PERLINDUNGAN PENGGUNA
ANTARA KES PENIPUAN DI MALAYSIA
Kes 1
Penipuan sijil halal
Penipuan produk makanan halal menjadi isu utama dihadapi para pengguna Islam di Malaysia yang turut menjejaskan keyakinan terhadap status halal sesebuah produk. Hanya satu logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan di negara ini. Layarilah laman web JAKIM untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang logo halal Malaysia dan logo dari negara-negara lain yang diiktiraf.
Kes 2
Penipuan gores dan menang Taktik penipuan:
1. Menghantar surat- Peniaga akan menghubungi pengguna melalui surat dengan menyatakan yang pengguna tersebut telah terpilih bagi peraduan yang dianjurkan oleh sesuatu syarikat. Bagi mengaburi mata pengguna, sindiket meminta pengguna datang mengambil hadiah atau promosi gores dan menang.
2. Telefon- Taktik ini adalah lebih kurang sama dengan taktik menghantar surat. Panggilan telefon akan dibuat untuk menerangkan tujuan panggilan dibuat, di samping diumpan dengan penerangan tentang faedah pembelian yang menarik.
3. Kaunter promosi- Taktik ini digunakan oleh ejen yang dilantik oleh syarikat tertentu bagi memujuk pengguna untuk memasuki peraduan gores dan menang. Pengguna akan dijanjikan dengan pelbagai hadiah yang lumayan.
4. Rumah ke rumah-Taktik ini digunakan oleh jurujual yang berkunjung dari rumah ke rumah dan memperkenalkan dirinya sedang membuat penilaian sesuatu jenama. Jika pengguna terpedaya, jurujual mengambil kesempatan bagi mempromosikan barangan syarikatnya di samping menggunakan paksaan atau ugutan.
5. SMS-Ejen-ejen tersebut memperdaya pengguna dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit. Matlamat dan motif adalah sama, untuk menipu.
Sumber: KPDNKK
Tanggungjawab pengguna
Setelah mengetahui dan memahami akan hak-hak sebagai pengguna, pengguna perlu memainkan peranan masing-masing supaya hak-hak tersebut dapat dipelihara dengan baik. Caranya adalah dengan menjalankan tanggungjawab pengguna yang bersesuaian. Hal ini kerana sebagai pengguna, seseorang itu mempunyai banyak pilihan dan pengguna sepatutnya mengetahui bagaimana hendak membuat pilihan yang bijak dan tepat. Tanpa pelaksanaan tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak akan diperoleh. Secara umumnya, terdapat lima tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh pengguna bagi memperoleh hak-hak pengguna seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Lima tanggungjawab tersebut seperti yang telah digariskan oleh Consumer Internationalialah:
1. Kesedaran mengkritik;
2. Penglibatan dan tindakan;
3. Tanggungjawab sosial;
4. Tanggungjawab alam semulajadi; dan 5. Bersatu padu.
Kesedaran mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. Dalam hal ini, pengguna mesti mempunyai kesedaran bahawa mereka mampu membuat kritikan sama ada secara formal atau tidak formal tentang mutu dan nilai sesuatu barang dan perkhidmatan. Hal ini bermakna, jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat barangan yang sempurna.
Penglibatan dan tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna supaya tidak diabaikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Pengguna perlu bertindak dengan keyakinan berasas yang boleh diperoleh melalui pengetahuan dan penyelidikan yang sempurna. Misalnya, pengguna perlu mencari maklumat yang berkaitan seperti membuat perbandingan harga, membaca bahan berkaitan hak, tanggungjawab dan isu pengguna, serta merujuk pihak tertentu yang bersesuaian sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh rasa tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya setiap tingkah laku yang diamalkan tidak akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar dan tidak akan menjejaskan golongan pengguna yang lain. Misalnya, pengguna boleh membuat aduan sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, memberi sokongan terhadap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KPDNKK, persatuan pengguna dan sebagainya, termasuklah berkongsi pengalaman dan panduan untuk menjadi pengguna yang bijak di pasaran dengan pengguna yang lain.
Tanggungjawab alam semulajadi
Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas setiap keputusan yang diambil, terutamanya dalam pembelian dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Pengguna harus menyedari bahawa segala tingkah laku mereka mampu memberikan kesan kepada alam sekitar. Hal ini kerana kehidupan yang lebih sejahtera melibatkan alam sekitar yang dimajukan atau dimanipulasi secara harmoni, dan pada masa yang sama keselamatan alam sekitar dilindungi. Dalam hal ini, pengguna perlu bertindak untuk menahan kemerosotan alam semula jadi yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan. Antara tindakan atau amalan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah mengamalkan penggunaan dan gaya hidup lestari, melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kegiatan pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Bersatu padu
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah adalah melalui semangat bekerjasama dan bersatu padu. Melalui semangat ini, kekuatan dan pengaruh pengguna dapat digembeling supaya kepentingan pengguna sentiasa mendapat perhatian, justeru kepentingan pengguna tidak mudah tergugat. Antara cara terbaik untuk bersatu padu ialah melalui pertubuhan-pertubuhan pengguna. Tiadanya perpaduan dalam kalangan pengguna berpunca daripada faktor kelompok budaya (kecenderungan mengikut budaya tertentu sahaja) dan masyarakat yang boleh menyebabkan isu kepenggunaan sukar ditangani secara berkesan.
Berdasarkan perbincangan mengenai tanggungjawab ini, dapat disimpulkan bahawa pengguna tidak seharusnya memandang remeh akan tanggungjawab mereka. Hal ini kerana apa yang dilakukan sebenarnya turut memberi kesan kepada orang lain.
Kesungguhan pengguna menjalankan tanggungjawab masing-masing dan dengan adanya kumpulan pengguna yang bersatu padu, perubahan yang besar dapat direalisasikan. Jadual 3.1 menunjukkan antara tanggungjawab yang boleh dilaksanakan oleh pengguna yang disesuaikan dengan pemeliharaan hak-hak pengguna.
Jadual 3.1: Hak dan Peranan Pengguna Pengguna
2. Mendapat bekalan makanan yang berterusan dengan harga makanan
3. Boleh membeli pakaian yang berkualiti dengan harga yang
berpatutan dan berhak untuk diberitahu tentang jenis fabrik dan penjagaan pakaian yang dibeli.
4. Mendapat rumah dan kawasan kediaman yang selamat.
1. Menilai isu-isu keselamatan, seperti kesesuaian mainan mengikut umur dan ciri-ciri berbahaya (tajam, mudah ditelan oleh kanak-kanak dan
sebagainya).
2. Menyemak produk dengan teliti dan dengan kadar yang segera apabila diserahkan.
3. Sentiasa membaca sebarang maklumat tentang amaran produk dari segi arahan pemasangan, penyelenggaraan dan operasi yang selamat serta lain- lain yang berkaitan.
4. Menggunakan produk mengikut arahan dan hanya untuk tujuan yang dimaksudkan.
5. Bertanya kepada peniaga tentang ciri- ciri keselamatan sesuatu barang atau
3. Membandingkan harga, standard dan ciri-ciri kualiti dengan produk-produk yang bersaing.
Pilihan Boleh memilih daripada rangkaian
1. Sentiasa mengambil sikap teliti apabila membuat keputusan di
produk dan
3. Mengenal pasti “keperluan” dan bezakannya dengan “kehendak”.
6. Memilih dengan berhati-hati mana- mana produk atau perkhidmatan yang
1. Membuat aduan terhadap sikap buruk pekedai/staf perkhidmatan kepada
3. Sentiasa bersikap benar dalam penyataan yang dikeluarkan dan elak daripada memperbesar-besarkan sesuatu perkara serta meninggalkan maklumat penting yang relevan dengan sesuatu keadaan.
4. Membantu pengguna lain dalam mempertahankan hak mereka.
5. Menyokong usaha yang dibuat pihak- pihak tertentu yang bertujuan untuk
1. Menyemak resit, penyata atau rekod transaksi untuk memastikan bahawa maklumat transaksi yang betul telah dicatatkan.
2. Menyimpan resit, manual produk, dokumen penyelenggaraan/ jaminan
(mispresentation),
3. Menghantar kad jaminan (terutamanya apabila jaminan ditawarkan secara percuma) kepada pengilang supaya hubungan secara langsung di masa hadapan boleh dibuat apabila berlaku masalah.
4. Mengetahui di mana dan bagaimana untuk membuat aduan yang betul.
1. Memahami bahawa pengiklanan dan pemasaran bahan tidak semestinya memberikan gambaran penuh, dan pertanyaan lanjut diperlukan.
2. Menahan diri daripada terlibat dengan mana-mana skim yang dipromosikan dengan istilah seperti “skim cepat kaya”.
3. Membaca semua peruntukan dalam kontrak sebelum menandatanganinya.
Jika tidak pasti makna atau terma tertentu, pengguna perlu mendapatkan
1. Sentiasa mengikuti perkembangan dan mendapat maklumat tentang isu alam
ii. boleh diperbaiki, dinaik taraf, dikitar semula atau mempunyai pakej isi semula seboleh-boleh yang mungkin.
iii. cekap dalam penggunaan tenaga.
iv. tidak menghasilkan bahan buangan yang tidak boleh diterima.
v. mematuhi keperluan pemisahan yang betul dalam tong pelupusan sisa yang berkaitan.
vi. membawa beg sendiri semasa membeli-belah.