terfikir nak berniaga, tapi aku tak tahu nak buat apa. Lama juga aku tersekat dengan idea perniagaan ni. Sebab utama adalah aku kerja rutin 8-5, hari hari pula berulang alik Tg Malim - KLCC - Tg Malim, jadi untuk dapat solusi perniagaan yang fit dengan cara hidup aku masa tu memang belum jumpa.
Sudahnya, semangat nak berniaga ni tinggal status quo, dan aku masih teruskan kerja harian di KLCC macam biasa. Sampailah suatu hari Jumaat awal tahun 2011. Masa turun nak ke masjid, aku terserempak dengan kawan UTP, Joe. Joe ni memang lama aku tak jumpa sebab dia kerja di Hong Kong. KPMG Malaysia hantar dia ke Hong Kong jadi pengurus di sana. Power lah umur belum 30 dah dapat oversea assignment, KPMG pulak tu bukannya cikai, salah satu audit firm paling otai di dunia.
Aku tanya Joe macam mana kerja sekarang?
Joe cakap dia dah resign, sekarang buat bisnes Takaful sepenuh masa.
Masa tu aku macam ‘wtf!?’, takaful sepenuh masa?
Kemudian entah macam mana, aku gatal mulut cakap nak join dia buat takaful sekali. Masa tu aku cuma nak fill the gap sebab niat nak meniaga tu dah lama ada, cuma tak tahu nak buat apa. Alang alang Joe ada ni, aku ikut je lah buat takaful runcit runcit. Simple betul fikiran aku masa tu. Dalam masa yang sama, dua lagi kawan aku Acap dan Jorji pun dah jadi ahli perniagaan takaful, cuma mungkin masa jumpa Joe tu right timing Tuhan buka mulut aku cakap nak join.
Selebihnya adalah sejarah.
makan tengahari, lepas kerja, belah malam, Sabtu-Ahad semua aku guna pakai untuk jumpa orang dan sebarkan kebaikan memiliki perlindungan takaful. Aku dah tak pandang belakang, aku keep on buat dan aku buat sungguh sungguh. Takaful ni aku ada kuasa penuh kawal dia. Aku tentukan masa, aku tentukan cara, aku tentukan apa dan macam mana aku patut run perniagaan ni.
Perlahan lahan aku feel the passion, feel the freedom, feel the satisfaction dan akhirnya aku feel the money. Hanya setahun setengah selepas tu, pendapatan takaful aku dah menyamai pendapatan di Petronas. Pendapatan Petronas pun tak lah banyak, tapi untuk memiliki gaji RM15,000 (termasuk bonus dan faedah perubatan keluarga) pada umur 30 tahun sebenarnya dah cukup selesa untuk sebuah kehidupan normal.
Syukur aku cuma perlukan 18 bulan untuk hasilkan pendapatan bulanan takaful sama dengan pendapatan bulanan Petronas. Awal tahun 2013, aku mula berfikir secara serius untuk jalankan perniagaan
takaful sepenuh masa. Ya, lama aku ambil masa untuk buat keputusan. Antara sebabnya adalah faktor komitmen. Masa aku mula buat takaful tahun 2011, gaji Petronas dah dekat RM12,000 (termasuk bonus dan faedah perubatan keluarga), komitmen masa tu macam macam. Bayar rumah, bayar kereta, sara isteri dan anak tiga orang.
Jadi aku tak ada pilihan melainkan kerja takaful separuh masa macam orang gila untuk kejar pendapatan sedia ada. April 2013, setelah mendapat restu keluarga, aku letak jawatan di Petronas.
Gila!
Ya macam tu lah reaksi kawan kawan dan saudara mara yang terkejut dengan keputusan aku. Mana tidaknya, di luar sana berpuluh ribu orang berebut nak kerja Petronas (pejabat di KLCC pulak tu), tapi tak dapat. Aku pula pergi berhenti kerja Petronas dan buat pula kerja takaful yang berpuluh ribu orang lain kat luar tu pun boleh buat anytime.
Pada aku itu semua bukan isu. Aku dah buat keputusan, jadi aku kena teruskan hidup dengan keputusan yang aku dah buat tu. Sebenarnya tak ada betul atau salah keputusan yang aku buat masa tu. Betul atau salah atas suatu keputusan ni perlukan proses dan masa. Dengan kata lain, kalau aku berhenti lepas tu aku buat kerja takaful main main, kemudian melingkup, maka salah lah keputusan aku tu. Tapi kalau aku buat sungguh sungguh sampai berjaya, orang akan tahu yang keputusan aku buat dulu tu betul.
Pada ketika aku menulis ni (Aug 2016), aku dah memiliki pasukan Takafulmen aku sendiri. Ini satu pencapaian yang aku sendiri rasa mustahil nak capai sebelum ni. Lebih memuaskan, aku dah didik dan lahirkan kurang lebih 50 orang usahawan takaful, dan jumlah ini akan
terus meningkat saban bulan dan tahun. Berapa pendapatan aku sekarang? Berapa banyak free time aku ada sekarang?
Berapa banyak negara takaful bagi aku travel percuma?
Yang itu kau kena datang jumpa aku cerita kan, bagaimana melalui takaful kau boleh menjadi insan berniaga yang merdeka.
Trivia:
1. Setakat tahun 2016 cuma 14% sahaja kaum bumiputra dalam kategori ‘middle class income’ yang memiliki perlindungan hayat dan kesihatan Takaful. Dalam perbandingan lain, setiap 10 orang bumiputra yang berpendapatan, cuma 1.5 orang memiliki perlindungan takaful. 2. Negara Malaysia tidak memiliki jumlah Takafulman dan Takafulwati yang cukup (dan berkualiti) untuk menampung keperluan sejumlah rakat Malaysia terutamanya kaum bumiputra yang semakin meningkat. Dalam hal ini, sentimen dan persepsi telah menjadi ‘main killer’ terhadap perkembangan kerjaya ejen Takaful. Masyarakat terutamanya anak muda hanya melihat dari perspektif persekitaran mereka sahaja walhal keperluan takaful bersifat menyeluruh dan melibatkan semua lapisan manusia, dari janin dalam kandungan sehinggalah pak cik tua berumur 70 tahun, kesemua mereka memerlukan takaful.
3. Mengikut statistik, untuk optimumkan perlindungan takaful rakyat Malaysia, negara memerlukan kurang lebih 30,000 ejen seluruh Malaysia (yang kerja betul betul). Tapi malang sebab sampai sekarang, kita cuma ada kurang lebih 13,000-15,000 ejen berdaftar, di mana jumlah ejen yang benar benar aktif tidak melebihi 5,000 orang, selebihnya semua main-main.
“Amanz.my merupakan portal IT Bahasa Melayu no 1 di Malaysia dengan purata page view sejumlah 2,000,000 sebulan. Amanz juga berkembang pesat dan berdiri sama tinggi dengan laman-laman teknologi besar yang lain seperti lowyat.net dan sebagainya. Jenama-jenama besar seperti Samsung, Acer, Google telah menjalinkan kerjasama bersama Amanz.”
Pada tahun 2005, tercatatnya lembaran sejarah yang bakal dilakar oleh seorang anak muda yang bernama Aman Firdaus bin Abul Hassan. Seawal usia tersebut sedang beliau menantikan keputusan sijil pelajaran, beliau telah memulakan langkah bagi membudayakan teknologi dalam Bahasa Melayu.
Dari kemahuannya yang ingin membuat laman web, disahut dengan jawapan ‘kau Google jelah’, telah menampakkan beliau akan keperluan masyarakat kepada sumber ilmu berteraskan informasi teknologi, atau dalam singkatan popularnya ‘IT’. Lahirlah laman web bernama amanz. net setelah beliau mendalami ilmu membangunkan laman web.