• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTIVITI: DUIT OH DUIT

OBJEKTIF

Untuk membantu pelajar membuat rancangan perbelanjaan atau bajet.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir aktiviti, pelajar dapat

1. Menyatakan sumber-sumber kewangan.

2. Menyediakan bajet peribadi berupa bajet mingguan atau bulanan.

KANDUNGAN UTAMA

1. Jenis sumber kewangan terdiri dari wang yang diperoleh pelajar daripada ibu bapa/ penjaga, biasiswa, dan Iain-Iain, seperti dividen koperasi dan pendapatan bermusim (misalnya pendapatan tambahan semasa musim perayaan, musim buah-buahan).

2. Bajet adalah agihan pendapatan untuk simpanan dan perbelanjaan peribadi yang boleh secara mingguan, bulanan atau secara berkala yang lain.

Penyediaan sesuatu bajet memerlukan agihan simpanan didahulukan berbanding perbelanjaan. Dalam aktiviti ini, simpanan boleh ditentukan dari perbelanjaan lepas sekiranya perbelanjaan yang berlaku adalah perbelanjaan yang tidak membazir.

3. Perbelanjaan secara berhemah memerlukan pengguna untuk mewujudkan simpanan dan merancang perbelanjaan atau menyediakan bajet dan mematuhi bajet.

TEMPOH/MASA 2 jam

Bil. Aktiviti Kaedah Masa (minit) Catatan

1 Penentuan Simpanan Perbincangan 45 Edaran 1

2 Penyediaan Bajet Perbincangan dan pembentangan

60 Edaran 2

3 Kesimpulan Perbincangan 15

BAHAN/KEPERLUAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil, marker, Jadual 1 (Perbelanjaan dan Simpanan Mingguan), Jadual 2 (Bajet Mingguan), Jadual 3 (Contoh Perbelanjaan Tidak Bijak) dan nota kosong / buku kosong.

KLUSTER: PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK 1: RANCANGAN PERBELANJAAN

EDARAN 1 : PENENTUAN SIMPANAN

1. Kenal pasti jenis sumber kewangan, jumlah pendapatan, simpanan harian dan perbelanjaan harian dalam tempoh seminggu khusus bagi kumpulan anda merujuk kepada Jadual 1: Perbelanjaan dan Simpanan Mingguan. Anda hendaklah menggunakan jumlah yang berbeza dari contoh.

2. Berdasarkan Jadual 1 berkenaan, contoh berikut boleh digunakan:

i. Andaikan anda mendapat wang saku daripada ibu bapa sebanyak RM35.00 seminggu. Anda telah membelanjakan sebanyak RM28.00 untuk tambang bas, membeli alat tulis, bahan bacaan, makanan dan minuman.

ii. Anda dikehendaki mengira jumlah simpanan seminggu iaitu jumlah pendapatan tolak jumlah perbelanjaan.

iii. Berdasarkan jumlah simpanan seminggu, anda dikehendaki mengira jumlah simpanan sebulan iaitu jumlah simpanan seminggu darab empat minggu.

iv. Berdasarkan jumlah simpanan sebulan, anda dikehendaki mengira jumlah simpanan setahun iaitu jumlah simpanan sebulan darab 12 bulan

JADUAL 1 : PERBELANJAAN DAN SIMPANAN MINGGUAN MINGGU PERTAMA (JANUARI)

Mi goreng dan air soya -2.50

5.00 4.50 0.50

8/1/2015 5.00 Majalah/bahan bacaan - 3.00

5.00 3.00 2.00

9/1/2015 2.00 Air sirap -1.00

2.00 1.00 1.00

Jumlah Mingguan 35.00 28.00 7.00

EDARAN 2 : PENYEDIAAN BAJET

1. Gunakan jumlah simpanan mingguan yang telah dikenalpasti untuk menyediakan bajet mingguan seperti Jadual 2: Bajet Mingguan. Lengkapkan jumlah perbelanjaan bagi item di bawah kolum bajet. Perbandingan dengan perbelanjaan sebenar dapat dibuat jika jadual seperti Jadual 1 disediakan untuk memperolehi jumlah perbelanjaan sebenar minggu-minggu berikutnya.

2. Wakil kumpulan dikehendaki membuat pembentangan hasil Jadual 2 bagi bajet.

OBJEKTIF

Untuk membantu pelajar untuk memahami mengenai perbelanjaan berhemat.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir aktiviti, pelajar dapat

1. Menerangkan konsep asas pengguna bijak berbelanja.

2. Menerangkan perbezaan antara barang keperluan dan barang kehendak, serta barang penggenap dan barang pengganti

3. Menghuraikan konsep "beli apabila perlu"

4. Membuat pilihan berasaskan keutamaan semasa berbelanja 5. Melakukan perbelanjaan secara sederhana

KANDUNGAN UTAMA

1. Konsep asas pengguna bijak berbelanja merujuk kepada pengguna yang berbelanja secara tidak membazir.

2. Barang keperluan merujuk pada barangan yang mesti digunakan untuk kelangsungan hidup, seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala, barang kehendak ialah barangan yang menjadi pelengkap dalam kehidupan seperti television, pakaian berjenama, kereta mewah, banglo.

3. Barang penggenap ialah barangan yang digunakan bersama-sama seperti teh dengan gula atau kereta dengan tayar. Manakala, barang pengganti ialah barang yang boleh saling menggantikan fungsi, seperti kopi boleh menggantikan teh dan roti boleh menggantikan nasi.

TEMPOH/MASA 2 jam

Bil. Aktiviti Kaedah Masa (minit) Catatan

1 Pengguna Bijak Perbincangan 45 Edaran 1

2 Keperluan dan Kehendak Perbincangan dan pembentangan

60 Edaran 2

3 Kesimpulan Perbincangan 15

BEKALAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil dan marker.

BAHAN/KEPERLUAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil, marker, Jadual 1 (Contoh Perbelanjaan Tidak Bijak) dan Jadual 2 (Penilaian Barangan Berdasarkan Kriteria Pemilihan)

AKTIVITI: KU MAHU

KLUSTER: PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK 2: PERBELANJAAN BERHEMAT

EDARAN 1 : PENGGUNA BIJAK

1. Bagi Jadual 1: Contoh Perbelanjaan Tidak Bijak, anda dikehendaki melengkapkan jadual dengan mengisi jumlah perbelanjaan bagi jenis perbelanjaan yang disenaraikan (jika ada). Anda juga boleh menambah senarai berkenaan setelah berbincang dengan guru. Guru anda boleh memberikan panduan untuk membuat perbandingan antara perbelanjaan yang bijak dengan perbelanjaan membazir.

2. Anda perlu membuat rumusan mengenai amalan berbelanja berhemat serta konsep asas pengguna bijak berbelanja.

JADUAL 1 : CONTOH PERBELANJAAN TIDAK BIJAK

Bil. Jenis Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan (RM) Catatan

1. Tambah nilai telefon bimbit 2. Muat turun nada dering 3. Komik

4. Permainan siber 5. Rokok

6. Alat solek

7. Perkakasan tambahan elektronik 8. Majalah hiburan

9. Makanan segera

EDARAN 2: KEPERLUAN DAN KEHENDAK

1. Andaikan anda telah dipilih menyertai kem perkhemahan.

2. Berdasarkan senarai yang diberikan, anda dikehendaki memilih 10 barang yang akan dibeli dengan menggunakan wang sebanyak RM50.00 (Sila rujuk Jadual 2:Penilaian Barangan Berdasarkan Kriteria Pemilihan)

3. Anda dikehendaki mengenal pasti antara barang keperluan dan barang kehendak serta membuat catatan pada ruang yang disediakan.

4. Anda membuat rumusan kepentingan membuat pilihan semasa berbelanja dan wakil kumpulan akan membentang hasil perbincangan.

JADUAL 2 : PENILAIAN BARANGAN BERDASARKAN KRITERIA PEMILIHAN

BIL. BARANGAN HARGA (RM) BARANG YANG DIPILIH

KEPERLUAN/

KEHENDAK

1. Jeans 20

2 T-shirt 15

3. Kasut 30

4. Beg perkhemahan 20

5. Syampu 2.50

6. Pencuci muka 3.80

7. Minyak rambut 4.80

8. Alat tulis 5.00

9. Minuman berkarbonat 1.60

10. Air mineral 2.80

11. Makanan ringan (Kit Kat, kerepek, Chipsmore)

5.80

12. Permainan Papan Sahiba 10.00 13. Sabun pencuci baju 2.00 14. Telefon bimbit top up 30 15. Racun serangga (ubat nyamuk) 3.00

16 Lampu Suluh 5.00

17 Ubat-ubatan 10.00

JUMLAH HARGA

AKTIVITI: DUIT LEBIH

OBJEKTIF

Untuk membantu pelajar untuk mengetahui mengenai tabungan dan pelaburan.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir aktiviti, pelajar dapat

1. Menerangkan konsep menabung dan pelaburan.

2. Menyedari kepentingan menabung dan pelaburan.

3. Mengenal pasti institusi kewangan dan institusi bukan kewangan.

KANDUNGAN UTAMA

1. Tabungan ialah wang yang diasingkan untuk kegunaan masa depan.

2. Pelaburan bermaksud wang atau harta yang dilaburkan dalam perniagaan atau saham/bon dengan tujuan mendapatkan keuntungan

3. Manakala dividen pula ialah pulangan yang diperoleh hasil daripada pelaburan seperti saham dan bon.

TEMPOH/MASA 1 bulan

Bil. Aktiviti Kaedah Masa Catatan

1 Tabungan Catatan dan

menabung

1 bulan Edaran 1

2 Akaun bank Membuka akaun ½ hari Edaran 2

3 Kesimpulan Perbincangan ½ jam

BAHAN/KEPERLUAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil, marker, tabung kitar semula dan Buku Wang Saku Bank Negara

KLUSTER: PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK 3: TABUNGAN DAN PELABURAN

EDARAN 1 : TABUNGAN

Anda perlu mencatat dan mengumpulkan tabungan yang dibuat setiap hari dalam tempoh satu bulan di dalam tabung yang dibuat dari bahan kitar semula. Anda boleh menggunakan buku wang saku Bank Negara.

EDARAN 2 : AKAUN BANK

1. Dengan kerjasama Kelab Kewangan Sekolah/IPT, kakitangan agensi kewangan/bukan kewangan/bank yang dikenal pasti akan datang melawat pada akhir bulan untuk membantu Pelajar membuka akaun simpanan (Program Sekolah/IPT Angkat Bank Negara).

2. Kakitangan agensi kewangan/bukan kewangan memberi penerangan tentang kepentingan menabung dan melabur.

3. Anda perlu membuat rumusan kepentingan menabung dan melabur dalam Institusi Kewangan berlesen.

AKTIVITI: ADA TAPI TIADA

OBJEKTIF

Untuk membantu pelajar untuk memahami mengenai kuasa beli dan inflasi.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir aktiviti, pelajar dapat

1. Memahami kuasa beli dan inflasi.

2. Mengenal pasti kesan inflasi terhadap kuasa beli dan pendapatan boleh guna.

KANDUNGAN UTAMA

1. Kuasa beli ialah kemampuan pengguna untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya iaitu pendapatan setelah ditolak pembayaran mandatori seperti KWSP dan cukai pendapatan.

2. Inflasi merujuk pada kenaikan harga barang yang berterusan.

3. Inflasi menyebabkan pendapatan yang sama boleh memperoleh hanya sedikit barang berbanding sebelum inflasi meningkat.

TEMPOH/MASA 2 jam

Bil. Aktiviti Kaedah Masa (minit) Catatan 1 Analisis Data Perbincangan dan

pembentangan

55 Edaran 1 2 Harga Petrol Perbincangan dan

pembentangan

50 Edaran 2

3 Kesimpulan Perbincangan 15

BAHAN/KEPERLUAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil, marker, Data kadar inflasi dari Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah secara atas talian dan harga petrol dan harga barang lain untuk lima tahun

KLUSTER: PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK 4: KUASA BELI DAN INFLASI

EDARAN 1 : ANALISIS DATA

1. Anda dikehendaki membuat analisis perubahan kadar inflasi dan pendapatan isi rumah berdasarkan data Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah secara atas talian.

2. Berdasarkan analisis tersebut, berkongsi dapatan dan membuat kesimpulan.

EDARAN 2 : HARGA PETROL

1. Dalam kumpulan, anda diminta mencari maklumat tentang perubahan harga petrol dalam tempoh lima tahun.

2. Anda dikehendaki berbincang dan mengenal pasti kesan perubahan harga petrol dalam tempoh lima tahun terhadap harga barang lain dalam pasaran dan kadar inflasi.

OBJEKTIF

Untuk membantu pelajar untuk memahami mengenai kredit dan pinjaman serta kesan berhutang.

.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir aktiviti, pelajar dapat

1. Menjelaskan jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

2. Menerangkan kesan berhutang.

3. Menghuraikan cara penggunaan kad kredit/wang pinjaman secara berhemat.

KANDUNGAN UTAMA

1. Pinjaman terdiri daripada pinjaman peribadi, pendidikan, kenderaan dan perumahan.

2. Kad kredit ialah kemudahan membuat bayaran kemudian daripada penerimaan barang atau perkhidmatan menggunakan kad yang telah ditentukan had kreditnya.

3. Penggunaan kad kredit /wang pinjaman secara berhemat dan kesan berhutang diterangkan.

TEMPOH/MASA 2 jam

Bil. Aktiviti Kaedah Masa (minit) Catatan 1 Kepelbagaian Pinjaman Perbincangan dan

pembentangan

45 Edaran 1 2 Kesan Berhutang Perbincangan dan

pembentangan

60 Edaran 2

3 Kesimpulan Perbincangan 15

BAHAN/KEPERLUAN

Carta flip, kertas A4, selotep, pen, pensil, marker, jenis dan nama pinjaman di lamanweb institusi kewangan dan video 'Gunakan Kad Kredit Dengan Berhemah' dari Internet atau Laman web KPDNKK dan AKPK.

AKTIVITI: KREDIT

KLUSTER: PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK 5: KREDIT DAN PINJAMAN

EDARAN 1: KEPELBAGAIAN PINJAMAN

1. Anda mencari maklumat tentang jenis-jenis pinjaman dan nama-nama pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

2. Anda perlu membuat pembentangan bagi dapatan anda.

EDARAN 2: KESAN BERHUTANG

1. Anda diminta menonton tayangan video 'Gunakan Kad Kredit Dengan Berhemah' (boleh muat turun dari website KPDNKK atau di Internet) 2. Berdasarkan tayangan video tersebut, bincangkan kesan penggunaan kad

kredit tanpa kawalan dan cara menggunakan kad kredit secara berhemat.

3. Anda perlu membuat rumusan dan pembentangan bagi kesan berhutang terhadap pelbagai pihak.

MODUL 4:

PERLINDUNGAN