• Tidak ada hasil yang ditemukan

IKHWAN NAZRI

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 35-41)

Bermula dari laman web tersebut, beliau telah menulis pelbagai tutorial serta artikel yang berkaitan dengan teknologi. Tutorial berkisar ‘Photoshop’, pembangunan laman web, cara mengoptimasikan website telah dikarang beliau yang tidak mempunyai sebarang ilmu sebagai penulis bertauliah, mahupun sebagai wartawan.

Minat dan kesungguhan beliau diteruskan sehingga ke zaman universiti dan ia tidak sedikitpun membantutkan pertumbuhan Amanz. Mungkin cuma, ia bertumbuh dengan perlahan namun konsisten. Pada tahun 2009, dengan pengenalan domain .my, Laman Amanz telah ditukar domainnya kepada .my sekaligus membawa identiti Malaysia pada laman web ini. Sehinggalah pada tahun 2011, beliau telah menghabiskan pelajarannya di Universiti Industri Selangor dengan segulung Ijazah Pengurusan Bisnes.

Namun dengan tekad dan impiannya ingin membangunkan syarikat penerbitan digital terunggul, beliau mengumumkan akan hasratnya mencari rakan kongsi. Ikhwan Nazri Mohd Asran telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Mungkin agak janggal bagi syarikat melantik CEO seawal masa tersebut namun sudah menjadi lumrah syarikat berteraskan digital yang mempunyai ketua walaupun pada bilangan yang sedikit. Bersama beliau adalah ilmu dari bidang multimedia dan sekelumit pengetahuan didalam bidang startup.

2011 diteruskan lagi dengan penyertaan seorang ahli lembaga pengarah yang juga merangkap pelabur budiman, iaitu Reza Fahmi Razali, salah seorang teknopreneur tempatan yang juga masih muda. Pada tahun 2011, kesemua mereka masih dibawah umur 30 tahun. Dengan sedikit dana yang diperoleh, dua lagi ahli terawal menyertai Amanz Media Sdn Bhd, iaitu Effi Nazrel Saharuddin dan juga Khairunnisa’ Muhd Aminullah. Effi menguruskan bahagian gajet dan dipilih kerana ilmunya yang luas manakala Khairunnisa’ pula dipilih bagi mengacarakan sebarang rancangan video Amanz. Dengan empat ahli terawal Amanz Media ini yang juga dikenali dengan terma ‘Elite Four’ mereka memulakan langkah untuk lebih agresif. Pada awal masa tersebut, penggunaan teknologi dikalangan masyarakat masih ditahap awal.

Pada tempoh tersebut, jumlah pembaca di laman Amanz masih kurang dari 50,000 setiap bulan, dan tiada pengiklan yang sanggup mengiklan pada laman web ini. Namun berpegang kepada konsep ‘Jangan lakukan sesuatu kerana wang semata-mata’, laman web ini semakin lama semakin berjaya dalam meraih pembaca. Jumlah pembaca semakin meningkat, telah menarik minat jenama besar seperti Google, Samsung, dan pelbagai lagi untuk bekerjasama dengan Amanz.

Pada tahun 2013, Acer telah menaja Amanz untuk hadir ke Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol, iaitu acara yang mempamerkan

peranti dan teknologi terkini. Dan editor-editor Amanz bertaraf antarabangsa, dan dihantar ke acara-acara seluruh dunia bagi membawakan liputan berita teknologi, didalam bahasa Melayu. Menyedari akan bertambahnya permintaan pembaca dengan maklumat sebegini, slot-slot tambahan mula dicipta. Video Mingguan Amanz merupakan rangkuman kesemua berita teknologi setiap minggu, dan video-video ulasan gajet dan peranti mula diterbitkan bagi membantu pengguna mengetahui mengenai peranti terkini. Dengan pertumbuhan sebegini barulah menarik minat pengiklan bagi mengiklan di laman web ini.

Pengiklanan di Amanz bersifat premium, dimana hanya pengiklan yang berkaitan teknologi sahaja akan diterima masuk, dan tidak banyak iklan diletakkan demi menjaga keutamaan pembaca. Pada tahun 2015, setelah 10 tahun ditubuhkan, jumlah pembaca Amanz pada tahun tersebut adalah seramai 2 Juta, iaitu 20% dari jumlah pengguna internet di Malaysia.

Setiap bulan, setengah juta pembaca melayari Amanz dalam mendapatkan informasi teknologi terkini. Laman Amanz juga bukan sekadar menjadi contoh, malah telah melaksanakan teknologi terbaru lebih awal dari laman web yang lain.

Bagi tujuan ini, penggunaan HTTPS telah lebih awal dilaksanakan dan Amanz sentiasa menjadi pelopor dalam kemajuan teknologi penerbitan digital.

Dalam meluaskan skop dan tujuan asal Amanz dalam mendidik dan membangunkan masyarakat, kini laman Amanz.my turut menerbitkan

berita berkaitan sains dan telah memulakan langkah untuk menjadi media teknologi yang gah.

Ini diperkasakan lagi dengan kerjasama bersama Kumpulan Media Karangkraf dalam mengendalikan Majalah PC, satu-satunya majalah teknologi berbahasa Melayu.

Meskipun telah tertubuhnya laman web ini lebih dari 10 tahun, namun usia syarikat ini masih muda, dan masih banyak yang belum diterokai oleh Amanz. Misi dan visi kami adalah dalam mendidik masyarakat akan pentingnya teknologi dan isi kandungannya haruslah disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami, iaitu Bahasa Melayu agar seluruh rakyat yang memahaminya dapat memanfaatkannya. Dengan penggunaan teknologi untuk urusan seharian, ia sekaligus dapat memajukan rakyat, memerdekakan pengguna dan membolehkan mereka melakukan apa sahaja demi pencapaian negara.

“KATSANA.com (dekat-sana) is a GPS tracking and telematics solution, with focus on driver behavior profiling, risk scoring and predictive analytics. It is the winner of Teraju SUPERB Series 1 2014, finalist of Maybank #fintech 2015 and Alliance Bank SME Challenge 2015. It has a 97.9% recovery rate of stolen vehicles and aiming to be deployed nationwide through insurance partners and motor manufacturers. KATSANA is funded by Axiata Digital Innovation Fund.”

The beginning

It was 2013, I still remember that morning. Woke up, my body was heavy, my soul was heavier. I could not muster the strength to get off the bed and get ready for work. I thought it is a fleeting moment where I might have worked too hard and my body needed rest. This is different.

I was attached to this job. In fact, I loved my job. My stint began back when I was still studying architecture. My dad passed away when I was in the second semester, and architecture with all its expensive tools

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 35-41)

Dokumen terkait