• Tidak ada hasil yang ditemukan

GANAS DAN DISAYANGI

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 67-73)

Selepas itu kita mula ‘design’ baju kita sendiri- dalam sekitar Jun 2013. Kita ‘upload’ di Facebook dan kita terkejut bila ramai yang buat tempahan awal. Pertama kali kita jual, habis 1,500 helai dalam masa sebulan.

Dari situ kita jual pula di stadium dan kita ambil ejen-ejen untuk memasarkan produk Lanun Johor. Sambutan boleh kata hebat sebab orang suka rekaan kita. Lepas itu sebab nama pun ‘Lanun’ kan. Nampak garang, melawan dan stylo. Secara keseluruhan, kita berjaya menjual 50,000 helai baju dalam masa kurang dari dua tahun. Bila kita dah cukup yakin dengan pengikut kita, barulah Lanun Johor membuka kedai pertama di Larkin pada 2015.

Kemudiannya sekitar awal 2016, kita buka di Bandar Baru Uda, April di JB City Square dan Jun baru ini di Nu Sentral Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya kita mempunyai 20 orang pekerja.

Dalam perjalanan dari menjual di Facebook sehingga ada butik tersendiri pusat beli belah, apakah cabaran atau pengalaman paling mencabar Lanun Johor?

Kita pernah sampai ada orang buat laporan polis terhadap baju rekaan kita atas alasan kita menghina Sultan. Barang kita digeledah dan bila polis ‘check’ mereka dapati tiada unsur sedemikian. Itu bagi saya antara cabaran. Maklumlah kita ini dianggap pendatang luar kerana tiba-tiba berniaga jual baju di perkarangan stadium. Orang lama yang sudah ada di situ bila tengok baju kita yang paling laku, mestilah berasa iri hati. Tapi itulah asam garam dalam dunia berniaga. Kita kena kental. Kena sabar.

Apa strategi Lanun Johor yang menyebabkan jualan baju begitu laku?

Kita kena jadi lain dari yang lain dan sentiasa kreatif dalam pemasaran. Lanun bermula dengan mengaitkan jenama bersama bola sepak. Sebab itu kalau dilihat rekaan baju-baju kita lebih ke arah bola sepak. Namun menyedari lama-kelamaan ‘crowd’ bola ini akan static, kita beralih kepada ‘street wear’.

Untuk itu Lanun Johor telah memberikan hadiah motorsikal dalam kempen. Kita beri motor Harley Davidson pada 2014 dan tahun lepas kita bagi Ducati. Tujuan kita jadikan motorsikal sebagai hadiah adalah untuk ‘associate’ jenama kita dengan peminat motorsikal. Dari segi rekaan baju juga, kebiasaannya baju penunggan motorsikal ini memang kena dengan imej ‘Lanun’.

Itu dari segi strategi pemasaran. Apa pula tips yang boleh dikongsikan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin berniaga? Mungkin Lanun Johor boleh cerita sedikit.

Pertama sekali kita jangan sesekali ikut orang. Bila kita asyik ikut orang, kita akan ketinggalan dan kita sekadar jadi pengikut. Dalam perniagaan baju misalnya, kalau kita asyik meniru rekaan orang lain, sampai bila-bila pun kita tak akan jadi ‘market leader’.

Analoginya mudah- kita ambil contoh orang bercinta. Orang yang sedang dilamun cinta dengan orang yang meniru orang bercinta tidak sama. Dalam berniaga macam itulah. Kita kena jadi orang yang bercinta, bukannya yang meniru cinta.

Keduanya, dalam apa jua bidang yang kita lakukan, mesti kena ada ‘passion’. Dari situlah satu produk yang bagus akan dihasilkan kerana kita minat dan kita seronok nak hasilkannya.

Yang seterusnya adalah dalam berniaga, tak boleh sekejap-sekejap. Kalau dah alang-alang mahu berniaga, buat sepenuh masa, sepenuh hati dan sepenuh jiwa. Tak boleh part-time. Saya tengok khsusnya orang melayu ada perasaan takut bila hendak berniaga. Risaukan tidak ada pendapatan tetap dan masih sayangkan pendapatan tetap bulanan. Tapi ‘no risk no gain’. Betul tak?

Apa pelan di masa akan datang bagi Lanun Johor? Sudah ada perancangan?

Selepas pembukaan butik di JB City Square dan Nu Sentral KL, Lanun Johor berada di landasan yang tepat untuk menjadikan jenama kami ini sama hebat dengan baju Hard Rock Café. Kami mahukan orang ramai membeli baju kami kerana jenama ‘Lanun Johor’.

Pada masa yang sama kami akan terus mengembangkan lagi perniagaan dengan pembukaan kedai baru jika ada lokasi yang bersesuaian. Suka untuk saya maklumkan bahawa Lanun Johor sering

menetapkan hasrat bagit membuka kedai berhampiran dengan syarat kedai itu harus berdekatan dengan jenama Adidas, Nike dan Puma. Kita mahu buktikan jenama kami setanding, atau lebih baik.

Kita juga sedang dalam proses membuka konsep franchais di bawah jenama Lanun Johor. Jika tiada masalah, akan ada 5 lagi kedai franchais Lanun Johor di lokasi seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan Melaka.

Pesanan bagi anak muda yang ingin memerdekakan diri.

Tiga perkara. Anak muda kena yakin pada diri sendiri. Buat yang terbaik dan jangan jadi jaguh kampung semata-mata.

“Bermula hanya dengan suka-suka dan sekarang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan. Mencapai lebih 3,000,000 pageview sehari, SemuanyaBola.com semestinya menjadi pilihan peminat bola sepak Malaysia. Membuat analisis serta taktikal berkenaan dengan pasukan bola sepak dalam mahupun luar negara dalam Bahasa Melayu dan menjadi sumber rujukan utama peminat bola sepak Malaysia.”

Bangun seawal 5 pagi untuk memasak juadah sarapan, rehat pagi, makan tengah hari dan rehat sesi persekolahan waktu petang untuk 1,000 pelajar sekolah menengah sehingga pukul 6 petang bukanlah kerja idaman seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia yang tipikal. Tapi bila anda mempunyai passion dan bekerja keras, semuanya menjadi.

Shahrir Bahar pula ketika itu sedang rancak meluaskan empayar perniagaan madunya. Melalui Facebook, saya melihat beliau kerap ke Darul Syifa, KLIA2 dan banyak kedai-kedai dan farmasi sekitar Bandar Baru Bangi.

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 67-73)

Dokumen terkait