• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHUKAH ANDA?

NOTA PEMBELAJARAN Pendahuluan

Kandungan

Tajuk pencemaran alam sekitar ini difokuskan kepada kawasan sungai memandangkan air merupakan sumber utama kehidupan. Oleh itu, kajian sistem perparitan di kawasan kajian perlu dilaksanakan dalam usaha mencari punca pencemaran dan perubahan pandang darat fizikal di kawasan kajian ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kesan aktiviti manusia ke atas alam sekitar dengan lebih dekat yang mana, pengabaian aspek pengurusan bahan buangan membawa kesan negatif ke atas alam sekitar itu sendiri.

Kepentingan Mengenal pasti Indikator Tahap Pencemaran

Kajian ke atas hidupan akuatik ini sangat penting sebagai indikator awal terhadap tahap pencemaran di kawasan ini.Hasil daripada kajian menunjukkan hidupan akuatik yang terdapat di kawaan ini terdiri daripada hidupan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak memerlukan oksigen yang banyak seperti siput dan berudu.

Antara lain hidupan yang dilihat di kawasan ini ialah katak, ikan, lumut, siput dan pepatung yang diketogerikan sebagai hidupan yang tahan terhadap pencemaran kerana memerlukan hanya sedikit oksigen yang mana mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia kajian ke atas hidupan akuatik merupakan satu kaedah indikasi untuk mengenal pasti tahap pencemaran sesuatu tempat kerana hidupan akuatik dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah oksigen, suhu, kederasan air, mineral terlarut, keamatan cahaya dan makanan.

Apakah punca pencemaran alam sekitar terutamanya air?.

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam perlbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.

Punca utama pencemaran air adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut.Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan. Sisa toksid dibuang dan dialirkan ke dalam longkang , parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Sehubungan itu, modul ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan pasti sejauh manakah air sungai yang terdapat di kawasan kajian yang telah kehilangan fungsi dan peranan sebagai sumber air domestik telah tercemar akibat kegiatan penduduk sekitar serta perubahan pandang darat sungai.

Pengguna daripada peringkat sekolah perlu didedahkan dengan subjek Alam Sekitar, agar masyarakat dapat didik supaya prihatin tentang pencemaran yang berlaku disekeliling terutamanya yang melibatkan pencemaran.Modul ini menitik beratkan pencemaran sungai adalah kerana sungai merupkan satu sumber yang kaya dengan kehidupan dan juga sebagai punca minuman terhadap kehidupan seharian. Kini pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat menunjukkan tahap kesedaran terhadap kefahaman apa itu pencemaran semakin kurang. Kesedaran tentang alam sekitar ini perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah agar kesedaran itu bermula dari sekolah yang seterusnya boleh diamalkan bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.

LAMPIRAN KAJIAN KES

Dalam kajian ini, saya memilih sungai di Kampung Baru yang terletak di belakang SMK Gurun. Sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi di Gunung Jerai menyaliri kawasan Gurun termasuklah Taman Murni, Taman Seri Utama, SMK Gurun, Kg. Baru, Taman Gurun Jaya dan Pekan Gurun.

Lokasi Kawasan Kajian

Dalam kajian kes ini sungai di Kampung Baru yang terletak di belakang SMK Gurun telah dipilih sebagai kawasan kajian. Sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi di Gunung Jerai menyaliri kawasan Gurun termasuklah Taman Murni, Taman Seri Utama, SMK Gurun, Kg. Baru, Taman Gurun Jaya dan Pekan Gurun. Lokasi ini terletak di latitud 5°48‟5.94″U dan longitud 100°28‟37.98″T yang terletak pada aras ketinggian 25 meter dari aras laut.

Gambar foto udara ini menunjukkan lokasi kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara. SMK Gurun terletak di atas garisan latitud 5° 48′ 5” U – 5°48′ 14”

U dan longitud 100° 28′ 38” T – 100° 28′ 45” T dengan ketinggian 20 – 45 meter dari aras laut.

Gambar foto udara ini menunjukkan pemandangan kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara dan keadaan bentuk muka bumi kawasan Gurun yang terletak di kaki Gunung Jerai dengan permukaan bumi yang beralun serta dataran.

Bentuk muka bumi.

Keadaan bentuk muka di kawasan kajian yang terletak di kaki Gunung Jerai ini adalah beralun dengan ketinggian di kawasan dataran 30 – 45 meter dari aras laut. Gunung Jerai yang merupakan kawasan yang paling tinggi di kawasan kajian yang mempunyai ketinggian 1217 meter.

Kawasan Tanah Tinggi.

Bentuk muka bumi yang boleh dilihat di kawasan ini ialah tanah kawasan tanah tinggi yang mempunyai ketinggian di antara 25 – 1217 meter dari aras laut. Gambar foto di bawah menunjukkan kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan sekitar kajian.

Kawasan Lembah Sungai.

Lembah sungai kelihatan agak sempit yang terletak di kawasan kaki bukit di sepanjang sungai yang terletak di sebelah barat kawasan kajian. Gambar di bawah menunjukkan kawasan lembah sungai yang terdapat di kawasan kajian.

Perubahan landskap fizikal.

Di kawasan kajian juga telah mengalami perubahan ciri fizikal yang mana kawasan lembah sungai yang sempit telah ditebus guna untuk membina padang sekolah akibat daripada pembinaan bangunan sekolah dan juga dewan serba guna. Gambar di bawah menunjukkan landskap budaya yang baru untuk menambah keluasan padang sekolah yang telah ditebus guna daripada kawasan lembah sungai yang sempit.

Kegiatan Ekonomi.

Kegiatan ekonomi penduduk di Gurun terdiri daripada kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertier. Ekonomi primer melibatkan penanaman kelapa sawit, padi, jagung serta sayur-sayuran. Kegiatan ekomoni sekunder dan tertier yang melibatkan perkhidmatan pemprosesan dan perkhidmatan kepakaran seperti bank dan klinik kesihatan. Dalam aspek perkembangan ekonomi di Kedah, secara keseluruhan yang melibatkan bandar utama iaitu Langkawi, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Gurun didapati bahawa Gurun telah diletakkan sebagai sebuah bandar penting yang dikenali sebagai Bandar Kenderaan Nasional berdasarkan penilaian ekonomi oleh kerajaan negeri.

Oleh kerana Gurun terletak di tengah-tengah persinggahan perjalanan ke utara dari Sungai Petani maka tidak hairan bahawa aktiviti ekonomi berasaskan perindustrian industri penting terdapat di Gurun seperti Modenas, Petronas, Perwaja dan juga pembuat kereta nasional Naza. Gambar foto di bawah merupakan gambar-gambar pusat perindustrian utama yang terdapat di Gurun.

Aktiviti pertanian merupakan aktiviti penting di kawasan kajian yang melibatkan penanaman kelapa sawit yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Kawasan penanaman kelapa sawit terletak di sebelah timur dan juga di sebelah barat kawasan kajian. Gambar foto di bawah menunjukkan kawasan penanaman kelapa sawit yang terletak di sebelah berat kawasan kajian. Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi yang pesat di kawasan kajian sedikit sebanyak telah membawa kesan negatif ke atas alam sekitar terutama sekali pencemaran ruang dan air.

Keadaan Sistem Saliran Kawasan Kajian.

Tumpuan kajian ke atas sistem saliran di kawasan ini adalah merujuk pada sistem perparitan di kawasan sekolah serta kawasan sekitar terutama sekali Taman Sri Utama kerana sistem saliran memainkan peranan penting sebagai agen pemindahan air yang berlebihan ke sistem saliran utama. Hasil daripada tinjauan, didapati sistem saliran di kawasan ini adalah sempurna kerana air hujan yang berlebihan dapat dialirkan ke saliran utama.

Walau bagaimanapun, terdapat fenomena baru yang muncul iaitu sistem perparitan di kawasan ini menjadi agen pengangkutan pencemaran air yang menyebabkan berlaku pencemaran di saliran utama. Hasil tinjauan juga mendapati pengusaha industri makanan segera di kawasan kajian menjadikan sistem perparitan sebagai sistem penyaliran air buangan domestik yang menyebabkan pencemaran air.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan keadaan sistem saliran di kawasan kajian yang menjadi agen pengangkutan air buangan domestik termasuk sampah sarap.

Sebagai contoh, gambar di bawah yang diambil di belakang kantin sekolah menunjukkan air buangan domestik disalurkan terus ke dalam parit.

Manakala, gambar di bawah memperlihatkan timbunan sampah yang terdiri daripada plastik yang terkumpul akibat daripada pembuangan sampah oleh penduduk sekitar.

Malah, timbunan sampah ini menunjukkan belum ada kesedaran dalam kalangan penduduk terhadap kesan pencemaran plastik ini yang tidak akan reput terhadap alam sekitar.

Malahan, didapati juga parit utama di Taman Sri Utama tersumbat oleh sampah sarap serta daun yang menunjukkan pengurusan sistem perparitan tidak sempurna yang mana sampah sarap ini akan disalirkan terus ke sungai yang menyebabkan pencemaran.

Gambar yang seterusnya di bawah menunjukkan sistem perparitan menjadi agen pengangkutan air buangan domestik ke sungai yang menjadi saliran utama di kawasan kajian.

KAJIAN KES 1: KAJIAN TERHADAP PERUBAHAN BENTUK MUKA BUMI