• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAYANG ERNINA

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 79-87)

Hanya kerana Vendeur Festival!

Aku duduk melepas lelah. Jam hampir tiga pagi, 19 Jun 2016, kurang tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kelihatan staf-staf VF Prima Sdn Bhd sibuk mengemas dewan. Pemilik-pemilik jenama dalam kepenatan ada kegembiraan. Mana tidaknya barang jualan habis diborong. Melihat wajah mereka, aku senyum puas.

Fikiranku mengimbas saat aku mula berjualan. Tiga tahun lalu aku juga seperti penjual-penjual itu. Mengusung barang jualan ke sana ke mari di setiap bazar demi mencari rezeki meneruskan kehidupan. Kadang-kadang aku rasa bodoh. Bukan aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Aku menjadi tutor di sebuah universiti awam tempatan. Gaji asas mencecah RM2,500. Sebaik habis pengajian Master nanti, jawatan pensyarah pasti milikku. Gaji pasti bertambah. Belum kira imbuhan lain yang bakal ke kantungku. Pendek kata, dah boleh senanglah nanti.

Difikirkan balik, kepuasan aku sebenarnya bukan disitu. Aku hendak berniaga bukan sebab semata-mata ingin kaya. Aku ingin tolong bangsaku sendiri. Kalau boleh dengan ilmu yang aku ada, kami saling membimbing antara satu sama lain.

Aku yakin, kekuatan ekonomi sesuatu negara itu bergantung kepada mereka yang mempunyai semangat keusahawanan. Jika Bumiputera dan orang Islam bersatu menguasai ekonomi, ia menjadi faktor penting kepada peradaban sesuatu bangsa. Fuhh… tinggi sungguh cita-citaku.

Aku memulakan misi kekuatan ekonomi dengan berjualan secara kecil-kecilan di Instagram. Sebutkan apa produk yang aku tidak jual. Jubah, baju, kasut rantai, skirt semua aku jual. Asal barang jadi duit orang kata. Masa tu aku kenal dengan seorang leng cai penjual telefon bimbit. Dia rekamen aku jual produknya.

Aku membina cabang perniagaan baru. Telefon bimbit pelbagai jenama dan aksesori gajet. Komisyen boleh tahan lumayan.

Masa itu, kawan-kawan rapat menjadi mangsa. Beberapa bulan sekali aku racun mereka supaya tukar telefon. Mujur kawan-kawan support aku meniaga. Part ini memang terharu. Sebab bagi aku dalam berniaga ni kita perlukan satu networking yang kuat. Aku beli barang kau, kau beli barang aku. Di situ kekuatan perniagaan sebenarnya.

Sampai satu tahap lagi beberapa bulan kita nak berhari raya. Masa itu aku sasar nak beli sebiji iPhone 5 buat berselfie di pagi raya. Tetapi mengenangkan harga mencecah RM 3,000 memang kacau jiwa. Tipulah kalau masa itu aku saja yang mengidam iPhone 5. Semua orang nakkan gajet itu. Setiap masa sel-sel otak aku dipaksa berhubung untuk meraih modal membeli iphone 5!

Bagai rezeki terpijak, ketika aku sedang berjualan di sebuah bazar di Damasara, aku di sapa oleh penganjur bazar yang juga kawan aku. Dia mengajak aku untuk jadi rakan perniagaan menganjurkan bazar yang lebih besar di sebuah pusat beli-belah.

“Cuba kau kira kalau 300 online seller join kita, untung puluh ribu ini. Kita buat sama-sama, untung kita bahagi dua,” katanya menyakinkan aku.

Sepantas kilat aku bersetuju. Kalau ikutkan untung, lebih dari iPhone 5 aku boleh dapat. Mungkin raya ini rezeki aku. Hati mula berbunga-bunga. Aku mula mencurahkan segala usaha untuk bazar itu. Bermula dari kertas kerja, mesyuarat dengan pengurusan pusat beli-belah, kempen mempromosikan bazar, aktiviti meyakinkan peniaga-peniaga online untuk mengeluar modal menyertai kami sehinggalah ke aktiviti pasang bunting, sepanduk dan mengedar risalah, aku lakukan bergigih-gigih.

“Ini projek besar aku yang pertama. Kalau yang ini berjaya, lepas ini mesti dia ajak aku join lagi,” aku motivasikan diri ketika itu.

Lewat malam terakhir bazar, usai aku menyapu sampai membersihkan lantai penganjuran, aku dipanggil ‘business partner’ aku. Hati semakin berdebar kerana keuntungan bakal diterima malam itu. Sampul surat

diserah padaku dan dia terus pulang. Aku ucap terima kasih. Sampul dibuka dan hasilnya…

Seperti mahu menangis aku malam itu. Menangis bukan kerana syukur. Menangis kerana usaha aku dibayar pengkhianatan! Hampir tiga bulan aku bak lipas kudung menjayakan projek itu dan imbuhan dalam sampul itu hanya RM1,000 sahaja!

Aku bukan bodoh tidak tahu segala kos-kos operasi projek itu. Aku cuba telefon dia, namun tidak berjawab. Ya Allah, ujian apakah ini? Jangan kata iPhone 5, bayar hutang pun tak lepas. Kerana wang aku dikhianati. Ditikam kawan sendiri itu lebih perit dari ditikam musuh. Mujur aku masih ada lagi kawan-kawan yang baik hati. Si Erlyn penjual jubah dan Ashry si penjual kasut yang sama-sama berniaga di bazar dan Instagram tidak putus-putus memujuk aku untuk bangkit. Mereka yang bersama dengan aku pada malam sampul surat diterima. Yang melihat air mata kekecewaan dan kesedihan. Lebih menyedihkan, hari raya hanya beberapa minggu lagi!

Aku pujuk diri. Aku yakinkan hati apa yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin ‘kawan’ aku itu sedang seronok berhari raya dengan wang puluhan ribu hasil kudrat aku. Tetapi dia lupa aku lagi ‘kaya’.

Manakan tidak semua hasil usaha projek dari lusuh sehingga siap adalah kerja keras aku. Dia mungkin kaya wang, tetapi aku menang pengalaman!

Tarikh 10 dan 11 Mei 2014 sejarah tercipta . Nama Vendeur Festival mula menjadi fenomena di kalangan pembeli dan usahawan Instagram.

Ratusan ribu pengunjung menyerbu Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Ada yang berkampung di luar stadium, sanggup berembun untuk mendapatkan koleksi jenama online yang diminati. Belum dikira yang berpusu-pusu membeli belah, yang menangis kerana barang dihajati terlepas dan pengsan kerana terhimpit.

Sambutan sungguh luar biasa.

Aku berjaya menganjurkan Vendeur Festival 1.0 setelah bergabung tenaga dan idea bersama Erlyn dan Ashry. Lebih mengujakan impak luar biasa Vendeur Festival 1.0 menjadi titik tolak kepada kejayaan industri usahawan dalam talian.

Usaha kami mendapat liputan luas di media cetak dan elektronik. Vendeur Festival berjaya menghimpunkan 400 usahawan online Bumiputra di bawah satu bumbung. Menjana transaksi jualan hampir RM 1.5 juta dalam masa dua hari!

Mujur aku tidak terus tersungkur atas tragedi 2013. Falsafah aku hanya satu, jika seseorang itu begitu kuat membuatkan engkau jatuh, tunjuk pada mereka yang engkau lebih kuat untuk bangkit.

Malam 19 Jun 2016 mencatat penganjuran Vendeur Festival 9.0. Sudah dua tahun penuh cabaran kami harungi bersama. Tetapi kami belum puas. Vendeur Festival akan terus melangkah. Akan kami pastikan usahawan online bersama-sama kami mengecapi kejayaan.

Tidak akan kami biarkan mereka rebah, namun jika itu terjadi dengan pantas kami akan bangkitkan mereka semula.

Benar, mereka mungkin nampak perjalanan kita yang indah. Tidak merasa perit tersungkur sebelum bangun semula. Pesan aku, tidak

salah berniaga walaupun kau pemegang ijazah kelas pertama. Risiko itu ada mana-mana.

Life is interesting. In the end, your greatest pains become your greatest strengths…

“Anak muda ini telah berjaya membuka beberapa buah klinik bersama rakan-rakannya ketika mereka masih muda. Beliau bersama 5 rakannya yang lain telah menubuhkan FH Healthcare pada 2006. Walaupun masih muda dalam lingkungan 28-38 tahun, namun atas semangat dan kegigihan mereka ini membuatkan mereka berjaya membuka sehingga 6 buah klinik, menceburi bidang pertanian serta makanan (F&B).”

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah Al-Asr, 1-3)

Perjalanan saya selama 14 tahun sebelum menjadi seorang pakar bedah mulut dan maksilofasial sememangnya penuh dengan pelbagai dugaan dan halangan. Bermula dengan matrikulasi, kemudian ijazah sarjana muda pergigian, seterusnya ijazah sarjana muda perubatan dan akhir sekali ijazah sarjana kepakaran pembedahan maksilofasial. Tiada jalan pintas. Kuatkan semangat dan terus berjuang. Perjalanan

FH HEALTHCARE:

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 79-87)

Dokumen terkait