• Tidak ada hasil yang ditemukan

RADZI TAJUDDIN

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 47-53)

Tetapi lagi ramai anak muda yang aku tengok di media sosial lebih gemar menjadi kritikal terhadap sesuatu masalah atau isu berbanding bercakap mengenai solusinya. Kadang-kadang aku geram je dengan golongan ini yang setiap hari ada sahaja benda yang tak kena di matanya. Kalau lepas kritik tu dia buat sesuatu tak apalah juga. Ini, dahlah kritik, bila orang buat sesuatu- dia jugalah yang akan kata itu ini untuk tunjukkan solusi itu tidak bagus.

Geram beb.

Jadi, untuk elakkan aku juga terjebak menjadi dari sebahagian golongan ini, aku selalu terfikir apalah yang aku boleh buat kepada masyarakat.

Yelah, kalau difikirkan balik, aku ni boleh dianggap sebagai mereka yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat ppendidikan yang terbaik. Perjalanan aku dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga ke Manchester School of Architecture (MSA) telah dipermudahkan dengan biasiswa dari kementerian dan agensi kerajaan.

Disebabkan itu, bila aku sudah menamatkan pengajian, lagilah aku fikir yang aku perlu lakukan sesuatu untuk berbakti kembali pada masyarakat. Maklumlah, dah belajar jauh-jauh kan. Rasa sayang pula tak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi.

Fikir punya fikir aku ada beberapa idea. Pada mulanya aku ingin membuka sebuah akademi ‘architecture visualization’. Oh ye, sebelum itu, aku merupakan seorang arkitek. Berbalik kepada akademi tadi, akademi ini bertujuan untuk melatih mereka yang berpotensi supaya ada skil 3D dan ‘rendering’ power yang mana mereka boleh dapat gaji lebih tinggi di masa akan datang. Aku punya teruja sampai dah habis

kaji tentang Technical Vocational Education Training (TVET). Lepas itu siap pergi ke Johor bentangkan idea ini depan agensi kerajaan negeri sana. Mereka sanggup berikan aku pelajar ke akademi aku.

Tapi sayang. Aku tak dapat teruskan akademi ini kerana rakan baik aku yang nak mengajar itu berhijrah ke Australia pula selama setahun. Maka hasrat Architecture Visualization Academy ditangguhkan sementara tunggu dia balik dan aku balik pada ‘drawing board’ untuk mula fikir apa nak buat sepanjang tempoh setahun ini.

Selang beberapa hari selepas itu, entah macam mana aku jadi berminat mengenai isu pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera yang begitu rendah. Lepas 59 tahun merdeka, golongan Bumiputera hanya memiliki 39.5% hartanah di Malaysia. Itupun dah campur sekali dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat. Kalau harap ke individu semata-mata, mesti lagi rendah peratusan ini.

Mengapa ini berlaku? Padahal polisi kerajaan dah menetapkan setiap projek hartanah baru perlu ada kuota Bumiputera yang hadir dengan diskaun sehiungga 15%. Logiknya, bila dah ada diskaun ini, mestilah Bumiputera boleh beli kan? Tapi mengapa bila dah ada diskaun pun, masih tak ramai boleh beli? Di mana silapnya?

Aku faham tentang masalah harga rumah yang semakin mahal, pendapatan per kapita Bumiputera lebih rendah dari bangsa lain dan seribu satu faktor lain yang turut menyumbang kepada hal ini. Namun dari pengamatan aku, aku perasan ada faktor lain yang turut menyumbang seperti kekurangan akses terhadap hartanah tersebut dan kurangnya ilmu pengetahuan. Yelah, kalau kau ada duit, tapi tak tahu tentang projek hartanah tersebut, macam mana kau nak beli? Dan kalau kau kurang duit pun tapi ilmu cukup di dada, kau pasti tahu selok belok macam mana nak beli rumah tersebut supaya kos yang perlu dibayar tidak terlalu membebankan

Asalnya aku tak terfikir pun mahu wujudkan portal hartabumi ini. Aku rasa ini tugas kerajaan. Yelah, kalau tidak apa guna dia jadi kerajaan. Namun segalanya berubah apabila aku ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (NAPIC). Aku datang sebab nak kumpul data sahaja tetapi alangkah terkejutnya aku bila didapati data mereka tentang unit hartanah berstatus Bumiputera tidak begitu lengkap. Aduh, kalau data pun tak lengkap, macam manalah mereka ini nak buat polisi?

Oleh itu aku mengambil keputusan untuk ‘test’ hipotesis aku dengan mewujudkan portal hartabumi. Kalau betul, Alhamdulillah. Kalau tak betul, harap adalah orang perbetulkan.

Aku juga amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari rakan baik aku dari sekolah yang faham mengenai isu ini. Dia bersetuju untuk membantu dari segi aspek kewangan dan tunjuk ajar. Dia ni usahawan berjaya.

hartabumi membuktikan hipotesis aku tepat yang mana begitu ramai Bumiputera yang tidak tahu tentang sesuatu projek. Komen seperti “eh, tak tahu pun projek ini” atau “ada rupanya hartanah sebegini” adalah antara komen biasa yang diperoleh.

Dari situ kami membina kredibiliti dan nama. Walaupun masih baru beroperasi, kami sudah mendapatkan beberapa klien seperti EcoWorld, SP Setia dan SPNB yang berminat untuk bekerjasama dengan hartabumi dalam mencari pembeli bagi unit hartanah mereka yang berstatus Bumiputera.

Jadi, kesimpulan yang aku rasa perlu kalian semua tahu adalah: 1) Kita perlu lakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan. Lebih baik jika ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Jika sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja. Ha, nampak tak aku guna pepatah Hamka yang kau rajin share di Facebook.

2) Kalau kau nampak tak ada orang buat, kau cubalah buat. Kau janganlah harap orang lain nak buat. Menjadi first-mover ini seronok tau. Tak ada pesaing dan kau boleh ‘set the rule’.

3) Fikirlah tentang solusi. Jangan hanya melihat pada masalah semata-mata. Ramai orang di Facebook aku tengok cukup hebat sembang tentang masalah ini masalah itu. Memanglah yang menulis itu nampak bijak sebab kononnya kritikal. Tetapi kritikal sahaja tidak menyelesaikan masalah tanpa ada solusi. Pesan aku- kau fokus pada solusi. Di situlah kebolehan kau bakal teruji.

Aku rasa selagi mana kau berpegang kepada tiga perkara ini, insyaAllah hidup kalian akan bermakna dan lebih penting- merdeka!

“Gadis muda berusia 23 tahun ini bermula sebagai model muslimah. Kemudiannya memiliki produk kosmetiknya yang tersendiri iaitu Mora Essential. Mempunya hampir 100 stokis di dalam dan luar negara, lebih dari 10,000 botol Argan oil tersebut telah dijual. Kerjayanya sebagai seorang artis melihatkan beliau merangkul Anugerah Artis Baru Wanita Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29 baru-baru ini.”

WAWANCARA BERSAMA MIRA FILZAH

Salam saudari Mira Filzah. Boleh ceritakan sedikit bagaimana perjalanan kerjaya Mira dari seorang pelajar kepada seorang model muslimah, kemudian menjadi usahawan dan kini seorang artis popular.

Salam saudara Radzi. Semasa nak tunggu keputusan SPM, Mira ada banyak masa terluang. Jadi Mira menulis blog. Entah macam mana Mira mengambil keputusan untuk menjadi model muslimah sambilan di sebuah butik. Kemudiannya Mira menjadi Face of Jovian yang mana

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 47-53)

Dokumen terkait