• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLINDUNGAN PENGGUNA

PERSATUANDAN ORGANISASI PENGGUNA

Di Malaysia, terdapat beberapa buah persatuan atau organisasi yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengguna dan bergiat aktif dalam memperjuangkan dan menjalankan aktiviti berkaitan pengguna dan kepenggunaan di Malaysia. Antara pertubuhan tersebut ialah FOMCA, CAP, PPIM, ERA Consumer Malaysia (Educational and Research Association for Consumers Malaysia), NCCC, dan CFM, MACFEA, Consumer International (CI) dan CI Office for Asia Pacific and the Middle East (CIROAP). Jadual 4.2 memberikan maklumat ringkas tentang beberapa persatuan dan organisasi berkaitan pengguna yang penting di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Jadual 4.2 : Persatuan Pengguna di Malaysia dan di Peringkat Antarabangsa Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Sumber: Laman web FOMCA

Ciri-ciri  Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya.

 Gabungan ini dipersetujui menjadi persekutuan yang longgar tanpa menghilangkan kuasa autonomi persatuan-persatuan pengguna negeri.

Penubuhan 10 Jun1973 di Alor Setar, Kedah

Objektif  Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.

 Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.

 Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosioekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.

 Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia. keluarga melalui gabungan tindakan dan bersuara untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum dan nilai kewangan yang terbaik terhadap barangan atau perkhidmatan yang telah dibeli atau ditawarkan.

 Ia ditubuhkan kesan daripada penyelewengan peniaga sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tentang mutu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.

Penubuhan 7 November 1969 di Town Hall, Pulau Pinang

Misi Memastikan hak setiap pengguna untuk keperluan asas seperti makanan, perumahan, penjagaan kesihatan, kemudahan kebersihan, pengangkutan awam, pendidikan dan persekitaran yang bersih.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sumber: Laman web PPIM

Visi dan Objektif

 Untuk memelihara dan membela hak, dan mengembalikan maruah para pengguna Islam melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

 Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, PPIM mengharapkan agar setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan turut sama menyumbang bagi mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.

 PPIM sentiasa berusaha dengan gigih bagi menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam, khasnya dan ekonomi Malaysia, amnya sebagai ikhtiar bagi menjana perubahan yang positif dalam kehidupan ummah.

Penubuhan Jun 1997 ERA Consumer Malaysia

Sumber: Laman web ERAConsumer

Ciri-ciri  Sebuah pertubuhan sukarela, bukan keuntungan dan bukan politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Malaysia (1966).

 Ia ditubuhkan di negeri Perak sebagai badan penyelidikan, dan pendidikan pengguna sebagai kumpulan penyokong hak asasi manusia dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan kebangsaan yang berpusat di Kuala Lumpur.

Penubuhan 1985

Tumpuan Program dan aktiviti mereka direka bentuk dan dilaksanakan untuk memupuk inisiatif pembangunan di peringkat komuniti melalui penyertaan tadbir urus yang bertanggungjawab, sosioekonomi, pertanian mampan dan usaha ekologi untuk memudahkan akses dan pengurusan sumber kepada orang ramai untuk menjalankan potensi penuh dan mengembangkan mereka pilihan mengikut keperluan dan kepentingan mereka.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Sumber: Laman web NCCC

Sejarah penubuhan

Ditubuhkan atas inisiatif bersama Persatuan Penyelidikan dan ERA Consumer Malaysia, Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Penubuhan 13 Julai 2004

Tujuan Menjadi pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan mereka.

Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) Sumber: Laman web CFM

Asas penubuhan

 Sebuah persatuan yang mewakili pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia.

 Ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai Forum Komunikasi dan Multimedia bertujuan untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut.

Penubuhan Februari 2001

Fungsi Merangka, membangun, menyedia, meminda, mengubah suai, mengkaji semula dan mengemas kini Kod, menyediakan saluran untuk penyebaran maklumat dan pengetahuan am tentang hak pengguna, menyediakan saluran membuat aduan berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan pengguna dan meningkatkan kefahaman Kod Pengguna Am (GCC) dalam kalangan pembekal perkhidmatan.

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) Sumber: Laman web MACFEA

Asas penubuhan dan keahlian

Telah ditubuhkan sebagai sebuah persatuan profesional yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada ahli akademik dan pelajar dari pelbagai universiti tempatan di Malaysia.

Penubuhan 13 Ogos 1996

Objektif Menggalakkan kemajuan profesional yang bekerja dalam bidang Ekonomi Pengguna dan Keluarga, menyediakan forum bagi pertukaran idea dan pengetahuan bagi mereka yang berminat dalam mempromosikan kesejahteraan ekonomi pengguna, keluarga dan masyarakat serta menggalakkan penyelidikan berkaitan dengan ekonomi pengguna dan keluarga, di samping menyebarkan maklumat hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

Consumers International(CI) Sumber: Laman web CI

Ciri-ciri Kumpulan pengguna di peringkat persekutuan antarabangsa yang berfungsi sebagai suara global yang bebas dan berwibawa dalam perlindungan pengguna.

Penubuhan 1 April 1960, di London, England.

Keanggotaan Terdiri lebih daripada 220 keahlian organisasi dari 115 negara di seluruh dunia.

Tumpuan Untuk memperkasa dan melindungi pengguna antarabangsa mengenai isu- isu seperti piawaian produk dan makanan, kesihatan dan hak pesakit, alam sekitar dan penggunaan lestari, dan peraturan perdagangan antarabangsa dan kemudahan awam.

Peranan CI bertindak sebagai pemerhati global terhadap mana-mana tingkah laku yang mengancam, mengabaikan atau menyalahgunakan prinsip-prinsip perlindungan pengguna. Oleh itu, CI mewujudkan visi perjuangan mereka atas kepercayaan bahawa pengguna perlu disediakan dengan fakta-fakta dan kemahiran yang betul, dilindungi daripada promosi yang mengelirukan, dan boleh membuat keputusan dengan yakin dan tepat.

CI Office for Asia Pacific and the Middle East (CIROAP) Sumber: Laman web CIROAP

Ciri-ciri Merupakan cawangan Consumer International (CI) yang berpusat di Kuala Lumpur dan menguruskan akvititi dan program yang berkaitan bagi negara- negara yang berada dalam lingkungan Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Aktiviti atau program

 Antaranya ialah mengadakan forum, menggalakkan perbincangan melalui blog, dan menyediakan senarai dan bahan berkaitan seperti buku-buku penting yang boleh menjadi rujukan kepada pengguna.

 CIROAP turut menawarkan peluang untuk latihan internship kepada pengguna umum untuk sama-sama merasai pengalaman terlibat dengan aktiviti kepenggunaan, terutamanya apabila CIROAP terlibat dengan aktiviti besar di peringkat antarabangsa seperti untuk persediaan dalam penglibatan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Right‟s Day) dan sebagainya.