• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIRA FILZAH

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 53-59)

USAHAWAN FIRST, ARTIS SECOND

kita tahu merupakan antara seorang pereka fesyen yang terkenal di tanah air. Tetapi pada masa itu bidang modeling tidak sepopular sekarang.

Semasa Mira masih belajar, Mira ni jenis tak suka duduk diam. Ada sahaja benda Mira nak lakukan. Antaranya berniaga. Mira bermula dengan membeli tudung-tudung di satu festival dalam UiTM dan kemudiannya Mira jual balik melalui blog Mira. Masa itu Mira sekadar mencuba. Banyak jugalah pendapatan jika diikutkan sebab selain daripada jualan, Mira juga buat review produk.

Selepas itu Mira bersama dengan sebuah jenama yang dipanggil sebagai Pudore. Selepas Pudore, Mira buat produk sendiri iaitu produk penjagaan kulit. Pada masa yang sama Mira ada menjual tudung. Mira buat banyak benda. Lepas Mira habis belajar barulah Mira ambil keputusan untuk fokus dalam perniagaan.

Kebetulan pada masa yang sama juga, Mira dapat tawaran berlakon dan terus Mira menceburi bidang lakonan dan mengacara sehinggalah sekarang.

Tapi, Mira lihat kerjaya lakonan ini sebagai sebuah platform. Sebab kita pun tahu kalau berlakon dan mengacara ini tidaklah lama mana tempoh kerjayanya. Paling lama pun mungkin 4-5 tahun. Jadi Mira tekad untuk gunakan sebaik mungkin peluang yang ada sekarang untuk membina platform Mira bagi sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat. Mira jadikan Neelofa sebagai idola dalam hal ini.

Jadi Mira melihat diri Mira sebagai business woman first, artist second? Can I say that?

Yes, of course. You can quote that. Sebabnya sumber pendapatan utama Mira pun datang daripada perniagaan. Itulah sebab mengapa Mira masih jaga bisnes Mira kerana ianya untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan cerita Mira sebentar tadi, saya lihat Mira memang suka berniaga. Boleh Mira kongsikan mengapa Mira begitu berminat dalam perniagaan? Adakah kerana Mira berasal dari keluarga yang berniaga atau ada motivasi lain?

Kalau diikutkan, keluarga Mira bukanlah sebuah keluarga yang ada latar belakang bisnes. Emak Mira merupakan seorang pegawai tadbir dan ayah pula seorang jurutera di JKR. Adik beradik mira juga bukan usahawan.

Cuma Mira ada perangai di mana Mira lebih suka cari duit sendiri. Mira jadi seronok bila pegang duit sendiri. Rasa merdeka. Pada Mira benda ni mudah- if you want more, you work hard. Itu sebab mengapa di zaman belajar dulu Mira buat macam-macam. Mira bersyukur

kerana abah pun dia memberikan sokongan atas apa jua yang Mira lakukan. Dia tak halang apa anak dia buat..

Di mana Mira melihat diri Mira pada 3-5 tahun akan datang?

Kemungkinan 3 tahun kemudian, Mira masih lagi menjadi seorang pelakon dan pengacara. Tetapi pada masa yang sama Mira jangkakan perniagaan Mira semakin kukuh.

Cuma selepas 5 tahun, Mira bercadang untuk memberi fokus yang lebih kepada perniagaan dan mengurangkan aktviti lakonan dan pengacaraan. Dan satu hari nanti, Mira akan mempunyai my own foundation- MF Foundation.

Antara perniagaan utama Mira sekarang adalah MORA Essential. Boleh Mira terangkan sedikit mengenai perniagaan Mira ini?

Mira mulakan produk ini ketika di zaman belajar lagi bersama seorang rakan bisnes. Dialah yang cadang kat Mira untuk ceburi bidang ini. Kami berbincang pada tahun 2013 dan MORA didaftarkan pada tahun 2014. Walaubagaimanapun kami hanya mula menjual secara rasmi pada Mac 2015 dengan dua produk iaitu MORA Argan Oil dan MORA Cleanser. Ketika itu Argan Oil tidaklah sepopular sekarang. Tapi yang buatkan Mira berasa bangga adalah produk kami boleh dikatakan antara ‘pioneer’ dalam pasaran. Sekarang ini Mira tak begitu push produk ini lebih-lebih. Maksudnya Mira tak pasarkan lagi melalui TV. Strategi pemasaran kita agak simple memandangkan kita mempunyai pengikut tersendiri. Malahan produk Mora sudah ke luar negara sehingga ke Jepun, UK dan Hong Kong.

Secara keseluruhannya, melalui dua produk ini, MORA berjaya menjual sebanyak 30,000 botol (Argan Oil dengan Argan Cleanser) dan kita

dalam proses untuk mengeluarkan produk seterusnya daripada Korea. Setakat ini kita mempunyai hampir 100 orang ejen dalam dan luar negara.

Tapi kenapa kosmetik, bukannya fesyen? Sebab selalunya artis akan wujudkan jenama fesyen sendiri.

Bagi Mira, fesyen ini agak leceh berbanding dengan skincare. Produk kosmetik ini bila nak restock senang. Tak perlu tengok warna apa, packaging apa sebab kita tahu semuanya sama. Itulah sebabnya.

Apa pandangan Mira mengenai trend anak muda sekarang yang semakin gemar berniaga sendiri dari bekerja makan gaji?

Pandangan peribadi Mira mudah- ini membuktikan yang orang muda sekarang tidak malas. Kalau you tak dapat kerja, you sepatutnya boleh elakkan gelaran penganggur itu dengan berniaga sendiri. Mungkin you boleh kata isu modal tapi sebenarnya nak mulakan perniagaan sekarang tak perlukan modal yang banyak mana.

Ambil contoh Mira sendiri, masa Mira jual tudung dulu, Mira bukannya bermula dengan modal yang banyak. Tapi tak semestinya jual tudung. Itu contoh. Apa yang you rasa you suka buat, you boleh buat.

Kata-kata terakhir kepada anak muda yang bercita-cita tinggi dalam perniagaan.

Just go for it. Kalau kita asyik fikir je, pasti tak akan jadi. Just do it. Sebab kadang kalau you fikir banyak, you tak boleh berjaya. Kalau gagal ke, you boleh cuba benda lain. Kita tak cuba, kita tak tahu.

“Nama Faizul Ridzuan menjadi sebutan apabila bukunya ‘WTF: 23 Hartanah Sebelum 30’ menjadi best-seller dan ini membuka mata orang ramai kepada ikon pelaburan hartanah ini. Selain dari mengadakan sesi webinar secara percuma, program Sarjana Hartanah dihadiri oleh ribuan peserta dan merupakan program pendidikan hartanah no 1 di Malaysia. Syarikatnya, FAR Capital menguruskan klien-klien dengan memberi nasihat pelaburan hartanah serta memuktamadkan urusan jual beli. Pada 2015, FAR Capital berjaya menguruskan urusan jual beli hartanah berjumlah RM 50 juta setahun dan pada 2016, beliau amat positif untuk mencapai angka RM 100 juta.”

WAWANCARA BERSAMA FAIZUL RIDZUAN

Boleh saudara Faizul ceritakan sedikit sebanyak mengenai FAR Capital Sdn Bhd.?

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 53-59)

Dokumen terkait