masa panjang. Amalan seperti merokok, diet berlebihan, sikap negatif, tingkah laku luar kebiasaan dan selalu berfikiran negatif dikaitkan dengan penghidapan penyakit kronik sebegini.

Kesedaran dalaman tidak akan timbul sekiranya individu belum menghidap sebarang jenis penyakit yang kronik dan kritikal. Mereka akan menyedari hakikat pentingnya kesihatan apabila diri mereka menghidapi penyakit kronik seperti jantung, kanser, diabetis, dan masalah seksual.

Keselamatan makanan perlu diwujudkan di sepanjang rantaian makanan dari ladang ke meja hidang (farm to table) sekiranya kesihatan pengguna hendak dilindungi sepenuhnya. Ini memerlukan usahasama dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan disiplin termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak industri makanan, pihak pengguna, komuniti saintifik dan sebagainya.

Keperluan Keselamatan Makanan:

Bekalan Input Pertanian

Keselamatan makanan perlu bermula dengan bekalan bagi input pertanian kepada petani-petani dan mereka yang terlibat dalam pengeluaran makanan. Ini memandangkan bahan-bahan seperti racun perosak, dadah veterinar dan makanan ternakan boleh menimbulkan risiko yang berbeza, yang memerlukan perhatian yang khusus.

Pengeluaran Primer

Amalan pertanian dan penggunaan input seperti racun perosak, baja, dadah veterinar dan makanan ternakan boleh membawa kepada paras bahan kimia yang berlebihan dan dengan itu mengakibatkan bekalan makanan seperti daging dan hasilan ayam, itik, ikan dan hasil pertanian yang lain tidak selamat

Pemprosesan Makanan Primer

Perhatian khusus ke atas pemprosesan makanan primer juga diperlukan bagi mencapai keselamatan makanan. Ini merangkumi kebersihan (hygiene) dan sanitasi dan pengendalian selepas tuai seperti semasa penyembelihan di rumah-rumah sembelihan atau semasa susu dihasilkan di ladang, kerana makanan ini mungkin menjadi agen kepada penyebaran ancaman kesihatan.

Pemprosesan Makanan Sekunder

Begitu juga dengan pemprosesan makanan sekunder yang merangkumi pelbagai jenis makanan yang diproses di kilang.

Pengedaran Makanan

Amalan dan keadaan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran makanan sama ada bekalan makanan tempatan mahupun yang diimport atau dieksport akan mempengaruhi keselamatan makanan.

Peruncitan Makanan

Makanan yang ditawarkan untuk penjualan di saluran peruncitan seperti pasaraya, kedai, pasar dan gerai perlu diberikan penekanan supaya selamat dimakan.

Perkhidmatan Penyajian Makanan

Pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kantin, gerai dan perkhidmatan-perkhidmatan penyajian memerlukan kawalan khas berkaitan kebersihan, keselamatan, makhluk perosak dan pengawalan sanitasi, memandangkan kebanyakan penyakit bawaan makanan berpunca daripada pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak sanitari.

Penyediaan Makanan DiRumah

Pendidikan pengguna dalam aspek pembelian, penyimpanan, pengendalian dan penyediaan makanan di rumah merupakan unsur utama bagi memastikan penyediaan makanan yang selamat. Pengendalian dan penyediaan yang kurang sempurna di rumah boleh menjejaskan usaha-usaha yang telah di ambil oleh sektor lain dalam menjamin keselamatan makanan.

Penguatkuasaan

Tenaga pengajar dibekalkan dengan senarai undang-un dang kecil PBT berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang keselamatan makanan

Jalinkan kerjasama antara penguatkuasa dan jabatan kerajaan yang berkaitan dalam keselamatan makanan seperti PBT dan KKM.

Pendedahan berkala tentang penguatkuasaan dan hak-hak sebagai pengguna serta bagaimana boleh mejadi masyarakat yang peka dan proaktif dalam memahami hak dan tanggungjawab umum.

Pensijilan

Mengenalpasti premis yang mempunyai sijil kebersihan dan halal yang sah.

Membuat cross check kesahihan sijil premis dengan website pengeluar sijil.

Lesen pihak berkuasa tempatan (PBT)

Memastikan lesen yang dikeluarkan oleh PBT masih berkuatkuasa dan sah.

Kebersihan premis

Menjadikan kebersihan dan kekemasan premis sebagai keutamaan (kutamaan) ketika memilih premis yang ingin dikunjungi.

Tiada serangga / haiwan pembawa vector penyakit berkeliaran seperti lalat atau tikus.

Makanan ditutup dari habuk dan lalat.

Makanan adalah segar dan bukan makanan lama (makanan kekal panas untuk dimakan).

Tahap kesihatan operator penyedia makanan

Memastikan konduktor yang mengendalikan premis dalam keadaan kemas dan bersih, tidak selekeh mahupun berpenyakit (seperti batuk, selsema & tidak bersin kearah makanan).

Pengendali premis makanan memakai pakaian yang sesuai dan bersih serta menutup kepala

Kualiti bahan mentah

Mengetahui / mengambil tahu / bertanya sumber bahan mentah yang digunakan oleh premis.

Penyediaan dan penyimpanan makanan

Tempat penyimpanan makanan adalah bersih dan dikemas rapi.

Ianya bertutup dan sentiasa dipanaskan.