• Tidak ada hasil yang ditemukan

SARAH SHAH NOR

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 107-113)

Hijabi. Sebuah syarikat yang mereka dan menjual pakaian muslimah. Inspirasi kami ketika itu ialah butik Najjah dan Hajaba. Kami mengambil inspirasi dari contoh rekaan syarikat pakaian besar seperti Zara dan MNG dan mengolahnya menjadi pakaian sopan yang sesuai untuk kaum Muslimah.

Dikala itu, perniagaan atas talian tidak sehebat sekarang. Ammara Hijabi boleh dikatakan merupakan salah satu pemangkin kedai hijab online di negara ini. Dengan kurang saingan dan rekaan segar dan tersendiri, kami mendapat perhatian yang meluas dari orang ramai, yang bertudung terutama yang inginkan kelainan dalam berfesyen dan sekaligus munutup aurat mengikut tuntutan agama.

Koleksi Ammara Hijabi di pertunjukkan di pentas dan festival filem antarabangsa dan tempatan seperti IFF, KLFW, MIFA dan lain-lain. Pakaian kami dipilih oleh hos WHI, NONA, Safiyya, Bella , Berita dan

Bulletin serta majalah dan akhbar tempatan seperti Nona, Hijabista, Nur, dara.com, Rapi, Intrend, Hijab Fesyen, Harian Metro, Berita Harian dan lain-lain lagi.

Selepas 2 tahun aktif berniaga, saya mengambil keputusan untuk menjual bahagian saya sepenuhnya pada rakan kongsi saya dan kembali memberi perhatian pada anak saya.

Namun, memang agaknya naluri keusahawanan saya terlalu kuat, selepas setahun, saya mengambil keputusan untuk kembali ke persada fesyen muslimah dengan memulakan perniagaan baru. Tapi saya sedar yang pada ketika itu, jenama pakaian Muslimah sudah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sudah beribu nama terkenal yang masing-masing menawarkan kelainan rekaan mereka.

Saya tidak mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu mencipta kelainan. Saya inginkan sesuatu yang lain dari biasa. Saya perlu mulakan sesuatu yang belum pernah dibuat orang. Tapi apa? Suatu hari, apabila saya pergi ke hub fesyen muslimah yang terkenal di Seksyen 7, Shah Alam untuk melawat beberapa butik rakan-rakan saya, di situlah saya mendapat idea atau petunjuk yang saya cari. Penat saya turun naik tangga, pergi dari satu butik ke butik yang lain semata-mata untuk membeli belah dari semua jenama hebat yang berlainan ruang. Bagaimana jika saya rangkumkan kesemua jenama terkenal ini di bawah satu bumbung supaya pembeli dapat pergi hanya ke satu tempat untk melihat dan membeli semua jenama yang mereka mahu? Bukankah itu menjimatkan masa dan tenaga para pelanggan?

Suami menyokong idea saya itu dan perancangan selanjutnya ialah lokasi hub fesyen saya ini. Saya harus memilih kawasan yang strategik

dimana penduduk disekitarnya belum tahu akan kehebatan jenama muslimah tempatan ini.

Suatu hari, bila saya berjalan-jalan di kawasan Bangsar, saya ternampak sebuah bangunan kaca yang amat menarik. Terus saya terfikir yang memperkenalkan fesyen Muslimah di kawasan elit sebegini adalah suatu langkah berani dan saya mahu melakukannya. Mungkin ia akan berjaya menarik perhatian. Mungkin saya akan tenggelam di antara butik-butik ternama antarabangsa disini. Saya sanggup mengambil risiko dan saya tahu yang bangunan kaca ini merupakan premis yang paling sesuai buat memulakan rancangan saya ini.

Dan Modvier pun bermula. Boleh dikatakan ia telah mencetuskan suatu revolusi, lebih dari yang saya harapkan. Pelanggan Modvier bukan sahaja dari Bangsar dan Kuala Lumpur malah dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Kami bermula dengan hanya 20 jenama ternama antaranya Calaqisya, Radiusite, Bella Ammara, Rina Salleh, Jubah Souq, Minaz, Mazlianul Maznan, Tudung People, Fleur Malaysia, Sugarscarf, Naelofar by Neelofa, 14 November by Yuna dan Rico Rinaldi.

Pada hari pelancaran Modvier, kami berbesar hati bila Datuk Seri Shah Reza yang melancarkan Modvier dan Yuna sanggup mencuri masa dari jadualnya yang ketat dan terbang ke sini dari Amerika untuk bersama kami pada hari bersejarah itu.

Media menjadi sangat berminat akan konsep perniagaan kami dan kami mendapat liputan yang meluas dari seluruh media masa dan media sosial tempatan dan antarabangsa sewaktu kami mulakan operasi pada Mac 2013.

pelanggan, pemasaran produk, dan keuntungan sama rata dengan semua vendor kami. Konsep Modvier bukan sahaja untuk jenama yang sudah terkenal, bahkan ia juga bagus untuk jenama baru yang ingin mula bertapak dalam dunia fesyen muslimah kerana dengan menjual produk mereka di Modvier, mereka tidak perlu memikirkan soal pemasaran dan promosi jenama kerana segalanya akan dilakukan oleh pihak kami. Mereka hanya perlu mengadakan produk yang bagus dan berkualiti secara berterusan.

Modvier pada hari ini telah berpindah ke premis yang lebih besar dan luas juga di kawan jalan masuk utama Bangsar dan mempunyai jumlah vendor yang lebih banyak. Kami juga mempunyai sebuah cawangan di GIO Mall, Kuantan dan kami masih memikirkan lokasi yang sesuai untuk terus mengembangkan empayar kami bersama vendor-vendor kami.

Kami juga akan melancarkan sebuah laman e-commerce supaya lebih ramai lagi penggemar fesyen muslimah dari seluruh dunia dapat membeli dari vendor-vendor kami. Seterusnya, kami akan juga melancarkan Modvier International dimana kami akan membawa vendor—vendor kami ke peringkat antarabangsa.

Sesuai dengan perancangan kami ingin menembusi pasaran antarabangsa, Modvier baru sahaja menyertai acara Pure London di Olympia, London dengan membawa 13 jenama tempatan bersama kami untuk diperkenalkan pada penjual dan pembeli di kota London selari dengan motto Modvier untuk berkongsi pengalaman dan kemudahan membeli belah untuk semua penggemar fesyen Muslimah di seluruh dunia sambil membantu memancak kehebatan jenama tempatan kita ke persada antarabangsa.

Kepada anda di luar sana- ciptalah kelainan anda jika ingin berniaga dan anda boleh berjaya!

“Berbekalkan kepada minat terhadap keusahawanan, Barbarittos bermula pada 2013 dengan satu trak Kini dengan dua trak, mereka berjaya mendapat hasil jualan sehingga RM 3000.00 sehari. Walaupun tidak bermula dengan modal yang besar, namun semangat dan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan membuatkan mereka mampu untuk mengumpul modal yang lebih besar hasil dari jualan kecil-kecilan sebelum ini.”

“Impian saya? Babarittos mempunyai banyak cawangan di dalam dan luar negara dan menu Babarittos dihidangkan dalam pesawat Malaysia. Jika tercapai kedua sasaran ini, maksudnya saya dah berjaya.”

- Muhammad Hafiy Mughnie Amran, Pengasas Babarittos Food Truck

Perlu Ada Sasaran

Jika tidak tentukan sasaran dalam perniagaan, kita tidak akan kemana. Diri sendiri dan pekerja tidak ada hala tuju. Berniaga siang malam

BARBARITTOS FOODTRUCK:

Dalam dokumen Indienomics (Halaman 107-113)

Dokumen terkait